PERSEDIAAN AWAL SEBELUM KE PRASEKOLAH IBNU SINA SK FELDA CHUPING 11 MAC 2024 (ISNIN)
PANDUAN PAKAIAN MURID PRASEKOLAH KPM Kemeja – T Warna Putih Berkolar Seluar Trek Panjang Warna Biru Gelap Bertudung Putih dan pakai anak tudung (Murid Perempuan) Kasut Hitam+ Stoking Hitam Dipakai Setiap Hari Isnin Hingga Jumaat Tulis Nama Murid Di Kasut Dengan Jelas Nametag/nama di baju, ibu bapa boleh tempah sendiri. Tulisan nama hitam dan latar belakang berwarna oren. Lencana sekolah sekeping RM1, ibu bapa boleh beli di Kedai Buku Sekolah SK Felda Chuping. Kasut dan stokin berwarna hitam.
WAKTU PERSEKOLAHAN MASA DATANG ISNIN: BERMULA 7.20 PAGI KERANA 7.30 MURID TERLIBAT DENGAN PERHIMPUNAN SEKOLAH. MASA DATANG SELASA - JUMAAT: BERMULA 7.30 – 7.40 PAGI MASA PULANG SETIAP HARI : 12.00 T/HARI
PERSEDIAAN SEBELUM PERSEKOLAHAN BERMULA Pastikan anak tahu nama penuh atau nama pendek bila ditanya Guru, Ustazah atau PPM. Latih anak untuk mengecam kasut sekolah, pakai sendiri stokin dan kasut sekolah. Anak jagaan yang masih pakai pampers, sila latih mereka supaya tidak memakainya apabila datang sekolah. Anak jagaan yang masih minum susu botol, sila latih supaya tidak membawa botol susu ke sekolah. Latih anak jagaan penggunaan tandas, cara mencuci air kecil dan air besar dengan betul dan bersih. Latih anak jagaan memakai seluar dengan betul apabila keluar dari tandas (bimbing anak alih seluar bagi betul). Bimbing anak jagaan bangun awal waktu persekolahan.
SEKIAN TERIMA KASIH