PERSATUAN PENDUDUK FASA 2 NUSA IDAMAN
BIL PERKARA
1 ATURCARA MESYUARAT AGONG KE 6
2 NOTIS MESYUARAT AGONG KE 6
3 MINIT MESYUARAT AGONG KE 5
4 LAPORAN KEGIATAN PERSATUAN PENDUDUK
5 LAPORAN TAHUNAN KEWANGAN BERAKHIR
DISEMBER 2019
6 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT & USUL
7 PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK
FASA 2 NUSA IDAMAN
8 LAIN-LAIN HAL
PERSATUAN PENDUDUK FASA 2
TAMAN NUSA IDAMAN
No.36, Jalan Idaman 2/2, Taman Nusa Idaman,79100 Nusajaya
Rujukan : PPF2NI/2020/3 (01)
Tarikh : 5 MAC 2020
Kepada/To;
Semua Penduduk/ All Residents.
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 6 / ANNUAL GENERAL MEETING 6
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, sukacita dipersilakan Tuan/Puan ke Mesyuarat
sepertimana tentatif dibawah:-
TARIKH : 21 MAC 2020 ( SABTU )
MASA : 8.00 Malam
TEMPAT : Taman Permainan Fasa 2, Nusa Idaman
AGENDA ; i. Ucapan Pengerusi & Ucapan Aluan VIP
ii. Pengesahan Minit Mesyuarat
iii. Laporan Persatuan & Pembentangan Kewangan
iv. Perkara-perkara berbangkit
v. Pembubaran & Perlantikan AJK
vi. Hal-hal lain.
2. Sila kemukakan usul-usul dan cadangan yang membina dengan menulis kepada Pengerusi
Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Nusa Idaman sebelum atau pada 19.03.2020.
# Please give the proposition to Chairman Persatuan Penduduk before 19.03.2020.
3. Ketidakhadiran memberi maksud Tuan/Puan SETUJU dalam pembentangan Mesyuarat
tersebut.
# Absence giving meaning AGREE this Annual General Meeting presentation.
4. Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama ini dan dapat diteruskan di
masa akan datang.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
……………………………........….
(A. RAHMAN BIN JOHARI )
Pengerusi,
Persatuan Penduduk Fasa 2
Taman Nusa Idaman.
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 5
PERSATUAN PENDUDUK FASA 2 TAMAN NUSA IDAMAN
Tarikh : 19hb Disember 2015 ( Sabtu )
Masa : 8.30 malam
Tempat : Padang Permainan, Fasa 2 Taman Nusa Idaman
Jumlah Kehadiran : 180 Ahli
Agenda 1. Ucapan Pengerusi
1.1. Mesyuarat Agong dipengerusikan oleh En A. Rahman bin Johari. Beliau mengucapkan salam
dan selamat datang kepada semua yang hadir.
1.2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa dan warga Fasa 2 Taman
Nusa Idaman yang sentiasa memberikan kerjasama serta sokongan kepada Persatuan Penduduk
dalam menjayakan aktiviti dan juga keselamatan pada sesi yang lepas.
Agenda 2. Membentangkan Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong.
2.1. Minit Mesyuarat telah dibentangkan oleh Setiausaha.
2.2. Dicadangkan untuk disahkan oleh En.Rohaizat bin Sam. Disokong oleh En. Mazlan bin Othman
Agenda 3. Menerima dan Meluluskan Laporan Tahunan Bagi Tahun 2015 .
3.1. Laporan Tahunan bagi tahun 2015 telah dibentangkan oleh Setiausaha.
3.2. Dicadangkan untuk diterima oleh En. Karim bin Bakar. Disokong oleh En. Abdul Razak bin
Mohamad.
Agenda 4. Menerima dan Meluluskan Penyata Tahunan/Kewangan bagi Tahun berakhir
pada 30.11.2015.
4.1. Penyata Kira-Kira yang telah diaudit dibentangkan oleh Bendahari, En. Ang Teik Seng.
4.2. Dicadangkan untuk disahkan oleh En. Ramesh. Disokong oleh En. Chee.
Agenda 5. Membahaskan Usul-Usul.
5.1 Pembentangan usul Pindaan Pendaftar Pertubuhan (R.O.S) itu telah di perjelaskan oleh Tuan
Pengerusi En A. Rahman bin Johari .
PINDAAN
UNDANG-UNDANG BAGI
PERSATUAN PENDUDUK FASA 2 TAMAN NUSA IDAMAN
NUSAJAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR.
FASAL 3 KEAHLIAN
Pemilik setiap rumah kediaman didalam Fasa 2 Nusa Idaman adalah secara automatik
adalah ahli kepada Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Nusa Idaman.
FASAL 7 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
1) Bayaran masuk dan yuran bulanan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :-
Bayaran masuk keahlian tidak dikenakan.
Bayaran yuran bulanan RM..100.00... (Ringgit Malaysia : Seratus Sahaja)
(Sepertimana minit mesyuarat 19 DISEMBER 2015, Mesyuarat Agong ke 5)
2) Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 10hb setiap bulan.
FASAL 15 TINDAKAN UNDANG-UNDANG
1) Tindakan Undang-undang akan dikenakan kepada ahli yang tidak menjelaskan
bayaran kepada Persatuan setelah Peringatan ke 3 dikenakan iaitu;
i) 3 bulan tunggakan - Peringatan Pertama ;
ii) 14 hari berikutnya - Peringatan kedua;
iii) 14 hari berikutnya - Peringatan ketiga
2) Segala kos-kos guaman akan ditanggung oleh ahli terbabit.
5.2 Cadangan untuk Pindaan Undang-Undang telah dibahaskan bersama dan mendapat undian
terbanyak dari semua penduduk Nusa Idaman yang hadir sepertimana yang dibentangkan
diatas.
Agenda 6. Pembubaran dan Pelantikan AJK bagi sesi 2012-2015
5.3 En Rohaizat bin Sam mencadangkan AJK bagi sesi 2012-2015 dikekalkan bagi sesi yang baru
sesi 2016-2018.
5.4 Senarai adalah seperti berikut :
Bil SENARAI NAMA JAWATAN
1 A Rahman bin Johari Pengerusi
2 Lee Boon Leong Tim. Pengerusi
3 Ang Teik Seng
4 Abdul Rahman bin Selamat Bendahari
5 Agos bin Arbain Setiausaha
6 Mohd Shafiz Azari bin Sumari AJK & Rakan Muda
7 Hairudin bin Ngadimin AJK & Biro Sukan
8 Mohd Noor bin Ali Roah AJK & K/Penyengaraan
9 Abdul Karim bin Bakar AJK & K/j 2/3
10 Pn. Citra
AJK
AJK
5.5 Cadangan untuk mengekalkan AJK sediada mendapat undian sebulat suara dari semua
penduduk Nusa Idaman yang hadir.
Penutup.
Secara keseluruhannya komitmen Ahli-ahli dalam usaha membantu dan menjayakan aktiviti amat
menggalakkan.
Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Nusa Idaman ini ditangguhkan jam 10.30 malam .
Disediakan oleh,
Abdul Rahman bin Selamat
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Fasa 2 Taman Nusa Idaman
LAPORAN KEGIATAN PERSATUAN PENDUDUK FASA 2 NUSA IDAMAN
BAGI PADA TAHUN 2016-2019
1. Mengadakan perjumpaan dan perbincangan samada dikalangan semua Ahli
Jawatankuasa mahupun jawatankuasa biasa untuk melaksanakan pelbagai program
atau apa jua masalah berkaitan penduduk Nusa Idaman Fasa 2.
2. Menjalankan pelbagai aktiviti termasuk membaik pulih sebarang kerosakan yang
berlaku di pondok pengawal keselamatan.
3. Membuat permohonan dengan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ( MBIP ) untuk
kegunaan penduduk seperti;-
i) Bonggol jalan ( MPJBT telah luluskan- telah boleh digunakan)
ii) Lampu di padang futsal ( Dalam Tindakan MBIP – telah dimajukan 2016)
iii) Anjing Liar ( Dalam Tindakan MBIP – telah dimajukan 2016)
iv) Tebang Cantas pokok di dalam kawasan perumahan (dlm tindakan MBIP -
2016)
4. Selain itu , AJK juga sering kali memeriahkan sambutan perayaan dengan
menggantung lampu atau perhiasan untuk Hari Perayaan Tahunan.
5. Mengadakan perjumpaan dengan Selat Tebrau Security Sdn Bhd bagi
membincangkan isu-isu berkenaan Pengawal Keselamatan dan sebagainya.
7. Persatuan Penduduk bersama Jawatankuasa Pembangunan Masjid mengadakan
Program seperti Marhaban, Hari Raya Aidil Adha & Sambutan Maulidurasul
S.A.W.
8. Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk juga mengadakan perjumpaan bersama
Ketua Polis Daerah Nusajaya, perjumpaan itu dapat mengeratkan hubungan antara
Persatuan dengan IPD Nusajaya.
9. Persatuan Penduduk terkini Disember 2019 telah membuat penukaran Access Kad
lama kepada Sistem MAG Kad yang terbaru.
Bersama sistem ini disertakan Sistem Pemotongan Kad (berdasarkan 3 bulan
bayaran tertunggak)
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya kegiatan-kegiatan Persatuan Penduduk Fasa 2 Nusa Idaman akan lebih
berjaya dengan adanya sokongan dan penglibatan dari semua penduduk. Persatuan amat
mengalu-alukan sekira lebih ramai yang menglibatkan diri dalam apa sahaja aktiviti yang
dijalankan.
Akhir kata Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang
memberikan sokongan dan kerjasama serta penglibatan yang amat membanggakan.
Sekian, Terima Kasih.
Disediakan Oleh:
Abdul Rahman bin Selamat
Setiausaha, Persatuan Penduduk Fasa 2,Taman Nusa Idaman.
LAMPIRAN SURAT
PERSATUAN PENDUDUK FASA 2
TAMAN NUSA IDAMAN
No.36, Jalan Idaman 2/2, Taman Nusa Idaman,79100 Nusajaya
Bil :( 01 )1/2019/PPF2NI
Tarikh : 15 Januari 2019
Kepada;
Datuk Bandar MBIP
Pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
81300 Johor Bahru,
Johor
Ybhg Datuk,
MOHON GARISAN KUNING DAN POTONG-CANTAS DI PERSIMPANGAN FASA 2 & FASA 4 NUSA
IDAMAN
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas , JKP Nusa Idaman mendapat banyak
rungutan daripada penduduk setempat berkenaan isu-isu diatas.
2. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana surat terdahulu bertarikh 7 Disember 2016 adalah
dirujuk. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana LAMPU ISYARAT telah boleh
digunakan.
Walaubagaimanapun GARISAN KUNING DI JALAN UTAMA BERHADAPAN FASA 2 & 4 NUSA
IDAMAN masih belum dibuat ( gambar peta di lampiran A )
3. Pihak kami juga memohon berkenaan pokok di luar Laluan Masuk dan Keluar dari Fasa 2
Nusa Idaman tidak di Potong-Cantas lebih 5 tahun . ( gambar di lampiran B )
4. Sehubungan itu,. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama ini dan dapat
diteruskan di masa akan datang.
Sekian.
“SAYANG MASYARAKAT MAJMUK, SAYANGI MALAYSIA”
Yang menjalankan tugas,
……………………………........….
(A. RAHMAN BIN JOHARI )
Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 2 Nusa Idaman
Merangkap Pengerusi JKP Taman Nusa Idaman.
Sk.
UEM Sunrise Berhad
East Ledang, 79250
Iskandar Puteri,
Johor
”Lampiran A”
PERKARA YANG DIPOHON UNTUK KEPENTINGAN MASYARAKAT
SETEMPAT.
2.1 Sehubungan itu diharap pihak berkuasa terbabit dapat menyediakan Garisan Kuning
atau Berbonggol terutama di Jalan Utama berhadapan Fasa 2 & Fasa 4 Nusa Idaman.
Kes :- Persimpangan ini telah banyak kali berlaku kemalangan kenderaan
#_( info dpd Polis & MBIP )
3.1 Kawasan ini yang dimaksudkan di luar Laluan Masuk dan Keluar dari fasa 2 Nusa
Idaman tiada pemotongan (trim) daripada pihak berkuasa terbabit lebih dari 5 tahun .
Oleh itu, dipohon untuk potong-cantas mana yang perlu.
#_Gambar-gambar di Lampiran B
Peta Nusa Idaman
Precinct 2
2.1
3.1
3.1
2.1
”Lampiran B”
PERKARA YANG DIPOHON UNTUK KEPENTINGAN MASYARAKAT
SETEMPAT.
Laluan Masuk
Laluan Keluar
LAPORAN BERGAMBAR
POTONG DAN CANTAS YANG TERPAKSA DIBUAT OLEH
PERSATUAN SENDIRI
PERSATUAN PENDUDUK FASA 2
TAMAN NUSA IDAMAN
No.36, Jalan Idaman 2/2, Taman Nusa Idaman,79100 Nusajaya
Bil :( 02 )1/2019/PPF2NI
Tarikh : 17 Januari 2019
Kepada;
Datuk Bandar MBIP
Pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
81300 Johor Bahru,
Johor
Ybhg Datuk,
MOHON PINDA TEMPAT LAMPU JALAN YANG DIPASANG DI LALUAN KUMBAHAN
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas ,
2. Untuk makluman pihak tuan, kami telah meminta Pihak IWK datang memeriksa berkenaan
kumbahan yang tersumbat. Dan didapati laluan saluran kumbahan tersumbat disebabkan
adanya Tiang Lampu Jalan yang menghalang. ( gambar di lampiran A )
3. Sehubungan itu, Pihak kami memohon tindakan sewajarnya keatas aduan ini dari Pihak
terbabit.
Moga kerjasama ini dan di harap dapat diteruskan di masa akan datang.
Sekian. Terima kasih.
“SAYANG MASYARAKAT MAJMUK, SAYANGI MALAYSIA”
Yang menjalankan tugas,
……………………………........….
(A. RAHMAN BIN JOHARI )
Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 2 Nusa Idaman
Merangkap Pengerusi JKP Taman Nusa Idaman.
Sk.
UEM Sunrise Berhad
East Ledang, 79250
Iskandar Puteri,
Johor
Indah Water Konsortium Sdn Bhd
PTD 68151, Jalan Persisiran Sutera Danga 1,
Taman Sutera Utama,
81300 Johor Bahru
Johor
”Lampiran A”
PERKARA YANG DIPOHON UNTUK KEPENTINGAN MASYARAKAT
SETEMPAT.
LAPORAN BERGAMBAR
LAPORAN BERGAMBAR
ANTARA AKTIVITI YG DIBUAT OLEH
PEMBERSIH KAWASAN PPF2NI
LAPORAN BERGAMBAR
MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR
PUTERI