The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UCAPAN PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM STPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinoriszuwani, 2021-10-12 22:25:18

UCAPAN PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM STPM

UCAPAN PERASMIAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM STPM

Oleh :

Naib Yang Dipertua PIBG
Encik Azman Bin Mokhtar

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha,
Puan Hajah Norehan Binti Abdul Sani, Pengetua SMK Perimbun
Puan Siti Noriza Binti Samean, Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Siti Hanim Binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Norzakmar Binti Nur Halim, Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Nur Zamiah Binti Che Husin, Penolong Kanan Petang
Puan Shahrina Binti Zainal Abidin, Penolong Kanan Tingkatan Enam
Semua ahli jawatankuasa PIBG,
Guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor Sekolah, Guru-guru, Ibu bapa dan para
pelajar yang dikasihi sekalian.

Merisik gadis di hujung kota,
Dibawa bersama kain sutera,
Assalamualaikum mulanya kata,
Kalimah Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat kita bersama meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM dan STPM
Tahun 2019 dan 2020. Walaupun dilaksanakan secara dalam talian tapi suasananya
tetap meriah dengan kehadiran guru, pelajar dan ibu bapa.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua dan Ahli Jawatankuasa
Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini kerana berjaya menganjurkan
majlis yang menjadi agenda tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar-
pelajar, guru-guru serta ibu bapa kerana dalam majlis inilah segala usaha yang
telah dilakukan oleh guru dan pelajar diiktiraf dalam bentuk penyampaian
anugerah. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Sempena hari yang bersejarah ini, saya ingin mengambil kesempatan
mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan STPM bagi tahun 2019 dan
2020. Sewajarnya kita harus meraikan kejayaan mereka yang telah berusaha
bertungkus lumus selama ini untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang yang
diceburi khasnya dalam bidang akademik. Semoga majlis pada hari ini menjadi
peristiwa bersejarah dan menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk lebih
bersaing bagi mencapai kecemerlangan untuk peringkat yang seterusnya.

Hadirin yang dihormati,

Bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, banyak agenda telah direncanakan oleh
pengetua dan guru untuk mencapai hala tuju seperti yang telah digariskan dalam
falsafah pendidikan negara. Agenda ini merupakan satu amanah yang perlu dipikul
oleh semua warga pendidik dalam merealisasikan pembinaan negara bangsa yang
memiliki modal insan cemerlang sebagai pewaris kepemimpinan negara pada masa
hadapan.

Dengan sokongan dan komitmen yang padu daripada para guru dan ibu bapa,
sesungguhnya SMK Perimbun telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang
berwibawa dan berketerampilan di sekolah ini. Semoga hubungan erat antara pihak
sekolah dengan ibu bapa dapat merealisasikan hasrat sekolah ini untuk menjadi
sebuah institusi yang cemerlang dan mampu membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berperibadi mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi serta berdaya saing.

Hadirin yang dihormati,

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja memberi impak
terhadap sektor ekonomi, malah sektor pendidikan juga turut terkesan. Atas
saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, semua sekolah telah melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya bagi suku pertama
sesi 2020/2021.

Pendekatan ini diambil bagi mengekang penularan COVID-19 sekali gus
memastikan sesi pembelajaran dapat diteruskan tanpa perlu membuat sebarang
penangguhan. Sungguhpun demikian, amalan norma baharu ini ternyata ada
cabarannya. Seperti sedia maklum, antara cabaran yang dihadapi ialah persediaan
pelajar, gangguan capaian internet disebabkan rangkaian yang tidak memuaskan
serta ketiadaan alat peranti pintar. Namun, pembelajaran dalam talian ini bukan
penghalang utama untuk pelajar melakar kejayaan yang cemerlang dalam
Peperiksaan SPM dan STPM.

Pembelajaran era pandemik ini boleh dianggap sebagai kaedah untuk melahirkan
generasi yang kreatif dan inovatif. Hal ini adalah selaras dengan penekanan
terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat. Pada masa yang sama, kecekapan

dalam menggunakan teknologi juga amat penting dalam mempersiapkan pelajar
untuk menghadapi cabaran arus teknologi. Justeru, secara tidak langsung dapat
meningkatkan kebolehan pelajar seiring dengan keperluan industri semasa.
Seterusnya, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan norma baharu yang wujud
pada era pandemik ini seharusnya menjadi usaha bersama. Pelajar dan guru perlu
berganding bahu supaya kedua-duanya benar-benar mendapat manfaat daripada
pengajaran dan pembelajaran dalam talian ini.

Para pelajar yang dikasihi,

Dalam era globalisasi ini, para pelajar semestinya sanggup menghadapi cabaran
baru dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah-ubah. Peranan pelajar kini
semakin mencabar dalam usaha membina diri untuk menguasai banyak bidang
ilmu, sejajar menjadikan bangsa Malaysia maju pada abad baru yang akan
menjelang. Dalam keghairahan memburu kecemerlangan akademik, kita jangan
lupa tentang aspek kerohanian, akhlak, tatasusila dan kewarasan fikiran dengan
kemajuan ilmu pengetahuan dan setiap individu perlulah berperanan menjana
kecemerlangan itu berlandaskan akal budi yang luhur.

Bagi mencapai kejayaan, semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur
langkah serta berusaha untuk merealisasikannya. Hasil gabungan kerjasama
mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu
digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa
sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling
memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa
seperti aur dengan tebing.

Ladies and gentlemen,

The leaders and ranks of educators of this school can change, they can come and
go, yet the organization must be defended no matter who is leading. Remember,
the level of excellence we want to achieve is possible if we are tolerant of each
other. All parties including parents and students should give their full support to
the school so that outstanding success is attainable.

I'm taking this opportunity to express my highest appreciation and thanks once
again to the school for having succeeded in various activities as an effort to
improve student excellence despite having to face various challenges during this
period of PdPR. For the students, well done and congratulations because you have
overcome one of your challenges in life. Remember that, SPM and STPM are just
the beginning. After this, you will go through more challenges either in your daily
lives or in institutions of higher learning. I hope all of you will face these
challenges with clear minds and strong spirits to achieve success in life.

To the parents who joined us today at this event, congratulations. May your act of
kindness be pleased by Allah SWT.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya merasmikan Majlis
Anugerah Kecemerlangan SPM dan STPM Tahun 2019 dan 2020.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan selamat sejahtera.


Click to View FlipBook Version