Gulai Sembilang untuk Abah
Fauziah Mohd. Ismail
Pembelajaran hari ini
Isnin 30/8/2021
-Menerangkan maksud watak dan perwatakan
dalam Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah.
- Menyenaraikan watak dan perwatakan dalam
Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah.
Aktiviti
Buat nota/ peta minda ringkas sahaja. (maksud watak, senarai watak dan perwatakan)
Jawab soalan kuiz online “wordwall” (tidak perlu salin) sekadar pengukuhan sahaja.
Salin dan jawab soalan pengukuhan di dalam buku sebagai latihan.
Bagi yang dah siap, dan ingin bertanya boleh bertanya
Sebelum mula...
Jom tonton video;
https://www.youtube.com/watch?v=2cB0dbT_Su0
Berikut merupakan lagu “Keluarga Bahagia”.
Apa yang kamu faham di sebalik lagu ini?
Lagu ini di mana sama seperti sifat kasih sayang dalam keluarga yang termuat di dalam cerpen Gulai
Sembilang Untuk Abah. Contohnya Averah berusaha untuk membahagiakan abahnya setelah ibunya
meninggal dunia seperti memasak ikan sembilang kegemaran abahnya.
Selain itu, menolak tawaran untuk belajar di luar negara dengan memilih universiti tempatan kerana
tidak mahu berjauhan.
#jelas menunjukkan watak utama iatu Averah yang berperwatakan kasih sayang.
Apakah watak dan perwatakan?
https://youtu.be/VPlBl5B2mk8
#Lihat video dan “pause” untuk mencatat nota tentang definisi watak dan perwatakan.
Secara ringkas: #salin nota ini jika tidak mahu menonton video di atas/ tidak dapat akses/ tiada internet dan
sebagainya.
Watak itu ialah pelaku-pelaku dalam karya sastera. Watak itu mungkin terdiri daripada manusia biasa, binatang
dan mungkin juga makhluk ghaib.
Watak-watak ini tergolong kepada beberapa kelompok atau jenis watak. Antara jenis-jenis watak adalah watak
utama, sampingan, bulat, pipih, putih, dan hitam.
#Dalam peperiksan watak yang menjadi tumpuan soalan peperiksaan adalah watak utama, watak sampingan ,
watak bulat serta watak pipih.
...sambungan
Perwatakan pula lebih menjurus kepada sifat-sifat watak tertentu sama ada sifat fizikal (tubuh
badan), pemikiran serta sifat perlakuan sesuatu watak itu.
Perwatakan fizikal adalah seperti besar, kurus, gemuk, tinggi, rendah, berkulit hitam atau putih,
lelaki ataupun wanita, muda atau tua usianya.
Perwatakan pemikiran dan tingkahlaku pula lebih kepada sifat seperti berani, takut, gembira, sedih,
pak turut, teguh pendirian, penyayang, bengis, dan zalim misalnya.
Watak dalam cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
Cuba imbas kembali sinopsis cerpen pada sesi PdP yang lalu. Siapakah watak yang wujud di dalam cerpen ini?
Antara watak yang wujud di dalam cerpen ini ialah: #salin nota/ buat peta minda
Aveerah
Abah
Emak
Along
Angah
Achik
Isteri achik
Dr Lokman
Kuiz
https://wordwall.net/pt/resource/3618327
#Uji minda
Jawab di sini sahaja sebagai uji minda/ refresh
Perwatakan dalam cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
https://www.youtube.com/watch?v=SxgRLfK4k08
Cuba hayati syair yang dilagukan oleh penyair sebagai kefahaman perwatakan kepada watak yang wujud dalam cerpen ini.
Apakah perwatakan bagi watak abah?
Aveerah?
Along?
Angah?
Dr Lokman?
Achik dan Isteri
Perwatakan watak Abah (watak utama)
1. Seorang yang mempunyai empat orang anak. Contoh; Along, Angah,Acik dan 'Aku'
2. Seorang yang gemar makan gulai ikan sembilang. Contoh; Abah menambah nasi tiga kali.
3. Seorang penyayang. Contoh; Abah sayangkan anak-anak dan isterinya.
4. Seorang yang kematian isterinya. Contoh; Selepas isterinya meninggal dunia tiga bulan anak
beranak berkumpul.
5. Seorang yang redha dengan ketentuan Illahi. Contoh; Menerima kematian isterinya dengan
mengatakan apa yang berlaku adalah pusingan hidup.
6. Seorang yang bertugas menjadi guru sewaktu muda. Contoh; tidak seorang pun anak-anaknya
menyambung kerjaya Abah sebagai pendidik.
7. Seorang yang pentingkan pendidikan. Contoh; Abah tidak menyesal kerana telah memberikan
pelajaran dan ilmu agama kepada anak-anaknya.
Perwatakan watak Averah/ aku (watak utama)
1. Seorang anak bongsu kepada abah.
2. Seorang yang berambut panjang . Contoh; Abah mengusap rambutnya yang panjang.
3. Seorang yang bertugas sebagai doktor.
4. Seorang yang penyayang. Contoh; Averah sayangkan ayahnya di mana dia sanggup menolak tawaran
belajar di luar negara begitu juga sanggup menolak cinta Dr. Lokeman.
5. Seorang yang tidak memandang harta dan paras rupa. Contoh; Averah menolak cinta Dr. Lokeman anak
orang berada dan tampan kerana dia mencari ksesrasiandalam ikatan dan cinta yang membawa ke syurga.
6. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh; Averah menunaikan tanggungjawab sebagai anak menjaga
abah yang kesunyian sejak kematian ibunya.
7. Seorang yang sensitif. Contoh; Averah hampir menitiskan air mata ketika mendengan kata-kata abah gulai
sembilang itu menambahkan rindunya kepada isterinya.
Perwatakan watak sampingan
Emak
- Pandai memasak gulai sembilang sehingga abah sentiasa terkenanganya meskipun emak meninggal dunia
Dr Lokman
- Dr.Lokeman merupakan seorang doktor muda dan tinggal di bandar.
- Dr.Lokeman merupakan anak orang kaya dan tidak biasa hidup di kampung.
- Dr.Lokeman mencintai Averah tetapi cintanya ditolak oleh Averah.
Along
- Mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan abah.
- Mempunyai konflik sesama adik-beradik iaitu angah dan achik.
...sambungan
Achik
- Mempunyai isteri dan sedang mengandung anak yang pertama.
Isteri Achik
- Tolong-menolong/ rajin/ tanggungjawab iaitu cuba memasak gulai sembilang permintaan abah
meskipun tidak sama rasa seperti masak emak.
Angah
- Mempunyai konflik sesama adik-beradik iaitu angah dan achik.
- Tidak pulang ke kampung kerana sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan abah
Soalan pengukuhan
*Tulis dan jawab di dalam buku
Soalan isi tempat kosong/ struktur
1. Siapakah watak utama di dalam cerpen ini? ______
2. Mengapakah abah menyuruh anaknya pulang ke kampung? _____
3. Apakah pekerjaan abah sebelum ini? _____
4. Mengapakah Averah menolak lamaran Dr. Lokeman? _____
Soalan esei
1. Huraikan perwatakan tiga abah.
2. Huraikan perwatakan Averah/ Aku.
Kesimpulan/ penutup
#TAK PERLU SALIN
- Terdapat 8 watak yang terlibat mempunyai perwatakan tersendiri.
- Cerpen yang memaparkan semangat kekeluargaan yang tinggi, kasih sayang di dalam sesebuah
keluarga.
- Kasih sayang ayah terhadap anak serta kasih sayang anak terhadap seorang ayah.
- Bahkan terselit pengorbanan anak kerana kasih sayang yang utuh (Averah tolak lamaran Dr Lokman
dan tawaran belajar ke luar negara)
- Wajar untuk diambil iktibar/ pedoman dalam menjalani kehidupan seharian untuk saling berkasih
sayang antara dalam keluarga.