The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Islam Tingkatan 2
Ketaatan Malaikat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IZYAN NADHIRAH BINTI MOHAMMAD IZANI KPM-Guru, 2025-03-12 17:06:36

Rancangan Pengajaran Harian

Pendidikan Islam Tingkatan 2
Ketaatan Malaikat

rancangan pengajaran harian KETAATAN MALAIKAT PENDIDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 IZYAN NADHIRAH BINTI MOHAMMAD IZANI PDPPT1S2.12


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Matapelajaran Pendidikan Islam Nama kelas 2 Naeem Tarikh/Masa 10/3/2025 / 10:30 – 11:30 pagi Bilangan pelajar 30 orang Tajuk Ketaatan Malaikat Pengetahuan sedia ada Mempelajari keenam-enam rukun iman dan mempercayainya. Standard Kandungan Merumuskan keimanan kepada malaikat dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. Standard Pembelajaran 3.6.1 Menyatakan maksud beriman kepada malaikat. 3.6.2 Menyatakan dalil naqli kewajipan beriman kepada malaikat. 3.6.3 Menyatakan nama-nama malaikat beserta tugas. 3.6.5 Menghuraikan hikmah beriman kepada malaikat dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan. Objektif : Di akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Murid dapat menyatakan maksud dan dalil naqli beriman kepada malaikat dengan betul 2. Murid dapat menyatakan 5 nama-nama malaikat beserta tugas dengan tepat 3. Murid dapat menghuraikan 1 hikmah beriman kepada malaikat dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan.


Kriteria Kejayaan : Murid berjaya sekiranya : 1. Dapat menyatakan maksud dan dalil naqli beriman kepada malaikat dengan betul selepas menonton video 2. Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 5 nama-nama malaikat beserta tugas dengan tepat selepas menghasilkan infografik secara berkumpulan. 3. Dapat menghuraikan 1 hikmah beriman kepada malaikat dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan diakhir sesi pembelajaran. Kemahiran berfikir (KB) Menjana idea, menghubungkait Penerapan nilai Mendengar arahan, bekerjasama, bersungguh-sungguh Bahan Bantu Mengajar (BBM) Komputer, papan layer, LCD, buku teks. Pentaksiran Bertulis, pemerhatian dan kuiz


Langkah Isi kandungan Aktiviti pengajaran Catatan Pencetus Idea / Set Induksi Video Youtube & Google Form Educaplay 1. Murid berkumpul dia ruang pembelajaran dan memberi salam kepada guru. guru bertanya khabar murid-murid 2. Guru bertanya khabar dan murid-murid memberi respon kepada pertanyaan guru. 3. Guru meminta murid-murid untuk menonton potongan video Youtube yang telah disediakan oleh guru dengan teliti. 4. Murid diminta untuk menjawab soalan pada Google Form yang telah disediakan selepas menonton video. 5. Murid menjawab kuiz untuk menguji pengetahuan sedia ada. 6. Guru memberi pujian kepada murid-murid kerana menjawab dengan baik. BBM : Video youtube Aplikasi digital interaktif Nilai : Mematuhi arahan


Langkah 1 Video & Kuiz 1) Guru meminta pelajar duduk dengan selesa 2) Murid-murid diminta untuk menonton video powtoon yang telah dihasilkan oleh guru. 3. Guru memberi penerangan tentang maksud beserta dalil naqli tentang beriman kepada malaikat . 3) Murid-murid memberi tumpuan kepada penjelasan guru dengan baik 4) Murid diminta untuk menjawab kuiz dengan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 5) Guru memberi pujian kepada murid-murid kerana menjawab dengan baik. BBM : Video powtoon Aplikasi digital interaktif KB : Menghubungkait Nilai : Mematuhi arahan Berdisiplin Langkah 2 Perbincangan Kumpulan 1) Guru meminta murid-murid untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing 2) Setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah infografik melalui Canva tentang malaikat beserta tugasnya. 3) Murid-murid diminta untuk mencari maklumat melalui pencarian di internet BBM : Aplikasi digital interaktif Padlet, Canva & Interacty Nilai : Bekerjasama Berdisiplin KB :


4) Murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa 15 minit dan meletakkan link canva infografik masing-masing pada Padlet. 5) Murid-murid berkongsi hasil dapatan perbincangan kumpulan masing-masing. 6) Murid diminta untuk menjawab kuiz yang telah disediakan selepas selesai perkongsian. 6) Guru memberikan pujian kepada setiap hasil kerja murid. Menjana idea Langkah 3 / Penutup Penilaian & Refleksi 1) Murid diminta untuk menjawab soalan quizizz (penutup kognitif) 2) Murid mebuat refleksi melalui aplikasi imentimeter dan membuat hubungkait dengan kehidupan. (penutup sosial) 3) Guru memberikan pujian kerana murid memberi kerjasama yang baik sepanjang PdP berlansung. BBM : Aplikasi digital interaktif Quizzizz & Mentimeter KB : Menghubungkait Nilai : Mematuhi arahan


Refleksi Guru 1. Adakah murid dapat memahami konsep beriman kepada malaikat dengan baik? 2. Bagaimana keberkesanan penggunaan aplikasi interaktif dalam membantu pemahaman murid? Disediakan oleh : Izyan Nadhirah binti Mohammad Izani.


Click to View FlipBook Version