The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norul hidayah, 2023-10-31 00:47:01

Bab 9 - Bumi 9.1 Sistem dan Struktur Bumi

KUMP AEIS - 1 ABK

LA TIERRA 9.1 SISTEM DAN STRUKTUR BUMI KELAS: 1 ABK BAB 9 - BUMI


Adib Hakimi (Pembuat Slide,Ketua dan Pembentang) Elman Ghazi (Pembentang) Imran Fitri (Pembentang) Shaiful Uwais (Pembentang)


9.1 SISTEMDANSTRUKTURBUMI


Berkomunikasi mengenai sistem Bumi. Menjelaskan perbezaan antara lapisan-lapisan Bumi berdasarkan komposisi dengan sifat fizik. Menyedari keadaan fizik yang sesuai untuk menampung kehidupan hanya wujud di Bumi.


SISTEM BUMI Sistem Bumi terdiri daripada empat komponen yang utama, iaitu atmosfera, biosfera, hidrosfera dan geosfera yang saling berhubung kait


HIDROSFERA Zon air yang merangkumi sungai, tasik, lautan, dan juga air yang terperangkap sebagai ais, di bawah tanah dan wap air dalam atmosfera.


DI MANAKAH HIDROSFERA? Di mana-mana sahaja anda akan jumpa! Awan A Sungai Laut ir Bawah Tanah Glasier Tasik


ATMOSFERA Zon udara yang meliputi bumi.


GEOSFERA Zon batu dan tanah di atas permukaan Bumi.


BIOSFERA Zon hidupan yang terdiri daripada beraneka hidupan. Manusia Haiwan Tumbuhtumbuhan Hidupan seni


STRATIFIKASI ATMOSFERA Troposfera Stratosfera Mesosfera Termosfera Eksosfera


LAPISAN TROPOSFERA Berada pada ketinggian 0 - 13km. Lapisan tempat benda hidup bernafas, angin bertiup, serta awan, hujan dan salji terbentuk.


LAPISAN STRATOSFERA Lapisan ini adalah sesuai dan stabil untuk penerbangan kapal terbang. Berada pada ketinggian 13 - 50km. Terdapat lapisan ozon yang mengandungi gas ozon yang dapat menyerap sinaran ultraungu matahari. Masalah penipisan ozon berlaku apabila bahan klorofluorokarbon (CFC) yang dihasilkan oleh racun serangga, peti sejuk dan penyaman udara menguraikan molekul-molekul ozon dalam lapisan ozon ini. Ozone Layer Ozone Layer Ozone Layer


LAPISAN MESOSFERA Pembakaran dan penghancuran meteorit berlaku di lapisan ini. Berada pada ketinggian 50 - 80km.


LAPISAN TERMOSFERA Juga dikenali sebagai ionosfera kerana lapisan ini mempunyai ion-ion yang dapat memantulkan gelombang-gelombang radio. Berada pada ketinggian 80 - 480km. Aurora, iaitu jalur-jalur cahaya yang berwarna-warni hasil daripada tindakan zarahzarah bercas dengan medan magnet Bumi dan gas-gas atmosfera berlaku di sini.


LAPISAN EKSOSFERA Mengandungi gas-gas ringan seperti helium dan hidrogen. Berada pada ketinggian 480km ke atas. Udara bertambah nipis menghala ke angkasa lepas. Satelit komunikasi yang mengorbit Bumi di lapisan Eksosfera membolehkan panggilan telefon dan siaran televisyen dapat diterima oleh manusia.


Dari troposfera ke stratosfera, altitud semakin meningkat. Semakin meningkat altitud, semakin kurang tekanan udara. Suhu juga semakin rendah apabila altitud meningkat.


Stratifikasi dalam Lautan Lautan juga boleh dibahagikan kepada zon-zon yang berbeza, daripada zon yang boleh ditembusi cahaya kepada zon yang langsung tidak boleh ditembusi oleh cahaya atau zon gelap.


Zon Permukaan (0 - 200 m) Dalam zon ini, air adalah sangat cetek dan cahaya boleh bergerak dan menembusinya. Hal ini membolehkan zon ini sesuai untuk habitat tumbuhan.


Zon ini mempunyai sedikit cahaya atau tiada cahaya. Tumbuhan sukar untuk hidup pada kedalaman ini tetapi tahap kedalaman ini menjadi habitat untuk haiwan laut yang besar, misalnya sotong raksasa dan pelbagai spesies ikan paus. Zon Tengah Malam (200 - 1500 m)


Zon Gelap (1500 - 10000 m) Zon ini amat dalam dan tiada cahaya yang boleh sampai. Oleh itu, kebanyakan haiwan dalam zon ini mempunyai badan yang berkilau atau bersinar dalam gelap.


TABURAN AIR DI BUMI


Lautan mempunyai kandungan air yang banyak. Dari manakah asalnya air ini? Air laut mengalami penyejatan oleh sinaran matahari dan dibawa ke daratan oleh awan sebelum turun semula ke sungai sebagai hujan. Air sungai ini pula akan mengalir ke lautan. Proses kitar air ini berterusan. Oleh itu, dikatakan bahawa jumlah air yang terkandung dalam Bumi, di permukaan Bumi dan di atmosfera Bumi adalah sentiasa tetap.


Kerak Mantel Teras (luar & dalam) Lapisan Bumi Bumi boleh dibahagikan kepada tiga lapisan utama berdasarkan sifat fizikalnya iaitu:


Lapisan Mantel Terdiri daripada komponen litosfera, astenosfera dan mesosfera. Litosfera meliputi kerak dan bahagian atas mantel. Kerak Litosfera Astenosfera Mesosfera Teras Luar Teras Dalam Mantel Teras


Bumi ialah planet ketiga dari Matahari dan merupakan satu-satunya planet yang sesuai untuk didiami dalam sistem suria kita. Salah satu keistimewaan sifat Bumi yang menyebabkan Bumi sesuai untuk semua hidupan ialah suhu Bumi tidak terlalu panas atau terlalu sejuk berbanding planet lain. Hal ini disebabkan oleh kedudukan Bumi berada tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh daripada Matahari. Selain itu, kewujudan air dan oksigen di Bumi juga menyebabkan bumi sesuai untuk semua hidupan. Oleh itu, manusia perlu mencintai Bumi dengan menjaga alam sekitar dengan baik!


SESI SOAL JAWAB


SOALAN (BOLEH RUJUK MUKA SURAT 261, 275 & 276) Bumi terdiri daripada empat sfera iaitu …(i), …(ii), …(iii) dan …(iv). Seekor ikan menangkap mangsa menggunakan cahaya. Dalam zon laut yang manakah ikan ini boleh ditemui? Mengapa? Rajah 1 menunjukkan lapisan-lapisan di dalam Bumi. Namakan setiap lapisan itu dengan nama yang betul. Fenomena cuaca seperti hujan, awan, gempa bumi, ribut dan lain-lain terbentuk dalam atmosfera Bumi. Dalam lapisan atmosfera yang manakah fenomena tersebut terjadi? Rajah 2 menunjukkan lapisan atmosfera. 1. 2. 3. 4. 5. a) Lapisan manakah yang mempunyai aurora? b) Nyatakan dua benda hidup yang boleh didapati di ruang P.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version