The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-87142768, 2022-05-31 22:26:26

PERLEMBAGAAN KELAB GURU

PERLEMBAGAAN KELAB GURU

PERLEMBAGAAN KELAB GURU & STAFF (KGS)

SEKOLAH : SK PEMBERIAN

NAMA DAN ALAMAT
SK Pemberian, 18000 Kuala Krai, Kelantan

1. Persatuan ini dikenal dengan nama
KELAB GURU DAN STAFF SK PEMBERIAN

2. Alamat Persatuan
SK Pemberian,18000 Kuala Krai, kelantan

TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN

3. Tujuan-tujuan persatuan ialah:-

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan, keperluan, dan
kemajuan guru-guru dan kakitangan sekolah dalam meningkatkan imej dan mutu sekolah.

b) untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan kebendaan guru-guru dan kakitangan sekolah dalam kegiatan mereka.

c) untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara guru-guru dan kakitangan sekolah.

d) menjadi perantara antara guru-guru dan kakitangan sekolah dengan pihak pentadbir,
PIBG dan pelbagai kesatuan yang berkenaan.

FUNGSI PERSATUAN

4. Fungsi persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-
tujuan persatuan seperti yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;

a) membantu dalam memberi khidmat kebajikan dan keperluan kepada semua ahli.

b) menambah sumber kewangan kelab dan meningkatkan kemudahan untuk semua ahli.

c) mewujudkan suasana yang kondusif serta merancang aktiviti-aktiviti yang bermanfaat
untuk memenuhi keperluan riadah kepada semua ahli.

d) menyediakan saluran komunikasi dalam menyelesaikan pelbagai isu dan masalah di
kalangan ahli-ahli antara pihak sekolah, ibu bapa, pertubuhan dan komuniti.

KEANGGOTAAN PERSATUAN

5. Anggota persatuan terdiri daripada:

a) semua guru di sekolah;

b) semua kakitangan bukan guru di sekolah

JAWATANKUASA PERSATUAN

6. Persatuan hendaklah diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dikenali
sebagai “Jawatankuasa Kelab Guru dan Staff SK Pemberian”.

7. Jawatankuasa Kelab Guru dan Staff hendaklah dilantik oleh anggota kelab pada setiap
Mesyuarat Agung Tahunan.

8. Keanggotaan jawatankuasa adalah seperti berikut:

a) seorang Pengerusi;
b) seorang Naib Pengerusi;
c) seorang Setiausaha;
d) seorang Naib Setiausaha;
e) seorang Bendahari;
f) seorang Naib Bendahari
f) TUJUH orang ahli jawatankuasa

9. Guru besar dan Penolong Kanan dilantik sebagai Penasihat Kelab dan berperanan
memberi sumbangan idea dan cadangan yang berkesan bertujuan membangunkan kelab.
10. Pengerusi Kelab berhak melantik mana-mana individu sebagai Penasihat Khas beliau.

11. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Persatuan, Pengerusi
hendaklah melantik mana-mana anggota biasa persatuan, berdasarkan undian terbanyak di
kalangan jawatankuasa untuk mengisi kekosongan jawatan itu dengan serta merta.

12. Tempoh memegang jawatan adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun kedua.

YURAN KEAHLIAN

13. Setiap ahli WAJIB membayar yuran bulanan persatuan berkuatkuasa dari bulan Januari
hingga Oktober mengikut kategori berikut:

a) Ahli Guru dan Staff RM 10.00

14. Ahli yang tidak menjelaskan yuran bulanan akan dikenakan yuran tertunggak dan mesti
menjelaskan kesemuanya sekali gus apabila diminta berbuat demikian oleh Bendahari.

15. Mana-mana ahli yang ingkar dan tidak mahu menjelaskan yuran tertunggak, maka
keahliannya akan dilucutkan serta hilang segala hak dan keistimewaannya.

16. Parkir Kereta Berbumbung

a) SEMUA GURU & KAKITANGAN yang menggunakan kemudahan parkir kereta
berbumbung akan dikenakan bayaran RM5.00 sebulan
b) Sekiranya berlaku kekosongan tempat parkir kereta (kecuali parkir kereta berlabel)
kerana anggota bertukar / bersara, keutamaan akan diberikan berdasarkan SENIORITI /
TEMPOH BERKHIDMAT anggota di sekolah ini.
c) Parkir kereta berlabel Guru besar, PK1, PK HEM, PK KOKO adalah dalam kategori
TERHAD dan dikhaskan atas nama pentadbir sekolah yang dilantik.
Anggota-anggota lain TIDAK DIBENARKAN menggunakan kemudahan parkir ini.
e) Semua anggota DIGALAKKAN untuk menggunakan kemudahan parkir kereta
berbumbung yang disediakan ini.

KEBAJIKAN AHLI

17. Setiap ahli LAYAK menerima perkara berikut:

a) Cenderahati perkahwinan semasa berkhidmat di sekolah ini bernilaiRM50.00.
(TIADA HAD selagi dibenarkan oleh syarak atau undang-undang agama)
b) Cenderahati kelahiran anak pertama di sekolah ini bernilai RM30.00.
c) Cenderahati pertukaran / persaraan wajib / persaraan pilihan
(pindaan Oktober 2015)

Kadaran nilai mengikut tahun perkhidmatan seperti:

TAHUN PERKHIDMATAN NILAI HADIAH
< 1 tahun RM30
1 – 3 tahun RM 50
4 – 8 tahun RM 100
9 – 15 tahun RM 150
16 – 20 tahun RM 200
> 21 tahun RM 250

*Majlis, tentatif dan jamuan pertukaran / persaraan wajib / persaraan pilihan akan ditentukan
dalam mesyuarat jawatankuasa

d) Sakit : Jika ada ahli yang sakit dan dirawat di hospital (kecuali bersalin) selama
seminggu atau lebih akan menerima sumbangan bernilai RM50.00.

e) Kecemasan : Jika ada ahli yang ditimpa kecemasan seperti pecah rumah, kebakaran,
dan seumpamanya, kutipan derma kilat akan dilancarkan serta merta.

f) Derma khairat kematian akan diwujudkan dengan cara kutipan dan sumbangan ikhlas.

* kematian pasangan/anak/ibubapa/mertua

g) Lain-lain bentuk sumbangan atau derma bernilai RM10.00

PINDAAN PERLEMBAGAAN

18. Pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh Jawatankuasa Persatuan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan sahaja berdasarkan persetujuan daripada ahli.

MESYUARAT
19. Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan dalam bulan April pada tahun yang
berikutnya.

20. Mesyuarat Tergempar akan diadakan atas permintaan bertulis 2/3 daripada ahli atau
atas permintaan Guru besar dengan persetujuan Pengerusi.

21. Mesyuarat AJK diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun atau berdasarkan
keperluan. Pengerusi, Naib Pengerusi atau kedua-duanya sekali mesti hadir untuk
mempengerusikan mesyuarat.

22. Semua AJK yang dilantik mesti hadir bermesyuarat kecuali ada hal-hal lain atau dengan
kebenaran Pengerusi.

DEKLARASI

23. Berkuatkuasa SERTA MERTA:

a) SEMUA jenis urusan jualan langsung produk serta perkhidmatan termasuk kad
kredit/debit/charge card dari mana-mana syarikat dan institusi perbankan TIDAK
DIBENARKAN MASUK dan menjalankan urus niaga di dalam kawasan premis sekolah.

b) Pengerusi dan semua AJK Kelab diberi hak dan kuasa untuk menghalang mana-mana
pihak seperti dinyatakan di perenggan 22a. di atas daripada menceroboh premis sekolah
sekiranya pihak pentadbir sekolah gagal berbuat demikian.

c) Perkara seperti dinyatakan di perenggan 22a. di atas tidak meliputi urusan jual beli
yang dilakukan di luar premis sekolah.


Click to View FlipBook Version