tugasan 2 persembahan
sjhk3193
Perbandingan persoalan “Sentrik Malaysia” dan “Sentrik
Eropah” dalam Pensejarahan Malaysia
AHLI KUMPULAN : PRBMM1-2
01) Marcella anak asoi 02) sophia lunan anak martin 03) valerie anak prinky
Angka giliran: Angka giliran: Angka giliran:
2021022340097 2021022340105 2021022340107
No.kad pengenalan: No.kad pengenalan: No.kad pengenalan:
030723-13-0886 011109-13-0698 030918-13-0202
isi kandungan: 04 KESAN PENGGUNAAN SENTRIK
EROPAH DAN MALAYSIA DALAM
01 konsep sentrik malaysia
PENSEJARAHAN mALAYSIA
02 Konsep sentrik eropah
05 TOKOH PENULIS TEMPATAN
03 perkembangan aliran sentrik 06 PERBANDINGAN ANTARA SENTRIK
di malaysia MALAYSIA DAN SENTRIK EROPAH
PENGENALAN konsep sentrik
● Istilah sentrik merupakan satu bentuk kecenderungan, pandangan atau pendekatan
yang tertumpu kepada sesuatu perkara dalam penulisan sejarah.
● Sentrik mungkin berbentuk ideologi atau tema kepercayaan tertentu dalam
menerangkan sesuatu fakta atau peristiwa sejarah. Misalnya, ada penulisan sejarah
yang boleh dikatakan sebagai bersentrik seperti politik, ekonomi, sosial. Bukan itu
sahaja, terdapat juga penulisan yang bersentrikkan negeri atau kaum seperti sentrik
Barat dan Malaysia.
● Konsep sentrik terbahagi kepada dua yang pertama ialah konsep sentrik Barat yang
mempunyai motif politiknya sendiri manakala sentrik Malaysia bermotifkan untuk
membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.
01 KONSEP SENTRIK
MALAYSIA
PENGENALAN konsep sentrik malaysia
● Dalam sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah
Barat di rantau ini kebanyakan ditulis dengan menggunakan pendekatan
rangka kerja kolonial, Dalam istilah lain, pendekatan yang tersebut diatas
juga dikenali sebagai “European Centric”.
● Penulisan bersentrik Malaysia merupakan penulisan yang memberikan
penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri. Sentrik Malaysia lebih
menggambarkan kesedaran dalam kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan
masyarakat bukan lagi penjajah semata-semata.
● Pengolahan penulisan sejarah yang bersentrik telah menggunakan sumber
tempatan dan ditafsir menerusi kaca mata tempatan.
PENGENALAN konsep sentrik malaysia
● Penulisan Sejarah moden bersentrik Malaysia lebih kepada mengambarkan
tentang kesedaran dalam kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan
masyarakat dengan tidak lagi menjustifikasikan tentang kedudukan
penjajah semata-mata.
● Contohnya, Ibrahim Yaakob telah berjaya mengangkat konsep “Melayu
Raya” didalam buku Melihat Tanah Air. Tanpa segan silu beliau mengkritik
sikap golongan elit Melayu yang tidak mahu dan sombong untuk mengikut
perkembangan orang-orang Melayu ketika itu. Oleh sebab itu, penulisan
sejarah moden Tanah Melayu mulai mengambil kira aspek-aspek luar dari
kepompong istana dengan memasukkan unsur-unsur ekonomi dan sosial
dalam kalangan masyarakat.
02 KONSEP SENTRIK
barat
PENGENALAN konsep sentrik barat
● Umum mengetahui bahwa sentrik barat yang lebih mengutamakan seorang tokoh
atau segala kepentingan pihak Barat.
● Dalam penulisan sejarah yang bersifat sentrik Eropah mengandungi banyak
sumbangan positif daripada pihak Barat kepada negara yang pernah dijajah. Hal ini
diakatakn demikian kerana falsafah dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam
penulisan sejarah bersentrik Barat sering merendahkan ketepatan sejarah
tradisonal.
PENGENALAN konsep sentrik barat
● Sebagai contoh, segala fakta sejarah mengenai keadaan huru-hara semasa
pemerintahan mereka digambarkan secara negatif seperti penderhaka atau
pemberontak. Sebagai contoh, pemberontakan Tok Janggut di Kelantan menurut
pendekatan sentrik Malaysia tokoh terdahulu yang mempertahankan tanah air adalah
seorang wira manakala pernyataan yang sebaliknya wujud dari pendekatan sentrik
Barat iaitu pihak imperialis menganggap tokoh terdahulu seperti Tok Janggut adalah
pemberontak dan penderhaka.
PENGENALAN konsep sentrik barat
● Kemunculan sesuatu pendekatan tidak kira sama ada pendekatan sentrik Barat
atau sentrik tempatan yang disebabkan oleh beberapa faktor. Jika dikaji, dapatlah
dikatakan bahawa faktor yang telah menimbulkan perbahasan mengenai
penulisan semula sejarah tempatan adalah akibat daripada perbezaan
pendekatan yang digunakan, iaitu semangat nasionalisme terhadap negara
sendiri dan kesediaan bahan rujukan mengenai sejarah sesebuah negara.
● Disebabkan oleh kebanyakan penulis barat sejarah negara pernah dijajah oleh
barat contohnya seperti Malaysia, maka wajarlah rakyat ditakrifkan sebagai
individu yang mudah terpengaruh oleh persekitaran atau pendidikan barat.
faktor-faktor kemunculan sentrik
Sikap perbezaan kesediaan bahan
motif pendekatan rujukan mengenai
yang digunakan sejarah malaysia.
sikap motif
Perkara ini berlaku disebabkan oleh pengaruh dari hasil penulisan sejarah.
Hal ini disebabkan pengaruh dari hasil penulisan sejarah yang telah dibuat
oleh ahli sejarawan yang berunsurkan sentrik dalam hasil karya mereka.
Perubahan zaman menyebabkan munculnya penulisan sejarah moden yang
telah didorong oleh perkembangan dan pemikiran kritis terhadap sesuatu
karya yang terdahulu menyebabkan timbul keinginan untuk menulis atau
mencatat sesuatu karya yang berunsurkan sentrik.
Perbezaan pendekatan yang digunakan
● Perkara ini terjadi kerana kebanyakan penulis Pensejarahan
Malaysia adalah terdiri daripada para penulis Barat maka
mentaliti mereka masih dipengaruhi oleh peradaban orang
Barat.
● Walaupun semakin ramai penulis tempatan menulis mengenai
sejarah Malaysia namun kebanyakan penulisan mereka turut
dipengaruhi pendekatan euro-centric berdasarkan teknik, tema
dan metodologi penulisan sejarah.
Hal ini dikatakan demikian kerana sikap kritis yang wujud telah menyebabkan
timbul keinginan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara atau
peristiwa berdasarkan kepada perkara asal yang berlaku.
● Sebagai contoh, penulisan pada peringkat pra Perang Dunia Kedua yang
bersifat euro-centric muncul akibat kedatangan pihak kolonial untuk
meluaskan kawasan jajahan, melicinkan serta memudahkan segala urusan
pentadbiran kolonial serta untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi
menjamin kedudukan mereka sebagai penjajh di Tanah Melayu.
kesediaan bahan rujukan mengenai
sejarah malaysia.
03 Perkembangan
aliran sentrik di
malaysia
perkembangan pensejarahan bersentrik
1)Setelah Perang Dunia Kedua, telah berlaku pelbagai perkembangan misalnya muncul karya majalah
dan akhbar yang mengisahkan tentang kehidupan masyarakat majmuk serta mengenai perubahan
yang berlaku dalam sistem perlembagaan di Tanah Melayu.
2)Kegiatan penulisan sejarah Malaysia mulai diberi perhatian pada tahun 1949 setelah penubuhan
Universiti Malaya di Singapura membentuk sebuah Jabatan sejarah yang pada awalnya dijawat oleh
Profesor N.C Parkinson dan antara pensyarahnya adalah C.D Cowan, EricStokes, serta Macgregor.
3)Namun, struktur jawatan ini bukan mengenai monopoli orang Barat tetapi orang-orang Barat
terlebih dahulu dalam penulisan sejarah Malaysia.
4)Melalui penyeliaan Profesor Parkinson, para pelajar sejarah pada waktu itu digalakkan untuk
membuat kajian, penelitian dan menulis pelbagai kaitan sejarah mengenai Malaysia.
5)Pusat kegiatan utama penyelidikan sejarah pada masa itu dilakukan di Raffles Museum.
6)Pada masa itu, penulisan pensejarahan Malaysia menekankan aspek sistem pentadbiran,
perkembangan ekonomi, kaitan Raja-Raja Melayu dan lain-lain lagi.
perkembangan pensejarahan bersentrik
7)Pada awal 1960, rancangan tersebut telah terhenti dan 150 buah kajian tidak diterbitkan sehingga
hari ini.
8)Selain daripada Universiti Malaya, di London School of Oriental and African Studies juga
merupakan salah satu pusat kajian dan penyelidikan mengenai Sejarah Malaysia.
9)Antara tokoh-tokoh yang pakar tentang Sejarah Malaysia pada masa itu adalah C.D. Cowan,
Norman Farmer dan David Mac Intyre.
10) Pada tahun 1959, wujudnya penubuhan sebuah jabatan sejarah baharu yang diketuai oleh John
Bastin di Kuala Lumpur akibat berlakunya pemisahan Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan
Universiti Malaya di Singapura.
11)Pada tahun 1950-an, perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu telah memutuskan
bahawa semua hasil penulisan sejarah Malaysia yang ditulis oleh wakil-wakil penjajah ditolak.
12)Pada tahun 1960-an, berlaku perdebatan antara Professor K.G.Tregonning (pendokong Malaysian
Sentrik) di Singapura dengan Professor John Bastin (pendokong Barat Sentrik) di Kuala Lumpur.
perkembangan pensejarahan bersentrik
13)Polemik hangat berlaku dalam beberapa tahun akibat pendokong Barat Sentrik menafikan
penulisan sejarah Malaysia kerana kurang objektif dan kurang tepat serta menganggap hasil
penulisan yang bersifat Malaysia sentrik ini dicemari oleh unsur nasionalisme yang sempit.
14)Antara sebab lain adalah sejarah Melayu yang dihasilkan oleh pendokong Malaysian tidak
mengetengahkan kaedah konkrit yang dimaksudkan oleh pendokong Barat Sentrik tetapi jika dilihat
sebenarnya dalam hasil itu wujud.
15)Walaupun penulisan Sejarah Malaysia masih memperlihatkan unsur penjajah namun para penulis
cuba untuk tidak menonjolkan hal itu.
16)Sesungguhnya perkembangan penulisan sejarah Malaysia pada masa ini berada pada peringkat
yang memuaskan.
17)Peranan Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan adanya kerjasama Dewan
Bahasa dan Pustaka telah membantu dalam penerbitan buku kepada latihan Ilmiah untuk para
pelajar.
18)Bagi hasil yang tidak diterbitkan akan menjadi sumber rujukan kepada tenaga pengajar dan
pelajar di Jabatan Sejarah.
perkembangan pensejarahan bersentrik
Era Selepas Merdeka Penulisan yang Berorientasikan Malaysia
A) Zaman Tawarikh
➔ Pada awal abad ke-20, bidang sejarah muncul sebagai salah satu bidang ilmu yang
dikenali sebagai “Zaman Tawarikh”
➔ Setelah Perang Dunia Pertama, “tawarikh” menjadi istilah kepada sejarah. Tawarikh
adalah bidang ilmu yang memisahkan sejarah daripada kesusasteraan seperti hikayat
dan syair.
➔ Pada tahun 1918, istilah sejarah dengan istilahnya “tawarikh” telah menjadi salah satu
mata pelajaran di Maktab Perguruan Melayu Melaka.
➔ Seterusnya, wujud penghasilan sejarah dalam bentuk prosa yang menyentuh tentang
institusi perajaan dan riwayat hidup raja dan pembesar
perkembangan pensejarahan bersentrik
contoh karya:
1)Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928) - 2)Sejarah Alam Melayu (1920-an)
Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad -Abdul Hadi Haji Hasan
Arshad
sumber: sumber:
https://www.researchgate.net/publication/33786662 http://indahrasajmalim.blogspot.com/2019/11/kenan
8_Al-tarikh_Salasilah_Negeri_Kedah_A_Malay_Worl g-kenangan-merdeka-hormat-kepada.html
d_Literary_Heritage
perkembangan pensejarahan bersentrik
Era Selepas Merdeka Penulisan yang Berorientasikan Malaysia
B)Zaman Nasionalisme
➔ Kesan Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Asia Tenggara dan Tanah Melayu
menyemarakkan proses perjuangan untuk merdeka.
➔ Hal ini menyebabkan munculnya penulis sejarah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob yang
telah menghasilkan Sejarah dan Perjuangan Melayu (1948), dan Yahya Abdullah yang
telah menghasilkan Peperangan Tok Janggut atau Balasan Derhaka (1955).
➔ Secara umumnya, penulis masih memfokuskan kajian kepada sejarah tempatan
(kenegerian), dan golongan atasan (raja dan orang besar).
➔ Kaedah menulis sejarah adalah untuk menimbulkan perasaan cinta tanah air dan bangga
terhadap zaman kegemilangan Melayu.
perkembangan pensejarahan bersentrik
Era Selepas Merdeka Penulisan yang Berorientasikan Malaysia
B)Zaman Nasionalisme
➔ Wujud juga para penulis sejarah tempatan telah memulakan penulisan sejarah yang
bercorak patriotisme termasuk Ibrahim Yaakob yang telah menghasilkan karya Sekitar
Malaya Merdeka (1957).
➔ Zaman “Sejarah Kebangsaan” bagi sejarawan tempatan bermula lebih kurang pada 1957
dan penekanan sejarah kebangsaan mula diterapkan dalam kurikulum sekolah.
➔ Tema-tema yang menonjol dalam tulisan sejarah akademik adalah sejarah masyarakat
berbilang kaum, sejarah tempatan, sejarah pendidikan, riwayat orang besar-besar,
sejarah politik dan lain-lain.
➔ Tujuannya adalah untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap diri dan kaum serta
bangsa yang ada di Malaysia.
04 KESAN PENGGUNAAN
SENTRIK EROPAH DAN
MALAYSIA DALAM
PENSEJARAHAN mALAYSIA
KESAN PENGGUNAAN SENTRIK EROPAH DAN MALAYSIA DALAM PENSEJARAHAN mALAYSIA
1.Wujudnya semangat nasionalisme apabila ramai penulis karya sintrik Malaysia
menggunakan penulisan dalam membangkitkan perpaduan menentang penjajah.
2.Muncul desakan agar sejarah patut ditulis mengikut disiplin ilmu sejarah dan bersifat
ilmiah
3.Muncul karya-karya bermutu akademik oleh sarjana luar dan sarjana tempatan
mengenai sejarah Tanah Melayu yang membincangkan tentang ideologi dan budaya
4. Mewujudkan institusi pengajian untuk mengkaji sejarah Malaysia dan penerapan
subjek sejarah dalam silibus sukatan pembelajaran seperti Maktab Perguruan Melayu
Melaka
KESAN PENGGUNAAN SENTRIK EROPAH DAN MALAYSIA DALAM PENSEJARAHAN mALAYSIA
5.Wujudnya pelbagai sumber tentang sejarah Malaysia kerana terdiri daripada kajian
Sentrik Barat dan Sentrik Tempatan yang boleh menyebabkan kekeliruan tentang
ketulenan isi kandungan yang sebenarnya
6.Sentrik Eropah terlalu berat sebelah seperti perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh
tempatan digelar sebagai penderhaka atau pemberontak
7.Sentrik Barat banyak memaparkan sumbangan positif di dalam penulisan untuk
menyembunyikan unsur penjajahan.
8.Penggunaan Sentrik Eropah dan Sentrik Malaysia menyebabkan penulisan sejarah
Malaysia lebih objektif, jelas, dan tepat.
05)TOKOH PENULIS
TEMPATAN
LATAR BELAKANG: PENULIS MELAYU
MUHAMMAD YUSUF HASHIM ● Nama Penuh: Muhammad
Yusuf Hashim
● Merupakan seorang professor di
Jabatan Sejarah Universiti
Malaya
● Beliau merupakan sejarawan
yang banyak menghasilkan
bahan penulisan sejarah.
● Menerbitkan hasil kajian sejarah
yang bercorak tempatan.
01 Kesultanan Melayu Melaka (1989)
02 Persejarahan Melayu Nusantara (1988)
03 Riwayat Terengganu Dar’ul Iman (1982)
04 Sejarah Melayu (Edisi Shellabear) (1978)
0054 Syair Sultan Maulana (1980)
HASIL KARYA MUHAMMAD YUSUF HASHIM
Kesultanan Melayu Melaka: Kajian dari Aspek Tentang Melaka Pada
Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia.
Karya ini telah mempamerkan stail penulisan sentrik Malaysia terhadap para
pembaca, iaitu:
● Pengarang telah menceritakan mengenai sistem kehidupan masyarakat
tempatan ketika Kesultanan Melayu Melaka.
● CSoenteorcuismniyean, tpoengarang juga telah memerihalkan tentang kebolehan dan
keupayaan tokoh tempatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya iaitu
Parameswara.
Muhd yusof ibrahim usia
Nama penuh: Haji Ibrahim dilahirkan
di Kampung Banggol,
Ibrahim bin Haji Muhammad Kota Bharu pada 1871
Yusuf dan dikenali sebagai “Haji
Ibrahim Tok Raja” info tambahan
kerjaya Beliau adalah ayahanda kepada
Dato’ Haji Mohd Noor Bin Ibrahim,
Beliau menjadi guru di Madrasah ulama’ dan Mufti Kerajaan Kelantan
Muhamadiah Majlis Ugama Islam yang masyhur pada separuh
Kelantan apabila sekolah berkenaan bahagian kedua abad kedua puluh.
dibuka pada tahun 1917, sekaligus
menjadi guru di Masjid Besar Kota
Bharu. Pernah berdakwah ke Kemboja
dan fasih berbahasa Cham.
HASIL KAJIAN/SUMBANGAN
AHMAT ADAM
NAMA: PROFESOR EMIRITUS DR. AHMAT ADAM
● Lahir pada 24 Mac 1941
● Merupakan anak jati negeri Melaka.
● Beliau mendapat pendidikan awal di
sekolah Melayu (1948 - 1951), sekolah
rendah Tranquerah English School
(1952-1954), dan Malacca High School
(1955-1959)
● Beliau melanjutkan pengajiannya dalam
bidang bahasa di Language Institute
(1961-1962) di Lembah Pantai dan
kemudiannya mengikuti kursus perguruan
khas di Specialist Teachers' Training
Institute (1965) di Cheras.
HASIL KARYA/ SUMBANGAN AHMAT ADAM
Beliau pernah menyandang tugas sebagai Fellow Penyelidik Kanan di Oxford Centre for Islamic
Studies dan juga terlibat dalam Projek UNESCO's Maritime Silk Route. Sepanjang penglibatannya
dalam dunia penyelidikan, beliau telah menghasilkan lebih daripada 15 buah buku yang
diterbitkan sama ada di dalam mahupun di luar negara
Antara buku beliau yang utama ialah;-
● Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Bahasa Melayu Abad ke-19 di
Malaysia, Indonesia, Singapura dan Sri Lanka (UKM, 1994)
● The Vernacular Press and the Emergence of Modern Indonesian 1856 – 1913
(Southeast Asia Program, Cornell University, Ithaca, New York, 1995)
● Letters of Sincerity: the Raffles Collection of Malay Letters (1780 - 1824) (MBRAS,
2009)
● Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa (UM, 2013)
● Sulalatu's-Salatin (edisi kritis dengan diberi Pengantar dan Anotasi) (Yayasan
Karyawan, 2016).
LATAR BELAKANG: penulis bukan melayu
Nama penuh: khoo kay kim ● Profesor Emiritus Khoo
Kay Kim merupakan
Selain itu, beliau juga seorang profesor
memainkan peranan emeritus di Jabatan
yang sangat penting Sejarah, University
dalam perpaduan Malaya.
nasional dengan
menjadi salah seorang ● Merupakan seorang
tokoh penting dalam anak didik kepada
merangka Rukun tokoh sejaran Barat
Neraga Malaysia terkemuka di Malaysia,
Profesor J.G
Tregonning.
HASIL KAJIAN DAN PENULISAN KHOO KAY KIM
● The Western Malay States 1850-1873:
The Effects of Commercial Development
of Malay Politics
● The History of South-East and East Asia
(1977)
● Sabah: History and Society (1981)
● Melaka: Dahulu dan Sekarang (1982)
● Darurat 1948-1960 (1984)
● Pensejarahan Malaysia (1970)
● A History of Johore, 1365-1941 (1992)
d.s ranjit singh Ranjit berkhidmat dengan Jabatan Sejarah, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam
NAMA: D.S RANJIT SINGH
pelbagai jawatan, termasuk sebagai Tutor
(1973–79), Pensyarah (1979–90), Profesor Madya
(1991–97) dan Profesor (1998–2004).
Bidang pengkhususannya termasuk Sejarah
Malaysia (Sabah dan Sarawak); Sejarah Politik Asia
Tenggara, khususnya Brunei; Hubungan
antarabangsa; dan Kajian Strategik
Antara penerbitan utama beliau ialah:-
● Brunei 1838–1983: The Problems of Political Survival (Singapura: Oxford
University Press, 1984; dicetak semula, 1991)
● The Making of Sabah 1865–1941: The Dynamics of Indigenous Society (Kuala
Lumpur: Universiti Malaya Press, 2000, 3rd ed., 2011, Government of Sabah).
HASIL KAJIAN/SUMBANGAN
ABDUL RAHMAN TANG ABDULLAH
NAMA PENUH: LATAR BELAKANG
ABDUL RAHMAN TANG ABDULLAH Bidang pengkhususannya
adalah mengenai sejarah moden
● Abdul Rahman Tang Abdullah Malaysia dan pensejarahan
ialah Profesor Madya di Melayu serta Tenggara Moden
Program Sejarah, Fakulti Sejarah Asia dalam perspektif
Kemanusiaan, perbandingan.
Kesenian dan Warisan
Universiti Malaysia Sabah di Minat penyelidikan dan penulisannya adalah
Kota Kinabalu. mengenai sejarah dan pensejarahan Johor, isu air
antara Malaysia dan Singapura, Ekonomi Melayu
pada zaman Kolonial, undang-undang Islam di
Kedah sebelum pemerintahan Kolonial dan Arab
Hadramis di Malaysia
Bidang Kepakaran dan Bidang Penyelidikan yang Diminati:
Sejarah Malaysia dan Pensejarahan Melayu, Sejarah Perbandingan Asia Tenggara, Perbandingan
Politik Asia Tenggara, Sejarah Islam dan Pensejarahan Muslim
BUKU ABDUL RAHMAN TANG ABDULLAH
A Rahman Tang A Rahman Tang A Rahman Tang
Abdullah, Hikayat Johor Abdullah, Hikayat Johor Abdullah, (ed.)
(Yang Kedua) Tawarikh Tradition, Modernity
Dan Tawarikh and Islam: Revisiting
Almarhum Yang Al-Marhum Sultan Abu History Across the
MahaMulia Ibrahim Regions in the
Sultan Johor dari Bakar: Kajian Nineteenth and
Permulaan hingga Transliterasi Twentieth Centuries,
Kedatangan Jepun Dan Terjemahan IIUM (International
(1941): Persejarahan Bahasa Inggeris, Islamic University
dan Transliterasi, Yayasan Warisan Malaysia) Press, (Kuala
Yayasan Warisan Johor, Johor, (Johor Baharu: Lumpur: 2011),
(Johor Bahru: 2014), 2011), 227 pp.
06) PERBANDINGAN ANTARA
SENTRIK MALAYSIA DAN
SENTRIK EROPAH
1) sentrik malaysia mengutamakan kemasyarakatan manakala sentrik
barat menonjolkan sumbangan dan peranan tokoh Barat di Tanah melayu
● Sentrik Malaysia lebih membincangkan berkenaan persoalan-persoalan yang
berkaitan dengan kemasyarakatan. Hal ini dikatakan demikian kerana sejarah
Malaysia ini juga dihasilkan untuk memberi penumpuan lebih kepada perlakuan
masyarakat Malaysia sendiri.
● Sebagai contoh, Abd. Hadi Hassan merupakan seorang pejuan kebangsaan Melayu
telah memainkan peranan dalam menyalakan perasaan cintakan bangsa dan nusa
dalam kalangan penuntut Maktab Penguruan Sultan Idris (MPSI).
● Perkara ini sekali gus akan membangkitkan semangat nasionalisme rakyat untuk
sentiasa mempertahankan negara daripada dijajah kerana banyak karya yang
dihasilkan untuk menyebarkan ideologi kebangsaan.
sentrik malaysia mengutamakan kemasyarakatan manakala sentrik barat
menonjolkan sumbangan dan peranan tokoh Barat di Tanah melayu
● Berbeza pula dengan penulisan sejarah sentrik Barat, kebanyakan penulis
pensejarahan Malaysia berasal daripada Barat. Oleh itu, walaupun mereka menulis
tentang Malaysia namun mereka masih tidak dapat lari daripada didikan dan
peradaban orang Barat.
● Perkara ini menjurus kepada penulisan yang melebihkan dan mengagung-agungkan
peranan dan sumbangan tokoh Barat dalam Tanah Melayu dan mereka berasa
bangga dengan kehebatan bangsa mereka sendiri.
● Buktinya, sejak timbul kesedaran mengenai kepentingan penulisan semula sejarah
Malaysia banyak kritikan di lemparkan terhadap golongan penulisan yang bersifat
euro-centric. Misalnya Profesor Dieter Geyl dari Unversiti Utrecht berpendapat;
“Bagaimanakah jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk mengenepikan
pandangan Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar terlepas dari keadaan diri sendiri
dari warisan kebudayaannya.”
2) Sentrik Malaysia lebih kepada menggambarkan kesedaran di kalangan penulis manakala
sentrik eropah pula penulisannya menggunakan falsafah dan prinsip barat.
● Penulisan sejarah moden yang berbentuk tempatan atau sentrik Malaysia lebih
menekankan tentang kesedaran dalam kalangan penulis untuk menonjolkan
keadaan masyarakat yang tidak mempertikaikan kedudukan penjajah.
● Sebagai contoh, dalam karya Ibrahim Yaakob yang telah berjaya mewujudkan
semangat “Melayu Raya” di dalam bukunya Melihat Tanah Air.
● Dalam konteks ini, beliau dengan beraninya melakukan kritikan terhadap sikap
sesetengah golongan elit Melayu yang enggan mengikut arus perkembangan
perasaan orang-orang Melayu pada ketika itu.
● Namun, berbanding dengan sentrik Eropah yang lebih menggunakan falsafah dan
prinsip Barat dalam penulisannya
3) Sentrik Malaysia lebih menumpukan tentang keadaan masyarakat manakala
sentrik eropah menitikberatkan aspek politik dan ekonomi
● Sentrik Malaysia mementingkan keadaan masyarakat kerana tema-tema
yang dibincangkan adalah sejarah masyarakat berbilang kaum, sejarah
tempatan, riwayat orang besar-besar dan sebagainya.
● Sentrik Malaysia mengutamakan semangat perpaduan yang menjadi kunci
dalam menentang penjajahan di tanah air mereka pada masa itu.
● Sentrik Eropah menekankan tentang aspek politik dan ekonomi kerana pihak
Eropah ingin mengagung-agungkan barat sebagai penjajah.
● Hal ini kerana faktor utama golongan Barat datang ke Tanah Melayu adalah
untuk memonopoli sistem pentadbiran bagi meluaskan kawasan penaklukan
serta meluaskan kuasa.
● Justeru, pihak Barat juga menjajah negeri-negeri di Tanah Melayu untuk
mengaut keuntungan daripada ekonomi tempatan yang mempunyai pelbagai
kelebihan dan hasil perdagangan yang lumayan.
SUMBER RUJUKAN
Arba’iyah Mohd Noor. (2000) . Kritikan terhadap sumber dan fakta sejarah. Jati. Bilangan 5.
https://jati.um.edu.my/article/download/6493/4188/
Dr Syed Ismail Syed Mustapa dan Meor Aris Meor Hamzah (2016). Pensejarahan Malaysia.
Sasbadi Sdn.Bhd. 978-983-59-8258-3. Selangor Darul Ehsan.
Firo. (2013). Bab 6 Persoalan Malaysia Sentrik. Slideshare A Scribd Company.
https://www.slideshare.net/ctfironika/141618899-notasjh3102bab6persoalanmalaysiasentrik
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya (1987). Sejarawan dan Pensejarahan
Ketokohan Dan Karya. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
983-62-0515-2. Kuala Lumpur.
World Documents. (2015). Sentrik Eropah di dalam Pensejarahan Malaysia.
https://fdocuments.net/document/sentrik-eropah-di-dalam-pensejarahan-malaysia.html?page=1
sekian terima kasih
Erti sebuah penghargaan dalam kehidupan (hasil penulisan sentrik Malaysia)
Manusia tidak akan mengenal erti
menghargai selagi belum merasai
erti kehilangan