The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Syamsiah, 2022-04-23 10:06:20

HAJI WIDA'

HAJI WIDA'

Kisah Haji Wida’
Rasulullah SAW

PENSYARAH: PN NOOR ASHIKIN BINTI AHMAD
AHLI KUMPULAN: NAUFAL, NAJMI, SYAMSIAH,

SAMIHAH, UMMU

Selain daripada permulaan musim haji buat
umat Islam, namun sedarkah kita bahawa
sebenarnya Haji Wida’ Rasulullah SAW juga
berlaku pada bulan ini, iaitu haji yang
terakhir buat Baginda SAW. Ia dikhabarkan
sebagai haji yang pertama sekali gus yang
terakhir yang dilakukan oleh baginda
sebelum wafat.

Ia dinamakan sebagai Haji Wida’ kerana ia
bermaksud Haji Perpisahan. Perkataan wida’
yang berasal daripada Bahasa Arab
bermaksud berpisah atau perpisahan.

Peristiwa ini telah diriwayatkan berlaku pada
tahun ke 10 Hijrah bersempena dengan
pembukaan kota Mekah selepas 10 tahun
mereka berhijrah ke Madinah. Umat Islam
berasa sangat gembira kerana boleh pulang
ke tanah kelahiran mereka, iaitu Mekah tanpa
sebarang peperangan dan tentangan daripada
kaum kafir Quraisy lagi.

Tanggal 25 Zulkaedah bersamaan dengan 22
Februari 632 Masihi, iaitu pada hari Sabtu,
Rasulullah telah menaiki untanya dan
memakai ihram untuk melaksanakan hajinya
yang pertama.

Antara para sahabat dan ahli keluarga
baginda yang turut serta dalam haji ini ialah
Abu Bakar as Siddiq, Aisyah binti Abu Bakar,
Asma binti Abu Bakar dan Muawiyah bin Abi
Sufian. Isteri Abu Bakar turut serta dalam
haji ini dan diceritakan isteri beliau telah
melahirkan seorang putera yang diberi nama
Muhammad bin Abu Bakar. Bayi tersebut
merupakan antara yang paling muda yang
telah mengerjakan haji.

Dari Madinah baginda dan Nabi meneruskan
perjalanan kaum muslimin menuju ke Zul
dan setibanya disini baginda Hulaifah.
berhenti dan bermalam. Mereka bermalam
disini
kemudian berihram. Kemudian, sesampainya
di Baitullah, baginda melakukan tawaf dan
saie. Baginda bermalam di Mina dan
keesokkan harinya baginda ke Arafah untuk
menyampaikan khutbah terakhir di khalayak
muslimin.

Usai mengerjakan haji, Rasulullah telah
berdiri di Wadi Uranah bagi menyampaikan
khutbahnya yang terakhir. Para sahabat, ahli
keluarga dan semua muslimin telah menjadi
saksi akan peristiwa dan khutbah yang
disampaikannya.

Antara isi khutbah yang baginda sampaikan
ialah:

“Wahai seluruh manusia, dengarlah apa yang
hendak aku katakan ini, kerana aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kalian semua selepas tahun ini di
tempat wukuf ini…”

ISI KHUTBAH YANG BAGINDA SAMPAIKAN

#1 – Larangan #2 – Kewajipan meninggalkan #3 – Berwaspada #4 – Larangan
membunuh jiwa dan tradisi dan amalan jahiliah – dengan gangguan mengharamkan apa
syaitan dan kewajipan yang dihalalkan dan
mengambil harta pembunuhan dan riba. menjaga agama.
orang lain tanpa sebaliknya.
alasan yang hak.

#8 – Kewajipan #7 – Kewajipan taat kepada #6 – Kewajipan #5- Kewajipan
berbuat baik kepada pemimpin, siapa pun dia berpegang teguh memuliakan wanita
selama masih berpegang kepada Al-Quran dan
hamba sahaya. teguh kepada Al-Quran. (isteri).
An-Nas.

#9 – Umat Islam #10 – Kewajipan menyampaikan khutbah
adalah bersaudara Rasulullah SAW kepada yang lain
antara satu sama lain.
(Hadis Riwayat Sunan Ibn Majah, no 3074)

Haji Wida’ merupakan salah satu peristiwa
sedih yang telah menimpa umat Islam
sebelum kewafatan Baginda. Banyak pesanan
yang telah disampaikan oleh Baginda dan
telah disebarkan sehingga ke hari ini untuk
kita mengambil pengajaran dan iktibar
darinya.

SEKIAN


Click to View FlipBook Version