BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4, 6 - 8 BLOK E9,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA HT-014-2:2011 PASTRY PRODUCTION
PROGRAM 2
TAHAP
KOD DAN NAMA UNIT HT-014-2:2011-C07 CAKES PREPARATION
KOMPETENSI
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY CAKES PREPARATION REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA 2. PREPARE CAKES MISE EN PLACE
3. CARRY OUT CAKES PREPARATION
4. CARRY OUT CAKES PRODUCT FINISHING AND
DECORATION
5. CHECK CAKES PREPARATION PRODUCT QUALITY AND
QUANTITY
6. PRODUCE CAKES PREPARATION ACTIVITIES REPORT
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 1 / 10
TAJUK : AMALAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan
kepada pelatih tentang amalan dan garis panduan pelaksanaan kebersihan,
kesihatan dan keselamatan dalam penyediaan dan pengendalian hidangan kek.
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 2 / 10
PENGENALAN KEPADA PANDUAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN AMALAN
KEBERSIHAN
OSHA GMP HACCP
HALAL MESTI
Sijil / Akta Berkenaan
Keselamatan,
Kesihatan Dan
Kebersihan
AKTA KUALITI
ALAM
SEKELILING
1974
Rajah 7.1.1 Sijil atau akta berkaitan keselamatan, kesihatan adn kebersihan di Malaysia
Terdapat beberapa garis panduan yang telah ditetapkan dalam penyediaan makanan iaitu,
1. OSHA
i. Occupational Safety and Health Act (OSHA) adalah Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (AKKP) 1994 yang bertanggungjawab terhadap kesihatan dan
keselamatan pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat.
ii. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
Kementerian Sumber Manusia.
iii. Falsafah dan prinsip akta adalah tanggungjawab memastikan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja terletak di atas mereka yang bekerja (pekerja) dengan bahaya
tersebut dan mereka yang mewujudkan bahaya tersebut (majikan).
iv. Ia melibatkan peraturan kendiri (self-regulation), perundingan (consultation) dan
kerjasama (cooperation).
v. Terdapat beberapa organisasi OSHA di dalam Malaysia,
a. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 3 / 10
b. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, CIDB
c. Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO
d. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH
vi. Tujuan akta adalah untuk :
a. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang
bekerja.
b. Melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja).
c. Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan
psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
d. Mengadakan suatu sistem perundangan yang berasaskan kepada peraturan-
peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan akta.
vii. Kewajipan am pekerja,
a. Memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya dan
orang lain semasa menjalankan aktiviti-aktivitinya
b. Memberi kerjasama sama ada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan
dengan pematuhan terhadap AKKP 1994
c. Memakai peralatan perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan
d. Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki
di bawah AKKP 1994 dan peraturan-peraturannya
2. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
i. Undang-undang yang berkaitan dengan pencegahan, penghapusan, kawalan
pencemaran dan membaiki alam sekitar dengan mematuhi piawaian kerajaan.
ii. Akta ini adalah untuk mengawal selia pencegahan, penghapusan, pengawalan
pencemaran serta melindungi dan membaiki kualiti alam sekeliling.
iii. Ditadbir oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 4 / 10
3. Hazard Analysis and Critical Control Point atau Analisis Mudarat danTitik Kawalan
Kritikal (HACCP)
i. HACCP ialah sistem yang berperanan untuk mengenalpasti, menilai dan
mengawal bahaya yang signifikan kepada keselamatan makanan.
ii. Sistem ini memastikan makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan dan tidak
menyebabkan bahaya (sakit atau keracunan).
iii. Objektif Skim Pensijilan HACCP adalah untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada
premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem HACCP bagi
produk makanan mereka.
iv. Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan oleh
juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),
Kementerian Kesihatan Malaysia.
v. Sistem HACCP boleh diaplikasi secara menyeluruh dalam rantaian makan bermula dari
penternak, peladang, pengilang dan seterusnya kepada perkhidmatan makanan untuk
memastikan keselamatan makanan.
vi. HACCP bergantung kepada komitmen pihak pengurusan sesebuah syarikat dan juga
sistem sokongan yang kukuh seperti pelaksanaan Amalan Pengilangan Baik/ Good
Manufacturing Practice (GMP), Amalan Kebersihan Baik / Good Hygiene Practice
(GHP) dan beberapa kod amalan yang lain.
Rajah 7.1.2 Logo HACCP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 5 / 10
Garis Panduan Kebersihan Diri (Good Hygiene Practices)
a. Kebersihan Diri
i. Untuk mengelakkan kemungkinan berlaku pencemaran pada makanan, mereka yang
berhubung terus dengan makanan perlu mengekalkan kebersihan individu pada tahap yang
tinggi.
ii. Mereka mesti berkelakuan dan bekerja dalam keadaan yang telah ditetapkan.
iii. Bagi pengendali makanan, hendaklah mengikuti Kursus Pengendalian Makanan Malaysia.
b. Status kesihatan
i. Orang yang disyaki atau mengidap atau pembawa sebarang penyakit tidak dibenarkan
memasuki mana-mana kawasan pemprosesan makanan.
ii. Orang yang dijangkiti hendaklah memaklumkan penyakit atau tanda-tanda penyakit
tersebut kepada pihak pengurusan untuk pemeriksaan perubatan selanjutnya.
iii. Keadaan ini wajib dimaklumkan kepada pihak pengurusan supaya sebarang keperluan
untuk pemeriksaan perubatan dan/atau kemungkinan untuk dikeluarkan daripada
mengendalikan makanan boleh dipertimbangkan, termasuk:
1. Kekuningan
2. Cirit-birit
3. Muntah
4. Pematuhan Makanan Halal
i. Halal berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan
oleh undang-undang Islam.
ii. Orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan sesuatu makanan itu jika
makanan, bahan atau peralatan tersebut :
a. Bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari
binatang yang dilarang oleh Undang-undang Islam untuk orang Islam memakannya
atau yang tidak disembelih mengikut Undang-undang Islam.
b. Tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Undang-
undang Islam.
c. Tidak disedia, diproses, tersentuh, disentuh atau dikilang dengan menggunakan
apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Undang-undang
Islam.
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 6 / 10
iii. Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber
ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan
bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
iv. Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam aspek seperti
yang digariskan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
v. Ini adalah bagi mematuhi undang-undang Islam di Malaysia atau pihak berkuasa yang
telah disahkan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Rajah 7.1.3 Logo Halal Malaysia
5. Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
i. Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim
yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
(SK1M).
ii. Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi
memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana
(EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan dibawah Peraturan-
Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
iii. Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi
membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum
pensijilan diberikan.
iv. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu
membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan beserta
rekod-rekod kawalan.
v. Antara elemen-elemen utama didalam program jaminan keselamatan makanan yang
efektif adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 7 / 10
vi. Skim ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain di mana ia menjadi keperluan
kepada Penjenamaan 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) dan Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri.
vii. Dikawal selia oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Rajah 7.1.4 Logo MeSTI
6. Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik, Good Manufacturing
Practice (GMP)
i. Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) ialah langkah-langkah universal yang
diperkenalkan untuk mengawal operasi sesebuah premis makanan bagi
membolehkan penghasilan makanan yang selamat.
ii. Objektif Skim Pensijilan GMP ini adalah untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada
premis makanan yang telah berjaya melaksana dan mengamalkan semua kriteria skim
pensijilan GMP.
iii. Dengan pengiktirafan GMP, sesebuah syarikat berupaya menjamin mutu kualiti
barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.
iv. GMP menekankan agar segala proses yang dilakukan di kilang adalah
bersistematik dan mempunyai prosedur operasi yang didokumenkan.
v. Antara prosedur yang ada kebiasaannya dilaksanakan dalam sesebuah syarikat atau
kilang termasuklah Prosedur Kawalan Bahan Mentah, Kawalan Serangga, Pengurusan
Sisa Buangan, Penyelenggaraan, Kebersihan dan lain-lain lagi.
vi. Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) juga telah memperkenalkan skim pensijilan
GMP yang mana ianya terbuka untuk semua jenis pengusaha premis makanan sama
ada pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran makanan.
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 8 / 10
vii. Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan oleh
juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
viii.Tempoh sah laku pensijilan GMP adalah selama tiga (3) tahun. Audit pemantauan akan
dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala ke atas premis terbabit.
Rajah 7.1.5 Logo GMP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 9 / 10
SOALAN
Jawab semua soalan
1. Manakah antara berikut adalah agensi yang terlibat mengawal selia keselamatan,
kesihatan dan kebersihan makanan di Malaysia?
A. JAKIM
B. Watson
C. PEYAKIN
D. Burger King
2. Manakah antara berikut adalah agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil
HACCP?
A. Jabatan Perdana Menteri
B. Kementerian Kesihatan Malaysia
C. Kementerian Pendidikan Malaysia
D. Jabatan Pembangunan Kemahiran
3. Adakah maksud OSHA?
A. Sistem yang berperanan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal bahaya yang
signifikan kepada keselamatan makanan.
B. Langkah-langkah untuk mengawal operasi sesebuah premis makanan bagi
membolehkan penghasilan makanan yang selamat.
C. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 yang bertanggungjawab
terhadap kesihatan dan keselamatan pekerja ketika bekerja.
D. Undang-undang yang berkaitan dengan pencegahan, penghapusan, kawalan
pencemaran dan membaiki alam sekitar dengan mematuhi piawaian kerajaan.
NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(1/8) Muka surat : 10 / 10
4. Berdasarkan sistem HACCP, cari dan nyatakan 4 garis panduan bagi pengendali makanan.
a. _____________________________________________________________________
b. _____________________________________________________________________
c. _____________________________________________________________________
d. _____________________________________________________________________
RUJUKAN
1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
https://www.slideshare.net/adamalif/osha-16919892, 4 Mac 2013, 7.24 am
2. Courtine R.J. & Larousse The Hamlyn Publishing Group (1988) Gastronomique Cookery
Encyclopedia, ISBN 0-749-30316-6
3. HACCP
http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=208, 10 Mac 2021 15.39.48
4. Keselamatan @ Tempat kerja
http://www.moh.gov.bn/SiteCollectionDocuments/Occupational%20Health%20Division/fac
t%20sheets/form02-07-28.pdf, 11 Mac 2021, 7.18 am
5. Kesihatan dan keselamatan pekerjaan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Keselamatan_dan_kesihatan_pekerjaan, 23:47, 29 Julai
2020.
6. Undang-undang Malaysia, Akta 127 : Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
https://www.doe.gov.my/