The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-87142768, 2022-11-07 08:16:42

Minit Mesyuarat PENGAWAS Bil 1 2022

Minit Mesyuarat PENGAWAS Bil 1 2022

MINIT MESYUARAT BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS BIL 1 2022/2023

TARIKH : 20 APRIL 2022 (RABU)

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK PEMBERIAN

MASA : 1.30 PETANG

PENGERUSI : EN. NIK ZAILANI BIN NIK MAHMUD (GURU BESAR)

Kehadiran
1. EN. NIK ZAILANI BIN NIK MAHMUD
2. PN. SALAMAH BINTI MAT JUSOH
3. EN CIK ANUAR BIN SHAFIE
4. EN FADIR BIN MOHAMED
5. EN MOHD NAJID KAZMAN BIN MOHAMAD NAWI
6. PN. YUASMIZA BINTI YUSOFF
7. PN RAJA AZRENI FARHANA BINTI RAJA SHAH
8. PN RAHIMAH BINTI YAAKOB
9. CIK NIK ROSAINI BINTI NIK ABDUL KADIR
10. CIK NURUL FATIHAH BINTI AZEMI

Tidak hadir (BERSEBAB)
(BERSEBAB)
1. EN. ZUNAIDI BIN AWANG (HADIRI KURSUS)
2. PN. HJH ZAMILAH BINTI ISMAIL
3. PN NOORBAYA BINTI MUHAMAD

1

1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan
terima kasih kepada semua yang hadir. Mesyuarat dimulakan dengan
Bacaan Ummul Kitab Al- Fatihah.
1.2 Pengerusi mengharapkan guru - guru dan ajk memberikan komitmen
terbaik dengan bantuan tunjuk ajar dari PK HEM supaya disiplin sekolah
pada tahun ini lebih baik daripada tahun - tahun lepas.
Tindakan : makluman

2.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 1 2022/2023

TIADA
3.0 Perkara - perkara Berbangkit

TIADA

4.0 Pelaporan / Pembentangan Kertas Kerja / Isu

4.1 Perancangan / aktiviti tahunan dan bidang tugas jawatan kuasa.
(Seperti pada lampiran yang telah diedarkan).

4.2 Pemilihan AJK pengawas
4.2.1 Setiausaha memaklumkan bahawa jawatan tertentu sahaja yang
akan dibincang bersama iaitu ketua pengawas, penolong ketua
pengawas, ketua pengawas pusat sumber dan penolong ketua
pengawas pusat sumber.
4.2.2 Sebulat suara telah bersetuju pelantikan seperti berikut :
4.2.2.1 Ketua pengawas : Muhammad Amirul Hafizuddin bin
Rahadiafendi
4.2.2.2 Penolong ketua pengawas : Nursyifaa’ Hamna binti Hassan
4.2.2.3 Ketua pengawas pusat sumber : Nur Afiana Balqis binti
Mohd Razis

2

4.2.2.4 Penolong ketua pengawas pusat sumber : Nur Intan Balqis
binti Abdullah

4.2.3 Jawatan – jawatan lain akan dipilih dan dilantik semasa mesyuarat
bersama pengawas masing-masing yang akan diadakan selepas
Hari Raya Aidilfitri.

Tindakan : Penyelaras dan AJK

4.3 Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik.
(Seperti pada lampiran yang telah diedarkan).

4.4 Hal – hal lain
4.4.1 Guru besar mengharapkan supaya pengacara majlis untuk
sebarang majlis yang akan datang dijalankan dalam Bahasa
Inggeris. Mohon Kerjasama dengan guru-guru Bahasa Inggeris
untuk melatih murid berkenaan dengan lebih awal.
4.4.2 PK HEM memaklumkan kepada AJK berkenaan supaya dapat
mengemaskinikan papan notis HEM di pondok pengawal. Mohon
kemaskinikan dengan bahan-bahan yang berkaitan dengan disiplin
semasa.
4.4.3 Pn Yuasmiza memaklumkan bahawa jadual tugasan pengawas
akan dikemaskini mengikut perkembangan SOP semasa.
4.4.4 En Anuar juga memaklumkan bahawa papan notis Badan
Pengawas dan Disiplin yang berada di depan tandas murid
perempuan akan dikemaskini dalam masa terdekat.

4.5 Penutup / ucapan penangguhan
4.5.1 Pengerusi mengharapkan supaya semua AJK unit disiplin bersikap
positif terhadap agihan tugas yang diberikan. Beliau juga berharap
supaya disiplin murid akan lebih mantap dengan kerjasama di
bawah unit HEM.
4.5.2 Pengerusi mengharap segala kerja buat pada tahun 2022
diteruskan lagi dengan usaha bersungguh-sunguh dari semua
warga SKP sebagai satu pasukan.

3

4.5.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang
diberikan oleh semua AJK

4.5.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang
Disediakan oleh:
…………………................
(CIK ANUAR BIN SHAFIE)
Setiausaha Badan Pengawas dan Disiplin
SK Pemberian
18000 Kuala Krai, Kelantan.

4


Click to View FlipBook Version