PERKHEMAHAN DAN IKHTIAR HIDUP N U R U L A L I Y A H B T A B D U L L A H 2 0 2 2 6 6 4 9 9 4 HBU111 Disediakan oleh :
ISI KANDUNGAN Biodata pelajar ........................................................................ 1 Pengenalan ............................................................................. 2 - Maksud lambang kesatria negara - Makna perkhemahan - Makna ikhtiar hidup Jenis-jenis khemah .................................................................. 3 – 4 Peralatan perkhemahan ........................................................... 5 – 7 Teknik pemilihan tapah perkhemahan ....................................... 8 - Elakkan daripada tempat berikut Kemahiran sebelum memasuki hutan ........................................ 9 – 10 Ikhtiar hidup ........................................................................... 11 - Situasi - Punca - Kemahiran ikhtiar hidup 5 Elemen utama dalam ikhtiar hidup ......................................... 12 – 14 Jenis-jenis survival ................................................................... 15 - Alatan-alatan ikhtiar hidup Lampiran ................................................................................. 16 – 17
BIODATA PELAJAR NAMA : NURUL ALIYAH BINTI ABDULLAH UMUR : 19 TAHUN ID PELAJAR : 2022664994 KUMPULAN : HBU111NTPH KOD KURSUS : CS143 PROGRAM : SAINS MATEMATIK NAMA JURULATIH : ENCIK RUSLI BIN YEOP DAHARI TEMPAT PENGAJIAN : UiTM TAPAH , PERAK
PENGENALAN MAKSUD LAMBANG KESATRIA NEGARA Bulan bintang : Melambangkan islam sebagai agama rasmi negara Bunga padi : Melambangkan makanan asas serta kemakmuran negara Warna kuning : Melambangkan kedaulatan dan kesetiaan negara Warna merah : Melambangkan keberanian Warna hijau (logo lama) : Melambangkan kemakmuran dan keamanan negara MAKNA PERKHEMAHAN Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi berteduh dan bermalam. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Berkhemah selalu digunakan oleh pengembara yang ingin bermalam di dalam hutan atau tempat yang jauh dari kediaman untuk berteduh. MAKNA IKHTIAR HIDUP Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan seseorang yang berusaha untuk terus hidup di alam luar kediaman. Ikhtiar hidup juga merupakan salah satu aktiviti dalam perkhemahan. Aktiviti ini untuk menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang itu untuk hidup di luar. Selain itu, ia juga boleh ditakrifkan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang itu untuk terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.
JENIS – JENIS KHEMAH RIDGE TENT Khemah jenis ini mempunyai tiang yang melintang sepanjang bumbung. Ianya diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat. DOME TENT Khemah jenis ini berbentuk gelembung dan diperbuat daripada material yang kalis air. Ciri utama khemah jenis ini adalah ianya mudah dibawa dan sesuai untuk perkhemahan di sekolah. CABIN TENT Khemah jenis ini gaya khemah khusus yang mempunyai dinding hampir menegak, memberikan penampilan seperti kabin. Khemah ini direka bentuk dengan lebih banyak ruang di dalam, membolehkan anda bergerak dengan lebih selesa. Ia juga biasanya cepat dan mudah disediakan.
GEODESIC TENT Khemah ini ialah berbentuk separuh sfera, atau seperti bentuk khemah kubah. Sekurang-kurangnya tiga tiang khemah crossover memastikan reka bentuk yang sangat stabil, menjadikan khemah geodesic sesuai untuk digunakan dalam keadaan sukar. BELL TENT Ciri-ciri khemah ini ialah mempunyai satu tiang ditengah-tengahnya. Selain itu bentuknya adalah bulat. Sekarang khemah seperti ini sudah jarang digunakan. POP UP TENT Khemah yang sedia untuk digunakan sebaik sahaja ia dibuka, tanpa perlu membina bingkai terlebih dahulu. Ini khemah paling senang untuk digunakan.
PERALATAN PERKHEMAHAN Peti kecemasan (First Aid Kit) - First aid kit ini adalah sesuatu perkakas yang penting ketika anda memasuki hutan. Ia mampu memberi pertolongan kecemasan yang asas ketika di dalam hutan sehinggalah pesakit dibawa keluar daripada hutan tersebut. - Isi first aid kit ; Handiplast Gauze Bandage Iodin Dettol Dan sebagainya Pisau kecil (multipurpose knife) - Untuk menggunakan segala sumber tumbuh-tumbuhan dan sebagainya di dalam hutan, pisau kecil ini memainkan peranan yang penting. Dari menyiang ikan hinggalah digunakan untuk memotong tali bagi membuat khemah , ia sangat-sangat membantu bagi mereka yang selalu bercamping. Pemasang api (lighter) ataupun mancis - Benda ini adalah asas digunakan untuk menghidupkan api. Dan daripada api itu pula anda boleh masak makanan dan juga air. Anda juga boleh mencuba menggunakan cara lama untuk menghasilkan api iaitu daripada geselan kayu. Tetapi ia akan menggunakan masa dan tenaga yang banyak untuk menghasilkan api daripada cara tersebut. Kain rentang kalis air - Kain rentang ini adalah penting kerana ia boleh dijadikan khemah ataupun alas tempat duduk atau baring. Ia juga boleh digunakan untuk menutupi barang camping seperti makanan atau dapur untuk memasak ketika hujan. Benda ini mudah dibawa kerana ia boleh dilipat dan tidak mengambil ruang yang banyak dalam beg.
Bekas ubat untuk rempah - Bekas ubat yang dibeli di farmasi boleh diubah suai untuk menjadi bekas rempah ratus, atau mana-mana bekas yang sesuai. Dan setiap daripda ruang tersebut boleh diisi dengan setiap jenis rempah ratus termasuk garam dan gula sekali. Kompas dan peta - Kebanyakkan daripada kita sangat beruntung kepada GPS di telefon bimbit kita. Tetapi perlu diketahui bahawa telefon bimbit juga memerlukan perkhidmatan internet untuk mendapatkan lokasi GPS yang tepat dan selalunya coverage internet di dalam hutan adalah sangat rendah. Oleh itu, penggunaan kompas dan peta sangat membantu di dalam hutan. Baju hujan - Baju hujan yang sesuai digunakan adalah jenis ponco sebab ia tidak terlalu tebal dan kalis air. Bahkan ponco juga boleh digunakan untuk membentuk khemah. Oleh itu, jika anda malas nak bawa khemah, anda boleh bawa ponco dan ikatnya pada setiap bucu ponco tersebut kepada pokok. Powerbank - Jika dirumah anda, bateri telefon anda akan dicaskan terus daripada sumber elektrik rumah. Berlainan pula di dalam hutan, tiada sumber elektrik. Oleh itu, nak tak nak anda perlu membawa simpanan sumber elektrik yang lain untuk mengecas telefon anda di dalam hutan. Sleeping bag - Ketika anda tidur semasa bercamping, akan terdapat banyak serangga yang akan mengigit anda dan permukaan tanah juga tidak rata. Perkara ini mungkin akan membuatkan anda tidak selesa ketika anda ingin tidur. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan sleeping bag kerana kebanyakkan sleeping bag yang ada selalunya akan menutupi kebanyakkan bahagian badan kita daripada dada hingga ke bahagian kaki. Kuali memasak - Jika anda sudah bawa rempah ratus dan juga makanan basah seperti ikan, ayam dan sebagainya untuk memasak, maka anda perlulah juga membawa kuali atau bekas tin untuk memasak.
Stokin - Stokin penting untuk beberapa perkara iaitu satu untuk anda pakai ketika pakai kasut. Tetapi ia juga boleh mengelakkan diri anda digigit pacat. Ia juga penting untuk melindungi kaki anda ketika anda tidur. Kasut getah - Sebaiknya untuk masuk ke dalam hutan, anda boleh menggunakan kasut getah sebab ia sangat susah rosak. Kecuali jika anda pergi ke tempat yang licin dan curam, maka anda dinasihatkan untuk menggunakan kasut sukan atau kasut getah khas. Penutup lengan - Jika anda ingin mengelakkan gigitan lintah atau pacat pada tangan anda, maka gunakan penutup lengan. Penutup lengan ini bukan sahaja boleh mengelakkan gigitan lintah, tetapi ia juga bagus untuk mengelakkan gigitan nyamuk. Tali - Dalam pengakap, tali merupakan salah satu instrumen penting ketika mana mereka memasuki hutan. Bahkan seorang pengakap juga akan belajar pelbagai jenis cara ikatan yang boleh digunakan untuk berbagai perkara. Ia boleh digunakan untuk membuat khemah, sangkut baju, buat tripod untuk memasak air, menanda jalan dan sebagainya. Lampu - Ini merupakan salah satu perkara asas yang perlu ada. Mungkin ada yang mengatakan tidak mengapa sebab perjalanan hanya mengambil makan masa pada waktu pagi sahaja. Lampu ini sangat berguna ketika waktu malam. Bekalan doa - Ketika memasuki hutan, kita perlu membaca beberapa jenis doa untuk melindungi diri kita daripada mara bencana dan makhluk-makhluk di dalam hutan. “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan NamaNya dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.”
TEKNIK PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN Cari tapak perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata. Terdapat sumber atau punca air berhampiran. Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah. Terlindung daripada tiupan angin secara terus. Jika boleh cari lah tapak yang mempunyai permandangan yang menarik. Lakukan pemeriksaan di sekitat kawasan perkhemahan (untuk keselamatan) Jika bersantai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain. ELAKKAN DARIPADA TEMPAT BERIKUT Kawasan khemah yang lembap dan berair (khemah basah dan ketidakselesaan berlaku) Dikawasan tanah yang berlumpur (mengotorkan khemah) Tapak khemah yang hendak dipacak bukanlah aliran air kerana boleh menyebabkan banjir ketika hujan lebat. (untuk mengenal pasti, anda boleh lihat bekas kesan laluan air dan biasanya kawasan itu tidak berumput ) Berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk, haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). Dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan yang banyak. Diatas tebing curam (risiko tergelincir atau tanah runtuh) Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukaan tanah (merosakkan khemah) Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah) Dibawah pokok besar dan daunnya rimbun Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya, juga pokok berduri. Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia . Terlalu dekat dengan sungai .
KEMAHIRAN SEBELUM MEMASUKI HUTAN Mencari sumber air - Air ialah elemen penting dalam melangsungkan hidup. Manusia boleh terus hidup selama beberapa minggu tanpa makanan, tetapi dalam cuaca yang sangat panas (contohnya di gurun), manusia boleh mati dalam masa beberapa jam sahaja sekiranya kehabisan air. Menyalakan api - Selepas menjumpai sumber air, perkara kedua yang perlu dilakukan ialah membuat unggun api. Api boleh membantu memanaskan badan dalam cuaca sejuk, memasak, mendidihkan air, menakutkan binatang buas dan juga mendapatkan pertolongan . Mendirikan khemah - Jika hari sudah beransur gelap dan masih tidak menjumpai jalan keluar, anda haruslah membuat tempat berlindung untuk melindungi diri daripada hujan atau binatang liar. Mencari makanan atau memasak - Mencari tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan. - Menangkap ikan, jika berdekatan sungai dan mempunyai alat untuk menangkap ikan. - Memasang perangkap, menggunakan barang semula jadi untuk memasang perangkap haiwan. - Memburu haiwan, jika mempunyai senjata tajam atau kayu yang boleh dibuat senjata. - Selepas berjaya mencari makanan (seperti haiwan), anda boleh memasak daging bagi membunuh bakteria berbahaya. Mencari arah - Membaca kompas - mencari tempat tinggi - menggunakan arah matahari terbit dan terbenam - ikut arah aliran sungai.
Asas ikatan - Teknik-teknik simpulan tali biasanya digunakan dalam aktiviti sukan dan rekreasi seperti pelayaran, memanjat dinding batu (rock climbing) dan abseiling. - Anda boleh belajar beberapa simpulan asas sebelum memasuki hutan. Pertolongan cemas - Membawa frist aid kit jika ingin memasuki hutan jika berlaku apa-apa kecedaran yang series.
IKHTIAR HIDUP Situasi ; Kehabisan bekalan makanan dan minuman. Ancaman binatang Masalah perlindungan Lain-lain situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui peracangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan), fizikal (kecergasan, stamina), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan, pakaian dan bekalan) Punca ; Kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan, persiapan ataupun perungkat perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar. KEMAHIRAN IKHTIAR HIDUP Teknik yang digunakan dalam keadaan yang merbahaya (natural disaster) untuk menyelamatkan diri sendiri ataupun orang lain. Teknik-teknik ini bertujuan untuk menyediakan keperluan asas kehidupan manusia iaitu ; - air - makanan - tempat tinggal - habitat - keupayaan untuk berfikir - memberi isyarat - mengembara dengan selamat - mengelakkan interaksi yang tidak selamat dengan binatang - menyembuhkan apa-apa kecederaan.
5 ELEMEN UTAMA DALAM IKHTIAR HIDUP 1. FIRE (API) 2. FOOD AND DRINK (MAKANAN DAN MINUMAN) 3. SHELTER (TEMPAT PELINDUNGAN) 4. SIGNALLING (MEMBERI ISYARAT) 5. FIRST AID KIT
Api juga digunakan sebagai isyarat untuk memberitahu kepada orang lain tentang kedudukan survivor semasa berada dalam hutan. Api juga berfungsi sebagai pemanas badan dan elemen untuk melindungi survivor daripada diancam binatang buas daripada mendekati tapak perlindungan mereka. Bagi survivor yang sudah merancang perjalanan, jimatkan penggunaan makanan dan minuman. Bekalkan makanan yang ringkas tetapi berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi untuk menyimpan tenaga dalam badan. Jika kehabisan bekalan makanan/air pastikan memakan makanan tumbuhan liar yang anda pasti sahaja kerana ditakuti makanan tersebut beracun dan tidak sesuai. Tempat untuk melindungi diri daripada panas Pilih tempat berteduh yang sesuai, utamakan sumber alam semula jadi seperti gua untuk tempat tinggal agar dapat mengurangkan penggunaan tenaga, matahari, cuaca sejuk, hujan dan angin.
Dalam keadaan genting dan sukar, survivor boleh menggunakan lampu suluh, penanda berwarna cerah, wisel, pemanca cahaya keselamatan (emergency strobe) daan cermin untuk menarik perhatian. Sekiranya tidak ada alatan ini, nyalakan unggun api dalam susunan segi tiga yang menandakan anda dalam keadaan memerlukan pertolongan. First aid kit bukan sahaja memberi bantuan semasa kecederaan malahan ia merupakan tindakan asas ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan terancam dengan keadaan sekeliling. Gunakan kaedah STOP sekiranya berlaku kecemasan ; S – SEATING T – THINKING O – OBSERVER P - PLANNING
JENIS-JENIS SURVIVAL Jenis dan keadaan survival boleh dikategorikan dalam 4 bahagian ; JUNGLE SURVIVAL SEA SURVIVAL DESERT SURVIVAL ANTARTIC SURVIVAL ALATAN-ALATAN UNTUK IKHTIAR HIDUP MAKANAN PERUBATAN ALAT KEGUNAAN - Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. - Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam. - Cadangan 2 keping coklat 2 bungkus sup segera 4 sudu quaker oat Sebungkus garam 40 gram. - Perubatan amat diperlukan bila kita hendak keluar ke perjalanan yang jauh atau berada dalam keadaan dimana memerlukan mengamalkan konsep ikhtiar hidup. - Antaranya ; 5 pil anticirit-birit 1 pil antimalarial 1 set alat khusus patukan ular 4 biji paracetamol 4 panadol/ponston 10 biji antibiotic Ubat luka Ubat sapu antibiotic Dan sebagainya - Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usahausaha tertentu. Antara alat yang sesuai ; 2 utas tali pancing (sepanjang 3m) 3 bentuk mata kail/mata pancing ukuran kecil 2 utas tali untuk membuat jerat (sepanjang 3m) 2 batang lilin Sekotak mancis dan pemetik api 1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhantian)
LAMPIRAN Tapak perkhemahan Perkhemahan sekolah
LAMPIRAN Cara membina unggun api family tent
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA