The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SIRI ALLAH CIPTAKAN HAIWAN LANDAK SYATHIRAH HANIM (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by draspa76, 2023-11-13 21:35:03

SIRI ALLAH CIPTAKAN HAIWAN LANDAK SYATHIRAH HANIM (2)

SIRI ALLAH CIPTAKAN HAIWAN LANDAK SYATHIRAH HANIM (2)

ALLAH CCIIPPTTAAKKAANN S y a t h i r a h H a n i m A z h a r H i l m y LANDAK


E-book ini adalah karya asli Syathirah Hanim Azhar Hilmy. Hak cipta adalah terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apa bentuk sekalipun sama ada secara elektronik, fizikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa izin dahulu dari penulis. Penulis juga tidak menjamin bahawa kandungannya sesuai untuk semua pembaca tetapi semua kandungannya adalah melalui pengalaman, kefahaman dan kepakaran penulis itu sendiri. Editor: Aspalilah Alias Jannatul Madihah Diterbitkan oleh: Dr Aspa Centre, C-3-28, Tiara Duta Condo, Persiaran Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor. Email: [email protected] Hak Cipta


Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Di dalam buku ini, anak-anak akan diperkenalkan kepada landak, salah satu haiwan yang diciptakan Allah SWT. Buku ini memberi maklumat yang mudah difahami anakanak beserta gambar-gambar yang menarik yang dijana menggunakan teknologi artificial intelligence (AI). Terdapat pengajaran berkaitan kehidupan landak sebagai panduan yang jelas di dunia dan di akhirat nanti. Mudah-mudahan buku ini akan menjadi alat yang berguna untuk membantu anak-anak memahami dan menghargai kepelbagaian ciptaan Allah SWT di dunia ini. Semoga buku ini juga dapat menjadi satu langkah pertama dalam mengasuh generasi yang beriman dan bertakwa, serta memiliki rasa kagum terhadap segala kebesaran Allah SWT. Selamat membaca dan semoga buku ini memberi manfaat kepada anda semua. Prakata


Landak ialah haiwan rodensia yang mempunyai banyak duri. Allah ciptakan saya sebagai landak.


Haiwan rodensia terdiri daripada binatang mamalia kecil, seperti tikus, arnab dan tupai.


Landak mempunyai duri seperti rambut yang panjang dan tajam. Tengoklah duri saya yang panjang dan tajam ni!


Panjang duri itu boleh mencecah 30 sentimeter! 30 sm


Duri landak berongga dan diperbuat daripada keratin. Ya! Keratin ialah bahan yang sama seperti kuku manusia.


Allah Maha Hebat. Apabila landak dilahirkan, durinya sangat lembut.


Apabila landak membesar, duri menjadi semakin keras untuk melindunginya daripada musuh.


Landak bergerak dengan perlahan dan berhati-hati supaya mereka tidak mencucuk diri sendiri!


Walaupun mereka bergerak perlahan, duri mereka turut memberikan perlindungan yang sangat baik!


Jika pemangsa seperti anjing cuba menyerang landak, landak akan mengembangkan durinya.


Landak akan cuba menghalau pemangsa dengan menggegarkan durinya dahulu.


Sekiranya tidak berkesan, landak akan menghalakan bahagian belakangnya kepada pemangsa dan mula melepaskan duri tajamnya itu.


Aduh! Duri landak mempunyai mata kail kecil yang tersangkut pada kulit musuh apabila landak melepaskan durinya. Aduh, sakitnya!


Berat landak yang kecil sekitar 1.2 kilogram dan boleh mencecah 35 kilogram untuk spesies tertentu!


Landak mempunyai kaki pendek dan badan gemuk.


Landak adalah haiwan herbivor dan suka makan tumbuhan.


Antara makanan kegemaran mereka ialah akar, buahbuahan, kulit kayu dan tunas pokok. Alhamdulillah, sedapnya buah ni!


Mereka menggunakan gigi dan rahang yang kuat untuk mengunyah dan memakan kayu.


Landak bukanlah haiwan yang agresif. Mereka lebih suka lari dan bersembunyi. Alamak, ada musuh! Jom kita lariiiiii!!


Landak mempunyai penglihatan yang lemah tetapi deria bau dan pendengaran sangat baik.


Subhanallah! Allah Maha Adil memberikan kelebihan untuk menutupi kekurangan kepada makhluk.


Allah mengilhamkan kepada manusia untuk menjadikan duri landak sebagai perhiasan yang cantik!


Terdapat lebih 25 jenis landak di dunia ini! TAHUKAH ANDA? TAHUKAH ANDA?


Sebahagian daripada spesies landak yang ada di Malaysia termasuklah:


(Atherurus macrourus) Landak batu/nibong


(Hystrix brachyura) Landak raya


(Hystrix crassispinis) Landak tebal Borneo


(Trichys fasciculata) Landak padi


Daging landak halal dimakan dan dianggap baik dan tidak jijik. FAKTA


Maksudnya: "dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk." Firman Allah SWT: (Surah al-A‘raf: 157)


Landak tidak akan menyerang pemangsa sebarangan, sebaliknya landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.


Apa yang kita boleh belajar daripada landak?


Komuniti landak sanggup bersabar menahan rasa sakit akibat duri dari landak yang lain sewaktu merapatkan diri pada musim sejuk.


Perbuatan tersebut adalah untuk saling memberikan kehangatan dan menghindari kedinginan.


Landak sentiasa bijak memilih pasangan yang sesuai untuk berkembang biak.


Kelemahan tidak menghalang landak daripada meneruskan kehidupannya seperti biasa.


Alhamdulilah, Terima kasih Allah kerana telah menciptakan landak.


B I O D A T A P E N U L I S Dr. Syathirah Hanim Azhar Hilmy merupakan seorang doktor gigi dan pensyarah pergigian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universitas Sumatera Utara, Indonesia, Sarjana Kesihatan Pergigian Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Postgraduate Certi f icate dalam bidang Global Health Policy dari Queen Mary University London. Kini, beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Kedoktoran dalam Kesihatan Pergigian Awam di Universiti Teknologi MARA. Minat yang mendalam dalam pendidikan menjadi penyunting semangat bagi beliau dalam menulis buku kanak-kanak yang bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang alam dan kebesaran Allah.


Click to View FlipBook Version