TIP PENULISAN TIP PENULISAN A-Z TULIS E-BOOK SIRI 2 ASPALILAH ALIAS
E-book ini adalah karya asli Prof. Madya Dr. Aspalilah Alias. Hak cipta adalah terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apa bentuk sekalipun sama ada secara elektronik, fizikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa izin dahulu dari penulis. Penulis juga tidak menjamin bahawa kandungannya sesuai untuk semua pembaca tetapi semua kandungannya adalah melalui pengalaman, kefahaman dan kepakaran penulis itu sendiri. Editor: Dr. Jannatul Madihah Abu Bakar. Diterbitkan oleh: Dr Aspa Centre, C-3-28, Tiara Duta Condo, Persiaran Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor. Email: [email protected] HAK CIPTA
Buku Tulis E-book A-Z merupakan buku yang ditulis setelah penulis menghasilkan puluhan buah buku dan artikel. E-book ini mengandungi enam siri. Penulis mendapati bahawa penulisan e-book atau buku digital ini jauh lebih cepat dan dapat membantu penulis berkongsi hasil penulisannya dengan lebih ramai orang dalam waktu yang lebih singkat dan kos yang lebih murah. Sebelum ini, seseorang penulis mengambil masa satu hingga dua tahun atau lebih untuk menghasilkan sebuah buku, tetapi dengan kemajuan teknologi, perkara ini dapat diringkaskan. Prosedur untuk menerbitkan sesebuah bahan terbitan juga dapat dilaksanakan secara dalam talian, yang memungkinkan segalanya dilakukan dengan lebih pantas. Siri Tulis E-book A-Z ini dimulakan dengan perkongsian penulis dalam membangkitkan motivasi untuk menulis, diikuti dengan kemahiran yang perlu ada untuk mula menulis sehingga berjaya menghasilkan sebuah buku. PRAKATA
Proses penulisan juga diceritakan daripada awal sehingga proses penerbitan termasuk juga proses penjualan buku. Penulisan buku juga perlu diikuti dengan proses menyunting, mereka bentuk buku, menyusun dan menetapkan format, mereka bentuk kulit muka hadapan, penerbitan, pengedaran dan pemasaran. Siri pertama ini penulis berkongsi tentang motivasi yang diharapkan dapat memberi semangat kepada pembaca agar terbit minat dan kesungguhan untuk menulis dan berkongsi ilmu kepada masyarakat.
Prof. Madya Dr. Aspalilah Alias merupakan Profesor Madya Pergigian di Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mempunyai Ijazah Doktor Pergigian, Sarjana Anatomi dan PhD dalam bidang Forensik Antropologi serta Pascakedoktoran (Postdoctorate) dalam bidang Forensik Odontologi. Baliau juga mempunyai Diploma Islamic Study, Sijil Pengajian Usuluddin, Sijil Pengajian Syariah dan Sijil Bahasa Arab. Beliau aktif dalam penulisan artikel, buku, majalah dan surat khabar. Beliau juga sering memberi ceramah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. BIODATA
ISI KANDUNGAN BAB 1 Pemilihan Topik BAB 2 Pencarian Maklumat BAB 3 Pengambilan Nota BAB 4 Rangka Penulisan BAB 5 Proses Penulisan KESIMPULAN
PEMILIHAN TOPIK B A B 1
Proses penulisan akan menjadi lebih mudah sekiranya anda menulis apa yang anda tahu dan apa yang dekat di hati anda. Anda hendaklah memikirkan topik-topik dalam bidang atau kepakaran yang ingin anda kongsikan kepada masyarakat. Kenal pasti minat anda
Body text here Title Subtitle Anda juga boleh menulis perkongsian tentang minat serta pengalaman yang anda rasa dapat memberi manfaat kepada pembaca. Anda perlu mencatat serta menyenaraikan tajuk serta subtajuk dalam buku yang ingin anda kongsikan.
Tentukan siapakah yang berpotensi membeli dan membaca buku anda? Target umur? Pembaca umum? Atau kumpulan profesional tertentu? Selain daripada mengenal pasti minat anda yang bakal diterjemahkan dalam penulisan, anda juga harus mengenal pasti siapakah sasaran atau golongan mana yang akan membaca e-book anda. Kenal pasti sasaran
Adakah buku anda dapat menyelesaikan masalah mereka? Adakah minat dan penulisan anda sesuai dengan topik dan minat mereka?
Ada ketikanya, hasil penulisan kita berkisar tentang trend semasa atau apa yang tular pada masa kini bersesuaian dengan jenis penulisan dan penerbitan yang akan anda hasilkan. Oleh itu adalah penting untuk anda mencari maklumat terkini, topik yang popular serta trend masa kini tentang tajuk pilihan anda. Kenal pasti trend semasa
Untuk memastikan pembaca memilih untuk membeli e-book anda, carilah tajuk yang masih kurang hasil penulisannya atau perbincangan mengenainya di pasaran. Anda boleh juga mencari idea di dalam kumpulan media sosial dan melayari kedai buku secara dalam talian atau pergi ke kedai-kedai buku untuk melihat topik apa yang sedang hangat menjadi topik perbincangan.
Ada kalanya, mengikut arus boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada anda sekiranya anda pantas mengejar peluang. Sekiranya anda mengambil masa yang lama untuk menghasilkan satu-satu karya, topik yang hangat itu akan tenggelam dan karya anda akan menjadi outdated.
Semak senarai topik yang anda dapat daripada carian yang anda selidiki. Setelah menyenaraikan topik-topik yang menjadi minat anda, pasti terdapat puluhan atau ratusan malah ribuan topik yang ingin anda sampaikan. Pastinya anda tidak dapat menyiapkan kesemuanya dalam satu masa. Amat penting untuk anda memilih topik yang sesuai sahaja dahulu mengikut panduan yang disenaraikan di bawah: Kecilkan pilihan anda
Selidik faktor-faktor lain seperti kepakaran anda, keunikan e-book anda serta permintaan pasaran. Kecilkan topik yang ada dan pilih tajuk yang paling menarik dan terkini.
Pemilihan tajuk adalah langkah yang sangat penting dalam proses menulis buku. Pemilihan tajuk memberikan anda gambaran sebenar buku yang bakal anda tulis. Pemilihan tajuk adalah langkah yang sangat penting dalam permulaan penulisan buku. Jom pilih tajuk buku!! Pilih tajuk
PENCARIAN MAKLUMAT B A B 2
Kenal pasti dengan jelas apa yang ingin anda capai melalui pencarian maklumat anda. Pastikan anda mencapai objektif yang ingin anda capai dalam e-book anda. Objektif dan tujuan pencarian maklumat sangat penting supaya maklumat yang kita perolehi merupakan maklumat yang paling sesuai dan relevan dengan penulisan anda. Tentukan objektif pencarian
Gunakan pelbagai sumber rujukan untuk mengumpulkan maklumat agar e-book yang dihasilkan lengkap dan komprehensif. Sumber rujukan yang boleh digunakan termasuklah buku, artikel ilmiah, jurnal akademik dan penerbitan lain yang berkaitan. Sumber yang diperolehi perlu disemak dan dipercayai bagi mengekalkan kesahihan dan kredibiliti e-book anda. Gunakan pelbagai sumber rujukan
PENGAMBILAN NOTA B A B 3
Pastikan anda mengambil nota serta maklumat secara teratur dan sistematik semasa pencarian maklumat dilakukan. Ringkaskan perkara utama, catatkan petikan yang relevan, dan rekod maklumat sumber (boleh dicatitkan dalam bentuk Word, Excel atau sebagainya) bagi memudahkan pencarian akan datang. Perkara ini diperlukan terutama untuk mencatat di ruangan sumber rujukan dalam e-book anda terutamanya dalam penulisan artikel ilmiah.
Apabila maklumat telah disimpan dan dikumpulkan, pastikan anda menyusun maklumat, idea dan konsep kepada tajuk serta subtajuk yang berkaitan. Perkara ini sangat penting dalam membantu penghasilan e-book yang sekata dan komprehensif.
RANGKA PENULISAN B A B 4
Buat rangka terperinci untuk menyediakan struktur bagi e-book anda. Gunakan navigation serta heading dan subheading dalam Microsoft Word sebagai rangka e-book anda. Cadangan saya, gunakan aplikasi Microsoft Word (Gambar 1) Gambar 1
Pecahkan nota yang telah dikumpulkan kepada bab dan subbahagian, dan gariskan perkara utama yang ingin anda bincangkan dalam setiap satu bab. Mencipta rangka untuk e-book anda adalah langkah penting dalam mengatur pemikiran anda, menstrukturkan kandungan anda dan mengekalkan penulisan menjadi lebih teratur.
Pecahkan e-book anda kepada topik utama dan subtopik berdasarkan bahagian e-book anda yang ingin anda liputi. Pertimbangkan idea atau konsep utama yang ingin anda bincangkan dan aspek atau subtopik tertentu dalam setiap bahagian utama. Kenal pasti topik utama dan subtopik
Pertimbangkan setiap topik dan subtopik yang disusun. Pastikan ada kaitan dan flow dari satu topik ke topik yang lain. Susun topik dalam susunan yang koheren dan berurutan untuk memudahkan pembaca membacanya. Fikirkan cara yang paling berkesan untuk memperkenalkan dan membina setiap topik Susun Topik
Gunakan tajuk dan subtajuk untuk mencipta struktur yang jelas dan teratur untuk e-book anda. Tajuk mewakili topik utama, manakala subtajuk membahagikan topik tersebut kepada bahagian yang lebih kecil. Ini akan membantu dan Gunakan tajuk dan subtajuk memudahkan pembaca mencari maklumat melalui e-book.
1.1 Subtopik. (Intro, isi, kembangkan) 1.2 Subtopik. (Intro, isi, kembangkan) 1.3 Subtopik. (Intro, isi, kembangkan) Dalam setiap topik atau subtopik, tambah lebih banyak contoh dan fakta supaya penulisan anda lebih ilmiah dan bermakna. Ini memberikan kedalaman dan kredibiliti kepada penulisan anda. Contoh. BAB 1 Topik Gabung dan kembangkan penulisan anda
Pertimbangkan panjang setiap bahagian atau bab untuk memastikan e-book yang seimbang dan padu. Elakkan bahagian yang terlalu panjang atau terlalu pendek yang boleh mengganggu perjalanan buku. Selaraskan kedalaman setiap topik berdasarkan kepentingan dan kaitannya dengan mesej keseluruhan e-book anda. Panjang kandungan
Apabila anda sudah selesai menulis, topik serta subtopik serta isinya, anda hendaklah menyemak secara kritikal. Menilai susunan serta urutan topik, dan organisasi keseluruhan. Perhatikan jika terdapat jurang atau elemen yang hilang. Perhalusi dan susun semula bahagian mengikut keperluan untuk memperbaiki struktur dan memastikannya koheren secara keseluruhan. Semak dan teliti
Topik dan subtopik yang telah dibuat menjadi sebagai panduan penulisan anda. Anda boleh membuat modifikasi yang bersesuaian. Semasa proses penulisan, pengubahsuaian dan modifikasi adalah perkara biasa. Kadang kala berlaku untuk beberapa hari, minggu dan bulan lamanya. Fleksibiliti
Proses pengubahsuaian dan gabungan idea baru serta menyusun semula bahagian yang tertentu supaya menjadikan kandungan buku mantap dan padu adalah perkara biasa dilakukan dalam penulisan.
Pertimbangkan untuk menggunakan perisian penulisan atau templat yang direka khusus untuk membuat rangka e-book. Contoh perisian yang digunakan adalah Canva. Canva boleh menyediakan struktur, pilihan untuk pemformatan dan visual rangka anda, menjadikannya lebih mudah untuk mengatur dan menguruskan kandungan penulisan anda. Perisian ini boleh digunakan sebagai aplikasi peranti pintar atau di komputer riba mengikut kesesuaian penulis. Gunakan perisian dan template
Gambar 2: Perisian Canva
Mencipta rangka (topik dan subtopik) yang tersusun dengan baik akan berfungsi sebagai peta untuk e-book anda. Proses ini menjadikan penulisan lebih lancar dan memastikan produk akhir yang koheren dan menarik.
PROSES PENULISAN B A B 5
Proses penulisan merujuk kepada siri langkah dan aktiviti yang dilalui oleh penulis untuk membuat karya bertulis. Setiap penulis mungkin mempunyai pendekatan yang unik dan berbeza.
Tahap ini melibatkan cadangan tajuk, menjana idea dan merancang kandungan penulisan anda. Ia termasuk aktiviti seperti meneliti topik, membuat draf utama tajuk dan subtajuk, dan mengatur pemikiran anda. Peringkat pra-penulisan membantu anda mewujudkan arah yang jelas objektif penulisan anda. Langkah 1 Sebelum menulis
Anda meletakkan idea anda ke dalam bentuk bertulis. Tulis draf awal dengan memberi tumpuan kepada mencoretkan semua yang berada dalam pemikiran anda di atas kertas tanpa perlu risau tentang kesempurnaan. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan asas di mana anda boleh menyemak semula dan memperhalusi kemudian. Langkah 2 Rangka
Semakan semula melibatkan memerhati, mengubah dan mengolah semula draf anda untuk lebih jelas, koheren, dan berkesan. Menganalisis kandungan, struktur dan pilihan bahasa anda. Langkah 3 Semak semula
Semak semula ayat, perenggan atau bahagian yang diperlukan untuk meningkatkan aliran keseluruhan dan kebolehbacaan tulisan anda. Pertimbangkan organisasi idea, kekuatan hujah anda
Penyuntingan memberi tumpuan kepada penapisan penulisan anda, termasuk tatabahasa, tanda baca, ejaan dan struktur ayat. Semak ralat, sebarang fakta yang tidak konsisten atau rangkaian frasa yang janggal. Pastikan tulisan anda mematuhi panduan gaya yang sesuai (contohnya, APA, MLA) jika berkenaan. Langkah 4 Suntingan
Perhatikan setiap butiran tulisan anda untuk meningkatkan profesionalisme dan kebolehbacaannya. Baca satu persatu ayat, perenggan demi perenggan, bab demi bab bagi memastikan penulisan anda difahami dan tepat.
Proofreading ialah semakan akhir penulisan anda sebelum buku anda diterbitkan. Ia melibatkan bacaan yang teliti untuk supaya tiada sebarang kesilapan atau kesilapan yang mungkin terlepas pandang semasa peringkat penyuntingan. Langkah 5 Membaca pruf @ Proofreading
Baca pruf dengan mata kritikal dan pastikan tulisan anda bebas ralat dan bersedia untuk diterbitkan. Anda juga boleh meminta orang lain untuk membaca dan menyemak kali terakhir sebelum diterbitkan.
Sebaik sahaja anda berpuas hati dengan kualiti penulisan anda, langkah terakhir adalah penerbitan. Ini mungkin melibatkan penerbitan sendiri e-book, menyerahkan karya kepada penerbit, menyiarkannya di laman web atau blog, atau berkongsi dengan rakan. Langkah 6 Penerbitan dan sebaran
Proses penulisan bersifat dinamik. Proses ini tidak selalunya linear dan bukan suatu proses yang mudah terutama bagi yang baru berjinak-jinak dalam penulisan. Anda boleh mengubahsuai antara peringkat, balik ke langkah pertama atau melompat dari satu langkah ke langkah yang lain mengikut keperluan dan kesesuaian. Di samping itu, setiap penulis mungkin mempunyai pendekatan atau variasi unik mereka sendiri. Kuncinya adalah untuk mencari proses yang sesuai untuk anda dan membantu anda menghasilkan penulisan yang terbaik. Penutup
Tulis E-book A-Z Buku Tulis E-book A-Z merupakan buku yang ditulis setelah penulis menghasilkan puluhan buah buku dan artikel. E-book ini mengandungi enam siri. Siri Tulis E-book A-Z ini dimulakan dengan perkongsian penulis dalam membangkitkan motivasi untuk menulis, diikuti dengan kemahiran yang perlu ada untuk mula menulis sehingga berjaya menghasilkan sebuah buku. Proses penulisan juga diceritakan daripada penulisan yang perlu diikuti dengan proses mereka bentuk buku dan ilustrasi, suntingan, menyusun dan menetapkan format, proses penerbitan, pengedaran dan pemasaran. Diharapkan dengan perkongsian buku ini dapat menerbitkan minat dan kesungguhan untuk menulis dan berkongsi ilmu kepada masyarakat.