PORT FOLIO PN. SYAZA NAJIHAH BINTI RAHIM SUBMITTED TO: NUR QAMARINA BINTI ZULKEFLI DEC09212110 SUBMITTED BY: CODE SUBJECT DECE4213 ART AND CRAFT
Capan Pada 23 Mei 2023, saya telah membuat aktiviti capan di dalam kelas. Capan ialah sejenis aktiviti mengecap menggunakan bahan alam semula jadi yang mempunyai jalinan atau corak tertentu. Antara bahan yang digunakan ialah cat air , kertas, bendi, kentang, sawi dan span Aktiviti capan ini memberi kesan kepada kanak-kanak dalam membantu meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti. selain itu , ia juga membantu meningkatkan kemahiran motor halus Kesimpulannya,melalui aktiviti seni kanak-kanak dapat meluahkan emosi mereka. Hasil kerja
Batik Pada 25 Mei 2023 saya telah ke Kompleks Kraf Jalan Conlay bagi membuat aktiviti mencanting batik. Puan Siwok selaku pemilik kedai C.woks Batik Workshop telah memberi tunjuk ajar tentang proses mencanting batik. Batik ialah proses pembuatan dan penghiasan kain dengan menggunakan teknik tertentu iaitu proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Puan Siwok telah menunjukkan cara untuk mencanting batik. Beliau menunjukkan cara mencanting batik dengan menggunakan alat canting. Campuran lilin cair yang dipanaskan telah dimasukkan ke dalam alat canting. Setelah selesai melakar corak batik langkah seterusnya ialah mewarna corak yang dilakar dengan menggunakan pewarna batik. Proses mewarna adalah lebih senang daripada melakarcorak. pemilihan warna adalah penting supaya batik kelihatan cantik dan menarik
Face painting Pada 30 Mei 2023, saya telah diberi tugasan untuk melukis muka rakan di dalam kelas. aktiviti "face painting" ini memerlukan kreativiti untuk mendapatkan hasil yang cantik Saya telah dipasangkan dengan Nur Qistina Maisarah untuk aktiviti ini. antara corak yang saya telah pilih untuk melukis ialah labah-labah. saya diberi masa 15 minit untuk menyiapkan lukisan tersebut Seni cat muka, juga dikenali sebagai face painting, adalah seni melukis muka seseorang dengan menggunakan cat air khusus yang selamat untuk kulit. Seniini telah diamalkan dalam budaya berbeza di seluruh dunia, termasuk dalam pelbagai acara seperti karnival, perayaan dan pertunjukan
Origami Pada 6 Jun 2023, saya telah diberi tugasan untuk membuat origami kertas bertemakan “hutan” . Origami yang telah saya hasilkan ialah burung hantu, serigaladan arnab . Antara bahan yang digunakan semasa membuat origami ialah kertawarna, gam dan tali lIni merupakan percubaan kali pertama saya dalam membuat origami
unit merchandise first meeting Pada 6 Jun 2023, unit merchandise bagi teater gagak telah menjalankan satu perjumpaan untuk membincangkan tentang merchandise yang akan dihasilkan Sepanjang perbincangan itu, unit merchandise telah membuat keputusan untuk menyediakan merchandise bertemakan gagak antaranya ialah, keychain, topeng gagak, penanda buku dan lain-lain Selain itu, bagi menjana modal untuk membuat merchandise semua telah bersepakat untuk membuat face painting,project science dan lain lain kepada kanak-kanak pada hari Sabtu/ Ahad.
Hari keusahawanan Pada 7 dan 8 June 2023 telah berlangsungnya hari keusahawanan bagi kos pendidikan awal kanak-kanak Tujuan berlangsungnya hari keusahawanan ini ialah bagi menjana wang/ modal untuk National Children ’s Industry Chapter 2023 yang akan berlangsung pada bulan 8 Oleh itu, batch 6 telah membuat jualan bagi menjana modal. Antara jualan yang dihasilkan sendiri ialah beads ring, phone strap, pipe flower bouquet. Selain itu makanan juga dijual iaitu seperti sushi dan mac and cheese Pada hari tersebut ramai yang telah singgah ke booth kami dan membeli.
Phone Strap Pada 12 Jun 2023, kami telah ditugaskan untuk membuat phone strap kepada kanak-kanak. Phone strap ini dibuat untuk diberikan sebagai hadiah kepada kanak-kanak pada program yang akan dijalankan di Perlis Pelbagai design telah dihasilkan oleh pelajar pendidikan awal kanak-kanak
Phone strap Pada 13 Jun 2023, kami menyambung tugasan dengan membuat lebih banyak lagi phone strap untuk diberikan kepada pelajar di Perlis bersempena Program Madani Anak Bangsa. Setelah selesai membuat phone strap, proses seterusnya ialah meletakkan logo the chilldhood pada phone strap dan meletakkan phone strap tersebut di plastik satu per satu. Sebanyak 300 lebih pcs phone strap berjaya dikumpulkan dan diberikan kepada pensyarah untuk dibawa ke Program Madani Anak Bangsa yang akan berlangsung di Perlis. Sepanjang proses membuat phone strap selama 2 hari yang saya dapat pelajari ialah ia boleh meningkatkan kreativiti kerana pelbagai bentuk danrekaan telah dihasilkan. Pelbagai corak,gaya dan warna yang berbeza untuk mencipta phone strap. Saya menyedari bahawa sepanjang prosesmembuat phone strap ia amat menyeronokkan kerana saya agak mahir dan kreatif dalam mencipta pelbagai corak dan warna. Akan tetapi prosessemasa membuat phone strap memerlukan kesabaran dan ketelitian untuk memasukkan manik ke dalam tali. Selain itu, saya menyedari bahawa dengan setiap projek yang saya lakukan, saya dapat meningkatkan kemahiran saya dalam bidang ini Kesimpulannya, membuat phone strap memberikan pengalaman yang menghiburkan dan memberi ruang untuk kreativiti serta pembelajaran, saya juga berharap untuk terus melibatkan diri dalam projek-projek kreatif di masa depan
Hand Bracelet by Unit Merchandise 14 Jun 2023, unit merchandise telah mengadakan satu perjumpaan bagi membuat gelang tangan untuk kanak kanak untuk dijual. Proses membuat gelang atau cincin berjalan dengan lancar kerana masing masing mempunyai kemahiran yang tersendiri. Antara tujuan utama membuat gelang tangan untuk kanak-kanak ialah ianya mudah kerana masing masing sudah mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam membuat aktiviti seperti sebelum ini iaitu "phone strap". Seterusnya, gelang tangan ini dibuat untuk dijual kepada kanak-kanak untuk menjana semula pulangan modal untuk disalurkan kepada unit merchandise dalam membeli barang yang diperlukan untuk membuat kraftangan bertemakan teater "Hendak Ke Mana Gagak". Gelang tangan kanak-kanak 3 hingga 5 tahun kebiasannya adalah bersaiz lebih kecil iaitu sekitar 12 hingga 14 sentimeter. walaupun begitu Selain daripada saiz, kita perlu memastikan bahawa gelang yang digunakan untuk kanak-kanak adalah selamat dan tidak boleh menyebabkan cedera. Selain itu, memastikan gelang tidak terlalu ketat, dan pilihlah bahan yang tahan lama dan berkualiti tinggi untuk kegunaan kanak-kanak.
Hand craft; Gagak fly 21 Jun 2023 beberapa orang dari unit merchandise telah hadir ke kampus untuk membuat kraftangan gagak. Antara kraftangan yang telah kami hasilkan ialah ”gagak fly”. Kami mendapat idea untuk menghasilkan kraf tersebut daripada pinterest. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan gagak fly ialah kertas a4 hitam, straw, wiggle eyes, gam, gunting dan salotape. Proses membuat gagak fly ini agak sukar kerana perlu menggambarkan bentuk burung dan setelah itu menggunting mengikut bentuk burung.Seterusnya melekat bahagian kepala,sayap dan badan menggunakan gam. Semasa proses membuat gagak fly ini agak sukar kerana mementingkan kekemasan dan ketelitian untuk menyiapkan satu demi satu hasil kraftangan. Dalam membuat kraftangan ini saya menyedari bahawa untuk menghasilkan gagak fly ini memerlukan imaginasi dan kreativiti untuk menggambarkan dan menghasilkan bentuk burung yang unik dan menarik. Pembuatan kraftangan gagak fly ini juga memerlukan waktu dan kesabaran. Dalam proses ini, saya belajar untuk bersabar dan tidak terburu-buru sehingga menyelesaikan tugas. Kesimpulannya, membuat kraftangan gagak fly bukan hanya tentang menghasilkan objek , tetapi juga tentang proses belajar, melibatkan keterampilan kreatif dan pengembangan diri. Melalui refleksi ini, saya dapat mengaplikasikan keterampilan yang dipelajari dalam aktiviti sehari-hari dan mendorong pemikiran kreatif serta pengembangan diri.
Paper bag 4 juli 2023 saya telah membuat kraftangan beg kertas semasa kelas seni berlangsung. Tema untuk membuat beg kertas ialah bertemakan bunga. Saya mengambil idea dan mengikut contoh di pinterest untuk menghasilkan beg kertas tersebut Antara bahan yang digunakan untuk membuat beg kertas ialah kertas warna, gam dan gunting. Proses membuat beg kertas ini agak mudah sekiranya mengikut tutorial yang ditunjukkan di pinterest dengan baik. Setelah selesai membuat beg kertas saya melukis corak bunga mengikut kreativiti sebagai hiasan tambahan serta mengikut citarasa yang tersendiri Kesimpulannya, membuat beg kertas kraf secara kraftangan adalah proses yang melibatkan beberapa langkah asas seperti memotong, melipat dan menghias. Proses ini memerlukan kreativiti dan kesabaran untuk menghasilkan beg kertas yang sesuai dengan citarasa tersendiri. Hasil beg kertas ini boleh diberikan kepada sesiapa sebagaii hadiah untukdigunakan.
Sepit rambut ; Unit Merchandise 14 Juli 2023 saya telah membuat diy sepit rambut untuk dijual semasaevent National Children’s Industry 2023 berlangsung. Sepit rambut indibuat mengikut tema teater “Hendak Ke Mana Gagak” Bahan yang digunakan untuk membuat diy sepit rambut ialah cream glue, sepit rambut dan donut charms Proses membut diy sepit rambut pada permulaan agak susah kerana tidak biasa tetapi lama kelamaan makin mahir dan kemas ketika membuat. diy sepit rambut ini boleh dibiat mengikut kreativiti masingmasing dan bebas mengikut citarasa tersendiri. Diy sepit rambut ini juga perlu dikeringkan sekurang-kurangnya 1 hari untuk menjadikan cream glue itu keras dan tidak melekit Diy sepit rambut ini telah dibuat sebanyak 20pcs untuk dijual semasa hari event NCIC 2023 Kesimpulannya, diy sepit rambut memerlukan kreativiti untuk menghasilkan sepit rambut yang sesuai untuk kanak-kanak.
Sayap gagak ; Unit costume Pada 18 Juli 2023, saya telah menolong unit props untuk membuat sayap gagak semasa kelas art berlangsung. Sayap gagak dibuat untuk pelakon teater yang memegang watak gagak untuk memakai sayap tersebut semasa persembahan teater yang akan dipersembahkan semasa event NCIC berlangsung. Sayap gagak diperbuat daripda kain felt. Semasa proses ini dibuat sayap gagak dibentuk menggunakan dawai besi untuk menjadikannya kelihatan seperti sayap gagak. Selepas dibentuk kami menjahit sayap gagak dengan kain hitam untuk menutup dawai besi dan untuk melekat setiap sayap yang telah dibuat dengan menggunakan kain felt. Proses membuat sayap gagak agak sukar kerana saiz yang berbeza danmengambil masa yang lama untuk menjahit satu persatu supaya kelihatan kemas dan dapat digunakan buat jangka masa yang lama Kesimpulannya, membuat sayap gagak memerlukan kemahiran menjahit dan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkan 4 sayap gagak yang berlainan saiz.
Diy keychain ; Unit Merchandise Pada 27 Juli 2023 saya telah membuat diy keychain untuk dijual pada hari event NCIC 2023 berlangsung. Diy keychain ini dibuat bertujuan dengan teater “Hendak Ke Mana Gagak” . Antara proses membuat diy kecyhain ini memerlukan bahan bahan seperti cream glue, charms, transparent keychain and ball chain . Bahanbahan ini boleh dijumpai di Shopee . Semasa membuat diy keychain ini boleh mengikut citarasa dan kreativiti masing masing. Selain itu boleh memilih pelbagai warna cream glue dan pelbagai jenis charms yang menarik untuk membuat diy keychain tersebut. Selepas membuat diy keychain langkah seterusnya ialah membiarkan diykeychain tersebut kering sepenuhnya sekurang-kurangnya 1 hari untuk diy keychain tersebut kering dan boleh dijual semasa event NCIC 2023 berlangsung. Kesimpulannya, proses membuat diy keychain ini memerlukan masa yang banyak dan juga dapat meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan diy keychain yang berbeza corak
Persiapan play area Pada 31 Juli 2023 kumpulan kami telah membuat persiapan bahan untukplay area yang akan digunakan pada 5 Ogos 2023 semasa NCIC 2023 berlangsung Antara persiapan yang dibuat ialah mewarna batu menjadi warna warni, mewarna makaroni, mewarna penutup botol dan menyusun peralatan yang akan digunakan. Selain itu, kami membuat board untuk tajuk aktiviti kami iaitu “Loose Part Play” dengan menggunakan foam dan menampal perkataan tersebut pada mounting board Tujuan mewarna ialah untuk menjadikannya lebih menarik dan sekaligus kanak-kanak lebih tertarik untuk menyertai aktiviti yang kami sediakan. Kanak-kanak suka terhadap warna yang cerah dan pelbagai kerana menarik perhatian mereka dan boleh merangsang penglihatan mereka. Selain itu, warna juga dapat memberi keseronokkan dalam membangungkan kreativiti dan imaginasi mereka Kesimpulannya, persiapan play area dapat diselesaikan dengan cepat kerana dibuat bersama sama ahli kumpulan. Setelah siap bahan bahan untuk play area bahan tersebut disimpan sebelum dibawa ke SACC Mall
Air dry clay craft Pada 3 ogos 2023 kami telah membuat dry clay art untuk dihadiahkakepada kanak kanak yang datang ke play area kami setelah membuaaktiviti bersama. Hadiah ini dibuat sendiri oleh kami dengan menggunakan air dry clay Proses membuat air dry clay ini mengikut contoh yang terdapat di google dan pinterest. Antara contoh air dry clay yang kami buat ialah corak bunga, sotong, ayam , donut dan lain lain lagi Proses membuat air dry clay ini agak sukar dan memerlukan kreativiti untuk membuat craft tersebut dengan baik dan comel supaya dapat dihadiahkan kepada kanak-kanak Air dry clay craft ini dibuat mengikut kreativiti individu dan citarasa yang tersendiri serta kebolehan untuk membuat dengan baik Kesimpulannya, air dry clay art tidak mudah untuk dibuat dan memerlukan fokus serta kesabaran yang tinggi untuk menyiapkan craft tersebut
Persiapan play area di Sacc Mall Pada 3 ogos 2023 saya telah pergi ke SACC Mall untuk membuat persiapan play area dan hiasan play area untuk aktiviti yang akan berlangsung pada 5 ogos 2023 kami telah menyusun barang dan meletakkan board di kawasan play area kami setelah selesai, saya menolong memasang banner NCIC 2023. Proses memasang banner agak susah tetapi atas bantuan dan tunjuk ajar dari Sir Azrul saya dan kawan saya berjaya memasang banner tersebur
NCIC 2023; Play Area Pada 5 Ogos 2023 berlangsungnya National Children’s Industry Chapter 2023 .Play area kami juga mendapat slot pagi iaitu pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari Ramai kanak-kanak yang mengunjung play area kami untuk bermain aktiviti yang disediakan sehingga kawasan menjadi sempit disebabkan ruang yang terhad. Akan tetapi kanak-kanak berasa gembira ketika bermain aktiviti kami. Antara aktiviti yang disediakan ialah “create a face”, “flowers” and “follow the shape”. Ketiga-tiga aktiviti ini berjalan serentak dan kanak kanak amat suka bermain bersama Semasa bermain kanak-kanak dapat menerima dan memahami arahan yang disampaikan dengan baik. Seterusnya kanak kanak membuat aktiviti dan mendapatkan hadiah clay art sebagai tanda penghargaan Terdapat banyak feedback yang positif diterima semasa melaksanakanaktiviti tersebut
JUALAN BOOTH; UNIT MERCHANDISE Pada 5 Ogos 2023 saya telah bertanggungjawab untuk menjaga booth jualan unit merchandise. Pada hari tersebut saya mendapat pengalaman baru dalam menjual merchandise yang telah kami buat sepanjang tempoh perlaksanaan Antara merchandise yang terdapat di booth ialah sepit rambut, diy keychain,beads keychain dan keychain custom Harga jualan yang ditetapkan murah dan berpatutan sesuai dengan target pelanggan kami. Pada hari tersebut jualan agak memberangsangkan dan sepit rambut jugak habis dijual Harga jualan yang ditetapkan murah dan berpatutan sesuai dengan target pelanggan kami. Pada hari tersebut jualan agak memberangsangkan dan sepit rambut jugak habis dijual .Kebanyakkan ibu bapa membeli sepit rambut dan keychain untuk anak mereka. Kesimpulannya, jualan pada 5&6 ogos agak memuaskan hati walaupun inimerupakan pengalaman pertama berniaga tetapi ia agak memberangsangkan dan dapat mencipta satu pengalaman baharu yang bermakna walaupun jualan tersebut tidak habis sepenuhnya.