The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74346944, 2021-07-26 20:12:57

KERTAS PENERANGAN 4

ALAT PENYEDIAAN KEK

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4, 6 - 8 BLOK E9,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA HT-014-2:2011 PASTRY PRODUCTION
PROGRAM
TAHAP 2
KOD DAN NAMA UNIT
KOMPETENSI HT-014-2:2011-C07 CAKES PREPARATION

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY CAKES PREPARATION REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA 2. PREPARE CAKES MISE EN PLACE
3. CARRY OUT CAKES PREPARATION
NO. KOD 4. CARRY OUT CAKES PRODUCT FINISHING AND

DECORATION
5. CHECK CAKES PREPARATION PRODUCT QUALITY AND

QUANTITY
6. PRODUCE CAKES PREPARATION ACTIVITIES REPORT

HT-014-2:2011-C07/P(4/8) Muka surat : 1 / 9

TAJUK : PERALATAN PENYEDIAAN KEK
TUJUAN
: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan
pengetahuan kepada pelatih tentang peralatan yang digunakan dan
fungsinya dalam penyediaan hidangan.

NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(4/8) Muka surat : 2 / 9
PENGENALAN

1. Pemilihan peralatan dan perkakasan yang betul mengikut kegunaannya sangatlah
penting.

2. Ini bertujuan supaya fungsi alat dapat digunakan ke tahap yang optimum, kerja dapat
dilaksanakan dengan sistematik dan masa dapat diatur dengan sebaiknya.

3. Penggunaan yang betul juga dapat memanjangkan jangka hayat peralatan tersebut serta
menjimatkan kos penyelenggaraan, kos pembelian peralatan baru dan penambahbaikan
alat.

4. Peralatan dan perkakasan yang digunakan perlulah memenuhi keperluan sebuah
organisasi di samping dapat menjimatkan masa dan tenaga.

5. Reka bentuk alatan, jenis binaan yang dibuat juga perlu diambil kira supaya peralatan tidak
mudah rosak.

6. Permukaan kerja dan peralatan bagi penyediaan kek harus tidak telap air dan mudah untuk
dibersihkan.

7. Peralatan perlu diperbuat dari bahan-bahan yang tidak bertoksik, tahan hakisan, licin dan
tidak mudah retak.

8. Penggunaan peralatan yang besar dan canggih kini dapat menambah nilai kualiti
makanan di dalam industri pastri. Kebiasaannya peralatan yang lebih besar adalah lebih
mahal dan lebih canggih berbanding dengan peralatan tradisional.

9. Malah cara pengoperasian peralatan yang besar dan canggih kebiasaannya adalah lebih
sukar.

10. Pengendalian mesin yang lebih besar dan canggih ini memerlukan pekerja yang terlatih
agar penggunaan peralatan adalah optimum dan dapat mengelakkan kerosakkan yang
melibatkan kos yang lebih besar.

NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(4/8) Muka surat : 3 / 9

PERALATAN PENYEDIAAN KEK

Jadual 7.4.1 Peralatan dalam penyediaan kek serta kegunaannya

Bil Peralatan Penerangan / kegunaan

Dapur  Biasanya diperbuat dari wrought iron tahan
1 lasak

 Digunakan untuk memasak makanan sama
ada menggunakan gas atau elektrik

Ketuhar  Digunakan untuk membakar pastri dan
2 produk bakeri

Meja kerja  Suhunya boleh dikawal mengikut yang
3 dikehendaki

 Masa untuk membakar hidangan juga boleh
ditetapkan.

 Pilihan terbaik untuk membeli ketuhar
adalah yang mempunyai pintu kaca. Ini
adalah supaya kita dapat melihat hasil
hidangan yang sedang dibakar.

 Meja kerja yang sesuai membantu
menyediakan produk dengan lebih
sistematik

 Saiz dan bentuk meja adalah bergantung
kepada ruang bilik dan keperluan

NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(4/8) Muka surat : 4 / 9

Bil Peralatan Penerangan / kegunaan
Penimbang  Penimbang digital adalah pilihan yang

4 terbaik untuk digunakan untuk menyukat
Pengadun (mixer) bahan-bahan.
 Digunakan untuk menimbang bahan-bahan
5 inti dan krim dengan tepat.

Peti sejuk  Memukul, memutar dan mengadun adunan
6 kek, biskut, krim, inti atau roti.

 Ia mempunyai pelbagai aras kelajuan seperti
aras perlahan, sederhana dan laju.

 Terdapat tiga jenis mata pemutar untuk
mengadun iaitu,
i. Whip (whisk) - untuk memukul krim
atau telur
ii. Paddle – untuk mengadun mentega
atau bater seperti adunan kek dan
biskut.
iii. Hook - untuk mengadun doh.

 Menyimpan makanan segar / basah / yang
telah dimasak atau disediakan.

 Menyejukkan hidangan pudding.

Pengisar makanan Mengisar bahan menjadi halus atau
7 mendapatkan tekstur yang licin

NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(4/8) Muka surat : 5 / 9

Bil Peralatan Penerangan / kegunaan
Pengukus

8 Mengukus makanan

Sudu penyukat  Untuk menyukat bahan dalam kuantiti yang
9 sedikit

Cawan penyukat  Contoh : garam, rempah, gula
10
Menyukat makanan dengan kuantiti sederhana
sama ada bahan kering atau cecair

Jag penyukat  Digunakan untuk menyukat cecair seperti
11 air, krim dan susu

Mangkuk adunan tahan karat  Terdapat dalam pelbagai saiz bergantung
12 kepada keperluan penggunaan

 Digunakan untuk meletakkan bahan-bahan
yang telah disukat atau mengadun bahan

NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(4/8) Muka surat : 6 / 9

Bil Peralatan Penerangan / kegunaan
Pemukul telur
 Digunakan untuk memukul telur dan krim.
13  Untuk mencampurkan cecair bersama

bahan kering secara manual.

Senduk kayu  Untuk mengacau dan mengendalikan
14 adunan atau bater

Spatula  Untuk mengacau adunan atau mengaup
15 balik meringue atau krim.

Pengayak tepung  Digunakan untuk mengaup makanan yang
16 melekat di tepi mangkuk adunan.

Loyang  Digunakan untuk mengayak tepung dan
17 bahan kering yang lain.

 Dengan mengayak, benda asing yang ada
di dalam bahan dapat di tapis dan dibuang.

 Bekas untuk meletak dan membentuk
adunan kek atau kuih serta sedia untuk
dimasak.

 Terdapat dapat pelbagai saiz dan jenis
seperti aluminium dan silikon

NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(4/8) Muka surat : 7 / 9

Bil Peralatan Penerangan / kegunaan
Pencucuk kek

 Digunakan untuk menguji sama ada kek
18

telah masak atau belum.

Redai kek  Digunakan untuk menyejukkan kek yang
19 telah dibakar.

NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(4/8) Muka surat : 8 / 9
SOALAN

1. Apakah kegunaan mesin pengadun tangan?

2. Senaraikan 2 jenis alatan yang boleh digunakan untuk menimbang dan menyukat.
i. _____________________________________
ii. _____________________________________

3. Namakan 3 pilihan mata pemutar yang boleh digunakan dengan mesin pengadun.
i. _____________________________________
ii. _____________________________________
iii. _____________________________________

4. Nyatakan alat tangan yang boleh digunakan untuk memukul telur.

5. Apakah alat yang boleh digunakan untuk menguji kek telah masak atau belum?

NO. KOD HT-014-2:2011-C07/P(4/8) Muka surat : 9 / 9
RUJUKAN

1. Bo Friberg Van Nostrand Reinhold, A Division of International Thompson Publishing Inc,
The PROFESSIONAL Pastry Chef, Third Edition. ISBN 0-442-01597-6

2. Courtine R.J., The Hamlyn Publishing Group (1988), London Larousse Gastronomique
Cookery Encyclopaedia, ISBN 0-749-30316-6

3. Friberg B., John Wiley & Sons. (2002), The Professional Pastry Chef: Fundamental of
Baking and Pastry (4th edition).

4. Futura Training, Futura Training Pty.Ltd (2007), Pastry, Cakes and Yeast goods, Hot and
Cold Dessert (2nd Edition).

5. Gisslen, Wayne, John Wiley & Sons, Inc. (2009), Professional Baking (5th Edition).

6. Joseph Amendola, Nicole Rees, John Wiley & Sons (2002) The Baker’s Manual Fifth
Edition, ISBN 0-471-40525-6

7. Labensky, S.R., Tenbergen, K.G., VanDamme, E & Martel P. Prentice Hall. (2004). On
baking: A Textbook of Baking and Pastry Fundamentals.

8. Lian M., Times Book International (1981), Guide to Hotel & Catering Services, ISBN 9-
971-65093-2

9. Roux M.&A., Mcdonald & Co. Ltd., London & Sydney, The Roux Brothers on Patisserie,
ISBN 0-356-12379-0


Click to View FlipBook Version