The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Flipbook - MESYUARAT AGUNG PIBG SKP KALI KE-44 (2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-87142768, 2021-10-23 02:29:00

Flipbook - MESYUARAT AGUNG PIBG SKP KALI KE-44 (2021)

Flipbook - MESYUARAT AGUNG PIBG SKP KALI KE-44 (2021)

SEKOLAH KEBANGSAAN PEMBERIAN
18000 KUALA KRAI, KELANTAN

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-44 /2021

YBM KU MOHD ZAKI BIN KU HUSSIN

ADUN DABONG

24 OKTOBER 2021
2.30 PETANG
GOOGLE MEET
KEDIAMAN SENDIRI

2.00 petang ATURCARA MAJLIS
2.30 petang
: Link Google Meet mula dibuka
: Bacaan doa oleh En. Ahmad Redzuan b Mat Jaafar

Ucapan aluan Guru Besar SK Pemberian
En. Nik Zailani b Nik Mahmud

Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020
En. Azman b Wahab

Ucapan Perasmian
YBM Ku Mohd Zaki bin Ku Hussin

3.30 petang : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44/2021 bermula

Agenda Mesyuarat

1. Perutusan Yang Dipertua PIBG
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat

Agung kali ke-43/2020
3. Membentang dan mengesahkan Laporan

Tahunan
4. Membentang, mengesahkan dan meluluskan

penyata kewangan berakhir 31 Disember 2020
5. Pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2021-2022
6. Pembentangan usul
7. Hal-hal lain
8. Ucapan penangguhan
9. Bersurai

1|Page SK PEMBERIAN

JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN PEMBERIAN

2020/2021

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : En. Nik Zailani bin Nik Mahmud (Guru Besar SK Pemberian)

PENGERUSI : En. Azman bin Wahab (Yang DiPertua PIBG)

NAIB PENGERUSI : Pn. Ummi Kalthum binti Daud (Naib Yang DiPertua PIBG)

SETIAUSAHA : Cik Nik Rosaini binti Nik Abdul Kadir

NAIB SETIAUSAHA : Pn. Siti Asiah binti Abdullah

BENDAHARI : Pn. Norazuraini binti Abdullah

2|Page AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA

En. Li bin Nor
En. Ismail bin Omar
Pn. Nur Zalifah binti Hassan @ Hashim
Pn. Rahimah binti Abd Mutalib

AHLI JAWATANKUASA GURU

En. Zunaidi bin Awang Teh (PK Pentadbiran)
Pn. Salamah binti Mat Jusoh (PK Hal Ehwal Murid)

Pn. Zamilah binti Ismail (PK Kokurikulum)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Pn. Wan Azura binti Wan As’ari @ Asri

SK PEMBERIAN

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG SK PEMBERIAN

KALI KE-44

JEMPUTAN DIF BUKU PROGRAM
1. En. Fadir b. Mohamed 1. Cik Nik Rosaini bt Nik Ab. Kadir
2. Pn. Siti Asiah bt Abdullah 2. Pn. Roslina bt Jusoh
3. Cik Hanisah bt Zulkifli 3. En. Cik Anuar b. Shafiee
4. Pn. Rahimah bt Abd Mutalib
5. Pn. Nur Zalifah binti Hassan @ Hashim PENDAFTARAN/ BORANG USUL
1. Pn. Preema a/p R.Linggam
JURUACARA 2. Pn. Zolianey binti Zol
1. En. Che Hazli b. Che Ghani 3. Cik Siti Hamidah binti Abdullah
4. Pn. Kamariah binti Yaakob
SIARAYA
1. En. Ahmad Redzuan b. Mat Jaafar KAWALSELIA MESYUARAT
1. En. Fadir b. Mohamed
BACAAN DOA 2. En. Azahar b. Othman
1. En. Ahmad Redzuan b. Mat Jaafar 3. En. Mohd Nazif b. Mohd Husin
4. En. Mat Adnan b. Harun
PENCATAT MINIT 5. En. Ismail b. Harun
1. Pn. Noorbaya bt Muhamad 6. En. Mohd Zulkafli b. Ab Rahman
2. Pn. Norhayati bt Derani 7. En. Rosli b. Derani
3. Cik Raja Ramlah bt Raja Daud
JEMPUTAN IBU BAPA
TEKNIKAL/ SIARAYA 1. Pn. Ummi Kalthum bt Daud
1. En. Ahmad Redzuan b. Mat Jaafar 2. Pn. Rahimah bt Abd Mutalib
3. Pn. Nur Zalifah bt Hassan @ Hashim
DOKUMENTASI 4. En. Li b. Nor
1.Cik Nik Rosaini bt Nik Abdul Kadir 5. En. Ismail b. Omar
6. En. Ab Rahman b. Hussin
POSTER PROGRAM 7. En. Shari b. Ahmad
1. Pn. Rahimah bt Yaacob 8. Pn. Yuasmiza bt Yusoff
2. Pn. Noorhasni bt Mahmood 9. Pn. Preema a/p R. Linggam
3. Pn. Siti Asiah bt Abdullah 10. Pn. Raja Azreni Farhana bt R. Azaman Shah
11. Pn. Rahimah bt Yaacob
HADIAH/ CENDERAHATI/ SIJIL/ CABUTAN BERTUAH 12. En. Muhaimi b. Isa
1. Pn. Wan Azura bt Wan As’ari @ Wan Asri 13. Pn. Norazuraini bt Abdullah
2. Pn. Norazuraini bt Abdullah 14. Cik Hanisah bt Zulkifli
3. Pn. Nor Fazlina bt Mustaffa 15. Pn. Nor Fazlina bt Mustaffa
4. Cik Siti Hamidah bt Che Abdul Hamid
5. Pn. Norizwani bt Ibrahim LAPORAN KEWANGAN
1. Pn. Norazuraini bt Abdullah
3|Page 2. Pn. Wan Azura bt Wan As’ari @ Wan Asri

SK PEMBERIAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Tel : 011-55057393
SEKOLAH KEBANGSAAN PEMBERIAN E-mel : [email protected]

18000 KUALA KRAI,
KELANTAN DARUL NAIM

Ruj. Kami : SKP.100-13/1/4(07)
Tarikh : 17 Oktober 2021

Semua Ibu Bapa/ Penjaga
Murid SK Pemberian

Tuan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 2021

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan mengikut
ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Oktober 2021(Ahad)
Masa : 2.30 petang (Majlis bermula)
Tempat : Google meet di kediaman masing-masing

3. Sehubungan itu, kami warga SK Pemberian dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan seorang wakil setiap keluarga untuk menyertai
mesyuarat tersebut. Link google meet akan dikongsikan setengah jam sebelum
mesyuarat bermula iaitu pada jam 2.00 petang.

4. Kerjasama dan tindakan tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t

(AZMAN BIN ABDUL WAHAB)
Yang DiPertua PIBG,
SK Pemberian,
Kuala Krai, Kelantan.

s.k: Fail

4|Page SK PEMBERIAN

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43
SEKOLAH KEBANGSAAN PEMBERIAN

Tarikh : 04 Mac 2020 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan SK Pemberian
Penasihat : Encik Nik Zailani bin Nik Mahmud (Guru Besar )
Pengerusi : Encik Azman bin Abdul Wahab (YDP PIBG)
Perasmi : Dr Hj Ahmad Nazri bn Ab. Wahab

(M.D Andalas University, Padang, Indonesia)

Turut Hadir : Encik Azman Shah bin Mat
(Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai)

1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1. En. Azman mengucapkan terima kasih kepada cikgu Azman Shah, guru-guru dan
ibu bapa yang sudi hadir. Beliau juga bersyukur kerana dapat berkumpul pada
majlis hari ini.

1.2. En. Azman memaklumkan bahawa salah satu ciri-ciri orang yang berjaya ialah
menepati masa. Ciri ini ada pada Dr Hj Ahmad Nazri kerana datang tepat pada
pukul 2.30 petang untuk merasmikan mesyuarat pada hari ini.

1.3. En. Azman memaklumkan bahawa pada tahun lepas Dato’ Dr Ramli (bekas
pelajar SK Pemberian) telah dijemput sebagai perasmi bertujuan untuk
membangkitkan semangat murid-murid untuk berjaya. Begitu juga pada tahun ini
pihak sekolah menjemput bekas pelajar SK Pemberian juga untuk merasmikan
mesyuarat pada tahun ini.

1.4. En. Azman memberi perumpamaan ‘orang yang menyediakan makanan banyak
berjasa’ kerana mungkin salah seorang murid kita akan berjaya di masa akan
datang.

5|Page SK PEMBERIAN

2. UCAPAN GURU BESAR

2.1. Cikgu Nik Zailani mengucapkan terima kasih kepada Dr Hj Ahmad Nazri kerana
sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43. Di mana perasmi
adalah anak jati Kampung Pemberian yang hebat.

2.2. Cikgu Nik Zailani juga mengucapkan terima kasih kepada pembaca doa iaitu
Mohamad Azri bin Rosli. Pihak sekolah menggalakkan anak-anak murid untuk
mengendalikan sesuatu majli sepertimana pada perhimpunan setiap hari ahad
anak-anak digalakkan bercakap bahasa Inggeris untuk melahirkan anak-anak
dan generasi yang hebat.

2.3. Cikgu Nik Zailani memaklumkan bahawa pada tahun 2019 SK Pemberian
menempa beberapa kejayaan. Antaranya ialah mendapat tempat ketiga (85%)
dalam PPSR peringkat PPD Kuala Krai dan 10 terbaik dalam UPKK peringkat
PPD Kuala Krai. Kejayaan ini adalah kerjasama yang padu semua pihak termasuk
PPD Kuala Krai, pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.

2.4. Cikgu Nik Zailani juga memaklumkan bahawa pihak sekolah perlu mengadakan
banyak program kecemerlangan untuk murid. Minggu lepas telah diadakan
program motivasi bersama Sekratariat Malaysia Prihatin (NGO). Setiap program
yang dijalankan memerlukan dana yang banyak seperti fotostat soalan tahun 5
dan tahun 6 agar pelajar membiasakan diri dengan kaedah dan teknik menjawab
yang betul. Pelajar tahun 6 juga perlu membeli buku latihan bagi
mempersiapsiagakan diri dengan PPSR. Pihak sekolah juga akan menjemput
guru pakar dan sedikit sumbangan akan diberikan. Antara guru tersebut adalah
Cikgu Zuraidi dari JPN Selangor dan beliau juga merupakan penceramah akhbar
Harian Didik. Beliau pakar dalam subjek matematik (RM 50 perkepala).

2.5. Cikgu Nik Zailani mengingatkan ibu bapa murid tahun 6 supaya dapat memberi
sumbangan sebanyak RM250.00 perkepala untuk menampung perbelanjaan
program kecemerlangan murid tahun 6. Sumbangan boleh dibayar secara
ansuran. Beliau juga memohon sumbangan daripada perasmi untuk tujuan
program kecemerlangan anak-anak SK Pemberian.

2.6. Cikgu Nik Zailani memaklumkan bahawa kelas KAFA tidak dibekalkan buku teks,
buku latihan atau buku kerja. Murid UPKK memerlukan banyak latihan untuk
meningkatkan prestasi pembelajaran, maka dicadangkan kepada ibu bapa yang
berminat bolehlah membelinya dengan guru KAFA dengan nilai RM16.50.

6|Page SK PEMBERIAN

2.7. Cikgu Nik Zailani memaklumkan bahawa murid kelas PRA semakin sedikit
bilangan murid iaitu 15 orang sahaja untuk tahun ini. Sekiranya murid kurang
daripada 5 orang sekelas, kelas berkenaan terpaksa ditutup.

2.8. Cikgu Nik Zailani juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan
rak untuk meletakkan makanan murid kelas KAFA. Makanan tersebut hendaklah
ditulis nama anak-anak. Beiau juga meminta ibu bapa yang menghantar makanan
tidak membuat bising memandangkan murid tahap 2 masih dalam sesi pdp.
Sekiranya murid datang ke sekolah pada awal pagi tidak dibenarkan keluar tanpa
kebenaran guru dibimbangi perkara-perkara yang tidak didingini berlaku.

2.9. Cikgu Nik Zailani meminta jasa baik ibu bapa menghantar anak-anak yang dapat
makan RMT pada pukul 7.00 pagi. Manakala mengenai pengisian borang
KWAPM, diminta ibu bapa melengkapkan borang dengan maklumat yang sama
sekiranya ada anak lebih daripada satu. Ibu bapa perlu hati-hati dalam mengisi
borang kerana dibimbangi tidak layak untuk menerima apa-apa bantuan.

2.10. Cikgu Nik Zailani mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi
hadir pada hari ini. Pendaftaran murid tahun satu dan PRA telah dibuka. Beliau
juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Hj Ahmad Nazri dan Cikgu Ahmad
Shah kerana sudi memenuhi jemputan.

3. UCAPAN PERASMI

3.1. Dr Hj Ahmad Nazri memaklumkan bahawa beliau anak jati Kg Pemberian dan
sekarang bertugas di Kg Mat Sawa, Jerteh.

3.2. Dr Hj Ahmad Nazri menceritakan pengalaman sejak kecil hingga sekarang.
Bermula tahun 1 dan tahun 2 sekolah di SK Manik Urai dan Tahun 3 hingga tahun
6 sekolah di SK Pemberian (sekarang Balai Raya). Manakala ayahnya Ab Wahab
bin Ismail merupakan bekas imam Kg Pemberian. Tinggal di Kg Ragu dan
merupakan jalan tanah merah pada waktu dulu. Setiap pagi beliau berulang alik
berjalan kaki dari rumah ke sekolah dan semua itu tiada alas an untuk tidak
berjaya. Semasa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekolah di SMK Manik Urai
sementara tingkatan 4 dan tingkatan 5 sekolah di SMK SYP dan seterusnya
mendapat tawaran ke Matrikulasi Sains UPM selama 2 tahun. Selepas itu, beliau
mendapat tawaran daripada JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland,
namun beliau memilih untuk ke Andalas University, Padang, Indonesia.

7|Page SK PEMBERIAN

3.3. Dr Hj Ahmad Nazri meneruskan cerita pengalaman beliau bekerja di Hospital
Kuala Terengganu dari 2000 hingga 2002 dan Hospital Jerteh bermula 2003.
Beliau bekerja dengan kerajaan selama 8 tahun. Selepas itu beliau memohon
untuk melanjutkan pelajaran dan memilih untuk bekerja bersama Lembaga
Tabung Haji selama 2 tahun (2004-2006) dan pada tahun 2008 membuka klinik
sendiri (12 tahun).

3.4. Dr Hj Ahmad Nazri memaklumkan bahawa dari segi belajar, jika kita mahu
berjaya, kita mesti berusaha. Betapa susahnya belajar pada masa dahulu, pagi
naik bot tambang dan jalan kaki untuk ke sekolah. Beliau meminta ibu bapa yang
mengenali beliau jangan malu dan segan untuk bertemu mata dengannya.

4. AGENDA MESYUARAT

4.1 En. Azman memohon maaf kerana lewat untuk mengendalikan mesyuarat.
dan memaklumkan bahawa Dr Hj Ahmad Nazri telah menyumbang
RM1000.00 untuk PIBG.

4.2 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-42 / 2019
4.2.1 En. Azman membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-42 untuk dilihat
dan dibaca oleh ahli PIBG. Beliau seterusnya mengusulkan kepada ahli
PIBG untuk menerima dan mengesahkan minit mesyuarat tersebut.

4.2.2 En. Mohd Dasuki bin Mohd Zin mencadangkan agar minit mesyuarat kali
ke-42 diterima dan disahkan.

4.2.3 En. Makzam bin Naha menyokong cadangan tersebut.

4.3 Pembentangan dan pengesahan Laporan Tahunan 2019.
4.3.1 En. Azman membentangkan Laporan Tahunan 2019.

4.3.2 Pn. Ummi Kalthum binti Daud mencadangkan agar Laporan Tahunan
diterima dan disahkan.

4.3.3 Pn. Haliana binti Mohd Nor menyokong cadangan tersebut.

4.4 Pembentangan dan pengesahan Laporan Penyata Kewangan PIBG yang
berakhir pada 31 DISEMBER 2019.

8|Page SK PEMBERIAN

4.4.1 En. Azman telah membentangkan penyata kewangan kepada ahli PIBG
SK Pemberian. Beliau meminta para ibu bapa merujuk dan meneliti
penyata kewangan pada lampiran yang telah disediakan.

4.4.2 En. Ismail bin Omar mencadangkan agar laporan kewangan diterima dan
disahkan.

4.4.3 En Makzam bin Naha menyokong cadangan tersebut.

5. PEMBENTANGAN USUL
-Tiada Usul-

6. HAL-HAL LAIN

6.1 En Azman juga memaklumkan bahawa sumbangan PIBG masih kekal sebagaimana
berikut:
Duit Sumbangan PIBG – RM20.00 (sekeluarga)
Kertas A4 – RM10.00 (setiap murid)
Kertas Soalan KAFA – RM10.00 (setiap murid)
Kecemerlangan Tahun 6 – RM250.00 (setiap murid)

6.2 En Azman mencadangkan akaun PIBG Bank Islam ditutup dan digantikan
dengan Bank Rakyat atas arahan guru besar. Mesyuarat bersetuju.

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 En. Azman mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa memberi
kepercayaan kepada beliau selama ini. Segala masalah boleh rujuk kepada AJK PIBG
terlebih dahulu.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

9|Page SK PEMBERIAN

AKTIVITI PIBG

▪ 04 Februari 2020

- Mesyuarat AJK PIBG kali ke-3

▪ 12 Februari 2020

- Taklimat Jawatankuasa kerja Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43

▪ 17 Februari 2020

- Mesyuarat AJK PIBG kali ke-5

▪ 04 Mac 2020

- Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43

▪ 26 Julai 2020

- Jemputan ke Majlis Sumbangan Cek kepada Sekolah-sekolah
Parlimen Kuala Krai di Dewan Kesedar, Pejabat Kesedar Wilayah
Kuala Krai

10 | P a g e SK PEMBERIAN

USUL AHLI PIBG

yang akan dibentangkan di Mesyuarat Agung PIBG ke-44/2021

Tiada usul yang akan dibentangkan pada mesyuarat kali ini.

11 | P a g e SK PEMBERIAN

PERSATUAN IBU BAPA DA
PENYATA KEWANGAN

PENERIMAAN PERKARA AMAUN PEMBAY
RM
TARIKH Baki diangkat TARI
Sumbangan Tabung PIBG 8211.41
1/01/2020 Sumbangan Daripada Doktor Ahamad Nazri 210.00 4/02/202
4/3/2020 Sewa Rumah (Farhan) 5/02/202
5/3/2020 Sewa Rumah (Ab Rahman) 6,7,8 1000.00 19/2/202
13/2/2020 Sumbangan KESEDAR KUALA KRAI 60.00 19/2/202
5/7/2020 Sewa Rumah Farhan (3-8) 19/2/202
9/8/2020 Sewa Rumah Mat Yie 140.00 19/2/202
8/9/2020 Sewa Rumah Mat Yie 9 &10 1000.00 2/03/202
15/9/2020 Sewa Rumah Ab.Rahman 9&10 2/03/202
13/12/2020 Yuran PIBG 2020 250.00 3/03/202
20/12/2020 350.00 3/03/202
30/12/2020 100.00 15/6/202
100.00 15/6/202
1700.00 01/7/202
16/7/202
04/9/202
12/9/202
15/9/202
20/9/202
14/10/20
14/11/20

JUMLAH 13121.41

Disedia oleh: Disemak O
…….……………………….
PN.NORAZURAINI BT ABDULLAH ……………
PN WAN
(Bendahari)
(Juru Au
12 | P a g e

AN GURU SK PEMBERIAN
N BERAKHIR 31.12.2020

YARAN AMAUN

IKH PERKARA 70.00
50.00
20 Mesyuarat AJK PIBG kali Pertama 2020 460.00
20 Sumbangan Sukan PPD 1300.00
20 Sumbangan UPKK Dan UPSR 500.00
20 LCD untuk murid SKP 200.00
20 Sumbangan Sukan Tahunan SKP 120.00
20 Sumbangan guru tahun 6 160.00
20 Banner PIBG 400.00
20 Cenderahati 100.00
20 Barang-barang utk Jamuan PIBG ibubapa,guru dan murid 100.00
20 Peralatan Plastik/alatan dapur/ais 280.00
20 Peralatan semburan cegah covid 19 190.00
20 Pengimbas Suhu 70.00
20 Pengimbas suhu sarung tangan 70.00
20 Hadiah pertukaran ustazah Siti 100.00
20 Hadiah pertukaran teacher Rosnin 100.00
20 Sumbangan Pekerja 100.00
20 Sumbangan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 80.00
20 Sumbangan Jamuan Pembukaan Jambatan Baru Kg Pemberian 100.00
020 Hadiah Pertukaran PKP
020 Sumbangan Murid 4550.00

Perbelanjaan 8571.41

Baki 5000.00
Baki Bank
Baki ditangan 3571.41
JUMLAH
13121.41
Oleh :
Disahkan oleh :
……………
AZURA BT WAN A’SRI …………………………
EN.AZMAN BIN AB.WAHAB
udit 1)
(Pengerusi)

SK PEMBERIAN

ENROLMEN MURID

TAHUN Lelaki Perempuan Jumlah
1 7 7 14
2 12 8 20
3 9 9 18
4 18 18 36
5 9 15 24
6 12 11 23
67 68 135
JUMLAH 7 9 16
Pra

13 | P a g e SK PEMBERIAN

BILANGAN GURU

GELARAN JAWATAN JUMLAH
GURU BESAR 1
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 1
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 1
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 1
GURU PENYELARAS BESTARI 1
GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA 1
GURU AKADEMIK 6
GURU PEMULIHAN 1
GURU PRA SEKOLAH 1
GURU PENDIDIKAN ISLAM 4
JUMLAH KESELURUHAN JAWATAN 18

14 | P a g e SK PEMBERIAN

MOTO SEKOLAH

KEMENJADIAN MURID, MENJANA
KEGEMILANGAN

VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI

UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU

BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

15 | P a g e SK PEMBERIAN

PIAGAM PELANGGAN

❖ Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid.
❖ Sentiasa memberi layanan penuh mesra kepada semua.
❖ Sepenuh keazaman dan kegigihan bagi mengekalkan

pencapaian kurikulum, kokurikulum dan sahsiah mulia.
❖ Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai murni

untuk menjadi warganegara yang sempurna.

16 | P a g e SK PEMBERIAN

Kami warga SK Pemberian dan jawatankuasa PIBG SK Pemberian
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :

YBM Ku Zaki bin Ku Hussin
ADUN Dabong

En. Ajudin bin Shazali
Pegawai PPD Kuala Krai

En. Nik Zailani bin Nik Mahmud
Guru Besar SK Pemberian

En. Azman bin Wahab
Yang DiPertua PIBG SK Pemberian

Pn. Ummi Kalthum bt Daud
Naib Yang DiPertua PIBG SK Pemberian

Barisan AJK PIBG 2019-2020

Guru-guru dan kakitangan SK Pemberian

Para ibu bapa dan penjaga murid SK Pemberian

&

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44/2021.

17 | P a g e SK PEMBERIAN


Click to View FlipBook Version