(SALIN dan Jawab di dalam buku)
Gulai Sembilang
untuk Abah
Fauziah Mohd. Ismail
Pembelajaran hari ini
RABU 1/9/2021
1. Menerangkan definisi latar dan jenis- jenis latar
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 jenis
latar beserta huraian dan contoh
.
Aktiviti
Buat nota/ peta minda ringkas sahaja
Jawab soalan kuiz online “google form” (tidak perlu salin) sekadar pengukuhan
sahaja.
Salin dan jawab soalan pengukuhan di dalam buku sebagai latihan
Bagi yang dah siap boleh hantar kepada saya, dan ingin bertanya boleh
bertanya
Tolong bertanya sekira tidak faham agar tidak ketinggalan
Sebelum mula...
Jom tonton video;
https://www.youtube.com/watch?v=zI7MNpMxvVM
Berikut merupakan “video Cerita Sang Kancil dengan Buaya”.
Haaa… Dah tonton? Dapat sesuatu?
Adakah kamu dapat mengenal pasti latar berdasarkan tayangan video Cerita Sang Kancil dengan
Buaya?
Berikan dua latar yang terdapat di dalam tayangan video tersebut?
-latar masyarakat
-latar tempat
#tak perlu salin
...SAMBUNGAN (contoh latar di dalam video)
Latar tempat
Sungai yang menjadi tempat tinggal kepada buaya-buaya/ di seberang sungai terdapat pokok buah rambutan
Latar masyarakat:
Masyarakat yang pandai membuat tipu helah demi kepentingan diri sendiri. Contohnya, Sang Kancil membuat tipu
helah kepada buaya bahawa dia perlu mengira bilangan buaya kononnya mendapat jemputan kenduri daripada Raja
Sulaiman dengan meminta mereka berbaris secara memanjang. Dengan itu, Sang Kancil melompat dari kepala buaya
ke buaya yang lain untuk menyeberang sungai dengan mudah bagi memakan buah rambutan yang terdapat di
sebarang sungai
Baik, setakat ni faham? Adakah kamu nampak bagaimana atau keadaan yang menjelaskan kepada latar?
Ye, saya faham. Bagi yang faham, bagus.
Bagi yang tidak faham… tidak mengapa,
Mari kita teruskan...
1. Apakah latar?
Adakah anda faham akan latar?
Apakah latar yang terdapat di dalam cerpen ini?
Ada yang tahu? Yang tahu angkat tangan…
...sambungan #salin nota/ peta minda
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abd. Kadir (2007:137), latar
ialah keterangan atau gambaran persekitaran yang berkaitan.
Latar berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan,
di samping mengembangkan tema, persoalan dan plot.
Latar merupakan keterangan tentang keadaan masyarakat,
tempat dan masa terjadinya dalam sesuatu cerita.
Latar digunakan untuk mengembangkan sesuatu cerita.
Latar terdiri daripada tiga jenis iaitu latar masa,tempat dan masyarakat.
LATAR TEMPAT
Latar tempat bermaksud tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita.
Contoh latar tempat;
● Di Miri, Sarawak. Iaitu tempat kerja anak Pak Yasok yang bernama Surida. (cerpen Air Mata
Dalang)
● Kuala Lumpur, di lapangan terbang tempat Anna menunggu penerbangan untuk ke London
(drama Anna)
#salin nota/peta minda
Baik, setakat ni jelas? Faham?
Latar Masa
Latar masa adalah tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita.
Contoh:
● Selepas solat Isyak, barulah aktiviti perdalangan bermula. Anak-anak kampung mula
berkumpul dan belajar menabuh gendang. (cerpen Air mata Dalang)
● Tahun 1993, bersetuju membenarkan keputusan mahkamah keadilan antarabangsa
menentukan kedaulatan pulau-pulau. (cerpen Rindu Seorang Rafik)
#salin nota/ peta minda
Faham? Adakah jelas mengenai latar masa? Sila bertanya secara terus sekira tidak faham.
LATAR MASYARAKAT
Latar masyarakat bermaksud keadaan masyarakat di tempat cerita berlaku.
Gambaran ini termasuklah agama, kepercayaan, budaya/ cara hidup dan pekerjaan
masyarakat di situ.
Contoh:
Masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani iaitu bersawah dan berkebun dan
menanam pokok hutan dan buah-buahan. (cerpen Namun Itulah Hakikat )
Latar masyarakat yang mementingkan agama. Contohnya, Ustazah Faezah yang
merupakan menantu kepada Pak Yasok adalah seorang yang menentang aktiviti
perdalangan kerana beranggapan sia-sia. (cerpen Air Mata Dalang)
#salin nota/ peta minda
Setakat ni masih lagi faham? Kalau faham, angguk kepala. Angkat tangan tunjuk “best”
Uji Minda
Jom kita lihat sejauhmanakah kefahaman anda
Klik link Google Form ini. #jawab disini sahaja tidak perlu salin
Link:
https://forms.gle/G63W3FMWQfYPzeaH6
2. JENIS LATAR & CONTOH
Didapati ketiga-tiga jenis latar iaitu latar masa, latar tempat, dan latar masyarakat terdapat di dalam cerpen ini
seperti berikut:
Cuba imbas kembali nota akan sinopsis atau pembacaan teks mengenai cerpen ini yang telah anda baca dan
tulis. Apakah yang anda faham, dan boleh membuat perkaitan antara jenis latar. Adakah jelas berdasarkan
penerangan di atas?
Baiklah.. Lihat contoh di bawah. (dialog m/s 93 buku nilai insan)
Contoh:-
Latar masa: “Malam itu, aku kira malam keramat apabila Along dan Achik yang bertahun-tahun tidak bertegur
sapa menampakkan tanda akan berdamai.”
Huraian: Perkataan “MALAM” jelas menunjukkan masa. Dengan ini, jelas memaparkan latar masa di mana
keluarga Averah telah berdamai pada waktu malam ketika sedang berkumpul sekeluarga.
LATAR TEMPAT
Antara latar tempat yang terdapat di dalam cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah ialah rumah
Averah, bilik tidur Abah, Miri dan anjung rumah.
● Bilik tidur Abah di mana Averah menemui ayahnya yang sudah tidak bernafas lagi.
● Rumah Averah Rumah Averah Mereka sekeluarga berkumpul - Aveerah dan isteri Achik
memasak gulai ikan sembilang untuk abah.
● Miri, Angah berada di Miri ketika Abah menelefon meminta anak-anaknya untuk pulang
ke kampung.
● Anjung rumah, achik dan isterinya berbual-bual dengan abah.
#salin nota ini/ peta minda
Jelas setakat ini?
Adakah masih keliru?
LATAR MASA
Latar masa yang terdapat dalam cerpen ini adalah pada waktu malam dan
waktu subuh.
● Pada waktu malam: Keluarga Averah berkumpul - Makan malam semasa
along dan angah tidak dapat pulang- Along dan Achik yang bertahun-tahun
tidak bertegur sapa menampakkan tanda akan berdamai
● Pada waktu Subuh Averah mengejutkan abahnya dan mendapati abahnya
sudah tiada lagi
#salin nota ini/ peta minda
Jelas. Anda jelas akan penerangan di atas?
LATAR MASYARAKAT
Latar masyarakat yang terdapat di dalam cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah ialah…
terdapat banyak latar masyarakat yang termuat di dalam cerpen ini.
● Masyarakat penyayang misalnya Abah dan Aku saling sayang menyayangi.
● Masyarakat yang sibuk dengan tugas hingga lupa tanggungjawab terhadap ibu
bapa. Along dan Angah tidak pulang ke rumah abah kerana sibuk dengan tugas.
● Masyarakat yang adik-beradik bermusuhan. Along dan Angah bermusuhan
bertahun-tahun lamanya.
● Masyarakat yang sanggup berkorban untuk ayahnya. Averah menolak tawaran
belajar di luar Negara untuk berada dekat dengan ayahnya
#salin nota/ peta minda
Soalan (SALIN dan Jawab di dalam buku)
1. Lihat dialog tersebut.
Abah: “Averah juga akan meninggalkan abah suatu hari nanti”.
Averah: “Bukan meninggalkan abah tetapi lelaki itu menggantikan tempat
abah, menjaga dan mengasihi Averah seperti abah menjaga dan mengasihi.
Tanggungjawab ke atas Averah akan terlepas. Kasih sayang abah akan terus
menghantar Averah untuk pulang menemani sunyi abah. Averah janji, abah!”
(muka surat 93)
Berdasarkan dialog ini, nyatakan dua latar masyarakat yang terlibat?
2. Aku masih ingat, malam itu kami berkumpul anak beranak. Along ada,
Angah juga turut ulang. Achik dan juga aku tidak ketinggalan melengkapkan
malam yang indah itu. (muka surat 93)
Nyatakan latar yang terlibat di dalam petikan dialog diatas?
Soalan (SALIN dan Jawab di dalam buku)
Berdasarkan cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
a. Jelaskan empat latar masyarakat di dalam cerita tersebut.
b. Watak siapakah yang mempunyai latar masyarakat saling berkonflik
antara adik-beradik.
c. Huraikan dua latar masa yang yang terdapat di dalam cerita tersebut?
KESIMPULAN
#TAK PERLU SALIN
Apakah yang anda faham? Adakah jelas.
Sememangnya aspek sastera iaitu latar ini sangat mudah untuk dikenalpasti. Hanya melalui pembacaan
sepintas sahaja kita sudah dapat mengetahui apakah latar tersebut.
Khususnya kepada latar masa. Sangat jelas. Apa sahaja yang merujuk pada waktu/ masa. Waktu pagi, pada
tahun 2020 atau pukul 9.30 jelas memaparkan latar mata begitu juga dengan latar tempat dan masyarakat.
Apa yang penting adalah pembacaan teks dan penguasaan teks.
Oleh itu, jelas terdapat tiga latar di mana masa, tempat dan masyarakat. Baiklah, sekian untuk hari ini.
Sekiranya tidak faham. Boleh tanya secara terus kepada saya. Untuk sama-sama berbincang/ memahami...