MPU23052 – SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Tajuk :
Prinsip dan peranan etika Islam dalam
sains teknologi dan kejuruteraan
Nama Pensyarah :
PUAN WAN KHAIRUNI BINTI WAN
JUSOH
Ahli kumpulan :
Mohamad Hazim F
ikri Bin Mohamad
Khalid
13DTK20F1030
Mohamad Zakwan Bin Yahya
13DTK20F1054
DTK5S2
ISI
KANDUNGAN
OBJEKTIF 1
PENGENALAN 2
ISI DAN HURAIAN 3-12
KESIMPULAN/RUMUSAN 13
RUJUKAN 14
OBJEKTIF
Memahami Etika Islam dalam sains
teknologi dan kejuruteraan.
Menerangkan pelaksanaan prinsip etika
Islam dalam sains teknologi dan
kejuruteraan.
Membincangkan pelaksanaan prinsip etika
Islam dalam sains teknologi dan
kejuruteraan.
PENGENALAN
Etika merupakan satu bidang falsafah yang
membicarakan tentang tingkah laku manusia
dari aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya
dalam hubungan dengan sains, etika adalah
satu bidang ilmu yang mengkaji soal kebaikan
dan keburukan dalam sains, berhubung
dengan tatacara untuk mempraktiskan
kebaikan dan menolak keburukan dalam
amalan penggunaan sains dan teknologi.
Islam telah menyediakan panduan yang
sempurna untuk mengatur segala perlakuan
manusia dalam apa jua bidang kerjaya
sepanjang zaman. Terdapat konsep-konsep
asas yang mampu membimbing ahli sains
dalam urusan peribadi dan profesyennya.
Konsep asas tersebut terdiri daripada tiga
unsur utama.
1. Keimanan kepada Allah s.w.t.
Iman adalah teras kepada semua jenis
amalan dalam Islam. Seorang ahli sains
perlu mempunyai keimanan serta keyakinan
yang kukuh kepada Allah dan sentiasa
memohon bantuan daripadaNya. Mereka
perlu sedar Allah sentiasa melihat segala
pemikiran dan perlakuan manusia. Allah
merupakan Pencipta dan Pemilik alam yang
menjadi bahan kajian dan penggunaan sains
dan teknologi. Sesungguhnya keimana
kepada Allah akan menyediakan asas yang
kukuh kepada kelahiran generasi muslim
yang bermoral.
2. Kepatuhan kepada Syariah dan etika
Seseorang ahli sains perlu mempunyai ketaantan
yang tinggi terhadap peraturan-peraturan dan
ketentuan Allah dengan mengambil kira
persoalan halal dan haram dalam kerjayanya.
Matlamat yang murni dalam pembangunan dan
penggunaan teknologi seharusnya seiring
dengan kaedah yang tidak melanggar batas-
batas ajaran Islam. Kepatuhan kepada
peraturan Allah dijadikan asas penting kepada
etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan
tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh
bersifat neutral dan bebas.
3. Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan
Dalam penggunaan sains dan teknologi aspek
kemanusiaan dan ihsan merupakan suatu yang
tidak boleh diabaikan. Para saintis adalah
khalifah Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab
untuk membawa kemakmuran dan menjaga
keharmonian. Mereka perlu menghindari diri dari
mengekskploitasi sewenang-wenangnya segala isi
kandungan alam semata-mata untuk kepentingan
sanis, material dan kekayaan. Mereka perlu
melindungi alam sekitar, bersifat belas ihsan dan
menghormati hak-hak manusia dan lain-lain
kehidupan untuk hidup dengan selesa.
Sebagai rumusannya, seseorang ahli sains atau
teknokrat muslim yang ingin melaksanakan
sesuatu perbuatan atau amalan sainsnya,
seharusnya bermula dengan kepercayaan dan
keimanan kepada Allah serta berpegang teguh
kepada ajaran agama dalam profesyennya. Beliau
juga perlu bertindak untuk memastikan adanya
persiapan yang cukup sama ada dari segi kuasa
intelek atau pun kuasa emperik yang bercorak
teknik. Tindak tanduknya pula dibaluti dengan
nilai-nilai etika dan moral yang suci murni
berdasarkan prinsip “melakukan sesuatu yang
baik dan menjauhi yang mungkar”. Dengan itu
persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan
sains dapat dihindarkan dan sains menjadi ilmu
yang mampu memberi manfaat yang menyeluruh.
HUBUNGAN ANTARA
ETIKA DAN
AKHLAK
Etika dan akhlak adalah dua perkara yang
sama kerana kedua-duannya
membincangkan perkara yang sama iaitu
tatacara perilaku seseorang membina
hubungan sesama insan dan juga makhluk
lain. Walau bagaimana pun terdapat
perbezaan antara kedua-duanya iaitu
pada sumber dan nilai yang menjadi dasar
utama, akhlak dasarnya berteraskan
ajaran Al -Quran dan Sunnah manakala
etika berteraskan pemikiran yang diwarisi
daripada Yunani serta pemikiran atau
fahaman yang tertentu. Akhlak
berhubungkait dengan balasan pahala dan
dosa disisi Allah SWT.
PRINSIP ETIKA
ETIKA :
- Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan
hidup yang bahagia.
- Satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara
secara terbaik.
MORAL :
- Berasal dari bahasa latin Moralitas.
- Memberi maksud tingkahlaku yang baik
- Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama,
budaya dan adat sesebuah bangsa.
AKHLAK :
- Berasal dari Bahasa Arab Khuluq.
- Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang
menjadi amalan hidup.
- Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama
dan tetap.
PRINSIP ETIKA ISLAM
1. AKIDAH
Kepercayaan dan keimanan. Iman adalah teras
kepada semua jenis amalan dalam Islam.
Seorang ahli sains perlu mempunyai keimanan
serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan
sentiasa memohon bantuan daripadanya.
2. SYARIAH
Kepatuhan kepada Syariah dan etika kerja yang
mana seseorang saintis dan teknokrat muslim
perlu mengikuti peraturan dan ketetapan hokum
berdasarkan kepada Al Quran dan As Sunnah.
3. AKHLAK
Panduan tingkahlaku yang mula melibatkan
manusia dengan Allah, manusia sesama manusia
dan manusia dengan alam sekitarnya.
PERANAN PRINSIP ETIKA ISLAM
- Sebagai rujukan kepada saintis, teknokrat
dalam melakukan penyelidikan dan penghasilan
perkara-perkara yang baharu.
- Membatas dan memantau perkara-perkara yang
boleh dilakukan oleh saintis, teknokrat dan
jurutera dalam penyelidikan masing-masing. Apa
jua kerja yang dilakukan hendakah selaras
dengan roh dan maksud syariat dan etika Islam.
- Sains juga tidak terlepas dari syariat dan
ketetapan hukum yang isasi bagi memastikan
kerja-kerja yang dilakukan menepati kehendak
syariat.
- Menjaga kepentingan umum dari ketamakan dan
kerakusan para saintis, teknokrat dan jurutera
yang mengancam keselamatan manusia. Tiada
istilah matlamat menghalalkan cara.
- Untuk melahirkan saintis, teknokrat dan jurutera
yang berdisiplin tinggi, berabad dan mengerti
peranan manusia sebagai khalifah di bumi.
- Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains,
teknologi dan kejuruteraan agar benar pada
matlamat, operasi dan metodologi
pelaksanaannya.
AMALAN TERBAIK ETIKA ISLAM DALAM
SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
- Menyakinkan bahawa rezeki datangnya
daripada Allah S.W.T. kita berussha ke tahap
yang sepatutnya, namun rezeki dan hasilnya
datang daripada Allah swt.
- Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan
yang terbaik kepada kepentingan manusia.
- Bersifat Ihsan. Keihsanan di sini merujuk
kepada keyakinan bahawa Allah swt akan
memantau kerja manusia. Bukan bos melihat
kerja kita tetapi Allah swt yang melihatnya.
- Itqan (ketekunan dan kompetensi) dalam
melakukan sesuatu hendaklah berasaskan kerja
yang berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan
yang terbaik dan pasti terbaiklah pulangannya.
- Bermusyawarah dan bermuafakat dalam
menentukan yang paling terbaik untuk
kepentingan manusia. Tiada kepentingan
individu dan bertujuan naik pangkat.
- Mengekalkan keseimbangan, kesederhana dan
konsistensi dalam melaksanakan tugasan
- Membangunkan teknologi dan segala
penemuan yang canggih dan terkini yang
memberi manfaat kepada alam dan manusia.
- Menjauhi mafsadah atau kerosakkan dan
kehancuran kepada urusan manusia dan alam.
PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA
ISLAM DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1. Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan
kejuruteraan yang memberi manfaat kepada
keselesaan.
- Segala rekaan dan alat yang dihasilkan
hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan
akhak manusia.
- Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi
sebab umat menjadi alpa daripada tugas
sebagai hamba.
- Ciptaan yang dibangunkan mampu
mengelakkan manusia daripada merosakkan
alam.
- Keselesaan bukan tiket untuk para saintis,
teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan
sehingga menafikan maksud syariah
2. Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan
yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan
kualiti.
- Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata
bertujuan komersil atau profit.
- Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan
matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan
yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi
manusia sebagai hamba Allah swt.
- Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuclear
bagi mengantikan tenaga bahan api, pengawetan
makanan dan menghapuskan bakteria.
- Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan
inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan
merosakan dunia.
3. Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa
niat jahat.
- Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah
berasakan kebijaksanaan yang mengutamakan
keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna.
- Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan
kedamaian alam demi untuk profit, kemahsyuran
dan kepentingan diri.
- Kajian yang dbuat hendaklah memikirkan implikasi
yang bakal mengesani kehidupan ekosistem
manusia, flora dan fauna.
- Pembedahan plastik untuk tujuan manafikan
ciptaan Allah swt dan mengubah identiti adalah
dilarang.
4. Keperluaan mempertahankan dan memelihara
agama, bangsa dan Negara.
- Keperluan memelihara agama, bangsa dan
Negara sememangnya satu keutamaan. Namun
nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup.
Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan
rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa
dan Negara.
- Justeru itu, ukan sewenang-wenangnya tindakan
bersifat sains teknologi boeh menghalalkan
sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi.
- Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan
amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun
buka menjadi lesen untuk melakuan kerosakan.
5. Menghubungkan semua kegiatan dengan alam
metafizika.
- Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah
menghubungkan segala kegiatan mereka dengan
alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mecari
kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan
mereka.
- Setiap aktivti penyelidikan dan penemuan
hendaklah berasaskan galakan untuk meneroka
khazanah alam bermaksud berdasarkan etika
Islam serta memburu kebenaran wujudnya
pencipta.
- Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta
kebenaran menjadi asas bagi kegiatan
penyelidikan para saintis, teknokrat dan jurutera
KESIMPULAN/RUMUSAN
Kesimpulannya, etika Islam dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan amat penting kepada setiap negara
yang semakin membangun ini kerana faktor
pencerobohan haram terhadap alam sekitar tidak
akan kerap berlaku. Jika seseorang individu itu tidak
mempunyai etika Islam misalnya saintis. Mereka akan
berterusan membuat uji kaji tanpa memikir akibat
terhadap mangsa uji kaji mereka. Selain itu, hal ini
boleh dikatakan untuk seseorang individu itu tidak
bersikap taksub kerana setiap rezeki yang datang itu
daripada Allah SWT dan kita sebagai hambaNya
perlulah bersabar dan teruskan berdoa. Kerana
apabila sudah berusaha, pasti akan dapat
ganjarannya. Seterusnya, kita perlulah melakukan
eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat.
Penghasilan penemuan sains teknologi dan
kejuruteraan haruslah memberi manfaat kepada
keselesaan orang ramai. Segala rekaan dan alat yang
dihasilkan haruslah tidak berkonsep kearah
kerosakan akhlak individu lain. Disamping itu,
janganlah kita sebagai pereka, mereka peralatan
yang melalaikan sehingga membuat individu lain tidak
menunaikan kewajiban yang sedia ada. Rekaan yang
dihasilkan perlulah menunjukkan kesan positif untuk
individu lain serta kemajuan negara. Oleh itu, etika
Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan perlu
dititikberatkan agar negara kita tak musnah alam
flora dan fauna disebabkan kerakusan para saintis.
RUJUKAN
1. https://fliphtml5.com/stpmy/lhkn/basic
2. https://www.slideshare.net/normurnimo
hamad/prinsip-syariah-dan-etika-islam-
dalam-sains-teknologi
3. http://prinsipsyariahdanetikaislambab3
.blogspot.com/2017/01/sainsteknologi-
dan-kejuruteraan-dalam.html
4. http://ustazadnandua2012.blogspot.com/
2016/03/etika-islam-dalam-sains-
teknologi-dan.html
5. http://prinsipsyariahteam4.blogspot.com/