The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Rosmayati, 2024-03-07 20:35:41

AKTIVITI MINGGU PERTAMA 2024

AKTIVITI MINGGU PERTAMA 2024

IDEA AKTIVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 2024/2025 20 UBK SK TIAK


2 Murid berada dalam bulatan Setiap murid menyebutkan namanya dan membuat gerakan fizikal yang unik. Rakan sekelas perlu mengulangi nama dan gerakan murid sebelumnya sebelum menyebutkan namanya sendiri dan membuat gerakan baru.


Minta murid mencipta dan menghias name tag mereka sendiri Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti bakat yang ada pada murid. Peralatan : Kertas A4 Pensel warna Masa : 30 minit


Murid diberikan sekeping kertas A4. Murid membahagikan kertas mereka kepada 8 bahagian. Setiap bahagian perlu ditulis satu maklumat yang wajib disertakan dengan nombor. (cnth: Umur saya 8 tahun) Peralatan : Kertas A4 Masa : 30 minit


Permainan Warna Gula-gula Berikan gula-gula kepada murid berdasarkan warna. Setiap warna mewakili soalan tertentu. Contohnya, murid yang mendapat gula-gula warna merah perlu bercerita tentang hobi kegemarannya, warna hijau perlu menceritakan apa yang dilihat atau didengar dll. Peralatan : Gula-gula pelbagai warna Masa : 30 minit


Guru mengedar borang yang mengandungi 5x5 kotak dengan pelbagai karakter murid dalam kelas secara rawak. (cnth saya suka mata pelajaran Matematik) Murid diberi masa tertentu untuk mendapatkan nama rakan mereka mengikut karakter. Murid yang telah mendapat 25 nama rakan akan menjerit “Bingo”. Guru bersama murid membuat rumusan aktiviti. Peralatan : Borang Karakter Masa : 30 minit


Murid membuat 3 kenyataan tentang diri mereka dan satu daripadanya adalah palsu. Murid lain perlu meneka penyataan yang palsu. Ini adalah satu cara untuk murid saling mengenali Peralatan : Tiada Masa : 30 minit


Murid berada dalam kumpulan. Bina sebuah menara yang paling tinggi menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan Peralatan : 2 helai kertas A4 Gam Gunting Masa : 30 minit


Murid berada dalam kumpulan. Bina sebuah bot kertas yang mampu terapung dan membawa muatan duit syiling yang paling banyak. Bot kertas yang mampu menampung paling banyak duit syiling dikira sebagai pemenang Peralatan : Sehelai kertas A4 Gam Gunting Air dalam baldi Masa : 30 minit


Murid berada dalam kumpulan. Bina sebuah kapal terbang kertas yang mampu terbang paling jauh. Apabila masa telah tamat, semua murid akan melancarkan kapal terbang masing-masing pada garisan permulaan. Kapal terbang yang paling jauh terbang dikira sebagai pemenang. Peralatan : Sehelai kertas A4 Gam Gunting Masa : 30 minit


Murid berada dalam kumpulan. Bina satu rantaian kertas menggunakan bahan yang disediakan. Apabila masa tamat, kesemua hasil kerja kumpulan akan diletakkan bersama-sama untuk diukur dan diperhatikan. Kumpulan yang berjaya membina rantaian terpanjang tanpa putus dikira sebagai pemenang. Peralatan : Sehelai kertas A4 Gam Gunting Masa : 30 minit


Lukis gambar tangan di manila kad Tulis 5 impian yang ingin dicapai untuk tahun 2024 pada setiap jari. Hias tangan dengan corak yang sesuai dan warnakan. Pamer hasil murid di sudut kelas Guru bersama murid membuat rumusan aktiviti Peralatan : Manila Kad Pensel Warna/ Crayon Masa : 30 minit


Minta murid menyenaraikan peraturan kelas, menulis kontrak perjanjian dan minta setiap ahli kelas menandatangani kontrak itu. Peralatan : Kertas A4 Masa : 30 minit


Minta murid explore, lukis dan labelkan peta sekolah. Secara tak langsung, murid dapat mengenal pasti tempat dan bilik khas yang ada di sekeliling sekolah. Bentang hasil yang telah siap Peralatan : Manila Kad Alatulis / Pensel warna Masa : 30 minit


Setiap murid akan dibekalkan dengan 4 sticky note yang berlainan warna Guru membahagiakan papan putih kepada 4 bahagian.. Rakan yang baik.... ... adalah ... akan ... berkata ... tidak Setiap murid akan mencatatkan beberapa perkara berkaitan dengan kawan sekelas mereka dan tampal pada setiap bahagian (ikut arahan guru) Ini bertujuan supaya saling mengingatkan mereka akan tujuan untuk menjadi rakan sekelas yang baik dan sentiasa sokong menyokong Guru bersama murid membuat rumusan aktiviti. adalah…. buat…. berkata… tidak….


Murid berada di dalam kumpulan. Edarkan Cetakan friendship board game, dadu dan buah pemain. Murid akan bermain sambal berkenalan dengan rakan-rakan mereka melalui soalan yang perlu dijawab oleh pemain. Peralatan : Friendship board game Dadu Buah pemain Masa : 30 minit


Minta murid membuat carta pai tentang cara mereka menghabiskan masa mereka semasa cuti. Kemudian minta mereka bentangkan dalam kumpulan dan bandingkan keputusan mereka Peralatan : Kertas A4 Alatulis / Pensel warna Bentuk bulat Masa : 30 minit


Murid memadankan ekspresi wajah mengikut emosi yang betul


Minta murid melengkapkan lukisan simetri


Minta murid mencari jalan ke sekolah


Click to View FlipBook Version