Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 HURAIAN SKIM LATIHAN UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK TAHUN 4 SK PASIR GUDANG 4 CADANGAN STRATEGI PELAKSANAAN SKIM LATIHAN. Skim Latihan PKK ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai format dan situasi. Ia bergantung atas budi bicara dan hasil perbincangan serta persetujuan para pemimpin. Namun demikian, berdasarkan pengalaman, skim latihan boleh dilaksanakan dalam 3 format iaitu : 6.1 Perjumpaan Unit Beruniform (minimum 18 kali setahun) 6.2 Perkhemahan Bersiri Pasukan Pengakap. Perkhemahan ini dilaksanakan mengikut Lencana Kemajuan, Lencana Wajib atau Lencana Kepandaian yang ingin ditawarkan. 6.3 Perkhemahan Skim Lencana yang dijalankan oleh PPM Daerah atau PPM Negeri. 6.4 Di luar waktu PdPc atau di rumah. Kaedah ini membolehkan ahli PKK menyiapkan tugasan dalam Buku Log secara konsisten dan berperingkat. Melalui kaedah ini juga, ibu bapa / penjaga atau ahli keluarga boleh dilibatkan di samping mengurangkan tekanan tugasan kepada ahli Pengakap. PENGURUSAN BUKU LOG Buku Log merupakan rekod pencapaian penting bagi setiap ahli Pengakap. Buku Log mesti disediakan dengan kemas, teratur dan jelas. Penyediaan Buku Log oleh PKK ini terpulang atas budi bicara dan kebijaksanaan Pemimpin di sekolah. Antara faktor yang wajar diambil kira sebelum memberikan arahan penyediaan Buku Log kepada PKK ialah : i. Tahap kemampuan ahli PKK dari segi kebolehan menulis dengan baik dan kemas serta mencari maklumat dengan pantas. ii. Mengambil kira jadual aktiviti ahli PKK seperti waktu persekolahan, kerja sekolah, sekolah agama, kelas tambahan / tuisyen dan urusan peribadi tertentu. iii. Keboleh capaian ahli PKK terhadap maklumat yang diperlukan berdasarkan kehendak yang telah diperuntukkan dalam Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak. iv. Bahan yang perlu disediakan dan sumber rujukan yang perlu disediakan oleh ahli PKK sebelum serta semasa melengkapkan
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 Buku Log. Antara fungsi utama Buku Log Pengakap ialah : i. mengukur pencapaian dan penguasaan ahli PKK terhadap sesuatu kemahiran. ii. Melatih ahli PKK mencatat dan mencari maklumat. iii. Menanamkan minat yang tinggi dalam dunia Pengakap. iv. Memberi ilmu dan kemahiran baharu kepada ahli PKK. v. Mewujudkan semangat setia kawan dan kerjasama antara ahli dalam sekawan. vi. Mewujudkan persaingan sihat di antara ahli PKK. vii. Memberi peluang kepada Pemimpin dan ahli PKK itu sendiri mengenali potensi diri. viii. Melahirkan ahli PKK yang bertanggungjwab dan berkualiti. PENGANUGERAHAN LENCANA DAN PERSIJILAN. Pelaksanaan ujian Skim Lencana Keahlian, Lencana Wajib, Lencana Kemajuan dan Lencana Kepandaian boleh dijalankan diperingkat sekolah. Pengetua / Guru Besar merupakan Kuasa Penganjur berfungsi sebagai pengesah kepada semua Skim Latihan dan Sijil Lulus Lencana yang dijalankan. Ini bermaksud : i- Skim Latihan dan Ujian Lencana di bawah Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak boleh diilaksanakan di peringkat sekolah dengan para pemimpin bertindak sebagai penguji. ii- Sijil Penganugerahan Lencana Keahlian, Lencana Wajib, Lencana Kemajuan dan Lencana Kepandaian ditanda tangani oleh Pengetua / Guru Besar Namun demikian, ahli PKK di sekolah anda boleh juga mengikuti Ujian Lencana di peringkat Daerah atau Negeri di mana Sijil Penganugerahan Lencana akan ditanda tangani oleh Ketua Kursus atau Pesuruhjaya Daerah / Negeri itu sendiri PERINCIAN SKIM LATIHAN Bahagian ini akan memberikan penerangan secara terperinci keperluan dan aktiviti berdasarkan lencana skim yang ditawarkan. Setiap ahli Pengakap Kanak-Kanak diwajibkan mengikuti dan menyelesaikan setiap aktiviti yang diperuntukkan di bawah setiap skim lencana secara berperingkat-peringkat dan mengikut urutan. Semua bahan berbentuk buku log, hasil kerja ahli dan bukti pelaksanaan aktiviti hendaklah disimpan dan dikemukakan semasa ahli diuji. Ini untuk memastikan ahli layak untuk diiktiraf lulus lencana yang diuji dan layak untuk mengikuti skim lencana yang berikutnya. Sebelum kita perincikan sukatan Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak, sebaiknya kita teliti terlebih dahulu Jadual Carta Alir Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak ini. Secara khususnya, Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 i. Lencana Keahlian. ii. Lencana Wajib. iii. Lencana Kemajuan. iv. Lencana Kepandaian. v. Anugerah Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-Kanak. Manakala Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak ini boleh dicapai dengan melengkapkan 9 PERINGKAT UTAMA. Para Pemimpin sewajarnya menggalakkan ahli Pengakap Kanak-kanak untuk mengikuti dan melengkapkan semua peringkat. Namun demikian, para pemimpin perlu peka dan akur dengan tahap kemampuan ahli. Pasukan Latihan Negara tidak menetapkan sebarang had pencapaian minima sebaliknya mengingatkan para Pemimpin Pengakap Kanak-kanak agar berusaha sedaya upaya memastikan ahli Pengakap Kanak-kanak di bawah pimpinannya mengikuti dan memenuhi sedapatnya skim latihan yang telah ditetapkan PERINGKAT PERLAKSANAAN SKIM LATIHAN LENCANA 1 TAHUN 4 LENCANA KEAHLIAN 2 TAHUN 4 LENCANA WAJIB (pilih 1 sahaja) 1. Penunggang Basikal 2. Ahli Renang 3 TAHUN 4 Lencana Kemajuan 1 : KERIS GANGSA 4 TAHUN 4 Lencana Kepandaian : KEGEMARAN ( pilih 2 sahaja ) 1. Ahli Koleksi Hobi 2. Ahli Kraftangan 3. Peladang Kecil 4. Pelukis 5. Pembaca Buku 6. Penghibur CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI WAJIB PENGAKAP WAJIB ADA DI SEKOLAH. 1.0 PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP 1.1 Mengadakan Mesyuarat Agung 1.1 Mewujudkan Ahli Jawatankuasa kumpulan Pengakap sekolah. 1.2 Memaklumkan kepada murid Borang Permohonan Keahlian Tahunan Pengakap dan yuran keahlian 2.0 TAHAP 1 LENCANA KEAHLIAN 2.1 Lambang Pengakap Malaysia 2.2 Lambang Pengakap Sedunia (WOSM)
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 2.3 Persetiaan Pengakap 2.4Undang-undang Pengakap 2.5 Rukun Negara Malaysia 2.6 Hormat Pengakap 2.7 Cogankata Pengakap 2.8 Sejarah Pergerakan Pengakap 2.9 Cerita Hutan 2.10 Istiadat Laung Agung 3.0 TAHAP 2: LENCANA WAJIB (PILIIH SATU AKTIVITI) 3.1 AKTIVITI 1: AHLI PENUNGGANG BASIKAL 3.1.1 Menyatakan 4 Undang-undang jalan raya. 3.1.2 Menyatakan 10 Peraturan semasa mengunggang basikal di jalan raya. 3.1.3 Isyarat tangan semasa mengunggang basikal. 3.1.4 Menyatakan 10 perkara / punca yang menyebabkan kemalangan semasa menunggang basikal. 3.1.5 Cara menjaga kebersihan basikal. 3.1.6 Cara membaiki kerosakan kecil pada basikal. 3.1.7 Amali menunggang basikal di jalan yang ditetapkan oleh Penilai / Penguji. 3.2. AKTIVITI 2 AHLI RENANG 3.2.1 Peraturan keselamatan di air. 3.2.2 Cara memulakan berenang. 3.2.3Kemahiran keselamatan diri di air 3.2.4 Berenang tanpa henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam pengakap lengkap. (Kedalaman air adalah paras pinggang). 3.2.5 Situasi renang : a. Berenang mengapar menimbulkan diri (mushroom float). b. Berenang menyebarang dengan cara telungkup, telentang, gaya biasa. 3.2.6 Cara mengendalikan jaket keselematan.
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 4.0 TAHAP 3: LENCANA KEMAJUAN (KERIS GANGSA) (pilih salah satu aktiviti A,B,C,D dan E) [A] KESETIAAN AKTIVITI 1 1. Lagu kebangsaan ‘Negaraku’. • Amali menyanyikan lagu kebangsaan. • Senikata lagu kebangsaan. • Cara menghormati lagu kebangsaan. 2. Bendera Malaysia. • Lukis dan warnakan Bendera Malaysia • Maksud pada Bendera Malaysia 3. Bendera Negeri (negeri ahli pengakap). • Lukis dan warnakan Bendera Negeri. • Maksud pada Bendera Negeri. AKTIVITI 2 1. Lambang Pengakap Malaysia. • Lukis dan warnakan lambang Pengakap Malaysia. • Maksud pada lambang Pengakap Malaysia. 2. Organisasi Pengakap Sekolah. • Kuasa Penganjur / Guru Besar. • Pemimpin Kumpulan. • Penolong Pemimpin Kumpulan. • Ahli Biasa (Pen. Kanan Kokurikulum). 3. Senarai agama dan rumah ibadat bagi setiap agama di Malaysia. [B] KESIHATAN & KESELAMATAN (PILIH SATU AKTIVITI) 1. Kepentingan menjaga kesihatan. 2. Kepentingan menjaga kebersihan diri.
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 3. Mengetahui bahaya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali. 4. Bahaya bermain dengan benda-benda tajam. 5. Bahaya bermain dengan alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun dan bunga api. 6. Mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan. • Cara mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan di hadapan anda. • Alamat dan no telefon jika berlaku kecemasan. 7. Peraturan berjalan kaki ketika : • Menyeberang jalan raya. • Melintas di lampu isyarat. • Berjalan kaki melalui terowong dan jejantas. [C] KECEKAPAN (PILIH 2 AKTIVITI) 1. Latihan asas kawad kaki. • Buka barisan • Tutup barisan • Luruskan barisan • Senang diri dan baris sedia. • Pergerakan kawad statik. 2. Cara memanjat tali (tinggi tali tidak melebihi 3 meter). 3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggal dan menunjukkan cara bagaimana untuk membantu orang lain yang memerlukan bantuan untuk ke tempat awam berkenaan. 4. Pakaian uniform Pengakap. • Nama setiap bahagian pakaian. • Nama setiap lencana. • Kedudukan setiap lencana pada uniform. 5. Isyarat Pengakap dan maksudnya. • Isyarat Sulit • Isyarat Wisel • Isyarat Tangan
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 6. Ikatan Buku Sila : • Amali ikatan Buku Sila di hadapan penguji. • Kegunaan ikatan Buku Sila. [D] PENYERTAAN (PILIH SATU AKTIVITI) 1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam. • Bukti sebagai ahli perpustakaan. • Membaca, membuat ulasan dan menceritakan semula isi cerita TIGA buah buku yang telah dibaca oleh ahli kepada ahli sekawan dan pemimpin. 2. Menghasilkan SATU barang permainan rekaan sendiri menggunakan bahan kitar semula / bahan terbuang. 3. Melakukan SATU daripada aktiviti-aktiviti berikut : • Membuat persembahan pentas di sekolah. • Membuka akaun simpanan di bank. [E] PERKHIDMATAN (PILIH SATU) 1. Membantu ibu bapa / penjaga menyelesaikan tugasan di rumah setiap hari. (pengesahan ibu bapa / penjaga diperlukan). 2. Membantu guru atau kaki tangan sekolah dalam menjaga kebersihan sekolah. (pengesahan guru / kaki tangan sekolah diperlukan). 5.0 TAHAP 4: LENCANA KEPANDAIAN : KEGEMARAN (PILIH 2 AKTIVITI) 5.1 AHLI KOLEKSI HOBI Pilih SATU HOBI. Anda boleh rujuk contoh hobi berikut : • Mengumpul sekurang-kurangnya 15 jenis setem Malaysia berbeza-beza. • Menghasilkan Buku Skrap berkaitan tumbuhan, buahbuahan, haiwan, sukan, mercu tanda, bunga atau seumpamanya. • Apa sahaja hobi yang bersesuaian dan memberi faedah kepada ahli pengakap. Kemukakan bukti pelaksanaan hobi berkenaan kepada pemimpin untuk pengesahan.
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 5.2 AHLI KRAFTANGAN Pilih hanya SATU AKTIVITI KRAFTANGAN daripada senarai aktiviti yang diberikan. • Asas kraftangan tradisional. i. Anyaman Kelarai. ii. Boleh membuat simpai (woggle) dari bahan yang ditentukan. • Penanda Buku i. Disediakan untuk diri sendiri dan rakan ahli lain. ii. Disediakan dengan menarik, berwarna, kreatif dan mempunyai kata-kata hikmah / motivasi. • Membuat rekaan dari kertas i. Rekaan untuk kegunaan harian seperti bag. ii. Rekaan binaan seperti topeng. iii. Rekaan permainan seperti kapal terbang. 5.3 PELADANG KECIL Pilih hanya SATU AKTIVITI daripada senarai aktiviti yang diberikan. • Tapak Semaian i. Cara menyediakan tapak semaian. ii. Cara memindahkan hasil semaian ke batas. • Batas i. Amali menyediakan batas berukuran 8’ x 3’ x 1’ ii. Cara menanam sayuran pilihan. iii. Cara membaja • Penjagaan Tanaman. i. Cara menjaga tanaman sayuran/keratin/raizom.
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 ii. Cara membaja semasa pokok telah ditanam. • Junjung Tanaman. i. Cara membuat junjung untuk tanaman sayur jenis memanjat. • Penanaman Pokok. i. Bukti bergambar penanaman pokok buah buahan yang dilakukan di sekolah atau bersama keluarga. ii. Bukti bergambar penanaman pokok tanaman berubi yang dilakukan di sekolah atau bersama keluarga. • Pemeliharaan Haiwan. i. Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. ii. Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar dalam kolam. iii. Aktiviti boleh dilakukan secara bersendirian, berkumpulan atau bersama keluarga. iv. Sertakan bukti bergambar menunjukkan ahli pengakap terlibat dalam aktiviti pemeliharaan haiwan ternakan. • Catatan Ceramah berkait Catatan Ceramah berkaitan Pertanian. i. Musuh tanaman. ii. Teknik pembajaan yang bersesuaian. iii. Kesuburan tanah. iv. Cara menyemai benih sayuran dan cara memindahkan benih dari tapak semaian ke batas. v. Cara membina dan ukuran batas yang betul. vi. Cara pemeliharaan sayuran dari mula bercambah hingga berdaun dan berbuah. • Catatan Ceramah berkaitan Pemeliharaan Haiwan. i. Pemilihan baka ternakan / haiwan yang ingin dipelihara.
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 ii. Cara memelihara haiwan peliharaan semasa kecil dari segi diet pemakanan dan pencegahan penyakit. 4.0 PELUKIS Pilih hanya satu AKTIVITI daripada senarai aktiviti yang diberikan. • Hasilkan SATU LUKISAN gambaran marga dari Cerita Rimba “The Jungle Book” karangan Rudyard Kipling. Pilih SATU WATAK sahaja. • Pelangi i. Hasilkan lukisan pelangi yang menarik dan diwarnakan dengan betul. ii. Hasilkan sebuah Colour Wheel dengan betul. • Warna i. Nyatakan warna Primary Colours. ii. Nyatakan warna Secondary Colours. iii. Cara mengadun warna dan senaraikan warna adunan dan hasil warna yang dihasilkan. • Lukisan. i. Lukisan berdasarkan gambaran bagi suatu peristiwa yang telah berlaku ATAU ii. Lukisan berkaitan satu watak berdasarkan cerita pendek yang diceritakan oleh pemimpin. • Kad Ucapan Perayaan di Malaysia. • Aktiviti menggunakan bahan terbuang / kitar semula. • Buku Lukisan yang mengandungi sekurangkurangnya 20 tajuk lukisan dari pelbagai jenis hasil • lukisan. 5.0 PEMBACA BUKU Pilih hanya satu AKTIVITI daripada senarai aktiviti yang diberikan. • LAPAN buah buku. Baca dan fahami serta buat ulasan berkaitan buku berkenaan. • i. Prosa Tradisional • ii. Prosa Moden • iii. Puisi Tradisional • iv. Puisi Moden • v. Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / Inggeris
Disediakan oleh Irni Ismail untuk Unit Pengakap 2023/2024 • Membaca teks dengan intonasi yang betul dan jelas di samping mematuhi semua jenis tanda bacaan dengan betul. • Membuat ulasan komentar berdasarkan bahan bacaan pilihan. • Membuat rumusan petikan tidak kurang 150 patah perkataan ATAU menterjemah petikan yang dibaca secara lisan. • Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata hikmah dan peribahasa. • Membina kamus sendiri • Menjadi ahli perpustakaan sekolah. 6.0 PENGHIBUR Pilih hanya satu AKTIVITI daripada senarai aktiviti yang diberikan • Pilih dan mainkan TIGA buah lagu dengan menggunakan alat muzik. o Lagu kanak-kanak o Lagu Tradisional Masyarakat o Lagu Tarian Asli o Lagu Pengakap • Menyanyikan DUA buah lagu pilihan. o Lagu Patriotik o Lagu pilihan • Boleh mengajar DUA buah lagu ATAU SATU jenis tarian kepada ahli sekawan Pengakap. • Mengambil bahagian dalam SATU persembahan tarian tradisional. • Cara menggunakan alat perakam. • Boleh mengacara persembahan atau majlis. • Boleh memainkan DUA jenis alat muzik.