The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salmiha, 2021-10-07 02:38:45

test

test

SESI akademik 2019
&

SPM 2020

Dirasmikan oleh:

YBHG. DATO' SRI DR. MOHAMMED
AZMAN BIN DATO' AZIZ MOHAMMED

Ketua Eksekutif PERKESO Bentong, Pahang
Merangkap Pengerusi Yayasan Pendidikan
SEMESTA (PENDITA)

Tarikh : 9 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 10.00am -12.00pm
Lokasi : Lokasi masing-masing
Medium : Youtube Live
Facebook Live

ATUR CARA MAJLIS

10.00 pagi : Lagu Negaraku

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan doa

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran merangkap
Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Sains
Tengku Abdullah, Raub

Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Dato’ Sri Dr.
Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohammed
Ketua Eksekutif PERKESO Bentong, Pahang
merangkap Pengerusi Yayasan Pendidikan
SEMESTA (PENDITA)

Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sesi
Akademik 2019

Persembahan multimedia

Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang SPM
2020

12.00 : Penutup dan bersurai

tengah hari

PENDAHULUAN

Majlis Anugerah Cemerlang ini merupakan
program tahunan Sekolah Menengah Sains Tengku
Abdullah Raub. Namun majlis ini tidak dapat
direalisasikan pada tahun 2020 mengikut perancangan
berikutan situasi pendamik yang menjejaskan sesi
persekolahan bersemuka dan pelaksanaan beberapa
program sekolah. Oleh itu majlis yang bertujuan untuk
memberi pengiktirafan kepada para murid yang
mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan
dalaman sekolah dan peperiksaan awam ini digabungkan
bersama untuk dua tahun iaitu tahun 2019 dan 2020.
Dalam majlis ini anugerah turut diberikan kepada guru-
guru panitia mata pelajaran yang telah menunjukkan
pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia bagi tahun 2019 dan 2020 dan Penilaian
Tingkatan 3 bagi tahun 2019 .

OBJEKTIF

1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada
murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik.
2. Mencungkil dan mengetengahkan bakat dan
kebolehan murid-murid SEMESTA dalam pelbagai
bidang.
3. Memberikan penghargaan kepada guru-guru yang
memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan
menyumbangkan sepenuh tenaga kepada sekolah ini.
4. Memberikan pengiktirafan kepada semua pihak yang
sentiasa memberikan sumbangan dan kerjasama
terhadap kecemerlangan pendidikan di SEMESTA.

SEPATAH KATA PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum ,

Syukur kehadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnianya
dapat kita bertemu dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
SM Sains Tengku Abdullah Raub. Terima kasih atas jemoutan dan
undangan pada kali ini untuk merasmikan majlis yang yang saya kira
sangat penting bagi setiap sekolah.Syabas dan tahniah kepada semua
pihak dan ajk yang terlibat dalam melaksanakan Majlis Anugerah
Cemerlangan SEMESTA pada tahun 2021.

Majlis seperti ini saya kira sangat penting. Program
penyampaian hadiah atau anugerah kepada anak-anak yang berjaya
adalah antara yang terpenting.. Di samping itu ibu bapa akan
mendengar taklimat dan ucapan berhubung dengan perkembangan
pelajar dan hal-hal semasa sekolah. Selain itu guru-guru dan ibu bapa
serta para pelajar dapat saling berkomunikasi dan bertukat-tukar
pendapat bagi mengukuhkan talian silatulrahim sesama
mereka.Justeru, ingatan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak
dan sekolah akan bertambah lantaran disebabkan berputiknya
kejayaan anak-anak mereka di sekolah ini.

Lanjutan dari itu ibu bapa akan sentiasa meninjau kemajuan
akan-anak mereka dari semasa ke semasa. Inilah senario sebenar
yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Janganlah pula ibu
bapa melepaskan beban pendidikan anak-anak kepada pihak
sekolah semata-mata. Jika perkara ini berlaku sudah tentu

anak-anak mereka akan gagal dan prestasi sekolah akan tercalar.
Berilah sokongan sedaya upaya kepada anak-anak. Rangsanglah jiwa
dan minda mereka agar mereka dapat tumbuh dengan sempurna dan
menjadi modal insan yang berguna.

Sesungguhnya anak-anak membesar begitu cepat sekali.
Sehingga kadang kala menghairankan kita walaupun kita dan mereka
sentiasa bersama. Apatah lagi apabila anak-anak tinggal di asrama
dan kita sentiasa berjauhan dengan mereka. Oleh sebab cepatnya
mereka membesar, dalam beberapa klip mata sahaja mereka sudah
menjadi dewasa, seperti kita. Kerana itu pengisian adalah sangat
penting. Isikanlah jiwa anak-anak dengan ilmu dan agama, dan
berikanlah kepada mereka input yang berguna yang boleh
menyokong kehidupan mereka. Belailah mereka, sayangilah mereka.
Ingatlah selalu bahawa anak-anak adalah zuriat kita, harta yang Allah
amanahkan.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi
sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan program ini.
Terima kasih juga saya tujukan kepada semua kakitangan SEMESTA
yang bertungkus-lumus merealisasikan program ini.

Sekian, terima kasih

YBHG DATO' SRI DR. MOHAMMED AZMAN
BIN DATO' AZIZ MOHAMMED
Ketua Eksekutif PERKESO Bentong, Pahang.

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya
berpeluang mengabdikan kata alu-aluan di dalam buku
Program Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Sains
Tengku Abdullah Raub Pahang pada kali ini. Syabas dan tahniah
kepada semua pihak dan ajk yang terlibat dalam melaksanakan
Majlis Anugerah Cemerlangan SEMESTA pada tahun 2021.

Kejayaan murid pada hari kecemerlangan ini adalah
simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan hasil
kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan murid
sendiri. Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan untuk
membangunkan dan mengembangkan potensi murid melalui
proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar memiliki
potensi yang tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah Tuhan ini
boleh dibangunkan dan dikembangkan ke tahap maksimum
melalui program-program kurikulum dan kokurikulum yang
disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah
mengambil bahagian yang aktif dalam setiap program yang
disediakan oleh guru agar potensi pelajar yang dimiliki dapat
dimaksimumkan dan dapat membantu pelajar untuk mencapai
kejayaan dalam kehidupan.

Saya yakin komuniti sekolah ini ialah warga yang

positif, dapat menerima perubahan, dan berusaha

mengangkat martabat pendidikan sesuai dengan hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia yang termaktub dalam

Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP). Semua

pelajar hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa,

bertingkah laku mulia dan menjadikan sekolah sebagai

tempat menimba ilmu dan kemahiran yang diperlukan

untuk masa depan masing-masing. Para guru pula

hendaklah bersungguh-sungguh memupuk, menggilap

dan mengembangkan potensi pelajar agar fungsi sekolah

sebagai institusi pendidikan dapat mencapai

matlamatnya.

Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-
sungguh menjayakan agenda pembangunan pendidikan
di peringkat sekolah, negeri dan negara agar matlamat
kita untuk membangunkan potensi individu melalui
pendidikan berkualiti menjadi kenyataan.

Salam kecemerlangan dunia dan akhirat.

EN. ISMAIL BIN IBRAHIM
Penolong Kanan Pentadbiran,
SM Sains Tengku Abdullah Raub Pahang.

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Ismail bin Ibrahim (Penolong Kanan
: Tn. Hj. Che Jaafar bin Seman Pentadbiran)
Timbalan : Pn. Norhayati binti Nor Badrin (Penolong Kanan Hal
Pengerusi : Pn. Noor-Raini binti Sulaiman Ehwal Murid )
Naib : Pn. Hadini binti Zulkifli (Penolong Kanan
Pengerusi : En. Mohamed Azriq bin Sidek Kokurikulum)
Setiausaha
(Ketua Pembantu Tadbir)
Bendahari I (Bendahari PIBG)
Bendahari II

BIL JAWATANKUASA NAMA
1 Jemputan &
En. Zulkiflee bin Awali (K), Penyelaras Tingkatan 5
Penyelaras 2019 & 2020, Pn. Faizatul Hanis binti Sahir, Pn. Wan
Penerima Hadiah Yusvitta binti Wan Othman, Pn. Zakrin Hazlin binti
Baharuden
2 Teks & Kata Aluan Pn. Syahidha binti Rafar (K), En. Wan Mohd Azlan bin
Wan Othman
3 Juru Acara & Pn. Azma binti Zakaria (K), Puan Shafrina bt Mohamad,
Bacaan Doa En. Wan Adnan bin Wan Hashim
Pn. Salwana binti Hassan (K), Pn. Wan Mardiana binti
4 Anugerah Wan Muhammad, En. Nazri bin Abdul Samat, Pn. Nur
Akademik & Sijil Ain Edmund Abdullah, Cik Nurulhasanah binti Abdul
Rahman, Pn. Norhazuwani binti Hamzah, Pn. Wan
5 Hadiah Ramlah binti Zakaria.
Cik Hanis Amera binti Mohd Amin (K), Pn.Naimie
Amanina binti Mohamad Soberi , Pn. Lynda Noor
Afzan binti Zulkifli, Pn. Nur Adibah binti Abdul Majid

BIL JAWATANKUASA NAMA

6 Bahagian Teknikal Majlis Dalam

Talian En. Muhamad Muhaimi bin

6.1 Penyelaras Yazid (K)

Keseluruhan Pn. Syarifah Nurhidayah binti

Syed Alias

6.2 Persembahan multimedia En. Mohd Nakhaie bin Abd

Malik (K)

En. Zulfadzli bin Hassan

6.3 Sistem multimedia, backdrop En. Muhammad bin Abdul

dan penyebaran maklumat. Rahman (K), En. Sumardi bin

Hassan, En. Saiful Haris bin Hj.

Sobirin

6.4 Pengumpulan dan Penyusunan Pn. Rofidah binti Abdul Wahab

bahan rakaman dan foto (K)

Pn. Norhana binti Mohamed

Saleh

6.5 Buku program dalam talian Pn. Salmiha binti Fudzi (K), Pn.

Nur Azie bin Mat Zan, En. Sam

Men Fuei

7 Persediaan tempat rakaman video Pn. Intan Shafinaz binti

ucapan perasmian dan fotografi Mohamad (K)

Pn. Nur Asyaadah binti

Rahmat

8 Rakaman Video & Fotografi En. Syahidee bin Omar (K)

Cik Alya Khairunnisa binti

Zulkifli

9 Dokumentasi Pn. Norol Hida binti

Hassan@Mokhtar (K)

Pn. Nor Isnaini binti Abdul

Hamid

SENARAI ANUGERAH 2019

AKADEMIK 2019

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK TINGKATAN :
TINGKATAN 1
TINGKATAN 2
TINGKATAN 3

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG UJIAN PENCAPAIAN BAHASA
ANTARABANGSA (UPBA) 2019

ANUGERAH UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA (UPBA)
ANUGERAH PENCAPAIAN SUBJEK BUKAN PEPERIKSAAN
ANUGERAH KHAS ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

ANUGERAH KHAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (PERAK)

PT3 2019

PANITIA TERBAIK PT3 2019 :
1) EMAS
2) PERAK

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN TERBAIK PANITIA PT3 2019
PELAJAR CEMERLANG SEMUA A PT3 2019

SPM 2019
PELAJAR TERBAIK MATAPELAJARAN SPM 2019
HADIAH PELAJAR TERBAIK YAYASAN PAHANG

PANITIA TERBAIK SPM 2019 :
1) EMAS
2) PERAK

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN TERBAIK PANITIA SPM 2019
PELAJAR CEMERLANG SEMUA A SPM 2019
PELAJAR GEMILANG SPM 2019

1) PIALA PUSINGAN DATO'HJ ABDUL RAHIM BIN MOHAMMAD
2) PIALA IRINGAN
3) WANG TUNAI

PELAJAR TERBILANG SEMESTA 2019
1) PIALA PUSINGAN TROFI PENDITA

2) PIALA IRINGAN
3) WANG TUNAI

SENARAI ANUGERAH 2020

AKADEMIK 2020
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA (UPBA) 2020

ANUGERAH UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA (UPBA)
ANUGERAH KHAS ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

ANUGERAH KHAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (PERAK)

SPM 2020
PELAJAR TERBAIK MATAPELAJARAN SPM 2020

PANITIA TERBAIK SPM 2020
1) EMAS
2) PERAK

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN TERBAIK PANITIA SPM 2020
PELAJAR CEMERLANG SEMUA A SPM 2020
PELAJAR GEMILANG SPM 2020

1) PIALA PUSINGAN DATO'HJ ABDUL RAHIM BIN MOHAMMAD
2) PIALA IRINGAN
3) WANG TUNAI

PELAJAR TERBILANG SEMESTA 2020
1) PIALA PUSINGAN TROFI PENDITA

2) PIALA IRINGAN
3) WANG TUNAI

PENGHARGAAN

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang

Berbahagia Dato’ Sri, tetamu-tetamu kehormat,
para ibu bapa dan hadirin sekalian atas kesudian
melapangkan masa bersama kami dalam majlis ini.
Tidak dilupakan jutaan terima kasih buat seluruh
jawatankuasa kerja, Majlis Anugerah Cemerlang
SEMESTA sesi Akademik 2019 dan SPM 2020. Segala
kerjasama dan komitmen serta sumbangan daripada

semua pihak merupakan titik permulaan bagi
menuju ke arah kecemerlangan murid-murid
SEMESTA yang mana suatu hari nanti merupakan
pemimpin masa hadapan. Bagi merealisasikan visi
sekolah, Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara

Sejahtera.


Click to View FlipBook Version