The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazimfam1, 2022-07-27 21:52:58

Ruang Rehat Guru SK SERI FAJAR

Ruang Rehat Guru SKSF

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum .

Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya
Ruang Rehat Guru SK Seri Fajar dapat diwujudkan dengan jayanya. Semoga adanya Ruang Rehat Guru ini
ini menjadi suatu tempat guru-guru menenagkan fikiran dan melepaskan penat setelah mengajar di dalam
kelas. Bertepatan dengan tema Ruang Rehat Guru SK Seri Fajar “ Kalau Penat,Rehat...Bukan Give Up” akan
dapat meletakkan guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Fajar ke arah budaya kerja yang berkualiti,
berwawasan, berintegriti dan cemerlang.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “terima kasih kepada semua guru dan
kakitangan yang bertungkus-lumus dalam menyediakan ruang rehat ini. . Mudah-mudahan dengan adanya
ruang rehat ini dapat memperbaharui dan meningkatkan azam kita untuk terus mendidik dan
melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sesuai dengan pesanan
Nabi Muhammad S.A.W. iaitu “Jadikanlah kerja hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari
hari ini”. Untuk itu marilah kita memperbaharui niat kita agar ikhlas dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Akhir kata, jadikanlah setiap apa yang kita lakukan sebagai satu amal ibadat yang mendapat
ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T. Amalan yang sedemikian sudah tentu memerlukan keikhlasan dan tidak
mengharapkan pujian serta sanjungan manusia. Hakikat ini sekiranya dapat kita hayati dan realisasikan, In
Shaa Allah sudah tentu akan lahir pendidik atau murabbi yang cemerlang.

Ceria, Cerdas, Cemerlang.

Sekian, terima kasih.

ZULKIFLI BIN ZAINUDIN

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Fajar



KELAB KEKITA (KELAB KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN)
2022

PENASIHAT

EN. ZULKIFLI BIN ZAINUDIN
PENGERUSI

PN. ROFIZAH BINTI SALAM
NAIB PENGERUSI

EN. MUHAMMAD HAZIM BIN AHMAD ZAINAL ABIDIN
SETIAUSAHA

EN. MUHAMMAD SAUFIK BIN AHMAD ISMAIL
BENDAHARI

PN. SUJANAH BINTI KARIM
AJK

EN. M. ADEEB FITRI B. DARUS PN. JUNAIDAH BT AHMAD PN. MUSLILYZAN BT IBRAHIM

PN. NORADILLAH BT. AHMAD OSRIN PN. SURYANA BT HAMZAH

1. EFEKTIF.
i. Tema Ruang Rehat Guru SKSF
Dekorasi Ruang Rehat Guru SKSf bertemakan ‘ Kalau Penat, Rehat….Bukan

Give Up”. Tema ini membawa maksud ruang yang kami sediakan dapat merehatkan
minda guru-guru yang keletihan dalam menghadapi pembelajaran dan pengajaran.
Ruang ini juga dapat memberikan kesempatan kepada guru-guru dan kakitangan
berkongsi cerita dan meluahkan perasaan sesame mereka.

Dalam ruangan ini juga, disediakan beberapa sudut seperti Sudut Akuarium.
Melalui pemerhatian guru-guru dan kakitangan terhadap ikan-ikan di dalam akuarium
ini akan dapat menenangkan jiwa mereka. Seterusnya dapat mengurangkan lelah dan
menimbulkan keriangan di hati mereka.

Di sudut Laman Nurani pula, dapat melembutkan hati mereka apabila mereka
membaca Al-Quran dan memahami maksudnya. Hati yang resah gelisah pasti akan
terubat apabila kita dekat dengan Allah.

ii. Penggunaan Ruang Rehat Guru SKSF
Penggunaan Ruang Rehat guru ini sentiasa di pantau oleh Guru Besar dan

Pentadbir SK Seri Fajar agar tidak disalah gunakan. Setiap guru sentiasa
diingatkan agar tidak leka dan mematuhi serta menepati masa untuk masuk ke kelas
mengikut jadual waktu masing-masing.

iii. Fungsi Ruang Rehat Guru SKSF
la menjadi ruang rehat ketika sela masa mengajar, khususnya bagi individu yang

memerlukan. Antara penggunaan yang disarankan adalah

a. Merehatkan diri setelah penat mengajar.
b. Membuat pertemuan dengan sesama guru bagi perbincangan profesional PLC.
c. Menghilangkan tekanan daripada pelbagai situasi dengan berkongsi masalah

dan bertukar-tukar fikiran dan menenangkan fikiran sebentar,

iv. Kepelbagaian Aktiviti Ruang Rehat Guru SKSF
Kepelbagalan Aktiviti Ruang Rehat Guru SKSF adalah berkaitan dengan
memenuhi fungsi Ruang Rehat tersebut. Antara Aktiviti yang disarankan
adalah:
1. Menyiapkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian
2. Memberikan kedamaian hati dengan membaca Al-quran di sudut Laman
Nurani
3. Membuat rujukan literasi melalui bahan bacaan yang disediakan atau
dibawa sendiri.
4. Menghilangkan dahaga dan kepenatan sekiranya diperlukan
5. Memberi ketenangan diri dengan melihat ikan-ikan di dalam akuarium
6. Mengeratkan silaturrahim semasa warga sekolah dengan adanya sudut
permainan dalaman.
7. Menambahkan ilmu dan pengetahuan melalui pembacaan novel, majalah dan
tafsir Al-Quran.
8. Merehatkan diri dengan menonton televisyen.

2. TERAPUTIK

i. Ruang Rehat Guru Menarik dan Kreatif

Ruang Rehat yang diwujudkan sememangnya menarik dan kreatif kerana ia
dihasilkan oleh guru-guru dan AKP tanpa bantuan tenaga professional
seperti tukang rumah dan pereka hiasan dalaman.

Setiap sudut yang dihasilkan memberikan fungsi yang pelbagai seperti
Bahan Bacaan, Laman Nurani, Ruangan Santai, Jamu Selera, Permainan
Dalaman, Mini Café dan Akuarium.

ii. Keaslian

Keaslian Setiap sentuhan dalam mengadakan Ruang Rehat Guru SK Seri
Fajar adalah dengan perbincangan dan saranan yang dicetuskan oleh
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan.

iii. Menerapkan elemen rawatan emosi

Menerapkan eleman rawatan emosi Dengan mengadakan Laman Nurani,
Akuarium, Mini Cafe, Permainan Dalaman bagi memudahkan pergerakan
sentiasa dikawal selia dan diperhatikan. Dengan pelbagai sudut aktiviti yang
diwujudkan diharapkan ianya akan memenuhi setiap keperluan emosi guru-
guru

3. KONDUSIF

i. Keceriaan

Ruang Rehat yang diwujudkan sememangnya penuh keceriaan. Apa yang penting
pihak sekolah tidak mengeluarkan belanja yang besar bagi menyediakannya
kerana menggunakan peralatan yang ada di sekolah.

ii. Keselesaan

Dengan melibatkan semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana, masing-
masing mengeluarkan idea dan diputuskan dalam mesyuarat bagi menyediakan
Ruang Rehat yang boleh memberi manfaat dan keselesaan secara optimum
kepada semua warga sekolah. Kos minimum diputuskan dengan menggunakan
peralatan yang sedia ada di sekolah supaya ia tidak membebankan warga
sekolah dalam penyediaannya.

iii. Kemudahan

Pelbagai kemudahan yang cuba disediakan bagi semua guru dan AKP sekolah.
Kemudahan yang ada di Ruang Rehat Guru yang dapat ditunjukkan adalah
seperti berikut :

a) Ruang Rehat Guru diwujudkan di dalam Bilik Guru SK Seri Fajar
b) Diwujudkan sudut-sudut khas supaya dapat menambahkan lagi keceriaan

dan keselesaan warga sekolah
c) Mempunyai ruang terapi minda, ruang membaca, ruang makan dan ruang

untuk santai menonton televisyen

RUMUSAN

Sebagai kakitangan kerajaan, adalah satu kewajipan bagi semua warga sekolah
SK Seri Fajar menjalankan amanah dengan sebaik mungkin. Pelbagai cabaran dan
tekanan kerja yang perlu ditempuhi dengan penuh kebijaksanaan. Dengan wujudnya
Ruang Rehat Guru ini, ianya diharapkan menjadi salah satu medium bagi menyuntik
semangat disamping mengurangkan tekanan kerja buat semua warga sekolah SK Seri
Fajar.

GALERI FOTO


Click to View FlipBook Version