The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnasyifah21, 2021-12-13 03:59:34

MUSLIM MEMBELA ANJING SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN

MPU 23072 PELANCONGAN DALAM ISLAM

MPU 23072
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

DALAM ISLAM

MUSLIM MEMBELA ANJING SEBAGAI
HAIWAN PELIHARAAN

1

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat
ilahi kerana dengan izin kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan E-
Majalah ini dengan sempurna dan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Norzira Binti Ahmad,
selaku Pensyarah kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada
kami serta meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami
sekumpulan untuk menghasilkan tugasan dengan baik.
Selain itu, Kami turut berterima kasih kepada ahli kumpulan yang telah
bekerjasama dan bertungkus lumus dalam menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung .
Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak
dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga E- majalah ini dapat memberi
manfaat dan panduan kepada semua orang.

Sekian, Terima kasih

2

DI SEBALIK TABIR

PENASIHAT
NAMA : NORZIRA BINTI AHMAD

JAWATAN : PENSYARAH

3

AHLI KUMPULAN

NUR ANIS BINTI YAHAYA
KETUA EDITOR

NUR HUSNA YASMINE BINTI
YAHAYA

PENOLONG KETUA EDITOR

AYUNI NABIHAH BINTI JAFFAR
KETUA ARTIKEL

NUR NASYIFAH BINTI
MUHAMMAD NAZRUL

EFFENDI
KETUA GRAFIK

4

DIBOLEHKAN MEMBELA
ANJING DENGAN 5
TUJUAN INI :

1) MEMBELA
ANJING
SEBAGAI
HAIWAN

PEMBURUAN

5) PENJAGA 2) ANJING
TANAMAN SEBAGAI
PENUNJUK

JALAN

4) PENJAGA 3) TUJUAN
TERNAKAN KESELAMATAN

5

ISI KANDUNGAN

1. MUKA HADAPAN
2 DI SEBALIK TABIR
3. ISI KANDUNGAN

A) MEMBELA ANJING SEBAGAI
PEMBURUAN

B) ANJING SEBAGAI PENUNJUK ARAH

C) ANJING SEBAGAI TUJUAN
KESELAMATAN

D) ANJING PENJAGA TERNAKAN

E) ANJING PENJAGA TANAMAN

6

4. PENGHARGAAN
5. PENDAHULUAN
6. ISU
7. HUKUM
8. ISI ARTIKEL
9. GALERI ALBUM

10. PENUTUP
11. SUMBER RUJUKAN
12. DISEDIAKAN OLEH

7

MUSLIM MEMBELA ANJING
SEBAGAI HAIWAN PELIHARAAN

Anjing dalam Islam mempunyai status yang

istimewa. Sebelum itu, harus kita fahami bahawa

semua haiwan di dunia ini adalah untuk

berkhidmat kepada manusia. Kita mestilah

memuliakan haiwan dengan tidak menyeksanya,

mengherdiknya dan sebagainya. Apabila kita

mahu menjaga suatu haiwan, ianya ada garis

panduannya tertentu. Bukan semua haiwan itu

boleh dibela dan dimanja. Ada haiwan yang

tergolong dalam najis. Najis itu adalah sejenis

kekotoran yang tidak sah solat sekiranya ia ada

pada badan, baju dan tempat solat kita. 8

PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini terdapat ramai umat
Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu
membela anjing walaupun haiwan itu
termasuk dalam kategori najis mughalazzoh
iaitu jika terkena air liur atau terpegang
badan anjing yang basah maka wajib
dibasuh dengan air yang bercampur tanah
sekali diikuti dengan enam kali air yang
bersih.
Walaupun umat Islam boleh menyucikan diri
daripada najis mughalazah dengan menyertu
anggota badan yang bersentuhan dengan
anjing namun konsep itu tidak seharusnya
diambil mudah.

9

ISU

• Isu mengenai membela dan menyentuh anjing ini acapkali
kedengaran.

• Sebelum ini, terdapat kumpulan yang menganjurkan
program seperti ‘I want to touch a dog’ dengan tujuan
menormalisasikan sentuhan dan belaan anjing dalam
kalangan orang Islam.

• Berlaku beberapa perselisihan pendapat berkenaan
penganjuran program ini.

• Sebenarnya, tiada sebarang khilaf dan ulama’ telah
bersepakat bahawa hukum membela anjing di rumah
sebagai haiwan peliharaan adalah haram.

• Sebagai orang Islam, kita tidak dibenarkan untuk
membela anjing seperti kucing yang dibelai, dipeluk atau
dicium.

• Hukumnya adalah haram kerana tidak mempunyai tujuan
tertentu.

10

HUKUM

Hukum membela anjing di rumah orang Islam
adalah haram sebagai haiwan peliharaan
adalah haram melainkan untuk tujuan
muktabar yang termasuk dalam keperluan dan
kemasalahan seperti membela anjing sebagai
penjaga rumah. Setiap penentuan hukum
dalam syariat Islam itu adalah berdasarkan
dalil atau hujah yang diambil daripada
sumber-sumber hukum Islam seperti Al-Quran
dan juga hadith.

Antara dalil yang dirujuk bagi hukum membela anjing

ini ialah seperti berikut: Daripada Abdullah bin Umar,
dia berkata: “Aku mendengar Nabi Muhammad SAW

bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing

untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak,

maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap

harinya.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

11

1) MEMBELA ANJING SEBAGAI
HAIWAN PEMBURUAN

Isu membela anjing sebagai
pemburuan telah menjadi
persoalan bagi umat Islam sejak
zaman dahulu lagi. Hal ini kerana
terdapat ulama yang berpendapat
bahawa umat Islam diharamkan
membela anjing. Rasulullah SAW
bersabda yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari dan Muslim
bermaksud:

“Sesiapa yang memelihara anjing maka sesungguhnya
berkurangan (pahala) amalannya setiap hari sebesar
qirat (sebesar Bukit Uhud), kecuali anjing buruan
ataupun ternakan (menjaga ternakan).”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

12

Berdasarkan hadis ini,
memelihara anjing tanpa sebab
yang disebutkan berada pada
hukum makruh. Maka,
sebahagian fuqaha memilih
hukum makruh atas beberapa
sebab berkaitan kerohanian dan
kemasyarakatan.
Islam juga membenarkan
umatnya untuk memiliki anjing
buruan, sebagai teman untuk
berjalan atau untuk menjaga
keselamatan rumah. Dalam al-
Quran, Allah menyebut yang
bermaksud:

13

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai
Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan
bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu
(memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang
ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang
telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara
pelatih-pelatih binatang pemburu.”

(Surah al-Ma’idah 5:4)

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
menjelaskan bahawa umat Islam dilarang membela
anjing di dalam rumah sekiranya tidak mempunyai alasan
yang kukuh bagi mengelak dijilat anjing yang sentiasa
menjelir lidah yang dianggap najis dari segi agama dan
bahaya mengikut sains. Tambahnya lagi, salakan dan
bulu-bulu anjing yang berterbangan seolah-olah tidak
mengalu-alukan tetamu sedangkan Islam menggalakkan
masyarakat menjalin hubungan baik dengan jiran.

14

RUJUKAN

• http://siemens-
melayumaju.blogspot.com/2017/07/t
ak-salah-nak-pelihara-anjing-kata-
maza.html

• https://konsultasisyariah.com/35557-
beda-antara-qirath-dosa-dengan-
qirath-pahala.html

15

2) ANJING SEBAGAI
PENUNJUK ARAH

16

PENGENALAN

Islam tidak menggalakkan umatnya memelihara anjing
sekiranya tiada keperluan ataupun darurat. Oleh itu seorang
muslim harus menjauhi dari memelihara anjing sebagai
sebuah hobi atau tanpa sebarang keperluan yang
dibenarkan. Islam membenarkan penggunaan anjing
sekiranya terdapat keperluan yang tertentu seperti memburu
binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman
dan menjaga keamanan rumah atau yang seerti dengannya
dari sudut keselamatan dan keberkesanan. Termasuk antara
penggunaan anjing pada zaman kini yang dibenarkan ialah
seperti: penggunaan anjing bagi membantu kerja-kerja yang
mencabar bagi pihak keselamatan seperti mengesan
penjenayah, dadah, bahan letupan seperti bom atau periuk
api, mengesan mangsa bencana alam seperti gempa bumi
atau tsunami, dan sebagainya. Ini sekaligus menjelaskan
bahawa menyentuh anjing bukanlah satu dosa sepertimana
yang mungkin telah difahami oleh sebahagian anggota
masyarakat Islam.

17

HUKUM
PENGGUNAAN
ANJING SEBAGAI
PENUNJUK ARAH

Salah satu prinsip yang sangat
dititikberatkan oleh syariah ialah
mencegah segala perkara yang membawa
kepada kesusahan bagi umat Islam. Jika
kesusahan itu tidak dapat dielakkan
melainkan dengan menghilangkannya,
maka syarak cuba menghilangkan
kesulitan itu. Ini semua berpunca daripada
prinsip Syarak yang bertujuan memberi
kesenangan kepada umat Islam.

18

Firman Allah SWT:

‫لا يُ َكلِّ ُف َّلهلاُ نَ ْف ًسا إلا ُُ ْسََ ََا‬

Yang bermaksud : Allah tidak akan membebani
seseorang itu, melainkan sekadar kemampuannya.
(Surah Al-Baqarah : ayat 286).

Seseorang yang berada dalam
keadaan sakit, ataupun kehilangan
penglihatannya tergolong di antara
mereka yang berada dalam
keadaan yang sukar ataupun
darurat. Firman Allah dalam surah
An-Nur ayat yang ke 61 :

‫لَ ْي َس َعلَى ال َأَُلْعا َم َعىلَ َىح َار ْل ٌَجمرَُيلاض َعلَ َحى َرالٌجأَ ْع َرج َح َر ٌج‬

19























KESIMPULAN

Menjalani perkhidmatan negara di unit anjing pasukan
keselamatan negara bukan suatu yang haram. Individu
yang melakukannya tidak seharusnya dicela dan
dicemuh di khalayak ramai.
Sememangnya kita perlu menghormati sensitiviti
masyarakat. Namun mempertahankan budaya setempat
tidak boleh menjadi justifikasi untuk membuat hukum
secara salah, sehingga seseorang itu dikatakan pendosa
atau mengabaikan ibadahnya tanpa bukti kukuh.

31

RUJUKAN

• https://akumuslim.asia/hukum-bela-anjing/
• https://xalkimia.wordpress.com/2017/07/17/

bela-anjing-sebagai-haiwan-peliharaan/
• https://akumuslim.asia/hukum-bela-anjing/
• https://www.astroawani.com/berita-

malaysia/memegang-anjing-jangan-
dijadikan-budaya-baharu-kp-jakim-148321

32

ISI KANDUNGAN

❖ PENGENALAN
❖ KESIMPULAN

33

4) ANJING PENJAGA
TERNAKAN

34

PENGENALAN

Anjing penjaga haiwan ternakan ialah sejenis
anjing pastoral dibiakbakakan untuk tujuan
perlindungan ternakan daripada pemangsa.
Anjing penjaga haiwan ternakan tinggal dengan
kumpulan haiwan yang dilindungi olehnya
sebagai anggota sepanjang masa kawanan.
Kebolehannya untuk menjaga kawanannya
kebanyakannya kenalurian, kerana anjing ini
terikat dengan kawanan itu sejak umur muda.
Tidak seperti anjing gembala lebih kecil yang
kerap yang mengawal pergerakan haiwan
ternakan, anjing penjaga haiwan ternakan
bergaul bersama haiwan ternakan, menjaganya
daripada penceroboh dalam kawanan itu.

35

Kehadiran anjing pengawal biasanya cukup untuk
menghalau pemangsa dengan intimidasi suara,
salak, dan memaparkan tingkah laku sangat
langsang. Anjing ini mungkin menyerang atau
melawan pemangsa untuk melindungi kawanan,
sekiranya tidak boleh menghalau pemangsa. Anjing
penjaga haiwan ternakan mungkin giat berjaga
akan pemangsa dalam wilayah terlindung untuk
menangkap dan menghapuskan pemangsa, dan
ada kes yang diketahui bahawa anjing mengumpan
koyote kepada sumber makanan untuk
memburunya.

36

KESIMPULAN

Kesimpulannya di sini, membela anjing untuk
menjaga pertenakan adalah dibolehkan tetapi
jangan la sesekali menyakiti anjing itu.

37

5) ANJING PENJAGA
TANAMAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau
Pinang Bil. 4/2017 yang bersidang pada 14-15 Ogos
2017 telah membincangkan mengenai Hukum
Pemeliharaan Anjing Sebagai Haiwan Peliharaan
Oleh Orang Islam. Mesyuarat memutuskan bahawa
hukum memelihara anjing di rumah oleh orang
Islam sebagai haiwan peliharaan (Pet) adalah haram
melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk
dalam keperluan dan kemasalahatan seperti anjing
sebagai penjaga tanaman.

Bagusnya membela anjing di dusun kerana haiwan ini akan

memastikan keselamatan tuannya sepanjang berada di

dusun, malah harta benda termasuk hasil tanaman seperti

durian juga terjaga daripada dicuri atau dimakan haiwan

perosak seperti haiwan liar dan beruk. 38

KESIMPULAN

Kegiatan memelihara anjing bagi tujuan menjaga harta

benda termasuk dusun buah-buahan tidak dilarang dalam

Islam dan dibolehkan kerana bersebab. Bagaimanapun,

pemilik anjing itu perlu mengikuti adab tertentu seperti

tidak terlalu terbuka bermain atau menyentuh anjing

tanpa tujuan supaya ia tidak mengundang fitnah di

kalangan masyarakat. Malah, batas pergaulan dengan

haiwan itu juga perlu dihadkan dan bersebab, tidak

dibolehkan pemilik dengan sengaja membelai haiwan itu

seperti kucing kerana ia najis berat, melainkan untuk

tujuan tertentu seperti memberi rawatan kepada anjing

yang tercedera. 39

RUJUKAN

• https://www.hmetro.com.my/utama/2018/0
7/359912/jasamu-anjing-tetap-ku-kenang

• https://mufti.penang.gov.my/index.php/efat
wa-2/325-pemeliharaan-anjing-sebagai-
haiwan-peliharaan-oleh-orang-islam

40

GALERI ALBUM

41

PENUTUP

Sebagai rumusan, perlu ditekankan bahawa di dalam
memahami sesebuah pandangan agama berkaitan hukum
ataupun aqidah, seorang Muslim harus juga memahami
pandangan ulama yang berbeza berkaitannya.
Pemahaman yang lebih mendalam akan memastikan
bahawa adab dan etika dalam pelaksanaan pandangan
agama itu dapat dipelihara. Oleh yang demikian, mereka
perlu segera meninggalkan perbuatan tersebut dan
kembali bertaubat kepada Allah. Justeru, umat Islam
dinasihatkan agar tidak menjadikan anjing sebagai haiwan
peliharaan. Ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk
memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar
ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

42

DISEDIAKAN OLEH

KELAS: DUP 2A
PROGRAM: DIPLOMA PENGURUSAN
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

NAMA NO MATRIK

NUR ANIS BINTI YAHAYA 18DUP20F2018

NUR HUSNA YASMINE 18DUP20F2032
BINTI YAHAYA

AYUNI NABIHAH BINTI 18DUP20F2030
JAFFAR

NUR NASYIFAH BINTI 18DUP20F2028
MUHAMMAD NAZRUL
EFFENDI

43


Click to View FlipBook Version