Khidmat Komuniti Buku Program TARIKH: 27 JANUARI 2023 HARI: SABTU MASA: 7.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI TEMPAT: PRASEKOLAH SK BUKIT JELUTONG PT1S2-12
PENGENALAN Program Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu program khusus dalam subjek Bina Insan Guru (MPU3212) semester 2 bagi tahun 1 di mana seramai 12 orang pelajar daripada kumpulan PT1S2-12 Jabatan Pendidikan Seni Visual IPG Kampus Ilmu Khas. Melalui subjek Bina Insan Guru ini, pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan program khidmat masyarakat yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu program berkaitan insaniah apabila bergelar seorang guru. Program ini berhasrat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah Prasekolah SK Jelutong yang berada di kawasan Shah Alam Selangor. Idea ini telah dicetuskan atas kesedaran dan tanggungjawab bahawa kebersihan dan keceriaan sekolah perlu dijaga serta dipelihara sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.Dalam masa yang sama, kita dapat membina persekitaran sekolah yang harmoni. Selain itu, sekolah merupakan tempat yang sentiasa digunakan oleh pelajar, guru dan kakitangan sekolah kerana sekolah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran dalam memperkembangkan seseorang individu ke arah yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, keselesaan sekolah ini perlu dititikberatkan dengan melakukanpembersihan di dalam dan di luar kawasan. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi. Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Juga diharapkan agar program ini dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.
OBJEKTIF PROGRAM Selepas mengikut program ini, peserta dapat: 3.1 Menunjukkan keprihatinan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat. 3.2 Menghayati amalan nilai murni dan nilai keguruan yang positif. 3.3 Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada siswa guru tentang tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. 3.4 Melatih siswa guru untuk merancang, melaksana, memimpin, bekerjasama dan mengambil bahagian secara aktif dalam kumpulan. 3.5 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara siswa guru dengan masyarakat luar. TUJUAN PROGRAM Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik serta kewarganegaraan di luar bilik darjah. Selain memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ia juga bertujuan untuk melahirkan warganegara yang bersifat patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
Penasihat: En Ravichanthiran Pengerusi: Fatin Aliya Setiausaha: Nurin Nabihah Bendahari: Nik Nur Auny Maisarah AJK Aktiviti 1: Natalie Ling AJK Aktiviti 2: Nithyashree AJK Aktiviti 3: Jenny Ting AJK Pengangkutan & Keselamatan: Sally Wong AJK Publisiti/Dokumentasi: Fatma Elzahraa AJK Buku Program: Kong Xin Lin AJK Cenderamata: Choong Ko Zin AJK Makanan: Mohammad Afiq Hariz AJK Majlis Penutup: Eleazar Wong AHLI JAWATANKUASA
Masa Aturcara 7.00 pagi Berkumpul di surau Ta’adib 7.10 pagi Sarapan pagi 7.30 pagi Bertolak ke SKBJ 8.05 pagi Bacaan doa 8.10 pagi Taklimat ringkas gotong-royong oleh guru 8.15 pagi Mula gotong-royong 11.00 pagi Pembahagian makanan 11.15 pagi Majlis penutup 11.45 pagi Sesi bergambar 12.00 petang Makan tengah hari 12.30 petang Bersurai TENTATIF PROGRAM
Terima Kasih