The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prinsip Perakaunan Modul 3-Perakaunan Kawalan Dalaman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shun Tong, 2021-07-03 02:23:31

Prinsip Perakaunan Modul 3

Prinsip Perakaunan Modul 3-Perakaunan Kawalan Dalaman

Keywords: Prinsip Perakaunan Modul 3

Neoh Shun Tong A52 Prinsip Perakaunan

TINGKATAN 5

MODUL 3: PERAKAUNAN UNTUK
KAWALAN DALAMAN

3.1 KAWALAN TUNAI

Kawalan tunai merupakan kawalan dalaman yang berkaitan dengan pengurusan
dan pengendalian wang tunai.
Kawalan tunai membolehkan peniaga menguruskan dan mengawal tunai
perniagaan,menyelia pengaliran keluar masuk tunai dan menyemak ketepatan
perekodan di Buku Tunai dan Penyata Bank.
TUNAI ialah aset paling cair bagi setiap perniagaan.Sebahagian besar urus niaga
dalam perniagaan akan melibatkan penerimaan dan pembayaran tunai.
Oleh sebab itu,kawalan terhadap tunai perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko
berlakunya penyelewengan,kecurian,salah guna dan penipuan dalam pengurusan tunai
perniagaan.

tUJUAN KAWALAN TUNAI

Memastikan Mengurangkan risiko Memastikan perniagaan
penggunaan tunai penyelewengan dan mempunyai tunai yang
yang optimum untuk
tujuan produktif kecurian tunai mencukupi

Kaedah Kawalan Tunai

Amalan baik perniagaan adalah mendepositkan penerimaan tunai pada hari yang sama
atau hari berikutnya.Segala pembayaran harus dilakukan dengan mengeluarkan
cek.Namun,perniagaan kecil lebih cenderung menggunakan wang tunai dalam urusan
penerimaan dan pembayaran.Kawalan dalam urus niaga tunai melibatkan tatacara dan
prosedur penerimaan dan pembayaran tunai.

Berikut ialah beberapa aspek kawalan dalam pengendalaian tunai.

Rajah 3.2 Aspek kawalan dalam pengendalian tunai

Jadual 3.1 aspek kawalan dalam pengendalian tunai

kaedah kawalan tunai membantu perniagaan mengawal dan mengemas
kini maklumat wang tunai.Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam
kawalan tunai.Kaedah tersebut ialah:

Kaedah kawalan tunai

1.Penyata 2. belanjawan
penyesuaian tunai
bank

3.1 KAWALAN TUNAI

PENYATA BANK

Satu salinan rekod urus niaga yang dihantar oleh pihak bank pada
setiap akhir bulan kepada pemegang Akaun Semasa.

Tujuan pihak bank mengeluarkan Penyata Bank adalah untuk
menunjukkan ringkasan urus niaga yang dilakukan oleh peniaga setiap
bulan.
.
Pemegang Akaun Semasa diberi kemudahan untuk menggunakan cek
bagi urusan pembayaran supaya kawalan tunai lebih sistematik dan
mengurangkan risiko kehilangan dan penyelewebgan tunai.

Dengan adanya Penyata Bank,pemegang akaun dapat:
(i) mengetahui baki wang pada setiap akhir bulan
(ii) mengetahui jumlah yang sudah dibayar dan diterima oleh bank bagi

pihaknya
(iii) menyemak dan membandingkan catatan yang direkod di Buku Tunai

(ruangan bank) dengan Penyata Bank

INFO TAMBAHAN

Baki Buku Tunai dan baki Penyata
Bank akan jika semua penerimaan
dan pembayaran telah direkodkan
dalam Buku Tunai oleh peniaga dan
dalam Penyata Bank oleh pihak
bank.

analisis akaun bank dan penyata bank

Untuk melaksanakan kawalan dalaman tunai sesebuah perniagaan,anda perlu memahami
hubungan di antara Buku Tunai (Lajur Bank) dan Penyata Bank.Berikut ialah contoh Buku Tunai dan
Penyata Bank yang diambil daripada sesebuah perniagaan

Berdasarkan Buku Tunai dan
Penyata Bank di atas,

1.Baki debit RM3500 dalam Buku
Tunai adalah sama dengan
baki kredit di Penyata Bank.

2.Catatan di sebelah kredit Buku Tunai menunjukkan pembayaran
dibuat dengan cek.Catatan ini sama dengan catatan di sebelah
debit Penyata Bank.

3.Catatan di sebelah debit Buku Tunai menunjukkan tunai dan cek
yang diterima dan dibankkan.Nilai ini sama dengan catatan di
sebelah kredit Penyata Bank.

4.Jika semua cek yang dikeluarkan telah ditunaikan oleh peniaga
dan cek yang diterima peniaga telah direkodkan oleh pihak
bank,baki Buku Tunai seharusnya sama dengan baki di Penyata
Bank,iaitu RM4000.

Tujuan Penyediaan
Penyata Penyesuaian

Bank

Sebab Perbezaan Baki Akaun
Bak di Buku Tunai dengan
Baki di Penyata Bank

TUJUAN PENYEDIAAN PENYATA PEYESUAIAN
BANK

Penyata Penyesuaian Bank disediakan bagi tujuan berikut:

Mengenal pasti butiran yang menyebabkan berlakunya
perbezaan antara baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan baki di
Penyata Bank

Mengenal pasti ketepatan catatan di Buku Tunai

Menyelaraskan baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan baki di
Penyata Bank

Sebab Perbezaan Baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan Baki di Penyata Bank

Baki Akaun Bank di Buku Tunai dan baki di Penyata Bank tidak sama kerana terdapat:

Butiran yang dicatat di Buku Butiran yang dicatat di
Tunai tetapi tidak dicatat di Penyata Bank tetapi tidak

Penyata Bank dicatat di Buku Tunai

PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN 5
Butiran yang dicatat di Buku Tunai tetapi tidak dicatat di Penyata Bank

(a) Cek Belum Dikemukakan

Cek yang dikeluarkan oleh peniaga tetapi beum ditunaikan di bank.

(b) Deposit Belum Dikreditkan
Cek yang didepositkan ke bank telah dicatat di sebelah debit Buku Tunai tetapi
belum dicatat di Penyata Bank

Butiran yang dicatat di Buku Tunai tetapi tidak dicatat di Buku Tunai

(a) Penerimaan oleh pihak bank pelanggan ( Peniaga )

Pihak bank akan mengkreditkan sebarang penerimaan yang diterima bagi pihak peniaga
tetapi perkara ini belum diketahui oleh peniaga.Maka tiada catatan direkod dalam Buku
Tunai.

Faedah atas Simpanan Pindahan Kredit Dividen
PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN 5
(b) Pembayaran oleh pihak bank ( Peniaga )

Pihak bank akan mendebitkan Penyata Bank bagi setiap pembayaran yang berlaku tetapi
peniaga tidak mengetahui pembayaran tersebut.Maka tiada catatan direkod dalam Buku
Tunai.Kesannya,baki di Penyata Bank melebihi baki di Buku Tunai,Antara pembayaran
tersebut ialah:

Bayaran Buku Cek Caj perkhidmatan bank

Perintah sedia ada seperti bayaran insurans atau yuran kelab Faedah atas Overdraf

(a) Cek Tak Laku ( Cek Tak Layan )

Cek yang didepositkan oleh pelanggan dipulangkan semula
oleh pihak bank atas sebab-sebab tertentu.Pihak bank
akan mendebitkan amaun cek tersebut di penyata bank
tetapi tiada catatan dibuat di Buku Tunai sehingga peniaga
mendapat notis dari pihak bank berkenaan cek tak laku
tersebut.Kesannya,baki Penyata Bank terkurang nilai
berbanding baki di Buku Tunai.

Gambar Foto
3.4 Contoh
Cek Tak
Laku

perbezaan antara angka di penyata bank dengan

buku tunai pada satu transaksi yang sama

Perbezaan amaun di Buku Tunai dengan amaun di Penyata Bank pada transaksi
yang sama mungkun disebabkan oleh kesilapan.Kesilapan berlaku semasa
peniaga merekod urus niaga di Buku Tunai perniagaannya

Kesan kesilapan catatan di Buku Tunai

Penyediaan Penyata
Penyesuaian Bank



Langkah-langkah Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank dapat
difahami dengan melihat rajah di bawah

Penyediaan
Penyata

Penyesuaian Bank
dengan Mengemas

kini Buku Tunai
(Kaedah 1 )

Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank Tanpa Mengemas kini
Buku Tunai ( Kaedah 2 )

(a) Bermula
dengan baki di
Buku Tunai



3.3
BELANJAWAN

TUNAI

Kepentingan Belanjawan Tunai

Belanjawan Tunai ialah anggaran Membolehkan peniaga
penerimaan dan pembayaran merancang dan
tunai perniagaan bagi suatu membuat kawalan tunai
tempoh tertentu dengan berkesan

Disediakan untuk melihat keuppayaan tunai Kepentingan
pada masa hadapan sama ada perniagaan Belanjawan Tunai
mempunyai lebihan tunai atau kurangan kepada
tunai perniagaan
adalah seperti
berikut:



Penerimaan dan Pembayaran dalam
Belanjawan Tunai

Penerimaan tunai merupakan anggaran semua penerimaan melibatkan wang tunai atau

cek oleh perniagaan dalam suatu tempoh tertentu
Penerimaan tunai membolehkan peniaga menampung segala perbelanjaan perniagaan.
Sekiranya,amaun penerimaan lebih besar daripada pembayaran,perniagaan tersebut
mempunyai aliran tunai yang baik.

Contohnya,penerimaan tunai ialah modal yang dibawa masuk,jualan tunai,jualan tunai Aset

Bukan Semasa dan kutipan hutang.

Pembayaran merupakan anggaran semua pembayaran perniagaan yang dibayar secara

tunai atau cek oleh perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.
Pembayaran yang dilakukan adalah untuk menampung aktiviti sesuatu perniagan dan
memastikan perniagaan bejalan dengan lancar.

Contoh pembayaran ialah belian tunai,bayaran kepada pembekal,belanja operasi,ansuran

pinjaman dan pembelian Aset Bukan Semasa.

Lebihan dan
Kurangan dalam
Belanjawan
Tunai

PERBANDINGAN PENERIMAAN SEBENAR DENGAN PEnERIMAAN YANG DIJANGKA

(i)Penerimaan sebenar melebihi penerimaan yang dijangka

(ii)Penerimaan sebenar kurang daripada penerimaan yang dijangka

PERBANDINGAN Pembayaran SEBENAR DENGAN Pembayaran YANG DIJANGKA

(i)Pembayaran sebenar melebihi pembayaran yang dijangka

(ii)Pembayaran sebenar kurang daripada pembayaran yang dijangka

BUKU TEKS M/S 90

FORMAT
BELANJAWAN

TUNAI



BUTIRAN Penerimaan dan Pembayaran

Sebelum menyediakan Belanjawan Tunai,butiran penerimaan dan
pembayaran secara tunai ( wang tunain dan cek ) perlu dikenal pasti.
Penerimaan akan menambahkan nilai tunai manakala pembayaran
akan mengurangkan tunai perniagaan.
Belanjawan Tunai penting kepada setiap peniaga untuk merancang
dan membuat kawalan tunai.

Contoh butiran penerimaan dan pembayaran sepeti dalam jadual berikut:



Thank you!


Click to View FlipBook Version