The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MARSITA BINTI AWANG Moe, 2020-04-24 04:04:50

SUSURI IFTHOR RASULULLAH

SUSURI IFTHOR RASULULLAH

‫‪SUSURI IFTHOR‬‬
‫‪RASULULLAH‬‬

‫استاذه مرسيتا بنت اوڠ‬
‫سکوله کبڠساٴن ڤاي مس‬

‫تڠکق‪ ,‬جوهر‬

Rasulullah sangat bersederhana ketika
berbuka puasa (ifthor) dan baginda
menyegerakan berbuka.

“Manusia itu akan terus berada dalam
kebaikan selagi mana dia menyegerakan
berbuka puasa”.

(al-Bukhari & Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a berkata,
“Nabi S.A.W biasa berbuka dengan
ruthab (kurma basah) sebelum sholat,
jika tidak ada ruthab, maka baginda
berbuka dengan tamar (kurma kering),
jika tidak ada kurma, baginda minum
dengan satu tegukan air putih.”

HR Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah

Selain daripada sunah rasulullah,
kurma sangat baik untuk kesihatan
kerana mengandungi gula semulajadi.
Kandungan kalori yang tinggi dan kaya
dengan nutrisi mampu membekalkan
tenaga sepanjang hari. Amalkan sunah,
berbuka dan bersahur dengan kurma
dalam bilangan yang ganjil.

Anggur juga menjadi pilihan rasulullah
ketika berbuka. Ia kaya dengan vitamin C
bagi mencegah penyakit. Jus anggur pula
sangat baik bagi mereka yang baru
sembuh daripada sakit dan masih lemah.
Selain daripada anggur segar, baginda juga
suka makan anggur kering (kismis) dan air
nabeez.

Rasulullah amat gemar minum nabeez Nabeez
iaitu air rendaman kurma atau kismis.
Air yang tinggi dengan kandungan fiber 5@7 biji Kurma / kismis
ini,mampu membantu melancarkan (pilih salah satu)
sistem pencernaan dan mengekalkan 500ml air masak putih
tenaga.
Buang biji dan potong 4
Rendamkan 6-7 jam.
minum sewaktu sahur.
Air ini boleh tahan 1–2
hari sahaja.
Jangan campurkan kurma
dan kismis.

Dari Ibnu Abbas,Rasulullah S.A.W bersabda: “Makanlah
tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya
makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan
gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing,
menambahkan air tulang belakang, menghindarkan
sejuk dan pembersihan kulit.”

Dari Abu Daud Rasulullah Saw
bersabda "Panasnya buah ini
(kurma), kita seimbangkan dengan
dinginnya buah ini (tembikai).

Zaitun antara buah yang disebut di dalam alquran.
Khasiatnya yang luar biasa, menyebabkan rasulullah
mengamalkan pengambilannya.

Dari Abi Usaid Al-Anshari, Rasulullah SAW
bersabda, ”makanlah minyak zaitun
sesungguhnya ia diberkahi. Berlauklah
dengannya dan berminyaklah dengannya
sesungguhnya ia keluar dari pohon yang
diberkahi”.

(HR. Ahmad, Ad Darimi dan Tirmidzi).

Rasulullah sering berbuka bersama delima iaitu buahan syurga yang
kaya dengan nutrisi dan antioksida sangat bermanfaat kepada
manusia. Buah ini disebutkan dalam surah ar- Rahman ayat 68;

“Di dalam kedua-dua syurga itu

tedapat buah-buahan, pohon

kurma dan pohon delima”.

Rasulullah juga amat gemar makan labu. Ia mempunyai banyak
khasiat sepertimana Allah memerintahkan nabi Yunus memakan
labu sebaik sahaja keluar daripada perut ikan.

Anas bin Malik berkata: “Rasulullah SAW
menggemari buah labu. Apabila dibawa makanan
ataupun mendapat undangan,aku akan mengikut
baginda dan menghidangkan makanan itu (labu) di
hadapan baginda sebab aku tahu baginda
menyukainya”.

Tarmizi & Ahmad

Madu turut menjadi pilihan utama Rasulullah. Khasiat madu juga telah
disebutkan dalam Al-Quran Surat An-Nahl ayat 69.

kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan
tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah di mudahkan (bagimu).
Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu)
yang bermacam-macam warnanya,
di dalamnya terdapat ubat yang
menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat
tanda (kebesaran Tuhan)
bagi orang-orang yang memikirkan.

Bersegeralah berbuka puasa dan bersederha dalam hidangan.
Janganlah kita melewatkan berbuka dan membazir sehingga
mengganggu ibadah kita pada malam hari.

Diriwayatkan dari Anas, ia berkata
“Telah bersabda Rasulullah saw:
Apabila makan malam telah
disediakan, maka mulailah
makan sebelum shalat Maghrib,
janganlah mendahulukan shalat
daripada makan malam itu
(yang sudah terhidang).

Al-Bukhary dan Muslim )

Doa setelah selesai menikmati hidangan berbuka


Click to View FlipBook Version