MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI
TAMAN SRI DERGA, ALOR SETAR, KEDAH
NAMA : IMAN AN-NISSA BINTI HASHIM
NO IC : 070404 – 02 – 0424
TINGKATAN : 2 SAKINAH
NAMA GURU : PUAN ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH HANTAR : 21 OKTOBER 2021
ISI KANDUNGAN
NO PERKARA
1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN
3 OBJEKTIF KAJIAN
4 KAWASAN KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 HASIL KAJIAN
6.1 Menerangkan konsep dan takrifan alat telekomunikasi.
6.2 Melukis peta lakar kawasan kajian.
6.3 Menghuraikan tiga (3) jenis-jenis alat telekomunikasi yang
digunakan di kawasan kajian..
6.4 Menjelaskan tiga (3) kesan negatif penggunaan alat
telekomunikasi di kawasan kajian.
6.5 Mencadangkan tiga (3) langkah penggunaan alat
telekomunikasi secara beretika.
7 RUMUSAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T kerana limpah izin dan rahmatnya dapatlah saya
menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan walaupun
pada mulanya menghadapi beberapa halangan .Tetapi dengan bantuan dan kerjasama daripada
beberapa pihak maka tugasan ini berjaya disiapkan dengan jayanya.
Sekalung budi dan ribuan terima kasih saya rakamkan kepada Puan Pengetua Maktab Mahmud
Alor Setar, Puan Zaiton Binti Ismail yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk
menjalankan keja lapangan ini.
Selain itu, ucapan jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada Guru Geografi saya ,Puan
Arhamni Binti Robian. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan serta
panduan kepada saya serta rakan-rakan yang lain selama tempoh kerja lapangan ini dijalankan.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang
dikasihi saya iaitu Hashim Bin Mokhtar dan Noor Hamidah Binti Che Shariff yang telah
memberi dorongan dan bantuan sama ada dari segi moral ataupun sokongan dan sebagainya.
Akhir sekali, penghargaan ini juga saya tujukan kepada responden yang telah memberikan
kerjasama dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas seperti Nazifa dan Siti Balqhis yang
sudi membantu saya dalam berkongsi maklumat serta buah pendapat.
Tanpa sokongan dari setiap pihak yang terlibat tidak mungkin saya dapat menyiapkan kajian
ini dengan jayanya kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi,
usaha, buah fikiran bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar.
PENDAHULUAN
Saya Iman An-nissa Binti Hashim selaku pelajar Maktab Mahmud Alor Setar telah diberikan
tajuk untuk kerja lapangan ini oleh guru subjek Geografi, Puan Arhamni Binti Robian iaitu
“Kajian Penggunaan Alat Telekomunikasi di Kawasan Taman Sri Derga. Hal ini demikian
kerana alat-alat telekomunikasi dikatakan dapat memudahkan urusan sekaligus memberi
banyak kemudahan kepada penduduk setempat.
Saya memilih kawasan ini kerana tempat ini merupakan tempat tinggal saya. Oleh itu, adalah
lebih mudah untuk saya menjalankan kajian di sini. Saya juga mendapati penduduk di kawasan
ini sering menggunakan alat telekomunikasi terutamanya untuk berinteraksi antara satu sama
lain. Perkara ini membolehkan saya membuat pemerhatian dan kajian yang lebih menyeluruh
untuk menyempurnakan tugasan ini.
Tempoh masa yang diberikan bagi menyiapkan kerja kursus ini ialah selama sebulan.
Pengumpulan data dan maklumat yang diperlakukan dalam kerja lapangan ini dilakukan pada
waktu lapang selepas tamat pembelajaran dalam talian. Manakala penulisan laporan pula
dijalankan pada waktu pembelajaran mata pelajaran Geografi di dalam kelas talian. Bagi saya,
tempoh yang diberikan bersesuaian untuk saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna
bagi mencari maklumat dan bahan tentang kerja lapangan ini.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya
dan kawan-kawan serta amnya kepada masyarakat di kawasan kajian iaitu tempat tinggal saya.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya melakukan kerja lapangan bertajuk “Kajian Tentang Alat Telokomunikasi” di kawasan
Taman Sri Derga, Alor Setar, Kedah. Kajian ini merangkumi objektif-objektif yang berikut :
▪ Menerangkan konsep dan takrifan alat telekomunikasi.
▪ Melukis peta lakar Kawasan kajian.
▪ Menghuraikan tiga jenis-jenis alat telekomunikasi yang digunakan di kawasan kajian.
▪ Menjelaskan tiga kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi di kawasan kajian.
▪ Mencadangkan tiga langkah penggunaan alat telekomunikasi secara beretika.
KAWASAN KAJIAN
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Taman Sri Derga, Alor Setar, Kedah. Dari segi latar belakangnya,.
Jumlah penduduk di taman ini kira-kira 1000 orang dengan 100% penduduk berbangsa Melayu.
Lokasi kawasan kajian saya adalah di utara Bandaraya Alor Setar. Jaraknya kira-kira 5 km dari
Pekan Alor Setar.
Kawasan kajian saya ini terletak di kawasan bentuk muka bumi yang bertanah pamah. Ciri
budaya yang terdapat pada kawasan kajian saya ialah surau, pasar raya, restoran dan kawasan
penempatan serta jaringan jalan dan lebuhraya yang memudahkan perhubungan antara satu
destinasi ke destinasi yang lain manakala ciri fizikal pula, ialah hutan dan sebatang sungai iaitu
Sungai Kedah. Sungai ini mengalir melalui Alor Setar dan mengosong ke dalam Selat Melaka
di Kuala Kedah. Di sungai tersebut terdapat pokok bakau yang berfungsi menghalang kejadian
hakisan tebing sungai. Sungai dan muaranya berperanan menjadi laluan untuk nelayan-nelayan
kecil kawasan ini keluar untuk menangkap ikan. Sementara kawasan ini mempunyai tanah jenis
avulium yang sesuai untuk penanaman padi.
Taman Sri Derga ini juga terkenal dengan restoran ‘Azizah Corner Ala Thai’ yang menjadi
tumpuan ramai dari dalam dan luar negeri dalam Malaysia. Restoran ini menyediakan pelbagai
aneka makanan yang berasal dari Thailand. Antaranya wai wai, nasi khawmok dan lain-lain
lagi.
PETA LAKAR DI KAWASAN TAMAN SRI DERGA.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan empat kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data.
Antaranya ialah :
1. Rujukan
Kaedah rujukan ini juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Melalui rujukan buku teks Geografi dan buku-buku rujukan saya dapat memperoleh
maklumat berkaitan penggunaan alat telekomunakasi ini. Melalui rujukan internet,
saya juga dapat memperoleh lebih banyak maklumat dan data mengenai tajuk ini
sekaligus mencari simbol-simbol yang boleh digunakan untuk melukis peta lakar.
Tidak dapat saya nafikan lagi bahawa kaedah ini merupakan antara kaedah yang paling
banyak saya gunakan untuk membuat tugasan ini.
2. Kaedah temu bual
Saya telah menemu bual seramai 11 orang penduduk untuk mengetahui alat
telekomunikasi yang digunakan dan pendapat tentang penggunaan alat telekomunikasi
ini.
3. Kaedah soal selidik
Saya telah menemuramah seramai 5 orang responden yang terdiri daripada penduduk
di sekitar kawasan kajian dengan menggunakan borang soal selidik yang saya telah
sediakan.
4. Kaedah pemerhatian
Melalui kaedah ini, saya dapat menghasilkan peta lakaran kawasan kajian ini. Saya juga
dapat mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya di kawasan kajian.
HASIL KAJIAN
KONSEP DAN TAKRIFAN ALAT TELEKOMUNIKASI
Apakah maksud telekomunikasi ?
Menurut internet, telekomunikasi adalah salah satu alat komunikasi elektronik jarak jauh sama
satu atau dua hala. Sebagai contoh komunikasi tersebut adalah menggunakan, radio, televisyen,
telefon dan komputer. Pelbagai fungsi boleh digunakan dengan sistem telekomunikasi
termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta
data telegraf.
Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang
banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising
dan gangguan. Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat
dalam proses penghantaran maklumat kepada penerima.
JENIS-JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI YANG DIGUNAKAN DAN
PENGGUNAANNYA DI KAWASAN KAJIAN
Hasil pemerhatian saya sepanjang menjalankan kajian ini, saya mendapati tiga jenis alat
telekomunikasi yang responden berikan berdasarkan jawapan borang soal selidik dan temu bual
:
• Mesin faks
Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan dokumen
menggunakan mesin faks yang disambungkan degan rangkaian telefon.
• Telefon pintar
Merangkumi perisian komputer GPS, kamera digital, Bluetooth, Internet dan juga
aplikasi media sosial.
• Komputer riba
Teknologi telekomunikasi yang ringan dan kecil sesuai digunakan untuk kegunaan
biasa seperti membuat tugasan, menyunting gambar dan video, membuat laporan dan
lain-lain lagi.
Saya telah menjalankan soal selidik dan temu bual terhadap 15 orang responden di kawasan
kajian untuk mendapatkan maklum balas terhadap jenis alat-alat telekomuniksi yang
digunakan. Hasil daripada soal selidik dan temu bual telah saya ringkaskan dalam Jadual 1.
NO JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI BILANGAN RESPONDEN
1 TELEFON PINTAR 9
2 MESIN FAKS 2
3 KOMPUTER RIBA 5
JUMLAH 16
Jadual 1
Melalui soal selidik dan temu bual yang telah dijalankan. Seramai 2 orang menggunakan
mesin faks bagi memudahkan urusan perniagaan mereka. Sebagai contoh, Encik Ismail Bin
Musa seorang peniaga pasar raya menggunakan mesin faks untuk memudahkan beliau untuk
menghantar dan menerima salinan dokumen-dokumen penting kepada dan daripada syarikat
lain.
Sehubungan itu, sejumlah 9 orang responden menggunakan telefon pintar bagi memudahkan
kehidupan harian mereka dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Sebagai contoh, Puan
Roziana Binti Roslan yang merupakan seorang ibu tunggal menggunakan telefon pintar untuk
berhubung dengan anak-anaknya yang tinggal berjauhan dan tidak dapat pulang ke rumah atas
kerana pandemik COVID 19 ini. Beliau menggunakan aplikasi seperti ‘Whatsapp’ dan
‘Skype’untuk menghubungi anak-anaknya. Dengan ini, beliau dapat berhubung dengan ahli
keluarganya dengan lebih mudah.
Berdasarkan soal selidik dan temu bual, didapati seramai 5 orang responden menggunakan
komputer riba bagi memudahkan urusan pembelajaran mereka. Sebagai Contoh, Cik Siti
Kharteeny Binti Shaharuddin merupakan mahasiswi di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
menggunakan komputer riba untuk digunakan dalam pembelajaran dalam talian. Beliau
mendapatkan sumber rujukan menerusi laman sesawang yang boleh diakses daripada komputer
riba. Misalnya seperti di laman web ‘Wikipedia’ dan’Google Chrome’.
Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar lebih banyak daripada komputer riba dan mesin
faks. Para responden lebih banyak menggunakan telefon pintar sebagai alat telekomunikasi
kerana kelebihan dan ciri-cirinya yang dimiliki. Sebagai contoh, telefon pintar ini boleh dibawa
ke mana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil dan ringan.
KESAN-KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI
• Kurang fokus dalam pembelajaran
Alat telekomunikasi dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses
pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web
yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak
mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji
pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti
‘Tiktok’,‘Instagram’dan sebagainya. Namun demikian itu, jika pelajar terdedah dengan
laman sosial yang terlalu bebas tapa sebarang kawalan daripada ibu bapa atau penjaga,
mereka boleh terjerumus melakukan jenayah, Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari
segi akademik dan kokurikulum serta gagal menyempurnakan tugasan mereka di
institusi. Seharusrva. perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu ditanam
sikap yang positif untuk generasi kelak.
• Mengurangkan interaksi bersemuka
Tidak dapat dinafikan teknologi komunikasi memudahkan kita berhubung dan laman
sosial lebih menyeronokkan, tetapi kajian Profesor Steven Strogatz seorang pakar sains
perhubungan dari Universiti Cornell, New York menyatakan garisan yang membezakan
antara rakan maya dan rakan sebenar semakin kabur mengakibatkan manusia hilang
pertimbangan dalam memberikan perhatian sewajarnya terhadap fungsi kehidupan
realiti mereka. Manusia memperuntukkan banyak masa mereka melayari laman sosial
berbanding bergaul sesama ahli keluarga, jiran dan komuniti setempat. Ini
menunjukkan teknologi komunikasi dan laman web sosial menyebabkan manusia
malas bergaul dan hanya bergaul bersama teman maya mereka.
• Terikut dengan budaya negatif
Menurut sumber Harian Metro yang dikupas oleh Ketua Polis Pahang Datuk
Shariffudin Abd Ghani Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan mengenali
individu tertentu. Contornya budaya barat seperti "Black Metal", "Punk", dan "Skin
Head" yang menjerumus pemikran remaja di Malaysia. Oleh yang demikian, perkara
ini boleh mengakibatkan pelajar terjerumus kepada masalah gensterisme di Malaysia.
Sememangnya pelajar harus bersosial akan tetapi haruslah dihadkan waktu
penggunaannya. Di samping itu, kepelbagaian aplikasi menarik seperti permainan yang
terdapat di laman sosial membuatkan pelajar suka untuk menghabiskan masa dengan
permainan tersebut. Hal ini, banyak memberi impak yang buruk terhadap pelajar kerana
mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan
sehingga terabai tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Dan ia juga membawa kesan
negatif yang amat teruk sekali seperti, kecenderungan akhlak dan sebagainya di
kalangan pelajar.
LANGKAH PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI SECARA BERETIKA
• Tidak menyebarkan berita palsu dalam Internet
Jika anda membaca sesuatu siaran yang menarik dan ingin berkongsi dengan rakan-
rakan yang lain, ambil sedikit masa anda untuk menyemak kesahihan dan fakta
berkaitan siaran tersebut. Kemudian, setelah anda mendapat kepastian yang sahih
barulah berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini dapat mengelakkan
penimbulan fitnah dan kekeliruan kepada penduduk dan masyarakat sekeliling. Situasi
ini bersesuaian dengan slogan kata ‘Sudah Pasti Baru Kongsi’.
• Gunakan kemudahan telekomunikasi dengan berhemah
Penggunaan kemudahan internet perlulah digunakan secara berhemah dan bijak untuk
memperoleh maklumat yang betul mengenai perkembangan isu semasa. Sebagai
contoh, isu berkaitan pandemik COVID-19 dan antivaksin. Ini bagi mengelakkan
sesetengah pihak menggunakan platform tersebut untuk mencetuskan perpecahan dan
juga merosakkan keharmonian negara.
• Tidak menyentuh isu sensitif
Elakkan menyentuh isu sensitif 3R iaitu perkauman (race), agama (religious) dan
institusi diraja (royalty). Tiga isu ini merupakan perkara yang sensitif dan boleh
menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum dan agama. Sebagai contoh, menyentuh
isu pertelingkahan dan perbezaan pandangan antara kaum dan agama di dalam media
sosial tidak kira di ‘Instagram’ atau di mana-mana sahaja. Hal ini boleh menyumbang
kepada perpecah-belahan kaum sekaligus mencalarkan maruah negara.
RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat banyak alat telekomunikasi seperti telefon pintar yang digunakan
oleh orang ramai khususnya di kawasan kajian kajian saya. Banyak kepentingan yang dapat
diperoleh dalam penggunaan alat telekomunikasi ini. Antaranya dapat mengeratkan
silaturahim, data dapat disimpan dengan segera dan selamat serta meningkatkan integrasi dan
perpaduan negara.
Alat telekomunikasi sememangnya banyak mendatangkan kesan positif yang tiada
penghujung, namun juga mungkin mengundang kesan negatif jika disalah gunakan iaitu kurang
fokus dalam pembelajaran, dapat mengurangkan interaksi bersemuka dan bercenderung
mengikut budaya negatif.
Pada pendapat saya, ibu bapa dan pihak kerajaan haruslah berganding bahu bagai aur dengan
tebing untuk menggalakkan dan memastikan remaja menggunakan alat telekomunikasi dengan
bijak. Marilah kita memikul tanggungjawab bersama-sama, persis kata peribahasa ‘muafakat
membawa berkat’ untuk memacukan negara kita ke mercu yang lebih tinggi.
RUJUKAN
• Buku
ZULKIPLI BIN ISMAIL. RAJANDERAN SUBRAMANIAM DAN KANG CHAI
YOENG, 2017, GEOGRAFI TINGKATAN 2, JOHOR BAHRU: IMS BOOK
TRADING SDN. BHD.
• Sumber Internet
https://www.researchgate.net/publication/315457295_TEKNOLOGI_KOMUNIKASI
_DAN_MAKLUMAT_MALAYSIA
http://waniezuani.blogspot.com/2013/10/maksud-telekomukasi.html?m=1
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/29098
https://www.slideshare.net/NaveenSegaran/kesan-positif-dan-negatif-penggunaan-
internet-dalam-kalangan-pelajar
https://www.scribd.com/doc/232395629/Kesan-Positif-Penggunaan-Media-Dan-
Teknologi-Dalam-Masyarakat
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2019/11/632517/pengaruh-gajet-
terhadap-kanak-kanak-membimbangkan
• Responden
Sharifah Aina Binti Syed Ali, 52 tahun, Berniaga
Ismail Bin Musa, 49 tahun, Berniaga
Mohd. Kamal Bin Kamaruddin, 22 tahun, Pelajar
Roziana Binti Roslan, 40 tahun, Akauntan
Wan Maznah Binti Wan Yaakob, 63 tahun, Pesara
Zaibo Bin Kamal, 30 tahun, Mekanik
Siti Kharteeny Binti Shaharuddin, 25, Pelajar
Saifuddin Bin Hamzah, 37, Guru
Aina Nabihah Binti Ahmad 21 tahun, Pelajar
Ahmad Zamri Bin Yahya, 22 tahun, Pelajar
Ramli Bin Che Lah, 57, Pesara
Baharom Bin Samad, 64 tahun, Bilal masjid
Daniel Yusop Bin Naim, 28 tahun, Kerani
Zuriani Binti Selamat, 47 tahun, pekerja kilang
Nur Kamelia Natasha, 21 tahun, guru tadika
RUMUSAN