DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM 2022/2023(1)
SUMBANGAN IBNU SINA
(ABU BAKAR)
1. MUHAMMAD IZZUL HAKIM BIN ZULKEPLI (20110978)
2. ABDUL RAHMAN BIN MOHD AZIDIN (20110995)
3. ABDUL RAHIM BIN MOHD AZIDIN (20110996)
4. MOHAMAD ASLAM BIN MOHD SAYUTIN (20110991)
5. MUHAMMAD ZAKWAN BIN CHE RAMLI (201111060)
1
IBNU SINA
2
PENGENALAN
• Pada abad ini merupakan abad di mana semua benda serba mudah dengan adanya teknologi-
teknologi yang canggih dibuat dan diciptakan oleh tokoh-tokoh yang terdahulu agar kita dapat
merasakan kemudahan yang mereka lakukan dalam semua aspek kehidupan seperti perubatan,
farmasi, teknologi dan sebagainya.
• Segala pengorbanan dan perjuangan yang diusahakan untuk memberikan yang terbaik kepada
dunia dan generasinya. Antara tokoh Islam yang terkenal dalam sejarah dunia ialah Ibnu Sina
yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna.
• Ia merupakan tokoh dalam bidang perubatan yang banyak mencipta alat perubatan dan
penemuan pelbagai penyakit dan sebagainya.
• Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran,
geometri, astronomi, muzik, syair, geologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan
kosmologi.
• Antara karya yang ditulis olehnya ialah Kitab Qanun At-tib merupakan kitab perubatan yang
merungkai dan memperjelaskan pelbagai jenis penyakit. Sumbangannya dalam bidang
perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat.
3
BIODATA IBNU SINA
• Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali Husain Bin Abdullah Bin Hasan Bin Ali Bin Sina.
Ibnu Sina diberi gelaran oleh Barat ialah Avicenna.
• Beliau merupakan salah seorang ilmuan islam yang dikenali dan menjadi sebutan di seluruh
dunia sejak dahulu lagi.
• Beliau digelar sebagai bapa perubatan moden dan banyak hasil kajiannya yang digunakan
dalam teknologi perubatan masa kini. Walaupun beliau merupakan ilmuan yang pakar di
dalam pelbagai bidang, beliau sangat menyerlah didalam bidang perubatan.
• Lahir 370 Hijrah di Afsyanah, Bukhara, Turkistan, Keturunan Turki.
• Penasihat agung Amir Ala Ad Daulah di Asfahan
• Meninggal dunia ketika berusia 57 tahun pada tahun 428 Hijrah di Hamazan.
4
PERIBADI MULIA
▪ Tekun- Pernah baca buku metafizik Aristotle sebanyak 40 kali.
▪ Taat beragama- Sering berdoa bila mengadapi kebuntuan dan masalah.
▪ Bijaksana- Berjaya menguasai ilmu naqliah ketika berusia 18 tahun.
▪ Berinovatif- Banyak melakukan penyelidikan terutama bidang perubatan.
PENDIDIKAN
❖ Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang
didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu
berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran.
❖ Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah
dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun.
❖ Ketika berumur 16 tahun beliau telah menguasai ilmu perubatan.
❖ Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”
5
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
➢ Menghasilkan al-Qanun Fit Tib yang dijadikan bahan rujukan pelajar perubatan.
➢ Menyenaraikan tidak kurang 360 jenis penyakit dan cara mengubatinya.
➢ Memperkenalkan kaedah baru menggunakan peralatan canggih seperti x-ray dan ultra
sound bagi mengesan sesuatu penyakit atau kecederaan dengan lebih cepat.
➢ Menghasilkan ubat bius, mencipta benang untuk menjahit luka pembedahan.
➢ Mencipta pecagari dan lain-lain.
PENEMUAN BARU IBNU SINA DALAM PERUBATAN
➢ Beliau berjaya melakukan beberapa penemuan baru dalam bidang peubatan seperti
penemuan penyakit baru serta puncanya iaitu pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan
virus TB, penyakit rubella, alahan, cacar dan sebagainya.
6
PENEMUAN DALAM BIDANG FARMASI
o Menghasilkan ubat dan preskripsi mujarab untuk pelbagai penyakit
o Menghasilkan ubat bius
MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI PERUBATAN
❑Mencipta benang untuk menjahit luka pembedahan
❑Mencipta picagari
KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
➢ Memperkenalkan metod pemerhatian dan analisis
➢ Hasil penulisan beliau mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan
➢ Penulisan dan penyelidikan beliau menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap
7
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PEMIKIRAN
❑ Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantiq, matematik,
astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.
❑ Tahun 1950 buku-buku tersebut diterjemahkan dalam Bahasa Arab dan dinamakan
Muallafat Ibnu Sina (Karya-karya Ibnu Sina).
❑ Jasanya dihargai sehingga sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil
nama sempena nama beliau iaitu Avicenna College.
8
TEORI ANATOMI DAN FISIOLOGI.
o Ibn Sina merupakan individu terawal yang mengemukakan teori-teori anatomi dan
fisiologi. Teori-teori yang terdapat di dalam buku beliau menggambarkan analogi
manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta
sebagai makro kosmos (dunia besar).
o Melalui pengetahuan dalam bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia
mengandungi tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia
mengepam darah.
9
KESAN PENYELIDIKAN YANG DILAKUKANNYA
• Ibnu Sina menemui penyakit baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam
penyakit, jangkitan virus seperti tibi, penyakit rubella, alahan (allerg), cacar (smallpox),
penyakit jiwa dan seumpamanya.
• Ibnu Sina mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit
berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air ialah pembawa segala kuman yang
berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan kebanyakan penyakit.
• Ibnu Sina juga telah mengajarkan cara-cara pembedahan yang mana telah menekankan
keperluan pembersihan luka.
10
MEMPERKEMBANGKAN ILMU PSIKOLOGI
• Ibn Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu perkaitan antara
psikologi dengan kesihatan.
• Ibn Sina juga telah menjelaskan pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang
mengalami gangguan psikologi'
• Minatnya yang mendalam dalam bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas
jasad menyebabkan banyak daripada karyanya berkisarkan gangguan psikologi.
11
BIDANG FALSAFAH
• Pandangan falsafah Ibn Sina yang terpenting dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama,
iaitu logik, psikologi dan metafizik.Beliau telah menghasilkan karya falsafahnya untuk
dimuatkan bersama-sama persoalan lain dalam karya yang bercorak ensiklopedia, iaitu Kitab
al-Shifa'.
• Pandangannya itu mewakili tradisi Aristotle yang diperkemaskan oleh idea neo-Plato dan
pada masa yang sama dikawal oleh ilmu kalam. Kitab ini amat berpengaruh dalam kalangan
para sarjana dalam bidang falsafah di Eropah. Ibn Sina cuba mengharmonikan antara falsafah
dengan agama. Beliau menjelaskan dogma-dogma agarna dengan menggunakan akal dan
yakin bahawa roh tidak pernah musnah.
12
BIDANG GEOGRAFI
• Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-
sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Beliau juga
mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu yang gagal dilakukan
oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari zaman Heredotus, Aristotle sehinggalah
Protolemaious. Menurut Ibn Sina, kesan daripada hakisan aliran sungai terhadap kawasan
berbukit/bergunung-ganang telah menyebabkan terbentuknya kawasan lembah sungai yang
produktif.
13
BIDANG GEOLOGI DAN KIMIA
i. Sumbangan Ibn Sina dalam bidang geologi, kimia dan kosmologi.
ii. A. M. A. Shushtery mengatakan karangan Ibn Sina mengenai ilmu mineral
menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga meninggalkan
penemuan-penemuan yang bermanfaat.
iii. Menurut Reuben Levy, Ibn Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam
sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri daripada
pelbagai jenis.
iv. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis
sebelumnya oleh Jabir bin Hayyan, iaitu “Bapa Kimia Muslim”.
14
SEBAHAGIAN DARIPADA KARYANYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
❑ Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang
pembahagian ilmu-ilmu rasional.
❑ Bidang metafizika , “Ilahiyyat” (Ilmu ketuhanan).
❑ Bidang psikologi , “Kitab an-Nayat” (Book of Deliverence) buku tentang
kebahagiaan jiwa.
❑ Bidang sastera arab “Risalah fi Asab Huduts al-Huruf” ,risalah tentang sebab-sebab
terjadinya huruf.
❑ Bidang syair dan prosa “Al-Qasidah al- Aniyyah” syair-syair tentang jiwa manusia.
❑ Bidang politik “Risalah as-Siyasah” (Book on Politics) – Buku tentang politik.
15
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat kita ambil dari Tokoh Ibnu Sina ialah beliau seorang yang
tidak mengenal erti putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersungguh-sungguh mempelajari
sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang
berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama
dalam bidang perubatan. Hasil dari usaha beliau, bidang perubatan yang digunakan pada zaman
kini ialah hasil dari sumbangan beliau.
Seterusnya, kita haruslah mengikut sifat Tokoh Ibnu Sina yang bersungguh-sungguh
menuntut ilmu dan belajar lebih banyak ilmu agar mahir dalam pelbagai bidang. Sebagai
pelajar kita mestilah, rajin membaca, menyelidik, membuat kajian dan menganalisis ilmu atau
belajar perkara baharu agar dapat dimanfaatkan dan dikongsi kepada orang lain juga.
16
RUJUKAN
Cikgu Hasnan Yusoff (2017), Keagungan Tamadun Islam, Kuala Lumpur, Uni Press.
Salman Iskandar, (2007), 99 Tokoh Muslim Dunia For Kids, Dar Mizan
Prof. Dr. Ahmad Fuad basya, (2015), Sumbangan Keilmuan Islam Pada Dunia, Pustaka Al-
Kautsar,
Ninian Smart, (2008), Falsafah Dunia, ITBM,
Mahayudin Hj.Yahya et.al.(2013), Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Shah Alam,
Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mahayudin Hj.Yahya et.al., (2014), Sejarah Islam (500-1918), Edisi Kemaskini Shah Alam,
Oxford Fajar.
Sahlah, L. (2015). Peranan Ibnu Sina Dalam Pengembangan Sains Islam di Persia: 980–
1037 M.
Pozai, M. H., Ahmad, M. S., & Basiron, B. (2018). Kemunduran Umat Islam dalam Sains
dan Teknologi, Jurnal Sejarah.
17
Wahidi, & Sopari, O. (2015). Konsep Urin Menurut Ibnu Sina: Kajian atas Kitab al-Qanuun
fith-Thibb. Jurnal Pendidikan Islam.
Lubis, M. A., Madya, D., & Nor, N. H, (2016), Peranan Ilmuan Sains Islam Sebagai Perintis
Kemajuan Sains Eropah, UKM.
Rahim Athirah Rahayu, (2014), Sejarah Dan Sumbangan Ibnu Sina Terhadap Perkembangan
Peradaban Islam Di Dunia.
Salleh, M. I., Azman, M. W. N., & Ihwani, S. S. (2018). Kewujudan Sains dan Teknologi di
Andalusia.
18
19