SELAMAT DATANG KE
PRASEKOLAH IBNU SINA
SK LKTP CHUPING
2022/2023
Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal
prasekolah yang perlu diketahui disamping menjalin hubungan yang
lebih erat antara pihak pentadbir, guru, ustazah, Pembantu
Pengurusan Murid (PPM), ibubapa dan sekolah.
Ibubapa dapat memahami konsep pendidikan prasekolah yang bakal
dilalui oleh anak masing-masing.
Menjelaskan kepada ibubapa tentang hal-hal yang berkaitan dengan
persekolahan anak-anak yang baru melangkah masuk ke alam
persekolahan.
KURIKULUM YANG DIGUNAKAN?
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
( KSPK)
TUJANG PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH
Enam tunjang di bawah merupakan domain utama yang menyokong antara
satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati
nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpegetahuan, berketerampilan,
berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang
digambarkan dalam rajah.
WAKTU PEMBELAJARAN SEHARI DI PRASEKOLAH= 4 JAM
SESI PERSEKOLAHAN
1. Waktu persekolahan bermula jam 8.00 pagi setiap
hari. Sila hantar anak paling awal jam 7.30 pagi
dan sebelum 7.45 pagi.
2. Waktu balik adalah jam 12.00 tengah hari setiap
hari.
3. Murid akan diberi sarapan pada pukul 7.45 pagi.
Manakala pukul 10.00 pagi kudapan.
URUSAN MENGHANTAR DAN MENGAMBIL MURID
Ibubapa / penjaga WAJIB menghantar dan mengambil murid tepat pada
waktu yang ditetapkan. Masa datang bermula jam 7.30 – 7.45 pagi dan
pulangjam 12.00 tengah hari pada setiap hari persekolahan.
Ibubapa / penjaga dikehendaki menghantar dan mengambil murid di pagar
B (berdekatan padang sekolah). Pagar A meruapakan pagar utama
berhampiran Pondok Pengawal. Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan
memasuki kawasan sekolah. Guru dan PPM akan menjemput murid di
pagar B.
Sekiranya hujan, ibubaba/pemjaga dibenarkan menghantar atau
mengambil murid dengan menaiki kenderaan ke kelas prasekolah.
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan murid
selepas sesi persekolahan tamat.
Jika ada kecemasan, ibubapa / penjaga yang lambat mengambil murid
pulang dikehendaki memaklumkan kepada guru atau ppm.
PERATURAN SEKOLAH
1. Murid mestilah hadir dan pulang mengikut waktu yang ditetapkan.
2. Pemakaian barangan kemas di sekolah adalah dilarang.
3. Murid tidak perlu bawa sebarang alat tulis, beg, wang saku, mainan atau
makanan.
4. Memastikan anak jagaan memakai pelitup muka.
5. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan / kelas
prasekolah.
6. Ibu bapa / penjaga disarankan untuk membawa anak jagaan terus
pulang ke rumah selepas sesi persekolahan.
7. Peraturan di dalam kelas prasekolah berpandukan SOP yang telah
ditetapkan
PERATURAN SEKOLAH
8. Memastikan anak jagaan berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke
prasekolah.
9. Sekiranya anak jagaan mengalami simptom demam, selsema, batuk, cirit
birit, pening kepala, ruam gatal, muntah dll, rehatkan anak di rumah
sehingga sihat. Maklumkan kepada guru/ppm.
10. Memastikan anak / anak jagaan menjaga kebersihan diri.
11.Memastikan semua murid sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal.
12. Sekiranya mempunyai urusan dengan guru prasekolah, ibubapa
dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal terlebih dahulu.
PERANCANGAN AKTIVITI PRASEKOLAH 2022/2023 :
· Minggu Orientasi
· Sukan Prasekolah (sekiranya dibenarkan)
· Aktiviti Projek
- Satu Murid Satu Pokok
- Pertandingan Reka Cipta Bulan Kemerdekaan
· Aktiviti Anjuran JPN sekiranya ada
· Majlis Hari Raya
· Majlis Hari Jadi Murid
. Lawatan ( sekiranya dibenarkan )
· Majlis Penyampaian Sijil
**sebarang perubahan aktiviti akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
(bergantung pada keadaan semasa)
GROUP WHAT'APP
* Semua ibu bapa akan di “ADD” dalam
group what'app kelas prasekolah.
• Group What'App hanya bagi tujuan rasmi
sahaja. sebarang bentuk iklan / jualan
tidak dibenarkan.
• Nombor telefon ibu bapa perlu diberikan
pada guru. Jika tukar nombor segera
maklumkan.
BERSAMA – SAMA MELESTARIKAN PENDIDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
Kecemerlangan UTAMA anak terletak
ditangan ibu bapa.
Guru sebagai JAMBATAN untuk menjadi
penghubung.
Guru hanya PETUNJUK jalan dan
pembuka ruang.
Yang perlu MEMIMPIN sampai ke hujung
itu adalah ibu bapa sendiri.
Umpama juga kita melabur…
Jika seringgit yang kita beri…
maka seringgit jugalah ILMU yang anak
kita terima.
SEKALUNG PENGHARGAAN
KEPADA…..
EN JAMALUDIN BIN JUSOH
(GURU BESAR SK LKTP CHUPING)
BARISAN GURU PENOLONG KANAN
GURU PENDIDIKAN ISLAM
GURU PRASEKOLAH
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
SEMUA IBU BAPA MURID PRASEKOLAH
SEKIAN,
TERIMA KASIH