The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arybee9, 2021-11-30 00:06:39

iLead Flipbook 2021

iLead Flipbook 2021

ABSTRACT 20

M.I.S APPROACH : IMPLEMENTATION OF SOCIAL JUSTICE IN LIBRARY
MANAGEMENT AS THE WINDOW OF OPPORTUNITIES ON LEADERSHIP,

LITERACY AND TALENT DEVELOPMENT

By
DESMOND AK SANDUM
Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon Kota Kinabalu, Sabah
[email protected]

Abstract: Library has always been seen as the place to be avoided most from the
students and other school communities. There is always a big why factor on how the
school library operates and gives out its services to the school community. On this
sharing, it is based on a self-reflection (S.R) approach where the person in charge
(P.I.C) of the library did some S.W.O.T analysis and figured out a way of managing the
library to its full potential and contributing to main clients of the school, the students. By
the integrating M.I.S Approach and understanding the elements of Social Justice (S.J),
the PIC noticed a huge improvement on the operation of the library and how it impacted
the school community, the clients (the students and teachers) and the stake holder of
the school, School Planning Council (SPC). In SMK Tebobon, the library does not only
operate by giving out services on books and learning materials to its users. Instead, it is
uniquely operating by the belief system of S.J where it comprises of the client’s
development of leadership, literacy and talent. To this day, the library has been awarded
by lots of achievements especially towards its main client’s development through their
own successes and the school stake holder, SPC, with M.I.S Approach.

Keywords: M.I.S Approach, Social Justice, Library Management, Leadership, Literacy,
Talent

ABSTRACT 21

HUBUNGAN KEPIMPINAN PENGETUA DALAM ETIKA PROFESION PERGURUAN
TERHADAP DISIPLIN KERJA GURU

Oleh
MOHD ZUKIFLI BIN ISMAIL1*2
AHMAD AIZUDDIN BIN MD RAMI2

¹Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
[email protected]

2Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor, Malaysia
[email protected]

Abstrak: Kajian Kes ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan
Kepimpimnan pengetua dan tahap pengetahuan etika profesion perguruan terhadap
disiplin kerja guru di Sekolah Menengah Kebangasaan Labuan. Seramai 131 responden
di ambil menjadi sampel merangkumi keseluruhan guru-guru yang mengajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Labuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan
satu set soal selidik yang di adaptasi daripada kajian lepas yang memenuhi skop kajian
ini serta soalan kaji selidik yang telah dibentuk berpandukan definisi operasional dan
kajian literatur dengan pengesahan oleh pensyarah bertauliah. Analisis Deskrptif
merupakan analisis utama yang digunakan bagi menganalisis persoalan kajian. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min signifikan tahap pengetahuan
etika profesion perguruan dan disiplin guru berdasarkan jantina dan pengalaman
Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan antara Kepimpimnan
pengetua dalam etika profesion perguruan terhadap disiplin kerja guru. Hubungan antara
kedua-dua pemboleh ubah ini menunjukkan semakin baik etika profesion perguruan
semakin baik disiplin kerja menunjukkan Kepimpinan pengetua yang tinggi. Implikasi
kajian ini adalah dapat mengenal pasti kedudukan tahap pengetahuan guru-guru SMK
Labuan tentang etika profesion perguruan tehadap disiplin kerja guru didalam organisasi.
Kajian ini masih releven untuk dijalankan dimasa akan datang dengan penambahan isu
seperti integriti dan nilai dalam profesion perguruan.

Kata kunci: Kepimpinan, etika, profesion, disiplin kerja

ABSTRACT 22

PENGGUNAAN GEMA 2.0 DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID
TINGKATAN 4 MENGENAI KONSEP ASAS PERSILANGAN DAN KESATUAN

Oleh
LYDRINNIE KOH@ RINNIE
Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran, Sabah
[email protected]

Abstrak: GEMA 2.0 merupakan bahan inovasi yang menggunakan gelung getah dan
manik sebagai bahan bantu mengajar. Dengan menggunakan perkataan akronim,
gelung (ge) dan manik (ma), maka terhasillah GEMA. Bahan maujud ini telah ditambah
nilai daripada inovasi sebelumnya. Bahan ini juga merupakan alternatif untuk membantu
guru-guru, ibu bapa dan murid terutama dalam pelaksanaan PdPR dalam tempoh
penularan pandemik Covid-19. Kajian ini dijalankan terhadap 20 orang murid Tingkatan
4 di salah sebuah sekolah di daerah Beluran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
menilai keberkesanan penggunaan GEMA 2.0 dapat membantu meningkatkan
kefahaman murid mengenai konsep asas persilangan dan kesatuan dalam Bab Set.
Data dikumpul melalui semakan latihan murid, soal selidik, analisis markah peperiksaan,
Ujian Pra dan Ujian Pos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa GEMA 2.0 memberikan
impak positif malah merentasi bidang sains, stem, seni dan sebagainya. Justeru, ia
mempunyai potensi disebar luas ke sekolah-sekolah yang lain termasuk sekolah
rendah, taska, tadika, prasekolah dan Pendidikan Khas.

Kata kunci: inovasi, persilangan set, kesatuan set, PdPR

Anstract: Gema 2.0 is an innovation that using rubber bands and beads as learning
aids. The word ‘Gema’ was taken from the acronym ‘gelung (ge)’ and ‘manik (ma)’. This
realia is improvised from the previous innovation. It is an alternative to help teachers,
parents and students in the learning process especially during this Covid-19 pandemic.
This study was conducted on 20 Form 4 students in a school in Beluran district. The
purpose of the study was to evaluate the effectiveness of using GEMA 2.0. The objective
of this study which is GEMA 2.0 to enhance students’ understanding of the Intersection
and the Union of the Sets in the Set Chapter. The data was collected from students’
practices, questionnaire , analysis of examination marks as well as pre-test and post-test
score. The findings of this study also show that Gema 2.0 brought in positive impact and
even crossed the curriculur of science field, stem, art and more. Therefore, it has the
potential to be widely spread to other secondary as well as primary school, kindergarten,
pre-school and special education class.

Key words: intersection of sets, union of sets, PdPR

ABSTRACT 23

STRATEGI EMPAT LANGKAH KIPI

Oleh
ASRIFAH AMIRUL
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu
[email protected]

Abstrak: Strategi Empat Langkah KIPI direka bentuk sebagai suatu inovasi
pengurusan bimbingan dan pementoran Pegawai School Improvement Specialist
Coaches Plus (SISC+) Sains dan Matematik di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala
Penyu. KIPI merupakan akronim kepada Kekuatan (K), Inisiatif (I), Progress (P) dan
Impak (I). Matlamat utama strategi ini diperkenalkan adalah untuk membantu
merapatkan jurang pencapaian dan memecut pembelajaran murid dengan
membangunkan kapasiti guru melalui implementasi pembangunan profesional
berkesan yang direncana oleh pengkaji. Strategi ini secara instrumental telah
dilaksanakan ke atas 8 orang guru Sains dan Matematik di daerah Kuala Penyu
sepanjang tahun 2021. Hasil daripada implementasi strategi ini, didapati sebanyak 16
inovasi pengajaran dan pembelajran (PdP) Sains dan Matematik yang berimpak tinggi
telah dihasilkan oleh 8 orang guru Sains dan Matematik yang dibimbing dan ianya
telah disebar luaskan ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun
antarabangsa. Analisis bimbingan menggunakan Strategi Empat Langkah KIPI
mendapati, seramai 6 orang guru (37.5%) telah berjaya membawa hasil inovasi PdP
ke peringkat daerah, 4 orang guru (25.0%) ke peringkat negeri, 4 orang guru (25.0%)
ke peringkat kebangsaan dan 2 orang guru (12.5%) ke peringkat antarabangsa. Oleh
kerana strategi ini menunjukkan impak yang memberansangkan, pengkaji bercadang
untuk menyebarluaskan inovasi pengurusan ini kepada semua guru sama ada di
dalam mahupun di luar daerah dengan hasrat agar lebih ramai guru termotivasi
mencipta inovasi PdP yang akan meningkatkan kualiti PdP mereka seterusnya
melonjakkan prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Di samping itu, KIPI diharapkan menjadi suatu garis panduan dan rujukan kepada
Pegawai SISC+ untuk merancang pengurusan bimbingan yang lebih sistematik dan
terancang pada masa hadapan.

Kata kunci: Strategi, bimbingan dan pementoran, inovasi pengurusan dan
pembangunan kapasiti guru

ABSTRACT 24

PROJECT 40:60
ACADEMIC EXCELLENCE IMPROVEMENT PROGRAM

By
ROHANI BINTI RAMLEE
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota kinabalu, Sabah
rohanirohaniramlee.gmail.com

Abstract: Analysis of AR3 2018 headcount data of Form 1 students found that the
percentage of students who did not master the minimum level (TMTM) for English,
Mathematics, and Science subjects was high. Project 40:60 has been implemented
to reduce the percentage of TMTM for these subjects in school-based
examinations. This project looks at the role of principals using POLC in the
implementation of the project. In this project, the first and second semester
examinations for form two students in 2019 will give 40% weightage to the student
project and 60% to the semester examination. A score of 40% of the project will be
assessed based on the percentage of examination of exercise books, folios,
presentations, and face-to-face. the teacher determines the title and type of project
within 3 months. The students involved are 142 students and 9 second-level
teachers in 2019 at SMK Year Gusi Dua, Kota Belud. The instrument used to see
the effectiveness of the project is the AR2 and AR3 2019 examination results. The
results of the evaluation of the effectiveness of this project have shown a decrease
in the percentage of TMTM in all three subjects as a whole.

ABSTRACT 25

GAP
Sistem Pengauditan Akademik Pelajar Mengikut Sistem Modular STPM

Oleh
SARIPUDDIN BIN KANKONG
Kolej Tingkatan Enam, Kota Kinabalu, Sabah
[email protected]

Abstrak: Gelagat Akademik Pelajar (GAP) merupakan satu sistem pengauditan
akademik pelajar yang direkabentuk khusus untuk beroperasi di dalam persekitaran
tempoh akademik yang terhad seperti sistem modular Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM). Sistem GAP ini menekankan aspek mengenalpasti dan menetapkan standard
gelagat pelajar terhadap penguasaan akademik dalam satu-satu pengujian. Standard
gelagat yang telah dikenalpasti dijadikan asas panduan guru mata pelajaran dan ketua
unit akademik dalam merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pemudacaraan
(PdPc) serta tindakan intervensi yang berfokus kepada keperluan khusus pelajar
(standard gelagat yang telah dikenalpasti). Sistem ini turut berfungsi sebagai pengkalan
data akademik yang memudahkan guru dan pentadbir sekolah mencapai pelbagai
bentuk data kuantitatif dan juga data kualitatif, yang menunjukkan kemajuan sebenar,
kemajuan sasaran dan data berkaitan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru
mata pelajaran. Sistem ini terbukti memudahkan guru-guru mata pelajaran dan ketua-
ketua unit akademik merancang dan melaksanakan PdPc dan intervensi secara lebih
berfokus serta memudahkan capaian data-data kemajuan pelajar dengan mudah dan
tersedia secara automatik, melalui fungsi carian yang mudah.

ABSTRACT 26

KEBERKESANAN APLIKASI MOBIL PENDIDIKAN ‘MYBACA’ DALAM
MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP LITERASI MURID BERKEPERLUAN KHAS

(MBK)

Oleh
DHORA BINTI DABAL
Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat Tawau Sabah
[email protected]

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengesan potensi aplikasi MyBaca: Bahasa
Melayu sebagai aplikasi mobil pendidikan yang dapat membantu penguasaan murid
dalam kemahiran asas bacaan terutamanya dalam mengatasi masalah murid
berkeperluan khas yang mengalami kesukaran mengeja dan menggabungkan bunyi
suku kata menjadi sebuah perkataan bermakna. Seramai 10 orang murid dari Tahun 4
Dinamik yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan lemah telah terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal masalah dilakukan bermula dengan pemeriksaan kerja
bertulis murid, analisis kertas ujian intervensi, temu bual dan diikuti dengan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat mengeja dan membunyikan suku kata
menjadi sebuah perkataan bermakna. Ini adalah kerana murid tidak dapat mengingati
bunyi huruf dan suku kata dan bingung apabila dua huruf digabungkan. Perancangan
tindakan difokuskan kepada membantu murid mengeja dengan menggabungkan huruf
vokal dan huruf konsonan menggunakan kaedah fonik. 24 sesi pengajaran dan
pembelajaran (25-30 minit) telah dijalankan selama 12 minggu dan murid didedahkan
penggunaan aplikasi mobil pembelajaran iaitu MyBaca: Bahasa Melayu sebagai alat
bantu digital yang mengandungi nota interaktif dan kuiz. Keputusan dalam ujian pos
telah menunjukkan peningkatan kemahiran membaca kepada murid. Dapatan temu
bual, pemerhatian dan ujian pos menunjukkan murid berasa seronok menggunakan
aplikasi m-pembelajaran MyBaca:Bahasa Melayu kerana ianya merupakan satu
aplikasi yang mempunyai elemen gamifikasi yang boleh digunakan sebagai aktiviti
sokongan di dalam kelas.

Kata kunci: Aplikasi mudah alih, m-pembelajaran,nota interaktif, gamifikasi,kuiz

ABSTRACT 27

USING INTERACTIVE NOTEBOOKS WITH QR CODE TO ENHANCE LEVEL 1
PUPILS’ VOCABULARY IN ENGLISH

By
NORDALINA BINTI NAILIE
SJKC Thian Chin, Sibu, Sarawak

[email protected]

Abstract: QR code is a quick response code used for storing URLs or other information
while interactive notebooks are a great tool to reinforce learning for learners. Interactive
notebooks organize the material in different ways, using more of the senses, and keep
students organized. Interactive notebooks with QR code approach helps parents to
provide support and guidance to their child on learning English vocabularies with the help
of teacher endeavour by providing English learning materials. The purpose of this study is
to identify the potential and the effectiveness of using interactive notebooks with QR code
partnering with parents in ways that support Z-learners’ learning and upgrading their skills
in English vocabularies learning performance as well as to develop critical thinking skills.
Interactive notebooks with QR code changes the way year one pupils learn the
vocabularies. Parents download the free app and scan the QR code contains English
learning materials (English vocabularies) learnt in class. They will learn, revise and
discuss the vocabularies by printing the flashcards or using the app. This study uses a
true experimental method of post-test to compare selected groups (treatment group and
control group). Data were analyzed using the SPSS version 18.0 software which contains
mean score and t-test. The results showed that there were significant differences in the
level (t = -7.559, df 58, p <0.05), it showed that pupils in the treatment group significantly
outperformed those in the control group, which means pupils learning performance in
English considerably enhanced through the usage of interactive notebooks with QR code.
Based on the study, this interactive method helps young learners in learning vocabularies
including letter sounds and the meaning. Moreover, it keeps pupils engaged for longer
periods of time and provides teachers-parents pedagogical implications and future
research directions. Finally, the usage of interactive notebooks with QR code has
aggressively perforated into the learning process of English vocabularies and manifested
the effectiveness, especially with millennial generation in year one for them to facilitate
meaningful learning environment.

Kata kunci : self learning, level 1 pupils, Murid Belum Menguasai, parent-teacher-school,
English Vocabulary

ABSTRACT 28

PENGGUNAAN SKRIP PADAT MUDAH (SAMAH) BAGI MENINGKATKAN
PENGUASAAN FAKTA DAN PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN ENAM A1

SMK SANZAC PADA SEMESTER DUA STPM 2020 SEMASA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN FASA 6

Oleh
SUZANAH BINTI JUMAT
Pusat Tingkatan Enam, SMK Limbanak, Penampang, Sabah

[email protected]

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan skrip padat mudah (SAMAH)
bagi meningkatkan penguasaan fakta dan pencapaian pelajar Tingkatan Enam A1
SMK SANZAC dalam penghasilan penulisan skrip jawapan yang berkualiti yang
menepati format peperiksaan. Kajian dijalankan terhadap 23 orang pelajar Pusat
Tingkatan Enam SMK SANZAC bersama-sama seorang guru. Tinjauan awal
mendapati penghantaran tugasan pelajar di antara Minggu ke-13 hingga Minggu ke-16
menunjukkan penglibatannya adalah tidak konsisten dalam kalangan pelajar 6 A1,
ada yang menghantar latihan secara teratur, ada yang berkala dan ada pula pelajar
langsung tidak mengikuti PdPR dalam tempoh tersebut. Refleksi guru mendapati
jawapan pelajar tidak mengikut format peperiksaan dan ditulis secara bertele-tele.
Jawapan esei bercelaru dan fakta tidak tepat menyebabkan guru tidak faham idea
yang cuba disampaikan. Perancangan tindakan melalui pengajaran menggunakan
alatan bantu mengajar iaitu (SAMAH) ini telah dijalankan selama 4 minggu (minggu
terakhir Jun – awal Ogos 2020). Pemeriksaan laporan prestasi dan sahsiah pelajar,
semakan latihan, analisis borang soal selidik dan temu bual telah dilaksanakan
sebelum penggunaan (SAMAH) dilaksanakan. Pada minggu ke-4, pascaujian
dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi pelajar dengan menggunakan bahan
bantu tersebut. Analisis data dilakukan dengan menggunakan kiraan peratusan.
Dapatan menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar iaitu (SAMAH) dapat
membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan penulisan esei subjek Sejarah.
Selain itu, minat pelajar terhadap kepelbagaian kaedah pengukuhan akan
meningkatkan motivasi seterusnya membantu persediaan menghadapi peperiksaan.
Ini sekaligus meningkatkan pencapaian markah pelajar di dalam peperiksaan.

Kata Kunci : penguasaan fakta, pelajar tingkatan enam, Sejarah

ABSTRACT 29

SMKL ONE STOP MANAGEMENT CENTRE
Sistem Pengurusan Dokumen & Bahan Digital Sekolah Berkonsepkan Paperless

Oleh
JASON WONG YUN MENG
Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak, Penampang, Sabah
[email protected]

Abstrak: Penyimpanan dan perkongsian dokumen atau bahan di sekolah merupakan suatu
perkara yang amat penting untuk memastikan suatu organisasi itu untuk terus beroperasi
secara berkesan. Dalam era sistem pengurusan berlandaskan ICT, semua fail – fail penting
seperti minit mesyuarat dan laporan – laporan,bahan – bahan pdpr dan sebagainya disimpan
dalam bentuk softcopy dalam hardisk komputer riba atau komputer Desktop masing – masing,
sebelum ia dikongsikan melalui aplikasi media sosial seperti Whatsapp atau Telegram secara
paperless. Penyimpanan dan perkongsian bahan – bahan softcopy dalam suatu organisasi
khususnya sekolah boleh dilakukan dengan cara yang berstruktur, berpusat dan yang paling
penting, selamat. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengatasi masalah capaian dan
perkongsian bahan atau dokumen – dokumen penting dan sulit dalam sekolah, melalui platform
yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana lebih mudah dan selamat,
berbanding dengan menggunakan aplikasi media sosial seperti Whatsapp atau Telegram yang
boleh mengundang risiko pendedahan maklumat sulit kepada pihak luar akibat kelalaian
pengguna sendiri. Perkara ini telah menjadi satu isu penting yang memerlukan satu
penyelesaian strategik. Penggunaan platform SMKL One Stop Management Centre dapat
memastikan keselamatan penyimpanan serta perkongsian bahan – bahan digital khususnya
dokumen – dokumen sulit di dalam organisasi dapat dikekalkan pada tahap optimum. Melalui
tinjauan serta maklum balas guru, 95% mengatakan mereka risau bahawa suatu hari nanti,
dokumen – dokumen digital yang sulit seperti maklumat murid, pendapatan ibu bapa, laporan
kewangan bidang/panitia dan sebagainya akan tersalah hantar kepada pihak luar, yang mana
data – data sulit ini boleh dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Manakala
100% guru mengatakan bahawa mereka pernah diminta untuk menghantar dokumen –
dokumen secara paperless semasa dalam kesibukkan dan memerlukan tindakan pantas.
Sementara 96% guru pula mengatakan bahawa mereka mempunyai masalah untuk scroll
history di aplikasi Whatsapp mahupun Telegram apabila cuba mencari semula bahan yang
dikongsikan dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Maka untuk mengatasi masalah tersebut, SMKL
One Stop Management Centre mempunyai kecekapan penyimpanan dan perkongsian
dokumen secara paperless yang berkesan dan selamat, iaitu dalam 5 bahagian utama :-
Kurikulum, Kokurikulum, Hal-Ehwal Murid, Encyclopedia Digital Sekolah dan Pit Stop PSS
dengan menggunakan akses DELIMa (yang dibangunkan oleh KPM & Google - sebuah
syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat) serta aplikasi – aplikasi di bawah Google
Workspace. Akhirnya, SMKL One Stop Management Centre telah menampakkan hasil
daripada segi peningkatan keyakinan guru dalam membuat penyimpanan dan perkongsian
dokumen- dokumen secara maya dengan lebih selamat, cekap dan mesra pengguna.
Sementara itu, pelajar juga dapat memperolehi manfaat perkongsian bahan PDP dengan lebih
efektif melalui pusat pengurusan yang bersifatkan paperless ini.

Kata Kunci : Paperless, One stop, Berpusat, Maya

ABSTRACT 30

DESIGN OF MOBILE APPS TEXTBOOK (WITH CLOUD BASED SYSTEM)
WITHOUT USING E-PUB FORMAT TO SUPPORT THE NEEDS OF SMARTPHONE OWNED BY

B40

By
MyKSSR TEAM

MUHAMMAD HARIS BIN HARUN
BSTP Puterajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

[email protected]
DHORA BINTI DABAL

Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah
[email protected]
DEBBIE OLIVIA HUBERT

Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah
[email protected]
ASNIYA BINTI HUSAIN

Sekolah Kebangsaan Kalabakan, Tawau, Sabah
[email protected]

MUHAMMAD AZRI BIN ROSMAN
Sekolah Kebangsaan Kalabakan, Tawau, Sabah

[email protected]
SABTUAMING BIN SULE
Sekolah Kebangsaan Brantian, Tawau, Sabah
[email protected]

Abstract: Access to digital textbooks is a crucial issue for nearly 5 million students, parents and
teachers. It is a basic reading and reference material to prepare students for tests and assessments at
the school level or public examinations. Teachers and parents find it difficult to refer to hundreds of
textbooks, to help students achieve excellence in education. Next , the content of carbon dioxide in the
air also increases in the textbook production process and it is rarely used optimally. Therefore, the
MyKSSR application can be considered as one of the projects that support the development of green
technology. In addition, the post-pandemic Covid-19 saw the need for learning to occur in a highly
flexible environment and the MyKSSR application is the suitable solution. Pdf textbook is processed to
high quality png format with low data to optimize loading time without reducing image quality. All
textbook materials are arranged according to year> subject> unit & specific sections. The application is
published in 3 main platforms used by Malaysians for free. The Resources and Technology Division,
MOE has taken a good initiative to produce digital textbooks in Portable Document Format (PDF) and
uploaded into the DELIMA portal and can be accessed by all students and teachers. However,
‘streaming’ these PDF files requires high internet speeds as well as large amounts of data. If to be
downloaded to the phone, the storage is very high because a pdf textbook can reach up to 300MB.
Therefore, MyKSSR has been produced using cloud-based technology and using low-data yet high-
quality images as the delivery medium. This application only requires around 15MB of storage as well
as moderate internet speed requirements. In addition, no additional download requirements are
required.

Keyword: MyKSSR, digital textbooks, cloud based technology

ABSTRACT 31

SENGKABAN

Oleh
ROSE MARY FABIAN @ NUR SYUHADA ABDULLAH

[email protected]
SITI NORAIDAH BINTI UNUH
[email protected]
NORANINAH BINTI MURAH

[email protected]
BABARA MELISSA LIEW

[email protected]
EMA PATIMAH BINTI NAHARUDDIN

[email protected]
NAWWAR BINTI MUMEN
[email protected]

WILLEY TALUAN
[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang, Sabah

Abstrak: Penghasilan Sengkaban diinovasikan daripada alat bantu membaca reading
strips. Reading strips ini membantu menyelesaikan masalah melangkau ayat ketika
membaca. Namun kami mendapati murid-murid di PPKI SMK Tansau, Penampang lebih
cenderung untuk melangkau perkataan semasa membaca. Oleh itu, kumpulan Pendawan
menambah baik reading strips yang sedia ada dengan menambah ciri-ciri baharu bagi
membantu menyelesaikan isu utama yang telah dikenalpasti. Maka dengan itu terciptalah
Sengkaban, alat bantu membaca yang dilengkapi dengan fungsi tetingkap dan gelung jari.
Berdasarkan penggunaan dan juga hasil uji cuba yang dijalankan terhadap 10 orang
murid Disleksia di PPKI SMK Tansau Penampang, 9 daripada 10 orang responden iaitu
90% responden tidak melangkau perkataan semasa membaca ketika menggunakan
Sengkaban. Ini membuktikan bahawa penggunaan Sengkaban berjaya menyelesaikan
masalah murid melangkau perkataan ketika membaca ayat yang panjang dengan serta
merta dan dapat meningkatkan keupayaan membaca murid Disleksia. Selaras dengan
Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM), Sengkaban berupaya
meningkatkan kualiti penyampaian Pendidikan.

Kata Kunci : Sengkaban, Disleksia, Melangkau perkataan

ABSTRACT 32

KONSTRUK INSTRUMEN E-AUDIT KESELAMATAN SEKOLAH
(E-IAKS)

Oleh
RUSMADI B. AHMAD
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang

Sabah
[email protected]
ALVIN RAJ a/l SANTHANADASS
Unit Kokurikulum Institusi Pendidikan Guru kampus Gaya
Kota Kinabalu Sabah
alvinraj24-117@[email protected]
MOHD FAIZALNOOR B. ZAWAYA
Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang, Sabah
[email protected]
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkonstruk instrumen E-Audit keselamatan
sekolah (E-IAKS). Ia merupakan instrumen audit penilaian sekolah yang terdiri daripada
tiga faktor, antaranya adalah pertama faktor persekitaran, kedua faktor peralatan dan
ketiga faktor manusia dalam konteks kajian ini adalah pelajar. Konstruk instrumen kajian
ini adalah berdasarkan model Morrow (1995). Terdapat 115 item dalam instrumen IAKS
dan di nilai berdasarkan 3 skala likert. Sejak kebelakangan ini, masalah kecederaan di
sekolah melibatkan pelajar semakin bertambah di sekolah meliputi aspek keselamatan
pembangunan, peralatan dan kemudahan sekolah (Zakaria Safial Aqbar dan Ismail,
2014). Hal ini berlaku oleh kerana kurang penekanan terhadap audit keselamatan di
sekolah dan tidak mempunyai satu instrumen yang sah dan boleh di percayai secara
spesifikasi untuk kegunaan sekolah dalam mengatasi menangani isu keselamatan di
sekolah. Audit juga dilaksanakan setahun sekali atau 2 tahun sekali dan mengambil
masa yang panjang untuk pihak sekolah bertindak untuk menyelesaikan masalah yang
berbangkit daripada audit tersebut. Dengan adanya instrumen E-AUDIT ini, kemalangan
yang disebabkan oleh kerosakan bangunan dan prasarana, kebakaran yang disebabkan
oleh litar pintas dan kebocoran gas, penyakit berjangkit, kecuaian manusia dalam
mengendalikan peralatan dapat di atasi (Norlia & Sufean, 2006). E-IAKS merupakan
satu instrumen yang penting kepada pentadbiran sekolah bagi memastikan keselamatan
di kawasan sekolah terjamin serta dapat mengurangkan risiko kemalangan daripada
berlaku. E-AUDIT ini turut membantu pihak sekolah untuk mengambil tindakan secara
segera. Kajian ini berbentuk kajian diskriptif, subjek, seramai 64 orang di pilih secara
rawak berdasarkan Cohen, (1988). Analisis kajian menunjukkan kesahan bahasa adalah
.90 kesahan pakar bidang adalah .89 manakala kebolehpercayaan bagi faktor
persekitaran adalah .78, faktor peralatan adalah .86 dan faktor manusia adalah .91
manakala nilai keseluruhan adalah .89. E-IAKS dapat mengenal pasti risiko yang
berpotensi daripada faktor-faktor manusia, peralatan dan persekitaran serta boleh di
generalisasi kepada sekolah lain di Sabah.

Kata Kunci: Kesahan, kebolehpercayaan, keselamatan, sekolah

ABSTRACT 33

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
UNTUK MENINGKATKAN KOLABORATIF MURID 4 UKM
BAGI MATA PELAJARAN SAINS SEMASA PdPR

Oleh
NASHAR NORDIENAH BINTI HUSSIN
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan

[email protected]

Abstrak : Pembelajaran berasaskan masalah merupakan strategi pengajaran yang
melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBM) adalah satu pendekatan pengajaran berasaskan masalah sebenar, yang
melibatkan penggunaan pelbagai kemahiran untuk menyelesaikannya.Kajian
penyelidikan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran kolaboratif murid
semasa Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (Pdpr) melalui pelaksanaan
pembelajaran berasaskan masalah.Dengan menggunakan rekabentuk kajian tindakan,
guru menjalankan soal selidik, menganalisa analisa PBD dan pemerhatian ke atas 30
orang murid Tingkatan 4 UKM. Kajian ini mengambil masa selama lapan minggu
Pelaksanaan PBM dijalankan oleh murid selama dua minggu.Hasil dapatan kajian ini
mendapati kaedah PBM berjaya meningkatkan KBAT dan PBM dapat meningkatkan
kolaboratif di antara murid semasa Pdpr. Di samping itu, ia dapat meningkatkan
prestasi PBD murid mencapai TP 5 dan TP6.Murid dapat berkomunikasi melalui aktiviti
kolaboratif dalam pembelajaran berasaskan masalah serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang aktif. Justeru itu, disarankan agar pelaksanaan pembelajaran
secara masalah dapat diperluaskan dalam pdpc dan pdpr.

Kata kunci: Pembelajaran berasaskan masalah,kemahiran berfikir aras tinggi,
kolaboratif

ABSTRACT 34

KESAN PENGGUNAAN Q ROULETTE TERHADAP PENCAPAIAN MURID

Oleh
SHAHRIL BIN OTHMAN
Sekolah Kebangsaan Beruas, Perak
[email protected]

DR. SHARIFAH HASIMA BT SYED DAUD
Sekolah Kebangsaan Beruas, Perak
[email protected]

ZALIYATUNNUR BINTI AWANG KECHIK
Sekolah Kebangsaan Beruas, Perak
[email protected]

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Q Roulette terhadap
pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif
yang menggunakan reka bentuk ekperimen kuasi. Ia melibatkan ujian pra dan ujian
pasca antara kumpulan ekperimen (rawatan) dan kumpulan kawalan. Seterusnya,
dibandingkan untuk mendapat perbezaan pencapaian skor melalui ujian pra dan ujian
pasca. Data kajian yang dikumpul adalah pencapaian murid dalam bentuk markah
skor sebelum dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS bagi mencari perbezaan
min berasaskan ujian t untuk mengukur pencapaian dengan melihat perbezaan min
ujian pra dan ujian pasca di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kajian
ini dijalankan selama tiga minggu yang melibatkan 60 orang murid tahun enam
Sekolah Kebangsaan Beruas sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 30 murid
kumpulan rawatan dan 30 murid kumpulan kawalan yang mempunyai tahap
pencapaian yang sama berpandukan kepada keputusan peperiksaan. Bagi
menentukan sampel kajian dalam kumpulan rawatan atau kawalan, undian telah
dijalankan. Sampel tidak dipilih secara rawak kerana sampel dipilih berdasarkan
kelompok murid yang sedia ada (intact group). Dapatan kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian bagi kumpulan rawatan dalam ujian
pasca dengan nilaimin 3.33 manakala nilai min bagi kumpulan kawalan yang
menggunakan kaedah konvensional ialah 0.2. Hasil dapatan ini membuktikan bahawa
penggunaan Q Roulette dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran
Sains.

Kata kunci : Q Roulette, Sains, pencapaian murid

ABSTRACT 35

KEBERKESANAN CoTL-21 DALAM MENINGKATKAN GERAK KERJA
BERKUMPULAN

Oleh
SHAHRIL BIN OTHMAN
Sekolah Kebangsaan Beruas, Perak
[email protected]
DR. SHARIFAH HASIMA BT SYED DAUD
Sekolah Kebangsaan Beruas, Perak
[email protected]
ZALIYATUNNUR BINTI AWANG KECHIK
Sekolah Kebangsaan Beruas, Perak

[email protected]

Abstrak : CoTL-21 merupakan inovasi aplikasi digital bagi tujuan proses pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) secara bersemuka ataupun secara maya. Pelaksanaan ini
berfokus kepada pengaplikasian digital sebagai pemudah cara dalam sesi pengajaran.
Bahan pembelajaran dan pembelajaran ini dapat digunakan di dalam kelas, luar kelas
atau pun secara maya yang menekankan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
Penghasilan bahan pembelajaran dan pemudahcaraan ini amat murah tetapi berkesan
kerana guru dan murid dapat mengaplikasikan proses pembelajaran berteraskan
perbincangan kumpulan, pembentangan, pelibatan murid dan penggunaan teknologi
terkini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk ekperimen
kuasi. Ia melibatkan ujian pra dan ujian pasca antara kumpulan ekperimen (rawatan) dan
kumpulan kawalan. Kajian melibatkan 60 orang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan
Beruas sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 30 murid kumpulan rawatan dan 30
murid kumpulan kawalan yang mempunyai tahap pencapaian yang sama berpandukan
kepada keputusan peperiksaan. Dapatan menunjukkan pada awal kajian peratusan
pelibatan murid di dalam perbincangan kumpulan hanya 64.7% manakala post test
memberikan peratusan 97.6%. Selain itu, didapati tahap keyakinan murid untuk
mengeluarkan pendapat serta memimpin kumpulan juga turut meningkat. Bagi
membangunkan CoTL-21, teori konstruktisme oleh Mayer dijadikan panduan kerana selari
dengan pembangunan struktur pengetahuan melalui pengalaman serta interprestasi
individu terhadap persekitaran dan sosial. CoTL-21 ini telah dinilai oleh pihak nazir dan
120 orang guru-guru daripada seluruh Malaysia bersandarkan kepada persoalan iaitu
sejauh manakah aplikasi ini membantu guru dalam menjustifikasikan kepentingan
pelibatan murid dalam kumpulan. Seterusnya, aplikasi ini dilaksanakan oleh 28 orang guru
di Sekolah Kebangsaan Beruas. Dapatan mendapati bahawa murid dapat mengeluarkan
idea yang kritis dengan bahan rangsangan yang terdapat dalam gabungan aplikasi
interaktif ini.

Kata Kunci : PAK 21, digital, bahan pembelajaran

ABSTRACT 36

ADAPTASI NORMA BARU, KELAB STEM TERUS BERKEMBANG

Oleh
NADIA RICHARD
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
[email protected]

Abstrak: Aktiviti Kokurikulum ialah kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang
dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi
memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Ia adalah wadah pembinaan
jasmani, emosi dan rohani selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang bertujuan membentuk generasi yang seimbang. Namun, apabila negara kita dilanda
pandemik Covid-19, aktiviti kokurikulum secara bersemuka tidak dapat dijalankan bagi
mengelakkan penularan penyakit Covid-19 semasa aktiviti berkumpul. Bagi menghadapi
masalah ini, Kelab STEM telah mengambil inisiatif untuk meneruskan aktiviti ko-kurikulum.
Maka tercetusnya idea menggunaan pelbagai aplikasi teknologi seperti sidang video
seperti Zoom dan Google meets, aplikasi mengubah video seperti canva, dan lain-lain
aplikasi seperti Whatsapp, Facebook Pages, Google sites, Google form, Power Point,
Tinkercad.Penggunaan aplikasi teknologi membolehkan aktiviti ko-kurikulum STEM
diteruskan walaupun aktiviti berkumpul tidak dapat dijalankan. Aplikasi teknologi juga
memberi peluang yang lebih luas bagi ahli kelab STEM untuk mengikuti pertandingan
aktiviti STEM dan meningkatkan penyertaan ahli kelab STEM dalam pertandingan bertaraf
kebangsaan mahupun antarabangsa. Menerusi pelbagai teknologi canggih seperti sidang
video menerusi Google Meet, Zoom serta pelbagai aplikasi lain boleh membantu murid
menjayakan aktiviti dan pertandingan yang disertai. Kelab STEM mengaplikasikan
penggunaan teknologi ini secara aktif, ini secara tidak langsung merapatkan jurang
komunikasi antara guru dan pelajar. Kelab ini juga mampu menyesuaikan murid dalam
perkembangan teknologi yang semakin pantas berkembang terutamanya dalam bidang
robotik dan teknologi maklumat. Kelab STEM SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah
menyertai pelbagai pertandingan bukan sahaja di peringkat kebangsaan bahkan juga
peringkat antarabangsa dan telah merangkul pelbagai anugerah. Ini menunjukkan
penggunaan aplikasi teknologi mampu meningkatkan penglibatan dan minat murid dalam
bidang STEM sehingga ke peringkat antarabangsa. Bagi meningkatkan lagi bilangan
murid yang mahir aplikasi teknologi, maka kelab STEM akan sentiasa berkongsi maklumat
dan membuat bengkel bagi memahirkan murid dalam penggunaan semua aplikasi
teknologi.

Kata Kunci : kokurikulum, kelab STEM, Pendidikan STEM, Pendidikan sekolah
menengah

WEBINAR COMMITTEE

AHLI JAWATANKUASA DALAM INTERNATIONAL LEADERSHIP IN EDUCATION, ADMINISTRATION
AND DEVELOPMENT WEBINAR

(iLEAD 2021)

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Ajmal Haji Jumah - SMK Tobobon, Kota Kinabalu
- SMK Bandaraya Kota Kinabalu
Setiausaha : Pn. Rohani Binti Ramlee - SMK Merpati, Sandakan
- SMK Kuhara, Tawau
Bendahari : En. Haji Noor Hamizam bin Md Nordin - Kolej Vokasional, Likas
- Koleh Tingkatan 6, Kota Kinabalu
Ahli : Encik Mokhtar Abdul Rashid - SMK Ranau
- SM St. Frances Xavier, Keningau
: Encik Mokhtar Haji Ibrahim - SMK Pdg. Berampah, Sipitang
- SMK Pengalat, Papar
: En. Vasuthevan Palanivulu - SMK Tansau, Penampang
- SMK Elopura, Sandakan
: En. Jamirin Sahamin - SMK Limbanak, Penampang

: Pn. Betty Leong

: En. Azalan@Azlan Dimon

: Pn. Zarida Mohd Junaidi

: En. Rusmadi Ahmad

: En. Noraslam Mano Bin Abdullah

: En. Jackson Siga

JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI
Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias
Maktab Sabah, Kota Kinabalu

NAIB PENGERUSI - SMK Kuhara, Tawau
En. Mokhtar Bin Abdul Rashid

SETIAUSAHA - SMK Limbanak, Penampang
En. Jackson Siga - SMK St Joseph, Papar
Pn. Jenith Mahibol

BENDAHARI - SM St Paul, Membakut
En. Goh Kui Liang

BIRO PEMBENTANG - SMK Tamparuli
Pn. Mozidah Binti Hamzah

BIRO MODERATOR UMUM DAN JURUACARA - SM La Salle, Kota Kinabalu
Pn. Mary A Komuji
- SM La Salle, Kota Kinabalu
Moderator dan juruacara - SMK Menumbok, Kuala Penyu
En. Adrian Robert - SMK Putatan, Penampang
Pn. Flavia Suimin - Maktab Sabah, Kota Kinabalu
Pn. Yvonne Sinding Gom
En. Eric Constantine - SMK Tinggi, Kota Kinabalu

BIRO MODERATOR SELARI - SMK Tinggi, Kota Kinabalu
Pn. Lily Wong Bitt Lee - SK St. Theresa Inobong, Penampang
- SK St. Paul, Kolopis, Penampang
Moderator Sidang Selari - Maktab Sabah, Kota Kinabalu
Dr. Windy Anjilus - SMK Tinggi, Kota Kinabalu
En. Martin Sibit - SMK Tinggi, Kota Kinabalu
Pn. Rosaline Jomilon - Koleh Tingkatan 6, Kota Kinabalu
Pn. Missah Yabis
Pn. Claire Leslie Sylvester - SMK Kinarut, papar
Pn. Grace Phan Yiing Ling - SMK Kinarut, papar
En. Mougous Mozes Marius - SMK Kinarut, papar

BIRO SIJIL - SM St. Francis Covent, Kota Kinabalu
En. Zamharir Bin Hj Ahmad - SM St. Francis Covent, Kota Kinabalu
Pn. Nety Irdawaty binti Laho - SM St. Francis Covent, Kota Kinabalu
Pn. Wan Nadia Harnani binti Wan Ismail - SM St. Francis Covent, Kota Kinabalu

BIRO PENERBITAN - SMK BunduTuhan
Pn. Theresa Chong - SMK BunduTuhan
Pn. Sim Poh Hoon
Pn. Ariati Binti Budi
En. Pg Azizul Rahim Bryan Pg Abdul Aziz

BIRO ABSTRAK
Pn. Patricia Sinion
En. Jamri bin Ronggitom

BIRO STREAMER - SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
Pn. Rohani Ramlee - SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
En. Michael Jumin - SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
En. Roger Awang - SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
Pn. Norisah Muda - SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
En. Ahmad Rizal Romli - SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
Pn. Nadia Richard - SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
En. Syazani Hamizan Bin Abd Wahid - SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
En. Juniadi Jumaat
- Sekolah Sukan Malaysia
BIRO SIDANG SELARI - Sekolah Sukan Malaysia
En. Madsarin Bin Rahim - Sekolah Sukan Malaysia
En. Seng Kok Leong - Sekolah Sukan Malaysia
En. Shahdan bin Dingka - Sekolah Sukan Malaysia
Pn. Francesca Willy Majingin - Sekolah Sukan Malaysia
Pn. Erbiee Elby Justin - Sekolah Sukan Malaysia
Pn. Entam Melinda bintiSuari - Sekolah Sukan Malaysia
En. Mohamad Farid bin Abdul Hajis - Sekolah Sukan Malaysia
En. MohdAzwandy bin Latip
En. Eddleey Jim - SMKA Kota Kinabalu

BIRO CENDERAMATA - SMJK Lok Yuk, Pitas
Datin Hasnah Mohd Yakob - SM St John, Tuaran

BIRO PANEL PENILAI - SMKA Inanam, Kota Kinabalu
En. Dr.Hor Chow Wah
Pn. Rahnah Fong @ Helena Fong Rina - SM St. Michael, Penampang
- SM St. Michael, Penampang
BACAAN DOA - SM St. Michael, Penampang
En. Zulkifli Bin Mohamad - SM St. Michael, Penampang
- SM St. Michael, Penampang
BIRO TEKS UCAPAN - SM St. Michael, Penampang
Pn. Jennifer Asing
Pn. Johanna Sibyl Disimond
Pn. Fenny Chin ChiewPhing
Pn. Jane R. M Majikol
Pn. Teresa Moloyos
En. Eric Gapang

BIRO PEMBACA PRUF - SMK SANZAC, Kota Kinabalu
Pn Hjh Nurani Fauziah Derin - SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang
Pn. Irene Lung - SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang
Pn. Fiona Ruth matujal@ Alison
- SMJK Lok Yuk, Pitas
AJK PANEL PENILAI
- SM St John, Tuaran
PENGERUSI PANEL PENILAI
En. Dr.Hor Chow Wah - Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

PENOLONG PENGERUSI PANEL PENILAI - Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
Pn. Rahnah Fong @ Helena Fong Rina
- Ex-Pengetua Cemerlang Jusa C
KETUA PANEL PENILAI - Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
Dr. Sukiman Sukardi - Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
- Pejabat Pendidika Daerah Keningau
PENYELARAS PEMARKAHAN - Institut Aminuddin Baki, Caw. Sabah
En. Azmy Hj. Ahmad - Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
- Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
PANEL PENILAI - Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
Dr. Shirley Tay - Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
Dr. Dalmansa B. Hj. Tahil - Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Pn. Hjh. Saliza Binti Zahari - Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
Dr. Laimah Sungap - Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
Pn. Hjh. Azizah Bt. Mohd. Sharif
Dr. Bitty Ansawi
Dr. Losius Goliong
Dr. Azizuan Abdullah
En. Chow Wui Chung
Pn. Jannet Dela Cruz
En. Samih Bin Kukung
Dr. Zakaria Othman

PANEL OF ASSESSORS

Panel of Assessors

1. Dr. Sukiman Sukardi -Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
(Ketua Juri)
-Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
2. En. Azmy Hj. Ahmad
(Penyelaras pemarkahan juri) - Ex-Pengetua Cemerlang Jusa C
- Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
3. Dr. Shirley Tay - Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
4. Dr. Dalmansa B. Hj. Tahil - Pejabat Pendidika Daerah Keningau
5. Pn. Hjh. Saliza Bt. Zahari - Institut Aminuddin Baki
6. Dr. Laimah Sungap - Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
7. Pn. Hjh. Azizah Bt. Mohd. Sharif - Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
8. Dr. Bitty Ansawi - Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
9. Dr. Losius Gilong - Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan
10. Dr. Azizuan Abdullah - Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
11. En. Chow Wui Chung - Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
12. Pn. Jannet Dela Cruz - Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
13. En. Samih Bin Kukung
14. Dr. Zakaria Othman

APPRECIATION

Appreciation

Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Director of Sabah Education Department

Ministry of Education
Salleh Linggam

Senior Assistant Director
Educational Technology and Resource Sector

Sabah Education Department
Keynote Speakers
Presenters

Presentation Evaluation Panel
Principals and Head Masters
Participants of iLEAD 2021

THANK YOU


Click to View FlipBook Version