The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HASLIMANZI HASSAN Moe, 2021-04-27 23:54:03

TAZKIRAH 2 & NUZUL AL-QURAN

AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN

Keywords: RAMADHAN

TAZKIRAH 2: NUZUL AL-QURAN 1442H/2021M

TAZKIRAH SESI 1/2021 -EDARAN DI DALAM KELAS 8 APRIL 2021
TAZKIRAH SESI 2/2021- LINK 28 APRIL 2021

MAKDIS & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKSA

TAZKIRAH 2: NUZUL AL-QURAN 1442H/2021M

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang
membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala
sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya
adalah satu ibadat sunnah.

Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan
kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi
Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga
menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf
yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam
mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.
NUZUL AL QURAN ( 17 RAMADHAN )

Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran
(Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang
diberkati (lailatin mubarakah).Firman Allah SWT.:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-
Dukhan ayat 3).
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah
al-Qadr, ayat 1).
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan

MAKDIS & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKSA

TAZKIRAH 2: NUZUL AL-QURAN 1442H/2021M

menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang
benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam
yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu
bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat
Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang
mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.

Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan
secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah
buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

MAKNA NUZUL AL QURAN

Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang
terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau
lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia
yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat
Dan Injil.” (Ali Imran:3).

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun
dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran
itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan
pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains,
teknologi dan sebagainya.

Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam
al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
‫َو َما ِمن دَا ّبَ ٍة ِفي ا أْلَ أر ِض َو ََل َطائِ ٍر َي ِطي ُر ِب َجنَا َح أي ِه إِ ََّل أُ َم ٌم أَ أمثَالُ ُكم ۚ َّما فَ َّر أطنَا ِفي ا أل ِكتَا ِب ِمن َش أي ٍء ۚ ثُ َّم ِإلَ ٰى َر ّبِ ِه أم يُ أح َش ُرو َن‬
﴾٣٨﴿

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang
terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami
tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan
dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

MAKDIS & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKSA










Click to View FlipBook Version