The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas cadangan ini disediakan adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan YBhg. Datin Dr. Zaleha binti Md Noor bagi mengadakan Kursus Memperkasakan Tenaga Kerja (Employee Employment in The Workplace) kepada pegawai Gred 19 hingga Gred 40 Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rusmawatyabdulkadir84, 2021-08-01 08:01:41

KERTAS CADANGAN MEMPERKASA TENAGA KERJA (EMPLOYEE EMPLOYMENT IN THE WORKPLACE)

Kertas cadangan ini disediakan adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan YBhg. Datin Dr. Zaleha binti Md Noor bagi mengadakan Kursus Memperkasakan Tenaga Kerja (Employee Employment in The Workplace) kepada pegawai Gred 19 hingga Gred 40 Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan.

Keywords: kertas cadangan,proposal

HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN
Jalan Rasah, 70300 Seremban,
Negeri Sembilan

KERTAS CADANGAN
MEMPERKASA TENAGA KERJA (EMPLOYEE EMPLOYMENT

IN THE WORKPLACE)

TARIKH:
27-29 SEPTEMBER 2021

HARI:
ISNIN - RABU

TEMPAT:
HOTEL SERI MALAYSIA,

MELAKA

ANJURAN:
UNIT LATIHAN DAN PERKEMBANGAN KERJAYA,

HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan YBhg. Datin Dr. Zaleha binti Md Noor bagi mengadakan Kursus
Memperkasakan Tenaga Kerja (Employee Employment in The Workplace) kepada
pegawai Gred 19 hingga Gred 40 Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri
Sembilan.

2.0 RASIONAL
Dalam mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, disiplin dan motivasi
merupakan aspek yang amat penting. Tanpa disiplin dan motivasi yang tinggi, adalah
sukar bagi seseorang individu untuk berjaya. Disiplin dalam sesebuah organisasi
merupakan keperluan dalam usaha untuk memastikan organisasi dapat beroperasi
dengan berkesan. Usaha mewujudkan kerjasama antara ahli organisasi akan
mewujudkan satu pasukan kerja yang dinamik yang dapat menyumbang kepada
pencapaian matlamat organisasi.

Penekanan terhadap elemen disiplin staf seperti aspek hubungan dan komunikasi,
pengetahuan tentang organisasi berkesan dan nilai teras organisasi akan dapat
membantu staf untuk rasa kebersamaan dalam melaksanakan tugas dalam
organisasi. Selain itu, komitmen dan motivasi pekerja dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab perlu dipertingkatkan agar dapat menghasilkan produktiviti yang
memberi keuntungan kepada organisasi. Sikap dan cara staf berfikir perlu
diperbetulkan supaya tiada lagi kesilapan yang sama berulang.

Oleh itu, melalui program ini diharapkan akan dapat memberi input berguna kepada
ahli organisasi untuk melibatkan diri secara berkesan dalam memastikan matlamat
organisasi akan dapat direalisasikan.

3.0 MATLAMAT
Program ini bermatlamat bagi membentuk para pekerja yang mempunyai tahap
disiplin yang tinggi serta saling berkerjasama sebagai satu pasukan yang kukuh di
dalam melaksanakan matlamat organisasi. Tambahan lagi, program seperti ini akan
membantu membentuk nilai-nilai murni pekerja dan ianya amat perlu diamalkan dan
diterapkan di dalam diri setiap ahli dalam organisasi. Penekanan kursus yang
memberikan infomasi serta pengetahuan akan turut membantu meningkatkan
pengetahuan dan keupayaan berfikir secara kritis dan kreatif dalam usaha
melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan.

4.0 VISI DAN MISI

Visi
Membentuk pekerja yang berkualiti tinggi yang akan menjadikan organisasi
mempunyai mutu perkhidmatan tenaga kerja cemerlang di peringkat kebangsaan.
Selain itu, pelaksaan program bagi menerapkan kesedaran untuk mengembangkan
cabang ilmu untuk kemajuan kerjaya dan peningkatkan kualiti perkhidmatan.

Misi
Memastikan para pekerja mempunyai ilmu dan kemahiran yang optimum serta
mampu mempraktikkan kemahiran serta ilmu pengetahuan di dalam setiap tugasan
diberikan yang mampu memberikan perkhidmatan secara efisyen dan cemerlang
serta mampu menjadikan organisasi cemerlang dalam perkhidmatan. Melahirkan
pekerja yang lebih komited, bersemangat tinggi dan bersungguh-sungguh serta
seronok dengan tugas mereka. Misi juga adalah untuk produktiviti kerja meningkat
seterusnya membawa kepada peningkatan kualiti kerja kepada organisasi. Selain itu,
agar pekerja dapat menguruskan diri dan menghasilkan kerja yang lebih berkualiti.

5.0 OBJEKTIF
Objektif utama kursus ini ialah melahirkan pekerja yang berpengetahuan tinggi dan
cemerlang berdasarkan set kemahiran, ilmu serta teknik yang akan diperolehi dalam
kursus ini.

Diakhir program peserta akan:
5.1 Mempunyai kesedaran diri yang tinggi terhadap peranan, tanggungjawab
dan harapan yang telah diamanahkan oleh majikan sebagai seorang
pekerja.
5.2 Mengetahui bagaimana untuk mendorong diri sendiri di dalam
menggunakan teknik memperkasakan diri sepertimana latihan yang
telah diberikan sepanjang kursus ini dijalankan.
5.3 Mampu menangani stress dan beban kerja yang pelbagai sewaktu
ditempat kerja dengan menggunakan Teknik Reframing dan Pelaziman
Minda.
5.4 Bijak menggunakan pelbagai peluang bagi memajukan diri melalui
Rahsia Komunikasi Memukau agar berpeluang untuk memperolehi
kenaikan pangkat atau berpeluang menerima Anugerah Pekerja
Cemerlang.
5.5 Peserta mengetahui bagaimana untuk membina keseronokan semasa
bekerja dan merasai ketenangan ketika berada di tempat kerja kerana
bijak dan mampu mengendalikan emosi.
5.6 Melahirkan pekerja yang serba mahir dan cemerlang berdasarkan
kemahiran, ilmu dan teknik yang diperolehi sepanjang kursus.

6.0 SASARAN
Peserta kursus ini akan dihadiri seramai 50 orang pegawai dari Hospital Tuanku
Ja’afar Seremban yang terdiri daripada Pegawai Gred 19 hingga Gred 40 dari
pelbagai skim perkhidmatan.

7.0 CADANGAN TARIKH, HARI DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

7.1 Tarikh : 27 – 29 September 2021

7.2 Hari : Isnin – Rabu

7.3 Tempat : Hotel Seri Malaysia, Melaka

8.0 TEMPAT
Kursus ini akan diadakan di luar kawasan HTJS kerana dengan penglibatan pegawai
didalam kursus ini mereka mampu memberikan tumpuan sepenuhnya semasa sesi
pembelajaran, perbincangan dan memfokuskan kepada pencapaian objektif dan
matlamat kursus ini. Selain itu, dapat membentuk suasana yang lebih harmoni dan
lebih efektif sesuai dengan matlamat kursus. Walau bagaimanapun, pemilihan tempat
kursus akan dibuat dengan memberikan keutamaan kepada hotel agensi milik
kerajaan.

9.0 PENGANJUR
Kursus ini dikendalikan oleh Unit Latihan dan Perkembangan Kerjaya, Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban.

10.0 IMPAK DARIPADA KURSUS
Setiap pekerja diharapkan dapat membentuk jati diri yang positif dalam
menggalas tanggungjawap dan peranan sebagai seorang pekerja.
Pekerja dapat mengukuhkan pembentukan personaliti yang bersesuaian
untuk menjadi seorang pekerja dan pemimpin yang dihormati, dipercayai
dan disanjungi.
Pekerja dapat menguasai dan mengamalkan dengan lebih sistematik
kemahiran dan teknik memperkasakan diri, mengawal emosi dan
membina keseronokan ketika berada ditempat kerja.
Pekerja bijak dan berupaya menguasai dengan lebih berkesan kemahiran
memimpin agar dapat menjalankan tugas dengan lebih bermakna,
mencabar dan menyeronokkan merangkumi peranan, pengurusan masa
dan aspek pengurusan dalam bekerja.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

*Kadar pakej bagi Latihan mengikut WP1.10/2013
* Kadar pakej bagi Urusetia/Penceramah (Bertugas Rasmi) mengikut WP1.4/2013

12.0 AJK PENGGERAK PROGRAM

PENAUNG
YBhg. Datin Dr. Zaleha binti Md Noor

Pengarah
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

PENASIHAT I
Pn. Hafizatun binti Ramlan
Timbalan Pengarah Pengurusan

PENGERUSI
En. Badrul Shah bin Sulaiman

Penolong Pengarah M44
Ketua Unit Latihan dan Perkembangan Kerjaya

AJK
Pn. Rusmawaty binti Abdul Kadir (J45985)

Pn. Nurfaziyatey (J46000)
Pn. Nur Ainna binti Abdul Ghani (J45973)

Pn. Zarinah bt Abdullah
En. Ahmad Rizal bin Razak

PENCERAMAH
Encik Amir Samsudin
Dr. Kamaruddin Ismail
Puan Khatijah Ibrahim

Dr. Abdullah Daud

13.0 TENTATIF PROGRAM

“KURSUS MOTIVASI MEMPERKASA TENAGA PEKERJA (EMPLOYEE
EMPLOYMENT IN THE WORKPLACE)”

TARIKH MASA AKTIVITI TEMPAT
11:00 Pagi Ketibaan Para Peserta Lobby, Hotel
27 12:45 Tengah Hari - Pembahagian bilik hotel & Kumpulan Seri Malaysia
September 2:00 Petang Makan Tengahari / Rehat/ Solat Zuhor
▪ Taklimat Am oleh Ketua Program Dewan Hotel
2021 2:30 Petang ▪ Gimmick Perasmian Seri Malaysia,
( Isnin ) ▪ Video Pengenalan Program ‘
4:30 Petang Melaka
28 5:00 Petang Memperkasa Tenaga Kerja ‘
September 6:30 Petang Modul 1 : Dewan Makan
8:00 Malam Teknik Perkasa Diri &Teknik Mencapai Dewan Hotel
2021 Prestasi Puncak Seri Malaysia,
( Selasa ) 7:30 Pagi Oleh : Encik Amir Samsudin
8:30 Pagi Minum Petang / Solat Asar Melaka
10:30 Pagi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Dewan Makan
11:00 Pagi Urus Diri/ Makan Malam/Solat Maghrib Dewan Hotel
Aktiviti Bebas Seri Malaysia,
12:45 Tengah Hari Sarapan Pagi
Modul 2: Melaka
Mindset dan Paradigma Insan Super Dewan Makan
Oleh : Dr. Kamaruddin Ismail
Minum Pagi / Rehat
Aktiviti Dalam Kumpulan

Makan Tengah Hari / Rehat/ Solat Zohor

2:30 Petang Modul 3: Dewan Hotel
Imej dan Keterampilan Diri Seri Malaysia,
4:30 Petang Oleh : Puan Khatijah Ibrahim
5:00 Petang Minum Petang / Solat Asar Melaka
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Dewan Makan
Dewan Hotel
6:30 Petang Urus Diri/ Solat Maghrib Seri Malaysia,
8:00 Malam Jamuan Makan Malam
10:00 Malam Majlis Bersurai Melaka
Dewan Makan
7:30 Pagi Sarapan Pagi Perkarangan
8:30 Pagi Modul 4:
Teknik Pengurusan Masa Berkesan BBQ
10:30 Pagi Oleh : Dr. Abdullah Daud Dewan Makan
11:00 Pagi Minum Pagi Dewan Hotel
Seri Malaysia,
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Melaka
29 12:00 Tengah Hari Majlis Perasmian Penutup & Upacara Dewan Makan
September 1:30 Petang Penyampaian Sijil Dewan Hotel
Oleh Pengerusi Seri Malaysia,
2021 En. Badrul Shah bin Sulaiman
( Rabu ) Penolong Pengarah M44 Melaka
Ketua Unit Latihan dan Dewan Hotel
Perkembangan Kerjaya Seri Malaysia,
Makan Tengah Hari
Melaka

Dewan Makan

2:30 Petang Bersurai

14.0 PENUTUP
Secara keseluruhan program ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam, bertempat
di Hotel Seri Malaysia, Melaka yang akan dijalankan pada 27 September 2021
sehingga 29 September 2021. Program ‘Memperkasa Tenaga Kerja (Employee
Employment in The Workplace)’ bermatlamat untuk membentuk para pekerja
berkualiti tinggi yang akan menjadikan organisasi mempunyai mutu perkhidmatan
tenaga kerja cemerlang di peringkat kebangsaan. Orientasi dan latihan akan
membantu pekerja untuk menjadi seorang pekerja yang lebih produktif di dalam
organisasi. Selain itu, dengan adanya program seperti ini akan dapat memupuk sifat
kerjasama dan berkepimpinan dalam kalangan para pekerja. Latihan dan
pembangunan pekerja adalah amat penting untuk kemajuan organisasi kerana ianya
akan meningkatkan produktiviti para pekerja.

Akhir sekali, dengan adanya program seperti ini, penerapan nilai-nilai
kemasyarakatan serta keperibadian yang mulia sentiasa menjadi contoh dan tauladan
sekaligus mewujudkan jaringan komunikasi di antara para pekerja untuk saling
berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan dan keharmonian sewaktu
berada di dalam tempat kerja. Justeru itu, program ini juga dapat membantu
mempertingkan nilai dan motivasi diri para pekerja. Program ini dianjurkan oleh Unit
Latihan dan Perkembangan Kerjaya, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri
Sembilan.
.

Modul-Modul Kursus

Modul 1: Teknik Perkasa Diri & Reframing Pelaziman Minda

Objekif:
Membolehkan para peserta menyedari akan kepentingan dalam mempengaruhi
kakitangan bawahan
Menjadikan peserta mahir dalam menilai punca-punca yang mampu memberi
pengaruh kepada kepimpinan
Memastikan para peserta menyedari akan tindakan yang boleh membawa
pengaruh positif
Mendedahkan para peserta mengenai kepentingan keputusan yang dibuat
Membolehkan peserta mengetahui impak pembuatan sesuatu keputusan
terhadap organisasi
Menjadikan peserta peka terhadap persekitaran ketika berada di tempat kerja

Aktiviti Latihan dalam Kumpulan:
❖ Para peserta dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing yang telah
ditetapkan dan setiap kumpulan akan diberikan dua keping kad manila serta pen
marker.
❖ Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar wakil bagi setiap
kumpulan untuk mengambil satu soalan yang berbentuk situasi dan dalam hal ini
para fasilitator akan menerangkan kepada setiap ketua kumpulan tentang soalan
berkenaan dengan lebih terperinci.
❖ Setiap ketua kumpulan akan balik ke kumpulan masing-masing dan menerangkan
tentang soalan situasi yang mereka perolehi dan memulakan perbincangan
diantara ahli kumpulan masing-masing.
❖ Setiap kumpulan akan diberikan masa selama 35 minit untuk menyempurnakan
tugasan tersebut.
❖ Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan jawapan mereka di ahdapan
setiap kumpulan serta setiap kumpulan juga dikehendaki melakonkan jawapan

yang menjawab kepada situasi mereka dalam menerangkan jawapan masing-
masing.
❖ Setiap pembentangan serta persembahan yang dibuat oleh setiap kumpulan akan
dinilai oleh fasilitator dan akan diberikan markah.

Modul 2: Mindset dan Paradigma Insan Super

Objekif:
Melahirkan peserta yang mempunyai minda kelas pertama dan membentuk ciri-
ciri kepimpinan dalam diri setiap peserta.
Melahirkan peserta yang mempunyai kemahiran kemahiran kepimpinan dan
pengurusan bertaraf Antarabangsa.
Memberikan penekanan dari aspek hubungkait kepimpinan organisasi dan
pembangunan sesebuah negara.
Membolehkan para peserta mengetahui punca-punca kurangnya keberkesanan
sesuatu arahan yang diberikan.
Mendedahkan kepada para peserta mengenai kesan-kesan kesilapan dalam
memberi arahan yang kurang berkesan.
Mewujudkan kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan teknik
berkomunikasi dengan baik dalam memberikan sesuatu arahan.

Aktiviti Latihan dalam Kumpulan:
❖ Para peserta melakukan aktiviti ini dalam kumpulan masing-masing.
❖ Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar wakil bagi memudahkan para
fasilitator menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugas yang perlu
dilaksanakan.
❖ Setiap ketua kumpulan akan menerangkan tugasan yang perlu dibuat kepada ahli
kumpulan masing-masing.
❖ Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan dua penutup mata bagi melaksanakan
aktiviti tersebut.

❖ Dua orang peserta dalam sesebuah kumpulan akan menggunakan penutup mata
dan menjadi penerima arahan daripada ahli dalam kumpulan tersebut yang akan
bertindak sebagai pemberi arahan.

❖ Kedua-dua peserta yang menggunakan penutup mata tersebut akan diminta untuk
melaksanakan tugas yang berlainan iaitu, mereka diminta untuk mendapatkan
barang seperti yang diarahkan oleh ahli lain dalam kumpulan yang bertindak
sebagai pemberi arahan.

❖ Jika kedua-dua peserta yang menggunakan penutup mata tersebut telah
mendapatkan barang yang seperti diarahkan, maka tugas tersebut akan dianggap
selesai dan arahan yang diberikan adalah berkesan.

❖ Setiap kumpulan yang dinilai tahap keberkesanannya dalam memberikan arahan
yang tepat kepada penerima arahan.

Modul 3: Imej dan Keterampilan Diri
Objektif:

Meningkatkan pengetahuan tentang definisi imej, personaliti, keterampilan diri dan
profesionalisma
Menambah pengetahuan tentang elemen-elemen penting yang perlu diambil berat
untuk membentuk imej dan personaliti yang menarik dan profesional
Memberi pendedahan tentang teknik-teknik perbualan sosial dan komunikasi
berkesan
Menambah pengetahuan mengenai kesesuaian berpakaian dan penampilan
mengikut kesesuaian diri dan majlis yang dihadiri
Memberi pendedahan tentang etika makan di majlis rasmi
Mempelajari teknik mendapatkan postur badan yang tepat semasa berdiri, duduk
dan berjalan
Menambahkan pengetahuan tentang teknik-teknik mencetuskan first impression
yang hebat
Meningkatkan pengetahuan mengenai kuasa senyuman, pandangan mata dan
kecantikan dalaman

Memberi kesedaran tentang kepentingan membangunkan imej diri

Aktiviti yang akan dilaksanakan:
❖ Memperkenalkan perbualan sosial yang sesuai dan teknik berjabat tangan serta
pemakaian yang sesuai untuk sesuatu majlis
❖ Pendedahan kepada teknik penjagaan kulit wajah dan teknik solekan asas
❖ Mengajarkan teknik pemakaian tudung yang sesuai untuk majlis rasmi dan
penampilan dan pakaian untuk kesesuaian majlis
❖ Memberi pendedahan tentang teknik mendapatkan postur yang betul semasa
berdiri, duduk dan berjalan serta teknik untuk mencetuskan first impression yang
hebat
❖ Demo penjagaan kulit wajah dan solekan asas
❖ Mempelajari asas etika makan semasa majlis rasmi

Modul 4: Teknik Pengurusan Masa Berkesan
Objektif:

Mewujudkan peserta yang dekap dalam pengurusan masa
Membantu peserta di dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian.
Mewujudkan satu kumpulan peserta yang berwawasan dan bermotivasi
Membantu peserta yang sedia cemerlang, mencemerlangkan lagi diri mereka.
Membantu peserta mendapat perkhidmatan yang berterusan di dalam
menguruskan

Aktiviti yang akan dilaksanakan:
❖ Memperkenalkan teknik pengurusan masa berkesan terhadap peserta.
❖ Aktiviti dikenali sebagai ‘Pulau Gurun’
❖ Para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan bagi melakukan sesi tugasan
secara berkumpulan.
❖ Peserta hendaklah membayangkan mereka sedang pergi ke Pulau Padang Pasir.

❖ Tugas mereka adalah untuk menulis apa yang mereka perlukan ketika berada di
Pulau Padang Pasir.

❖ Peserta mempunyai dua minit sahaja untuk menulis sebanyak mungkin item yang
diperlukan.

❖ Setiap item yang berguna mempunyai mata untuk permarkahan, tetapi tiada mata
akan ditolak untuk barangan yang tidak membantu.

❖ Apabila peserta sudah selesai melakukannya, terangkan kepada mereka bahawa
mereka boleh menggunakan teknik brainstorming yang sama untuk merancang
tugas yang mereka perlukan atau ingin lakukan setiap hari.


Click to View FlipBook Version