The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mbaihqi3, 2024-05-06 02:39:46

MPU23082_TBM_Terapi Muzik Dalam Islam

MPU23082_TBM_Terapi Muzik Dalam Islam

Konsep TerapiMuzik Dalam Tamadun Islam MPU23082: SENI DALAM ISLAM MPU23082: SENI DALAM ISLAM Present by Group 1 CLASS HADITH DARI NABI SAW PANDANGAN ULAMA BESERTA DALIL PANDANGAN ULAMA BESERTA DALIL SEJARAH RINGKAS FALSAFAH , DAN TEORI MUZIK SEJARAH RINGKAS FALSAFAH , DAN TEORI MUZIK 2A LACTURER : USTAZ BUMYAMIN BIN MD RAZI RM 3.90


01 P e n g h a r g a a n Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek seni dalam islam (MUP23082) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada USTAZ BUMYAMIN BIN MD RAZI, selaku Pensyarah Seni Dalam Islam kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Selain itu, dalam menghasilkan majalah ini, kami juga bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-Nya terhasillah majalah yang dapat memberikan manfaat kepada semua.


ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN SEJARAH RINGKAS FALSAFAH , DAN TEORI MUZIK HADITH DARI NABI SAW 02 05 - 06 09 - 10 03 07 - 08 11 02 BIODATA PENULIS PANDANGAN ULAMA BESERTA DALIL NAMA-NAMA ALAT MUZIK YANG DISEBUT DALAM HADITH DAN KITAB PARA ULAMA DEFINISI MUZIK 04 PENGHARGAAN 01 MUZIK SEBAGAI TERAPI DALAM 12 PERUBATAN KONSEP ISLAMISASI SENI MUZIK 13 - 14 KESIMPULAN 15 RUJUKAN 16


03 MUHAMMAD BAIHAQI BIN SUHAIMI 19DMC23F1024 BiodataPenulis MUHAMMAD SYAMIM HAZIQ BIN KASSIM 19DMC23F1038 MUHAMMAD ADAM FARIZ BIN SHUZAIRI 19DMC23F1026 MUHAMMAD AFWAN BIN MOHD ASRI 19DMC23F1004


D E F I N I S I M U Z I K Seni muzik merupakan satu cabang seni yang mengandungi bunyi-bunyian yang disusun sama ada melalui suara (vocal), alam semula jadi atau persekitaran dan peralatan yang dihasilkan oleh manusia untuk mengeluarkan bunyi berirama melaluinya. Muzik yang baik mampu memberi gambaran tentang pemikiran, emosi dan adakalanya persekitaran budaya si pencipta muzik itu. Muzik dalam erti kata persembahan adalah sebuah persembahan langsung (terus) yang dihidangkan secara kreatif kepada penonton sama ada dipersembahkan secara solo atau berkumpulan. Seiring perkembangan semasa, kepelbagaian genre seni muzik telah berkembang pesat dan mempengaruhi masyarakat komuniti di Malaysia namun genre muzik yang bersifat tradisional khususnya bagi masyarakat komuniti Melayu, etnik Sarawak dan Sabah , Orang Asli serta Cina dan India merupakan elemen muzik yang perlu dilindungi dan diwarisi. Misalannya, ensembel nobat dianggap muzik istimewa dan eksklusif kerana merupakan muzik naungan dan hanya dipersembahkan untuk upacara atau majlis istana. Sumber,Dewan Bahasa dan Pustaka 04 Penyunting : MUHAMMAD BAIHAQI BIN SUHAIMI (19DMC23F1024)


Pada umumnya muzik dilihat sebagai suatu seni untuk tujuan hiburan, akan tetapi ia juga boleh dianggap sebagai suatu sains yang tersendiri, yang mempunyai mauduknya sendiri yang dibahaskan berpandukan kepada manhaj yang khusus baginya. Terdapat suatu nukilan yang terkenal dari Hikayat Seribu Satu Malam: “Bagi sebahagian orang, muzik umpama makanan; bagi yang lain ia seumpama ubat; dan bagi yang lain pula seumpama kipas.” Demikianlah Kaum Muslimin menanggap muzik. Walaupun Kaum Muslimin banyak meminjam dari teori muzik Kaum Yunani Purba, mereka juga telah menyumbang ke arah menyempurna dan seterusnya mengembangkan lagi sains ini sehingga membawa kepada perasaan sedemikian terhadap muzik. Sebab itulah Henry George Farmer mengatakan: “Anda boleh menelusuri keseluruhan kesusasteraan Yunani dan tidak akan menemui perasaan sedemikian.” Beliau menambah: “para pengikut Pythagoras telah memberikan pernyataan awal berkenaan faham kerohanian muzik Islami, akan tetapi ianya masih kabur dan jauh tersorok di alam pemikiran Yunani”. Menurut faham muzik Islami, muzik bukan sahaja suatu sains tapi juga seni; seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa, dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci. Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya’nya bahawa muzik (sama’) mampu mendatang keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut: SEJARAH RINGKAS FALSAFAH , DAN TEORI MUZIK 05 “Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi… Tiada jalan lain mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga…kerana sebaik sahaja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa sahaja yang menguasainya.” Rasulullah dikhabarkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ash’ari dan telah berkata: “Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud.” Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan sahaja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi. Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik. Sebab itulah generasi awal Kaum Muslimin amat menghargai keindahan suara manusia. Penyunting : MUHAMMAD BAIHAQI BIN SUHAIMI (19DMC23F1024) Artikel dipetik daripada Y.M Datuk Dr. Syed Ali Tawfik AlAttas


SEJARAH RINGKAS FALSAFAH , DAN TEORI MUZIK “Suara yang indah menggerakkan tubuh dan mengalir ke dalam salur darah. Akibatnya darah menjadi murni, hati menjadi tenang, jiwa menjadi galak, anggota badan menjadi resah dan bergerak-gerak. Oleh sebab itu kanak-kanak tidak sepatutnya ditidurkan selepas menangis melainkan dengan muzik dan nyanyian.” ‘’Ahmad ibn Abi Dawud (m.854) juga berkata: “Aku pernah mendengar nyanyian Mukhariq di istana Khalifah al-Mu’tasim, dan hampir tidak tertahan tangisanku kerana binatang ganas sekalipun pasti akan jatuh cinta terhadap kemerduan suaranya dan menghargai kehebatannya.” Berdasarkan kefahaman ini Kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri. Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp dipanggil mi’zafah, dan daff (sejenis tamborin). Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m. 705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang alatan baru berserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam. Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan alat-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar). Masyarakat Mekah pada masa itu menggunakan sejenis alat muzik yang hampir sama berupa kotak yang ditutupi kulit kambing, walau bagaimanapun lute orang-orang Parsi mempunyai permukaan kayu, dan rekabentuk Parsi ini lama-kelamaan diterimapakai oleh orang-orang Mekah. Di antara ahli muzik terkenal pada zaman ini ialah ‘Azzat al-Mayla (m. 705). Antara peminat beliau ialah Abdullah ibn Ja’far, sepupu Rasulullah . Artikel dipetik daripada Y.M Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al- 06 Attas Penyunting : MUHAMMAD BAIHAQI BIN SUHAIMI (19DMC23F1024)


PANDANGAN ULAMA BESERTA DALIL 07 Fatwa yang mengharamkan muzik dan nyanyian. Jumhur ulama dan fuqaha’ mengharamkan alat muzik. Cuma ada sebahagian mereka yang mengharuskan alat muzik tertentu dalam keadaan tertentu. Kami nukilkan di bawah antara pandangan-pandangan mereka: Imam Malik pernah ditanya akan muzik dan nyanyian, dan beliau berkata hanya orang fasiq yang terlibat dengan aktiviti seumpama ini. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 14/55). Menurut Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah pula, mendengar nyanyian (atau alat muzik) menimbulkan mudarat yang dahsyat terhadap agama seseorang, tidak ada cara lain selain dengan menutup jalan agar tidak mendengarnya. (Rujuk Majmu’ al-Fatawa, 11/567) Beliau turut menambah, tidak harus menghasilkan alat-alat muzik, dan boleh untuk dihancurkannya disisi majoriti fuqaha; bahkan beliau menyebut bahawa alat-alat muzik merupakan arak kepada jiwa-jiwa manusia (Rujuk Majmu’ al-Fatawa, 22/140 dan 10/417). Menurut Imam al-Nawawi, para ulama bersepakat atas haramnya upah yang diperoleh oleh penyanyi dalam aktiviti nyanyian. Ini juga pandangan Ibn Abidin dalam hasyiah beliau (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 10/231 dan Radd AlMukhtar ‘ala Ad-Dur Al-Mukhtar, 6/424). Artikel dipetik daripada Mufti Wilayah Persekutuan Penyunting : MUHAMMAD SYAMIM HAZIQ BIN KASSIM (19DMC23F1038)


PANDANGAN ULAMA BESERTA DALIL 08 Fatwa Yang Mengharuskan Muzik dan Nyanyian. Terdapat juga sebahagian ulama silam yang mengharuskan alat muzik, antaranya: Abu Bakar Ibnu al-Arabi setelah membawakan hadithhadith yang digunakan untuk mengharamkan nyanyian mengatakan tidak ada satu pun dalil yang sahih untuk mengharamkan nyanyian, kerana perawi-perawinya yang tidak tsiqah. Yang lebih sahih ialah riwayat-riwayat tersebut adalah batil. (Rujuk Ahkam al-Qur’an, 3/526) Ibnu Hazm sewaktu membahaskan hukum nyanyian mengatakan bahawa semua riwayat hadith tentang haramnya nyanyian adalah batil. Tentang ayat 6 surah Luqman yang menjadi pengharaman nyanyian pula, beliau menjelaskan bahawa ayat tersebut menyebutkan satu sifat yang barangsiapa mengerjakannya akan menjadi kafir tanpa diperselisihkan lagi, iaitu apabila dia menjadikan agama Allah SWT sebagai bahan mainan. Oleh kerana itu, jika seseorang membeli senaskhah alQuran untuk menyesatkan orang ramai dan menjadikannya sebagai permainan, maka jelas dia adalah kafir. Inilah yang dicela Allah SWT. Allah SWT sama sekali tidak mencela orang-orang yang membeli lahwal hadith itu sendiri yang boleh dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati, bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah. Artikel dipetik daripada Mufti Wilayah Persekutuan


Hadith Nabi SAW berkenaan niat untuk menentukan hukum halal dan haram amalan seseorang : HADITHDARINABIMUHAMMAD SAW 09 َّنَما ِل ُكِّل اْم ِرٍئ َما َنَوى َّياِت، َوِإ َّنَما ا َألْعَماُل ِبالِّن ِإ Maksudnya: Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya. Sahih al-Bukhari Jadi barangsiapa mendengar nyanyian dengan niat untuk bermaksiat kepada Allah SWT, maka jelas dia adalah fasiq, dan ini termasuk semua perkara selain nyanyian. Begitu juga barangsiapa berniat untuk menghiburkan hati supaya dia mampu berbakti kepada Allah SWT dan lebih bersemangat dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap laghwun sahaja yang diharuskan. (Rujuk Al-Muhalla bil Athar, 7/567). Syeikh Sulaiman al-Jamal yang mensyarahkan Minhaj al-Tullab karangan Syeikh Zakariyya alAnsari pula memakruhkan nyanyian tanpa alat muzik, meskipun nyanyian itu dinyanyikan oleh ajnabi atau golongan amrad (remaja lelaki yang kurang sifat kelakian). Namun jika ditakuti timbulnya fitnah atau melibatkan pandangan mata yang diharamkan, maka nyanyian tersebut menjadi haram. Adapun nyanyian ibu untuk menenangkan anaknya atau untuk melajukan pergerakan unta yang ditunggang seperti amalan orang Arab, maka tiada keraguan akan keharusannya. Syeikh Sulaiman turut memetik pandangan Imam al-Ghazali yang menyatakan setiap nyanyian bergantung kepada niat; niat untuk bermaksiat dihukumkan maksiat, ketaatan sebagai ketaatan dan jika tidak berniat apa-apa, maka ia dikira sebagai al-lahwu yang dimaafkan. Manakala nyanyian yang disertai alat muzik, maka ia dikira haram. (Rujuk Hasyiyah Jamal ‘ala Syarh Minhaj al-Tullab, 5/380). Artikel dipetik daripada Mufti Wilayah Persekutuan Penyunting : MUHAMMAD SYAMIM HAZIQ BIN KASSIM (19DMC23F1038)


10


ANTARA NAMA-NAMA ALAT MUZIK YANG DISEBUT DALAM HADITH DAN KITAB PARA ULAMA’ IALAH: 11 alat muzik yang disebut dalam hadith dan kitab Al-Thunbur (sejenis alat muzik bertali seperti gambus) At-Thabl (drum) Al-Mizmar (seruling) Al-Autar (gitar) Al-‘Uud (sejenis alat muzik bertali seperti gambus) Al-Duff (gendang) Asalnya, perkataan muzik berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘muisike’ atau ‘mousa’. Ia juga dikatakan berasal daripada musica yang merangkumi seni muzik yang berbeza-beza dan alat-alat muzik seperti seruling, biola, gendang, dulcimer, kecapi, mandolin, simbal dan sebagainya. Dari sudut perspektif moden, muzik sepertimana yang disebut dalam Cambridge Dictionary ditakrifkan sebagai: “pattern of sounds made by musical instruments, voices, or computers, or a combination of these, intended to give pleasure to people listening to it” yang bermaksud bunyi yang terhasil daripada alatan muzik, suara, komputer, atau gabungan kesemua ini yang bertujuan memberikan ketenangan kepada pendengar. Menurut Kamus Dewan pula, muzik bermaksud gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan atau bunyibunyian yang terhasil daripada alatan. Artikel dipetik daripada Mufti Wilayah Persekutuan Penyunting : MUHAMMAD AFWAN BIN MOHD ASRI (19DMC23F1004 )


Penggunaan muzik sebagai terapi dalam perubatan tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh tamadun Greek . Terdapat sekurangkurangnya lima orang sarjana Greek yang mempunyai pandangan sendiri dalam hal berkaitan terapi muzik. Plato menggunakan konsep Harmonia (harmoni) dalam menerangkan kuasa muzik yang akhirnya akan mempengaruhi seseorang. Plato juga menggunakan konsep yang sama di dalam Timaeus (buku yang mengandungi banyak dialog mengenai perbahasan antara ramai sarjana) berkenaan falsafah yang digunakan oleh Pythagoras iaitu hubungan berangka (numerical relationships) antara ruang muzik (musical intervals) dan cakarewala (cosmic spheres). Sarjana dalam tamadun Islam yang terawal menggunakan muzik sebagai terapi ialah al-Kindi atau nama sebenar beliau ialah Abu Yaqub ibn Ishaq al-Kindi (801-870M). Shiloah (1995) menjelaskan bahawa, al-Kindi berpegang kepada falsafah Aristotle iaitu muzik mempunyai kaitan dengan manusia dan juga kosmologi menerusi unsur bumi iaitu air, udara, api dan tanah. Bagi Ikhwan al-Safa’ pula, mereka berpandangan bahawa wujud kaitan antara muzik dengan astrologi. Fadlou (1995) mengatakan bahawa, pendekatan bunyi yang pertama oleh Ikhwan alSafa’ sebagai ahli fizik ialah membincangkan mengenai sifat semula jadi bunyi iaitu dari segi sebab dan akibat serta pembahagiannya. 12 muzik sebagai terapi MUZIK SEBAGAI TERAPI DALAM PERUBATAN Penulis dan disunting: MUHAMMAD ADAM FARIZ BIN SHUZAIRI (19DMC23F1026) Artikel dipetik daripada Hidayah Sufie,Universiti Kebangsaan Malaysia


KONSEP ISLAMISASI SENI MUZIK Jika dilihat kepada senario seni muzik hari ini, sebilangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya, telah menganggap bahawa nasyid adalah satu-satunya seni muzik Islam, manakala yang selainnya adalah tidak Islamik. Oleh sebab itulah mereka menolak seni muzik moden kerana dikatakan haram di sisi agama Islam. Tanggapan ini masih berlaku dan sekiranya keadaan ini berterusan tanpa ada usaha untuk memurnikan fahaman tersebut, maka umat Islam akan ketinggalan dalam dunia hiburan. Malah akan ada sebahagian mereka yang lain yang terus beranggapan bahawa agama Islam mengongkong penganutnya untuk berhibur sedangkan Islam tidak akan menghalang sesuatu seni muzik sama ada tradisional atau moden selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Persoalannya sekarang, seni muzik itu tidak haram pada zatnya tetapi haramnya disebabkan oleh faktor-faktor lain yang ada bersama-sama dengannya. 13 Oleh itu, sesuatu pelaksanaan yang berkait dengan seni muzik seperti masa persembahan, cara penyampaian, suasana tempat persembahan harus diambil kira. Dalam hal ini, Imam al-Ghazali telah menjelaskan bahawa terdapat tiga kriteria penting yang mempengaruhi hukum seni muzik iaitu ‘zaman’(masa), ‘makan’(tempat), dan ‘ikhwan’(aktiviti) (al-Ghazali 1998: 376). Penyunting : MUHAMMAD BAIHAQI BIN SUHAIMI (19DMC23F1024) Artikel dipetik daripada MOHAMAD KAMIL BIN HJ AB MAJID,Universiti Kebangsaan Malaysia


LAMPIRAN BERGAMBAR 14 Sumber baihaqi


KESIMPULAN Konsep Islamisasi seni muzik menyediakan satu ruang kepada masyarakat Islam khususnya, di samping memperkaya bentuk seni muzik untuk dinikmati sebagai satu alternatif yang wajar diketengahkan pada waktu ini. Ini memandangkan Islamisasi seni muzik bukanlah mencipta atau mewujudkan satu seni muzik yang baru. Akan tetapi kita seharusnya mengislamisasikan seni muzik yang dikatakan bercanggah dengan syari’at agar selaras dengan tuntutan syarak dan mampu mendidik jiwa manusia. KESIMPULAN DARI TERAPI MUZIK DALAM ISLAM 15 Merujuk realiti yang berlaku ke atas seni muzik, maka Islamisasi seni muzik merupakan satu keperluan yang amat penting selaras dengan perkembangan seni muzik semasa tanah air dan dunia hari ini. Dengan terlaksananya Islamisasi seni muzik, diharapkan dapat memberi satu alternatif baru kepada umat Islam untuk menikmati dan berhadapan dengan dunia muzik moden. Di samping itu juga, kehendak naluri manusia secara tidak langsung tidak lagi terabai malah dapat dipenuhi dengan jayanya. Artikel ditulis oleh MUHAMMAD BAIHAQI Penyunting : MUHAMMAD BAIHAQI BIN SUHAIMI )19DMC23F1024(


Y.M Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas,2008,Sejarah Ringkas Seni Muzik, https://www.ikim.gov.my/index.php/2008/03/16/tinjauan-ringkas-sejarahfalsafah-dan-teori-muzik-islami/[29 mac 2024] 16 R U J U K A N Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad alBakri,2019,Pandangan Ulama Berserta Hadith,https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3570-bayan-linnassiri-ke-197-islam-dan-muzik[29 mac 2024] Editorial Team,2003,Hadith Seni Muzik,https://muslimheritage.com/ziryabthe-musician/[29 mac 2024] Hidayah Sufie,2016,Muzik Dalam Perubatan Islam,https://www.researchgate.net/publication/312540112_Konsep_Terapi _Muzik_dalam_Tamadun_Islam[29 mac 2024] MOHAMAD KAMIL BIN HJ AB MAJID,2008,Islamisasi Dalam Seni Muzik,https://journalarticle.ukm.my/230/1/1.pdf[29 mac 2024]


HTTPS://PMS.MYPOLYCC.EDU.MY/ [email protected] HTTPS://WWW.INSTAGRAM.COM/POLYTECHNICMU ADZAMSHAH/ 09 450 2005/ 2006 /2007 EDITOR BY BAIHAQI


Click to View FlipBook Version