ALLAH CIPTAKAN ALLAH CIPTAKAN A S M A N A B I H A H K U C I N g
hakcipta E-book ini merupakan karya asli Asma Nabihah Abd Rahman. Hakcipta adalah terpelihara. Tidak dibenarkan untuk menerbitkan semula mana-mana kandungan dalam buku ini dalam apa-apa bentuk samada secara fizikal, fotokopi, elektronik, rakaman atau sebagainya tanpa izin daripada penulis. Editor: Aspalilah Alias Jannatul Madihah Abu Bakar Diterbitkan oleh: Dr Aspa Centre, C-3-28, Tiara Duta Condo, Persiaran Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor Email: [email protected] Terbitan pertama 2023
prakata Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Di dalam buku ini, anak-anak akan diperkenalkan kepada kucing, salah satu haiwan yang diciptakan Allah SWT. Buku ini memberi maklumat yang mudah difahami anak- anak beserta gambar-gambar yang menarik yang dijana menggunakan teknologi artificial intelligence (AI). Terdapat pengajaran berkaitan kehidupan kucing sebagai panduan yang jelas di dunia dan di akhirat nanti. Mudah-mudahan buku ini akan menjadi alat yang berguna untuk membantu anak-anak memahami dan menghargai kepelbagaian ciptaan Allah SWT di dunia ini. Semoga buku ini juga dapat menjadi satu langkah pertama dalam mengasuh generasi yang beriman dan bertakwa, serta memiliki rasa kagum terhadap segala kebesaran Allah SWT. Selamat membaca dan semoga buku ini memberi manfaat kepada anda semua.
Alhamdulillah, hebatnya Allah ciptakan saya sebagai seekor kucing comel. Comel tak saya ni?
Allah sayang manusia yang baik. Kucing juga sayang manusia yang baik.
Saya diciptakan Allah dengan perangai jinak dan manja.
Allah beri saya bulu yang lembut di seluruh badan.
Saya rasa selesa apabila manusia mengusap bulu saya.
Bulu saya yang cantik ini akan gugur sekiranya tidak makan makanan berkhasiat.
Allah juga ciptakan saya mempunyai misai. Misai adalah bulu yang tebal dan biasanya terdapat di pipi, kening dan belakang kaki hadapan.
Kebanyakan kucing mempunyai 12 helai bulu misai di setiap rahang atas dan bawah.
Saya juga ada misai di kaki hadapan saya!
Misai saya berfungsi untuk mengukur ruang yang muat untuk saya lalu.
Perubahan angin juga dapat dikesan melalui misai saya.
Walaupun saya rabun jauh, mata saya dapat melihat dengan sangat baik pada waktu malam.
Lidah saya pula kesat. Ini membolehkan saya membersihkan diri dan melicinkan pinggan saya sehingga menciutkan!
Ekor saya bukanlah perhiasan semata-mata. Saya menggunakan ekor sebagai pengimbang sewaktu berjalan di tempat yang sempit.
Saya ada lima jari pada kaki hadapan dan empat jari pada kaki belakang. Jumlah jari saya 18 kesemuanya!
T A H U K A H A D I K - A D I K ? T A H U K A H A D I K - A D I K ?
Saya boleh melompat sejauh enam kali ganda saiz badan saya. Jauh, kan?
Kuku kucing membengkok ke dalam. Oleh itu, kucing boleh memanjat pokok tetapi tidak dapat turun kepala dahulu.
Kucing akan turun dengan cara yang sama seperti sewaktu memanjat ke atas.
TOLONG SAYA!!
Saya boleh dilatih untuk membuang air di tempat yang disediakan. Bijak tak saya?
Pada zaman dahulu, manusia menjaga saya kerana saya mampu mengejar dan menangkap tikus.
Kamu nak lari ke mana tu, tikus? Eh, kucing. Mana ada lari, jalanjalan je ni..
Fuh, mujur sempat menyorok. Alhamdulillah, selamat!
Namun sekarang, saya dibela sebagai haiwan peliharaan kerana saya comel dan manja serta menjadi kesayangan seisi rumah.
Hmm.. selesanya selimut ni..
Rasulullah SAW sentiasa berbuat baik bukan sahaja terhadap manusia tetapi juga kepada haiwan. Tahukah adik-adik?
Kita dituntut untuk sentiasa berbuat baik kepada makhluk Allah yang lain seperti contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW juga pernah menceritakan seorang wanita masuk neraka kerana menzalimi kucing.
َعِن اْبِن ُعَم َر ـ رضى هللا عنهما ـ َعِن الَّنِبِّي صىل هللا ٌة الَّناَر ِفي ِهَّرٍة َرَبَطْتَها، َأ اَل : َدَخَلِت اْم َر عليه وسلم َق ُكُل ِمْن ِخَشاِش ا َألْرِض ْأ ْطِعْمَها، َوَلْم َتَدْعَها َت ُت َف َلْم Daripada Ibn 'Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda: Seorang wanita masuk ke neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberi kucing itu makan dan tidak pula melepaskannya agar dapat makan serangga di tanah. (Sahih al-Bukhari)
Adik-adik jadi kawan saya, ya. Jangan pukul saya, jangan sakiti saya. Rasulullah SAW tidak suka perbuatan begitu.
Kucing merupakan haiwan karnivor. Jadi, saya makan daging haiwan seperti ikan, ayam dan daging.
Adik-adik jangan beri saya makan coklat ya. Nanti saya jatuh sakit.
Kucing biasanya tidur selama 12-16 jam sehari.
Kucing banyak menghabiskan masa dengan membersihkan diri sewaktu berjaga.
Kucing betina boleh mula bunting seawal usia empat bulan!
Kucing menyusukan anakanaknya sehingga berusia lapan ke 12 minggu!
Terima kasih Allah ciptakan kucing. Sayangilah saya kerana Rasulullah SAW juga menyayangi saya.
Asma Nabihah Abd Rahman merupakan seorang pensyarah Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Islam, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pendidikan Islam) dan Sarjana Teknologi Pendidikan. Beliau telah berkhidmat selama 18 tahun sebagai pendidik dan berminat berkongsi ilmu melalui penerbitan buku. Semoga penulisan ini memberi manfaat bukan sahaja buat kanak-kanak, tetapi juga guru dan ibu bapa dalam mencipta masa berkualiti bersama anak-anak mereka. biodata penulis