KERTAS KERJA ‘PROGRAM SI CILIK DAN HERO OREN’ SK RANTAU PANJANG, KLANG TAJUK: PROGRAM “SI CILIK DAN HERO OREN PENGENALAN Pendidikan diperihalkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) sebagai perihal mendidik ataupun dalam erti kata lain, pelihara dan menjaga. Keselamatan pula bermaksud kesejahteraan, keamanan dan terpelihara daripada bencana dan marabahaya. Secara ringkasnya, pendidikan keselamatan bermaksud perihal mendidik dan melatih kelompok masyarakat untuk memelihara diri daripada sebarang bahaya yang membawa mudarat agar kesejahteraan dapat dipelihara. Sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai usaha untuk memastikan warganya selamat dari segi fizikal, mental dan juga psikologi. RASIONAL Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang pengurusan dan keselamatan murid sekiranya berhadapan dengan beberapa situasi cemas. Pihak bomba daerah Klang, Selangor dijemput untuk membantu memberikan tunjuk ajar. MATLAMAT Program ini dilaksanakan bagi melahirkan murid yang lebih mementingkan keselamatan diri dengan penuh semangat, bermotivasi tinggi, bersungguh-sungguh dan berpotensi untuk memajukan diri di samping meningkatkan keyakinan, disiplin diri dalam pembentukan akhlak ke arah modal insan yang cemerlang. OBJEKTIF 1. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang akan diambil. 2. Menambah pengetahuan dengan mempelajari langkah berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, bencana dan kemalangan. 3. Mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan. 4. Mengurangkan kemalangan dan kecederaan pada tahap yang paling minimum pada warga sekolah terutamanya murid-murid. 5. Memberi kefahaman tentang langkah menggunakan alatan dan bahan memadamkan api dan alatan untuk perlindungan diri. SASARAN Semua warga SK Rantau Panjang, Klang. TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh: 8/11/2023 Hari: Rabu Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
TEMPAT Dataran Haji Shaharudin, SK Rantau Panjang, Klang. CADANGAN AKTIVITI TARIKH: 8/11/2023 HARI: Rabu TEMPAT: Dataran Haji Shaharudin, SK Rantau Panjang MASA: 8.00 pagi - 12.30 tengah hari Dataran Haji Shaharudin 8.00 pagi Murid-murid berkumpul di dewan. Taklimat Keselamatan & Latihan Kebakaran bersama Hero Oren. [Disampaikan oleh En. Razi bin Saiful] Dataran Haji Shaharudin 9.00 pagi Murid-murid naik ke kelas dan bersedia untuk aktiviti “Api! Oh, Api!” Padang Sekolah 9.30 pagi Loceng penggera dibunyikan. Aktiviti “Api! Oh, Api!” : Semua murid dan guru berkumpul di padang sekolah. Kantin 10.00 pagi REHAT Padang Sekolah 10.30 pagi Aktiviti “Api! Oh, Api!” : Langkah Memadamkan Api oleh Hero Oren. [Dikelola oleh En. Mohd Nawi bin Ahmad] Padang Sekolah 11.30 pagi Aktiviti “Hindari Haiwan Berbisa” : Langkah Mengelak dan Melarikan Diri dari Haiwan Berbisa. [Dikelola oleh Pn. Farah Medina bt Noah] Dataran Haji Shaharudin 12.30 tengah hari Bersurai.
JAWATANKUASA PELAKSANA PENGERUSI Puan Nazirah binti Johari NAIB PENGERUSI Encik Idlan Izhan bin Hisham SETIAUSAHA Puan Syamimi binti Ismail BENDAHARI Puan Farahin Irdina binti Fariz AJK Encik Badroldaniel bin Saad Cik Nashrina binti Rosli Puan Gayathri A/P Ravindran ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN PENDAPATAN (RM) Sumbangan PIBG RM1500 Sumbangan Kelab Guru dan Staf RM1500 JUMLAH RM3000 PERBELANJAAN (RM) Bayaran upah penceramah 3 orang x RM330 = RM990 Hidangan tengahari VIP bersama pihak jemputan RM340 Cenderahati penceramah RM200 Sarapan pagi (roti & air mineral) 300 orang x RM3 = RM900 Lain-Lain Perbelanjaan RM170 JUMLAH RM2600 BAKI RM400 PENUTUP Program ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk memupuk sikap mementingkan keselamatan diri dan sentiasa berhati-hati dalam diri murid. Pelaksanaan program ini dapat menyedarkan murid untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan orang lain.
RUJUKAN James Ang Jit Eng. (2011). Pengurusan Disiplin Murid Edisi Kedua. PTS Publications Sdn Bhd. https://anyflip.com/tqszi/erne/basic https://www.scribd.com/document/370630405/Merancang-Program-Kesedaran-Keselamatan