The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alif12610, 2022-06-04 05:21:45

PENGAMBILAN VAKSIN COVID 19 DARI SUDUT HUKUM DAN PERMASALAH SERTA APLIKASINYA DALAM KAEDAH FIQH YANG MERUJUK KEPADA FIQH ;DAN KEMUDARATAN HARUS DIHILANGKAN.

E-FOLIO

GRUP 5
DARI SUDUT HUKUM DAN
PERMASALAH SERTA APLIKASINYA
DALAM KAEDAH FIQH YANG MERUJUK
KEPADA FIQH

1

Prinsip Islam dalam
Mendepani Penyakit

Islam merupakan agama yang menitikberatkan soal kesihatan
dengan meletakkan beberapa prinsip asas dalam mendepani
penyakit, sebelum dan juga semasa penyakit menimpa
seseorang.

2

Antara prinsip yang diajarkan
oleh Islam dalam berhadapan
dengan penyakit adalah seperti

berikut:

: Berdoa Kepada Allah SWT Berdoa dilakukan
dengan tujuan untuk mengelakkan seseorang itu
ditimpa penyakit. Ini seperti doa-doa dan zikir yang

diajarkan menerusi pelbagai nas yang sahih .

: Mencegah Islam amat menitikberatkan soal
pencegahan penyakit sebelum ia menimpa. Terdapat
beberapa langkah pencegahan yang dianjurkan seperti
yang ditunjukkan dalam beberapa riwayat yang sahih.
Antaranya sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abd Al-
Rahman bin ‘Auf R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
- Sekiranya kamu mendengar tentang taun yang menimpa
sesuatu kawasan, maka janganlah kamu masuk ke tempat
tersebut. Sekiranya ia berlaku di sesuatu kawasan dan
kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar
daripadanya untuk melarikan diri darinya.16 Riwayat al-

Bukhari (5730)

3

Merawat Sebaik sahaja seseorang itu ditimpa
penyakit, Islam memberi penekanan kepada kepentingan

merawat. Di samping redha dengan takdir Allah SWT,
tuntutan untuk merawat penyakit juga tidak boleh
diabaikan. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada

Usamah bin Syarik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah
SAW bersabda:

-Hendaklah kamu merawat (penyakit) kerana
sesungguhnya Allah tidak menjadikan suatu penyakit

melainkan Dia turut menyediakan ubat baginya,
melainkan satu penyakit sahaja iaitu ketuaan.

: Tawakkal Setelah segala usaha dan ikhtiar dilakukan,

agama mengajar kita agar menyerahkan segala urusan
seterusnya kepada Allah SWT. Inilah bentuk tawakkal

iaitu penyerahan diri yang mutlak kepada Allah.

4

Antara isu yang sering dibangkitkan oleh sebahagian
pihak sehingga menimbulkan kegusaran dan
kerisauan masyarakat terhadap vaksin ialah

dakwaan bahawa vaksin ini mengandungi kandungan
atau bahan yang haram di dalamnya. Isu berubat
dengan bahan haram atau najis ini bukanlah isu

baharu. Bahkan sabit larangan berkenaannya dalam
nas syarak.

Antaranya menerusi sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Abu AlDarda’ R.A, beliau
berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan
juga ubat. Serta Dia menjadikan bagi setiap
penyakit itu ada ubatnya. Maka hendaklah
kamu semua berubat dan janganlah kamu

berubat dengan suatu yang haram.

5

Berdasarkan beberapa hadith di atas, dapat
kita simpulkan bahawa terdapat dua noktah

penting seperti berikut:

1. Rasulullah SAW melarang berubat dengan
sesuatu yang haram.

2. Rasulullah SAW melarang berubat dengan arak
yang termasuk dalam kategori najis dan Baginda
menyifatkannya sebagai penyakit dan bukannya

ubat.

6

:

Isu-isu semasa yang ditimbulkan oleh
kesan penyebaran wabak Covid-19
banyak yang berkaitan dengan persoalan
situasi darurat yang mengharuskan
sesuatu hukum. Bagi usaha mencegah
penularan wabak dan melindungi nyawa,
status darurat dan kesukaran yang
berlaku dirujuk bagi menentukan hukum-
hakamnya. Di antara prinsip-prinsip fiqh
yang digariskan oleh ulama berkaitan isu
ini adalah seperti kaedah: Dharurat
mengharuskan sesuatu larangan, Tidak
boleh

7

memudaratkan diri dan tidak boleh
memudaratkan orang lain, Mudarat itu
dicegah seberapa yang mampu, Mudharat
itu dihilangkan seberapa yang mampu,
Mudharat tidak boleh dihilangkan dengan
satu mudharat yang sama atau yang lebih
besar, Mudharat yang khusus boleh
ditanggung untuk menolak mudharat yang
umum, Mudharat yang rendah boleh
ditanggung untuk menolak mudharat yang
lebih tinggi, Boleh menanggung mudharat
yang lebih ringan dari dua mudharat yang
ada, Apa-apa yang diharuskan kerana sebab
dharurat, adalah dibataskan dengan
batasan tertentu. (al Zarqa, 1989)

8

1)Menjadi tuntutan kepada kita untuk merawat

penyakit. Begitu juga, mengambil jalan pencegahan
terlebih dahulu sebelum terkena wabak atau sebarang
penyakit. Antara lain dengan menggunakan suntikan

vaksin COVID-19. Justeru, setiap langkah yang
dilakukan itu merupakan suatu rawatan terhadap
takdir Allah dengan menggunakan takdir-Nya yang
lain. Ia sama sekali tidak bermaksud menolak takdir

Allah S.W.T.

2)Sebarang usaha mencegah dan merawat

penyakit berjangkit seperti COVID-19 adalah

lebih ditekankan kepentingan dan

keperluannya. Ini kerana, sekiranya ia tidak

dirawat dan dicegah ia akan menyebabkan

kemudaratan yang terhasil daripadanya

menjadi lebih meluas. Sedangkan kaedah

Fiqh menyebut: 9

3)Dalam masa yang sama, sekiranya
pemerintah membuat ketetapan

mewajibkan pengambilan vaksin COVID-
19 ini kepada seluruh rakyat, khususnya

kepada mereka yang terdedah dengan
risiko jangkitan seperti pejuang barisan

hadapan (frontliners) serta golongan
yang berisiko, maka menjadi kewajipan

untuk kumpulan ini mengambilnya.

10


Click to View FlipBook Version