IVROY KKTM SRI GADING
EDISI MAC - APRIL • BIL. 2/2021
PAPARAN MENARIK Kejayan 'The DigitalEnterprise' • P. 9
Sambutan Hari MARA Peringkat KKTM Sri Gading • P. 2- 4 Expert talk • P. 13
Program CSR Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA • P. 8
Majlis sambutan Hari MARA ke-55 2
PERINGKAT KKTM SRI GADING
Bersempena dengan sambutan Hari MARA ke-
55 tahun, satu program memotivasikan komuniti
dan warga kerja MARA dalam memastikan
kelangsungan aspirasi negara telah dijalankan.
Bertemakan ‘Menjunjung Amanah Mendepani
Masa Hadapan’, ia memberi fokus kepada
cabaran yang dihadapi masa kini.
Kesinambungan matlamat MARA dalam
memartabatkan Bumiputera dari pelbagai
aspek seperti ekonomi, pendidikan dan juga
usahawan tetap diteruskan walaupun perlu
mengamalkan norma baharu kehidupan
Justeru itu, program majlis sambutan
Hari MARA ke-55 telah diadakan
pada 17 Mac 2021 yang melibatkan
seluruh anggota kerja KKTM Sri
Gading.
Program ini telah dilaksanakan
dengan pematuhan sepenuhnya
terhadap SOP yang telah ditetapkan
oleh kerajaan.
Ianya telah berjalan dengan
beberapa aturcara seperti ucapan
dari Pengarah KKTM Sri Gading,
En Shabudin bin Said serta
diselitkan dengan majlis
perpisahan staf KKTM Sri Gading.
3
KKTM SRI GADING Bersempena dengan sambutan Hari MARA ke-55
tahun, majlis bacaan Yaasin secara maya telah
MAJLIS BACAAN YASSIN dilaksanakan secara berasingan mengikut setiap
program & jabatan. Ianya melibatkan penyertaan
dari semua staf, pensyarah serta para pelajar.
Program dilaksanakan melalui platform atas talian
Microsoft Teams.
4
KUIZ ANAK MARA
Program Kuiz Anak MARA
dilaksanakan di bawah kelolaan
Unit Pengajian Malaysia sempena
Sambutan Hari MARA ke-55 bagi
memperingati hari penubuhan
MARA iaitu pada 1 Mac 1966.
Program dilaksanakan secara maya sesuai dengan
norma baharu dan mengikut Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sambutan yang menggalakkan daripada warga KKTM
Sri Gading dengan penglibatan pelajar dan staf
dengan dapatan rumusan iaitu tahap pengetahuan
warga KKTM Sri Gading terhadap sejarah penubuhan
dan perkembangan MARA sejak tahun 1966 mencapai
tahap hampir 100% memberangsangkan.
VIRTUAL FUN RUN
ANJURAN
JABATAN DTC
Jabatan DTC telah
menganjurkan aktiviti virtual
run terbuka kepada semua
warga KKTMSG secara
percuma bagi memeriahkan
lagi sambutan Hari MARA
yang ke 55 tahun. KKTMSG
Virtual Run dilaksanakan
sepanjang 1 hingga 3 Mac
2021 mendapat sambutan
hangat dari warga kolej.
Semoga aktiviti ini dapat
diteruskan lagi dimasa akan
datang bagi mengukuhkan
ukhwah di kalangan warga
KKTMSG.
'Engagement with the Newbie ' 5
ANJURAN JABATAN DTM KKTM SRI GADING
Jabatan DTM (Penyelenggaraan Bangunan)
pada 4 Mac 2021, telah mengadakan satu
Majlis 'Engagement with the Newbie '.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk
memperkenalkan barisan pensyarah DTM
kepada para pelajar baharu DTM
disamping menyampaikan penerangan
berkenaan perkara-perkara penting
berkenaan jabatan.
Minggu Haluan Siswa
SESI NOV 2020 - APR 2021 KKTM SRI GADING
Pada 11 Mac 2021, telah diadakan satu majlis
perasmian Minggu Haluan Siswa di Surau An-
Nur, KKTM SG. Minggu Haluan Siswa telah
telah dijalankan sepanjang 11 hingga 13 Mac
2021.
Beberapa taklimat telah disampaikan
sebagaimana yang telah dijadualkan untuk
memberi penerangan berkaitan keperluan
para pelajar KKTM Sri Gading sepanjang
berada di kolej.
Majlis Perpisahan Staf & Ucapan Takziah 6
ANJURAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KKTM
17 Mac 2021 (Rabu) - Majlis perpisahan anjuran En Rosli Bin Mohamed Nor telah berkhidmat
Pertubuhan Kebajikan Kakitangan KKTM Sri dengan MARA selama 38 tahun, 4 bulan dan 2
Gading ini telah diadakan bertempat di Dewan hari. Beliau turut menitipkan pesan kepada warga
Darul Takzim KKTM SG. Majlis ini adalah bagi kerja KKTMSG supaya sentiasa sayangi MARA dan
meraikan perpisahan En Rosli Bin Mohamed Nor jagalah amanah rakyat.
yang telah bersara pada 3 Mac 2021 serta En.
Hairul Anwar Bin Muhammad Noh yang akan En Hairul Anwar Bin Muhammad Noh pula telah
berpindah ke Pejabat Mara Kulai. berkhidmat selama lebih kurang 6 tahun iaitu
bermula dari 16 April 2015 hingga 15 Mac 2021.
Warga kerja KKTMSG mengucapkan selamat maju
jaya dan dipermudahkan urusan buat kedua-dua
warga kerja MARA yang amat berdedikasi ini.
Warga kerja KKTM Sri Gading mengucapkan
takziah buat seluruh ahli keluarga di atas
kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Encik
Rosli bin Mohamed Nor pada 8 April 2021.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas
roh Allahyarham dan menempatkan beliau
bersama-sama golongan yang beriman.
Al-Fatihah.
Majlis Anugerah Apresiasi Dekan 7
BAGI PELAJAR SESI JAN - JUN 2020
24 Mac 2021, Rabu - Majlis Anugerah Berikut merupakan rumusan bagi pencapaian
Apresiasi Dekan telah diadakan bertempat di akademik bagi sesi Jan-Jun 2020 :
Bilik Seminar bagi menghargai pencapaian
pelajar yang memperolehi keputusan yang
cermerlang atau mendapat GPA 3.50 keatas
pada sesi Jan-Jun 2020 yang lalu. Majlis telah
diadakan dengan mengikuti SOP terkini
penjarakkan sosial selaras dengan informasi
daripada pihak MKN.
Tahniah kami ucapkan kepada semua pelajar
yang mendapat anugerah dekan dan teruskan
berusaha bagi mengekalkan kecermerlangan.
Buat pelajar lain, tingkatkan lagi usaha anda
sehingga berjaya.
Program CSR Pendidikan 8
Yayasan Pelajaran MARA
PARLIMEN PAGOH
27 Mac 2021, Sabtu - Bertempat di Kompleks
Sukan Pagoh, KKTMSG telah turut serta di
dalam satu program CSR Pendidikan
Yayasan Pelajaran Mara Parlimen Pagoh
Bersama YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin
Bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri
Malaysia. Program CSR Pendidikan ini
melibatkan 4 program yang dihimpun iaitu
Program Bantuan Sekolah, Bantuan Back to
School@KPLB, Program Skim Anak Angkat dan
Celik Al-Quran. Semoga pelbagai inisiatif
dan bantuan ini dapat memberikan impak
yang bermanfaat kepada masyarakat
khususnya para pelajar yang terlibat.
Perbincangan Jalinan Kerjasama bersama
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UTHM
7 Mac 2021, Ahad - Satu lawatan dan
perbincangan ke arah jalinan kerjasama
KKTM Sri Gading bersama YBhg. Dato' Sri
Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga
Pengarah UTHM (Mantan Ketua Pengarah
MARA) telah diadakan bertempat di KKTM
Sri Gading.
Agenda utama perbincangan ini adalah
untuk mengenalpasti peluang bagi
siswa-siswi KKTM SG menyambung
pengajian di peringkat Ijazah Sarjana
Muda di UTHM dan lain-lain projek
kolaborasi bersama yang bersesuaian.
Tahniah Unit Usahawan KKTM SG 9
KURSUS DIGITAL ENTERPRISE
TELAH BERJAYA MENCAPAI
Sekalung tahniah kepada Unit Usahawan di bawah Jabatan Pengajian Am yang berjaya
mencatat jualan online keseluruhan iaitu berjumlah RM1,026,736.48 bagi Kursus Digital
Enterprise. Seramai 256 orang pelajar yang mengikuti kursus ini telah berjaya mencapai
sasaran target sales dengan bimbingan pakar dari khidmat tenaga pengajar yang
berkebolehan iaitu Pn Nooridah Ithnin dan Pn Maslida binti Abu.
Kursus Digital Enterprise/ DUB 51002 yang diajar bagi sesi November 2020-April 2021
telah berjaya menerapkan jiwa usahawan muda dan membentuk pelajar KKTM Sri
Gading ke arah mencapai mencapai double income sebagai membantu ekonomi
individu mahupun isi rumah.
Program Gotong-Royong Memasak & Mengedar 10
BUBUR LAMBUK KEPADA FRONTLINER
Unit Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Program yang diadakan pada 11 April 2021 di
Pencegahan Rasuah Malaysia Johor dengan perkarangan Pejabat SPRM Johor bertujuan untuk
kerjasama Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah menunjukkan keprihatinan terhadap jasa frontliner
(AMAR) dan Pertubuhan Masyarakat Prihatin Bumi dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Malaysia (PRIBUMI) telah menjemput pihak KKTMSG
untuk mengambil bahagian di dalam Program
Gotong-Royong Memasak Dan Mengedar Bubur
Lambuk Kepada Frontliner Sempena Bulan
Ramadan 1422H.
Bersama Program GRAD TVET di
SALURAN BERNAMA RADIO
Malaysia telah melangkah setapak kehadapan
dengan membangunkan sistem pembinaan
berindustri (IBS) bagi bersaing dalam
pembangunan infrastruktur sekaligus
meningkatkan lagi taraf pembangunan
infrastruktur di Malaysia setanding dengan
negara-negara maju. Bagi menyokong objektif
tersebut, pusat latihan kemahiran memainkan
peranan penting untuk membangunkan modal
insan berdasarkan keperluan industri dalam
bidang IBS.
Saluran Bernama Radio melalui progam GRAD TVET telah
menjemput alumni KKTM Sri Gading, En. Mohamad Fuad Bin Salleh,
yang merupakan Pegawai Operasi di NSL Eastern Pretech dan
pensyarah KKTM Sri Gading En. Mohd Rashwan Bin Arshad untuk
berkongsi tentang pendekatan Sistem Binaan Berindustri di dalam
TVET MARA.
Majlis Temu Mesra Kejiranan 11
BERSAMA KKTM SRI GADING SIRI KE- 3
Pada 12hb April 2021 (Isnin) telah berlangsung
Majlis Temu Mesra Kejiranan Bersama KKTM Sri
Gading Siri Ke 3. Majlis ini dianjurkan oleh
Program Jalanraya dan Pengangkutan (DTH)
yang disertai oleh Ketua-ketua kampung dari
Mukim Parit Raja dan Parit Yaani. Tetamu
kehormat, YB Puan Nor Rashidah binti Ramli
merangkap ADUN Parit Raja telah meluangkan
masa untuk merasmikan majlis ini. Program ini
diadakan bertujuan untuk memperkasa dan
megeratkan silaturahim serta ukhwah antara
pemimpin bersama rakyat khususnya kawasan
Parit Raja agar dapat diterapkan dan
direalisasikan.
Disamping itu juga, pelaksanaan program ini dapat
memudahkan ketua-ketua kampung dalam
melaksanakan kolaborasi strategik dalam pelbagai
bidang. Pendedahan atau maklumat yang tepat
mengenai program-program yang ditawarkan di
IPMA khususnya KKTM Sri Gading dapat disalurkan
kepada masyarakat setempat.
Penerangan mengenai kebolehpasaran pelajar
KKTM Sri Gading dalam matlamat untuk
mencapai 3S iaitu Sure Menjadi Usahawan, Sure
Sambung Belajar dan Sure Bekerja disampaikan
oleh Tuan Pengarah, En Shabudin Bin Said dalam
ucapannya.
Bengkel Pemetaan Dublin Accord 12
(DK, DP & NA)
Program diploma kejuruteraan dan
diploma Teknologi Kejuruteraan bagi
KKTM, MJII dan IKM telah di adakan
pada 21-22 April 2021 secara atas
talian ( Microsoft Teams) bersama
panel Engineering Technology
Accreditation Council (ETAC) iaitu
Associated Professor Dr. Ahmad Yasir
Bin Md. Said dan Ir. Dr. Norazhar Bin
Abu Bakar.
Bengkel ini diadakan bagi menilai maklumbalas
dokumen kurikulum terhadap pemetaan Assessment
Specification Table (AST) kepada Dublin Knowledge
Profile (DK), Dublin Problem Solving (DP) &
Technician Activities (NA) dan rubrik berdasarkan
kepada standard bagi program diploma KKTM, MJII
dan IKM.
Bengkel ini melibatkan Jawatankuasa Akademik dan pensyarah-pensyarah kursus di KKTM Sri Gading.
Matlamat penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pensyarah berkenaan AST
dengan Graduate Attribute (DK/NA/DP) mengikut kehendak ETAC. Selain itu, ianya juga memberikan
ruang untuk pensyarah memahami kesesuaian rubrik dengan soalan yang diberikan kepada pelajar supaya
mematuhi DP & NA mengikut keperluan Dublin Accord. Secara tidak langsung, pemahaman konsep
Constructive Alignment dalam konteks OBE dapat diterapkan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran
dan pentaksiran.
ICAD Earth Day 2021 13
EXPERT TALK
22 April, Khamis - ‘Pulihkan Bumi Kita’ merupakan Tetamu khas berkenaan adalah pensyarah daripada
tema rasmi untuk Hari Bumi Sedunia bagi tahun Jabatan DTE, (Green Building) En. Khairol bin
2021. Pemulihan ini memberi harapan untuk masa Kamaruddin. Sesi perkongsian ilmu ini telah
depan bukan hanya untuk Bumi tetapi juga kepada diadakan pada 22 April 2021 dengan tajuk ‘How
manusia. Oleh itu, ICAD Earth Day 2021 selaras can Green Buildings Contribute to Protection of the
dengan tema berkenaan telah bekerjasama Environment’. Sesi ini telah berjaya dilaksanakan
dengan INTI International University & Colleges secara atas talian menggunakan aplikasi Microsoft
dengan mengadakan satu sesi perkongsian .Teams Semoga lebih ramai pihak dapat
dengan tetamu jemputan khas (Expert Talk). memanfaatkan kepakaran yang tersedia di KKTMSG.
Kapsul TVET MARA Ramadan
DI FACEBOOK TVET MARA TV
Melalui saluran atas talian, Facebook TVET
MARA TV, Ustaz Norazri bin Zaidin, Pensyarah
Pengajian Islam dari KKTM Sri Gading telah
dijemput untuk memenuhi undangan slot Episod
8: Kapsul TVET MARA Ramadan. Slot episod kali
ini telah dikongsikan pada 26 April 2021, dan
boleh diakses secara atas talian.
Pengisian topik kali ini mengupas tentang Amalan di
Bulan Ramadan. Antara amalan-amalan yang
disyorkan adalah amalan Solat Tarawih yang hanya
boleh dilakukan pada bulan Ramadan, Qiamulail
pada 10 malam terakhir Ramadan, bersedekah
terutamanya dengan memberi makanan untuk
berbuka puasa dan menunaikan umrah.
14
RamadKaareenm
Selamat Menunaikan Ibadah di bulan Ramadan
IKHLAS DARI KKTMSRI GADING
&
JAWATANKUASA PENERBITAN KKTMSG
PENGERUSI ahli
Zahtuliffa binti Tusimin Nurul Ashikin binti Abu Bakar
YM Tengku Irni Nazlia binti Tengku Ibrahim
timbalan pengerusi Pazlina binti Mohd Raba'i
Mohd Fizal bin Abu Bakar
Nor Ain binti Abas Mohd Zamri bin Mamat
Suhaidah binti Raib
setiausaha Mohd Mawardi bin Hussain
Tahira Azlin binti Tarikh
Farisa Jazima binti Mat Yusof Aidatul Salwani binti Jamaluddin
editor bil2/2021
Tahira Azlin binti Tarikh
Farisa Jazima binti Mat Yusof