1 JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU) SEMESTER: 5 TAHUN: 2 EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN DISEDIAKAN OLEH: NAFIS HUSAINI BIN MOHD FAISAL NO. K/P: 031206-06-0183 PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KUMPULAN / UNIT: ANGKA GILIRAN: PENDIDIKAN JASMANI 2 2021102340369 ISI KANDUNGAN PENSYARAH: DR MOHD. RAMZAN B AWANG TARIKH HANTAR: 27 APRIL 2024 Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Tarikh: 27 APRIL 2024
2 ISI KANDUNGAN.……………….…………………………………………………..…….……..2 BORANG MAKLUM BALAS……………….…………………………….………………..…….3 MAKLUMAT PELAJAR…………………………………………………………………………..4 PENGAKUAN…………….…………………………………………….………………..…….....5 PENGHARGAAN…………………………………………………………………………………6 PENGENALAN……………………………………………………………………………………7 PENILAIAN DSKP……………………………………………………………………………….7-8 PERANCANGAN KAEDAH PENTAKSIRAN……………………………………………...…8-9 PEMILIHAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN………………………………..…10-12 PEMBINAAN RUBRIK ………………………………………………………………………..12-13 RUMUSAN…………………………………………………………………………………………..13 RUJUKAN……………………………………………………………………………………….14-15 LAMPIRAN……………………………………………………………………………………...16-21
3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama: NAFIS HUSAINI BIN MOHD FAISAL Angka Giliran: 2021102340369 Kod: EDUP 3153 Nama Kursus : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Pensyarah: DR MOHD RAMZAN BIN AWANG Tarikh Hantar : 27 APRIL 2024 Tarikh Diterima (Diisi oleh Pensyarah) Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh : Tandatangan: Tarikh : Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan pelajar: ______ Tarikh:_27 APRIL 2024_ Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balasa yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada): Tandatangan pelajar : ___________________ Tarikh : __________________
4 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEM 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN TAHUN 2024 MAKLUMAT PELAJAR NAMA PELAJAR NAFIS HUSAINI BIN MOHD FAISAL UNIT PENDIDIKAN JASMANI 2 AMBILAN JUN 2022 NO. KAD PENGENALAN 031206-06-0183 TARIKH LAHIR 6 DISEMBER 2003 ALAMAT PELAJAR NO 17, LORONG SUNGAI ISAP JAYA 4, TAMAN SURIA PERDANA, 25150, KUANTAN, PAHANG. EMAIL PELAJAR [email protected] NO. TELEFON PELAJAR 011-555-10312 BANGSA MELAYU MENTOR EN. MOHD SYUKRI ALIFF BIN MOHD AZIZ
5 PENGAKUAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Saya NAFIS HUSAINI BIN MOHD FAISAL No. Kad Pengenalan 031206-06-0183 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) Major/Opsyen PENDIDIKAN JASMANI dengan ini Mengaku bahawa tugasan EDUP 3153 (PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN) Adalah hasil kerja saya sendiri kecuali sesetengah bahan-bahan yang telah saya nyatakan sumbernya ………..... (Tandatangan pelajar) Nama: NAFIS HUSAINI BIN MOHD FAISAL No. KP: 031206-06-0183
6 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi, Tuhan yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurniaanNya saya dapat menyiapkan kerja tugasan penulisan esei yang diberikan ini dengan jayanya. Dengan keberkatannya, saya dapat menyelesaikan kerja tugasan PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN (EDUP 3153) ini dalam waktu yang ditetapkan. Saya juga ingin bersyukur ke atas Tuhan yang telah mengurniakan saya kesihatan yang terjamin semasa melaksanakan kerja tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang telah menolong saya sepanjang saya menyiapkan kerja tugasan ini. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada pensyarah tercinta saya iaitu Dr. Mohd Ramzan Bin Awang kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka anjakan paradigma yang mampu mencetuskan idea dan ruang pemikiran yang baharu dalam menyempurnakan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang menjadi wadah untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa motivasi dan galakan daripada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga saya, saya tidak mungkin dapat memanifetasikan sebuah kerja kursus yang begitu baik sekali pada pandangan saya. Sejajar dengan itu, saya juga ingin mengutarakan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya dan banyak memberi tunjuk ajar serta peringatan kepada saya dengan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh saya kepada mereka. Tuntasnya, kata-kata terima kasih tidak cukup untuk menggambarkan pertolongan mereka kepada saya. Tanpa mereka, kerja kursus ini tidak dapat diimplimentasikan dengan efisiennya. Segala pertolongan mereka adalah sangat signifikan dan mereka membantu mengatasi dan menyelesaikan setiap kekangan dan onak duri yang dihadapi oleh saya dalam arena pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini.
7 PENGENALAN Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan perubahan yang dilakukan dengan pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diperkenalkan pada tahun 2017. KSSM memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu standard kandungan, standard pembelajaran, dan standard prestasi. Proses pembangunan kurikulum mengambil kira ketiga-tiga aspek ini, menjadikan penilaian sebagai elemen penting dalam pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana tugas guru bukan sahaja menyediakan kurikulum yang direka bentuk, tetapi juga menilai pelajar sepanjang proses pengajaran. Tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah, memandangkan guru mesti mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk melaksanakan kedua-dua kerja ini (Lane, Oakes, Powers, Diebold, Germer, Common, & Brunsting, 2015). Guru bukan sahaja perlu menguasai kandungan kurikulum tetapi juga perlu mengetahui cara melaksanakan kurikulum menggunakan kaedah yang sesuai (Lam, 2015). PBD merupakan kaedah yang diperkenalkan untuk mengukur secara berterusan proses perkembangan pembelajaran pelajar (Jacob & Parkinson, 2015). Proses ini sangat berbeza dengan peperiksaan, di mana kejayaan pembelajaran seseorang pelajar diukur hanya pada akhir proses pembelajaran. Terdapat perbezaan besar antara kedua-dua konsep ini kerana PBD adalah penilaian formatif manakala peperiksaan adalah penilaian sumatif. Memandangkan ujian dan penilaian adalah dua proses yang berbeza, guru mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang cara mengendalikan kedua-dua proses ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bersamasama membangunkan sistem pentaksiran untuk menilai pelajar secara lebih menyeluruh berbanding peperiksaan. Proses ini juga menunjukkan minat Jabatan Pendidikan terhadap proses pembelajaran pelajar berbanding prestasi mereka. Berfokus pada matlamat ini, ketiga-tiga pihak ini dapat mencipta kurikulum yang merangkumi ketiga-tiga standard iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Ketiga-tiga elemen ini memerlukan guru sebagai pelaksana kurikulum mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dalam tugas pengajaran dan pentaksiran. PENILAIAN DSKP Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) merupakan panduan utama guru menjalankan PdP di sekolah. DSKP mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang menghuraikan kandungan pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Standard Prestasi pula memperincikan kriteria perkembangan murid untuk direkodkan dalam pentaksiran. Jadi, jika guru ingin menentukan tahap murid bermakna guru perlu merujuk kepada kepada DSKP
8 kerana ia merupakan asas utama. Guru perlu melihat dari segi prestasi murid tersebut atas satusatu kemahiran yang murid sudah belajar. Bermakna ada instrumen yang guru perlu sediakan mengikut kepada semua aras dan mengikut kepada kemampuan murid untuk mencapai satu-satu tahap tu. Mengikut tahap masing-masing. Topik yang saya pilih untuk merancang pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran adalah topik 1, iaitu Kesihatan diri dan reproduktif. Sebelum merancangkan PdPc, perkara yang perlu dikenal pastikan adalah objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran ialah penyataan yang menerangkan apa yang ingin dan perlu dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran. Kemahiran apa, topik apa, dari bahan apa, berapa banyak soalan atau latihan yang akan dinilai sebagai kayu ukur dan bagaimana kemahiran itu dapat dinilai. Penetapan objektif pembelajaran akan menjadi panduan serta rujukan utama kepada guru untuk mencadangkan, menentukan dan menyusun atur segala aktiviti PdPc supaya tidak menyeleweng dari tujuan yang sebenar. Kriteria kejayaan adalah elemen kecil objektif pembelajaran, kriteria kejayaan boleh membantu guru membangunkan aktiviti yang sesuai dan memastikan aktiviti pembelajaran yang teratur. Selain itu, guru boleh melihat pecahan kecil aktiviti dan menggabungkan pembelajaran yang berbeza mengikut keperluan. Elemen kriteria kejayaan ini membolehkan guru menilai dan membuat refleksi dengan mudah selepas PdPC kerana hasil murid yang nyata dapat dilihat. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Psikomotor - Murid dapat mendemonstrasi perubahan yang terdapat selepas akil baligh. Kognitif - Murid dapat menyatakan perubahan fizikal selepas akil baligh Afektif - Murid mampu menyuarakan maklumat dengan yakin dan kreatif KRITERIA KEJAYAAN Psikomotor - 13 orang murid dapat menunjukkan 3 daripada 5 perubahan fizikal selepas akil baligh. Kognitif - 13 orang murid dapat menyatakan sekurang-sekurangnya 3 perubahan fizikal selepas akil baligh. Afektif - 13 orang murid mampu mempamerkan keyakinan semasa sesi simulasi situasi. PERANCANGAN KAEDAH PENTAKSIRAN Pengujian yang berorientasikan peperiksaan telah dimansuhkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada Oktober 2018. Hal ini tela mencetus pelbagai reaksi daripada masyarakat, terdapat masyarakat yang menganggap perkara ini memberi impak positif dan terdapat juga masyarakat yang kurang berpuas hati terhadap perkara ini (Joohari Ariffin & Kalai Selvan Arumugham 2021).
9 Namun perubahan ini membolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada tugas mendidik dan pada masa yang sama dapat mengurangkan tekanan kepada murid pada usia awal (Maszlee Malik, 2019). Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru bagi menetapkan pencapaian murid. Oleh itu saya menggunakan 3 kaedah iaitu kaedah pemerhatian, pentaksiran secara lisan dan bertulis atau formatif. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka 2012, Pemerhatian bermaksud memerhatikan dan mengamati sesuatu. Pemerhatian juga merupakan perkara rutin harian samaada secara sedar atau tidak sedar untuk memahami apa yang berlaku disekeliling mereka (Ghazali & Sufean 2021). Oleh itu, guru akan memerhatikan murid sepanjang PdPc berjalan bagi menetapkan pencapaian mereka. Selain itu kaedah penulisan, dimana guru akan mentafsir hasil penulisan murid sepanjang PdPc berjalan bagi menetapkan pencapaian mereka dimana metode penulisan ini merujuk kepada penilaian tahap menulis murid-murid. Akhir sekali kaedah lisan dimana ia bertujuan untuk menilai tahap komunikasi, percakapan dan pertuturan mereka. Oleh itu, guru akan mentafsir tahap pertuturan dan komunikasi murid sepanjang PdPc berjalan bagi menetapkan pencapaian mereka. KAEDAH PENTAKSIRAN JUSTIFIKASI Pemerhatian 1. murid dapat menjawab dan memberikan respon ketika PdPc berjalan 2. Murid terlibat secara aktif ketika PdPc berjalan. - Dua hala Pentaksiran secara lisan 1. Soal Jawab - Kaedah inklusif yang membolehkan murid bermasalah menulis mempamerkan kemampuan diri - Guru dapat memberi galakan dan motivasi secara verbal Pentaksiran formatif / Bertulis 1. Lembaran kerja - Sebagai pengukuhan ilmu pengetahuan kepada murid - Mendorong pembelajaran adaptatif murid dan memudahkan guru mengambil tindakan susulan
10 PEMILIHAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN Instrume pentaksiran yang saya pilih ialah senarai semak dimana dalam pengajaran yang dijalankan, senarai semak dijadikan alat penyemakan yang digunakan dalam proses memahami kriteria kejayaan murid dengan jelas dan memastikan semua aspek pencapaian murid telah dinilai. Senarai semak ini ialah alat perancang atau alat bantuan (scaffold) yang digunakan oleh guru untuk membimbing murid daripada melakukan kesilapan-kesilapan kecil semasa menjawab item pentaksiran. Item pentaksiran yang digunakan ialah lembaran kerja yang mempunyai pelbagai soalan dari aras yang berbeza bagi mengukur tahap kefahaman dan pencapaian murid. JADUAL PENGIRAAN SPESIFIKASI UJIAN Bil Topik Masa untuk mengajar Kiraan peratus markah Peratus markah Kiraan bilangan item Bilangan item 1. 1) Akil Baligh 0.5 jam 0.5 0.5 × 100 100 100 100 × 4 4 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Bil. Aras Kemahiran Jumlah Item Wajaran Topik C2 C3 C4 (%) 1. Topik 1 1 2 1 4 100 Jumlah 1 2 1 4 100 Nisbah aras kesukaran: 25% mudah, 50% sederhana, 25% sukar 25 50 25
11 SENARAI SEMAK PENARAFAN KECEMARLANGAN MURID KELAS 4 UKM NAMA : _______________________ TAHUN : _______________________ Tandakan (/) pada petak skor yang disediakan mengikut petunjuk berikut. 1 = tidak memuaskan 2 = memuaskan 3 = sederhana 4 = baik 5 = sangat baik TAHAP SKOP SKOR ANALISIS 1 2 3 4 5 GURU BIDANG PSIKOMOTOR 1. - Murid dapat melabelkan anggota yang melibatkan akil baligh. 2. - Murid dapat merancang cara mengurus diri selepas akil baligh 3. - Murid dapat membulatkan anggota yang berubah selepas akil baligh dengan gambar yang diberikan 4. - Murid dapat mendemonstrasikan cara menguruskan diri semasa dan selepas akil baligh BIDANG KOGNITIF 1. - Murid dapat menyebutkan perubahan yang berlaku selepas akil baligh 2. - Murid dapat mengkategorikan perubahan yang berlaku selepas akil baligh bagi lelaki dan perempuan - 3. - Murid dapat mengenalpasti bilakah waktu terjadinya akil baligh. 4. - Murid dapat membandingkan perbezaan dan persamaan antara perubahan yang berlaku selepas akil baligh bagi lelaki dan perempuan
12 BIDANG AFEKTIF 1. - Murid dapat memberi pandangan sendiri dengan yakin 2. - Murid dapat bertanya soalan sendiri dengan yakin 3. - Murid dapat membantu rakannya dengan yakin 4. - Murid menunjukkan keyakinan semasa menjalani demonstrasi dalam kerja sekumpulan PEMBINAAN RUBRIK Aspek/ Kriteria Cemerlang (5-4 markah) Sederhana (3-2 markah) Gagal (1-0 markah) Penyampaian maklumat (Pembentangan) (5 markah) Pembentangan yang disampaikan amat jelas dan yakin. Nada suara yang sesuai. Penggunaan bahasa yang tepat dan menarik. Penggunaan bahan yang amat berkesan. Semua ahli membentang secara adil dan saksama Pembentangan yang disampaikan jelas. Nada suara yang berkesan. Penggunaan bahasa yang tepat. Penggunaan bahan yang berkesan. Separuh ahli kumpulan sahaja yang membentang Pembentangan yang dihasilkan kurang jelas. Nada suara tidak berkesan. Penggunaan bahasa yang kurang tepat. Penggunaan bahan kurang menarik. Hanya seorang sahaja yang membentang Lembaran kerja (5 markah) Dapat menjawab soalan dengan sangat baik. Cara penulisan yang amat baik. Penggunaan bahasa yang sangat baik. Pengetahuan diaplikasi dalam jawapan dengan baik. Penerangan jawapan yang amat jelas. Dapat menjawab soalan dengan baik. Cara penulisan yang baik. Penggunaan bahasa yang baik. Pengetahuan diaplikasi dalam jawapan. Penerangan jawapan yang jelas. Tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Cara penulisan kurang baik. Penggunaan bahasa kurang baik. Pengetahuan tidak diaplikasikan dalam jawapan. Penerangan jawapan yang kurang jelas.
13 Rubrik ialah sejenis alat penilaian yang menyediakan panduan untuk menilai prestasi. Keputusan kualiti respons adalah berdasarkan penerangan bagi setiap item yang disediakan (Glass, 2005). Menurut Reddy (2011), rubrik ialah alat penilaian yang boleh menerangkan dan menilai perbezaan prestasi kualitatif. Rubrik ini merupakan alat penilaian yang penting kerana ia memberikan ukuran yang lebih tepat dan bermakna kerana penilaian adalah berdasarkan satu set kriteria deskriptif yang disusun ke dalam pemeringkatan tahap prestasi yang diperakui. Selain sebagai panduan kepada guru dalam penilaian mereka, rubrik kini digunakan secara meluas oleh pelajar untuk membimbing dan menilai hasil kerja mereka (Glass, 2005). Jadi disini dapat disimpulkan bahawa Rubrik ialah alat penilaian yang digunakan untuk menilai kualiti kerja dan prestasi pelajar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan ia boleh digunakan dalam pelbagai tetapan pendidikan, termasuk tugasan penggredan, projek, pembentangan dan prestasi. RUMUSAN Tuntasnya, pentaksiran bilik darjah, merupakan alat penting untuk menilai prestasi dan tahap pencapaian murid. Melalui pendekatan ini, guru dapat memantau kemajuan murid secara berterusan, mengenal pasti keperluan pembelajaran individu dan menyediakan intervensi yang sesuai. Dengan menggunakan pelbagai instrumen dan kaedah pentaksiran yang sesuai, guru dapat menyediakan maklum balas yang berterusan kepada murid, membimbimg pembelajaran secara efektif dan memastikan pencapaian pembelajaran yang optimum. Hal ini membolehkan sekolah untuk mencapai matlamat mereka dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan membantu murid mencapai potensi maksimum mereka.
14 RUJUKAN Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Janjong Malim: Quantum Books Dwyer, F. M. (1991). A paradigm for generating curriculum design oriented research questions in distance education. Second American Symposium Research in Distance Education, University Park, PA: Pennsylvania State University. Glass, K. (2005). Curriculum design for writing instruction. Thousand Oaks: Corwin Press. Jacob, R., & Parkinson, J. (2015). The potential for school-based interventions that target executive function to improve academic achievement: A review. Review of Educational Research, 85(4), 512-552. Joohari, A. & Kalai Selvan, A. (2021). Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR.) dan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD): Satu Tinjauan dalam Kalangan Guru Besar. Asian People Journal 2021. Vol 4(2). 80-89. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Lam, R. (2015). Language assessment training in Hong Kong: Implications for language assessment literacy. Language Testing, 32(2), 169-197. Lane, K. L., Oakes, W. P., Powers, L., Diebold, T., Germer, K., Common, E. A., & Brunsting, N. (2015). Improving teachers' knowledge of functional assessment-based interventions: Outcomes of a professional development series. Education and Treatment of Children, 38(1), 93-120 Linn, R & Gronlund, N. (2000). Measurement and Assessment in Teaching. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Maszlee M. (2019). 10 Sebab Peperiksaan Tahap Satu Dimansuhkan - Maszlee Malik. Retrieved from:https://www.bharian.com.my/berita/nasional 2019.01516704/10-sebabpeperiksaan-tahap-satu-dimansuhkan-maszlee. Maszlee. M. (2019). 10 Sebab Peperiksaan Tahap Satu Dimansuhkan – Maszlee Malik. Retrieved from: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/516704/10- sebab-peperiksaan-tahap-satu-dimansuhkan-maszlee. Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Nitko, A.J. (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
15 Reddy, M. (2011). Design and development of rubrics to improve assessment outcomes: A pilot study in a Master's level business program in India. Quality Assurance in Education, 19 (1), 84-104
16 LAMPIRAN PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PJPK (PK) MATA PELAJARAN Pendidikan Kesihatan TARIKH 6 Februari 2024 MASA 10.20 pg – 10.50 tgh (30 Minit) KELAS Tahun 4 UKM BILANGAN MURID 13 Orang TUNJANG Kesihatan Diri TAJUK 1.0 Kesihatan diri dan reproduktif SUBTAJUK Akil Baligh STANDARD KANDUNGAN 1.1 Kemahiran membuat keputusan dalam konteks kesihatan diri dan reproduktif STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Menyatakan maksud akil baligh. 1.1.2 Membincangkan dan memerihal perubahan fizikal lelaki serta perempuan apabila akil baligh. 1.1.5 Menilai amalan terbaik pengurusan diri apabila akil baligh. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat: (Psikomotor) i. Murid dapat menyusun “puzzle” (kognitif) ii. Menyatakan maksud akil baligh iii. Menyatakan 3 perubahan fizikal lelaki dan perempuan ketika akil baligh. iv. Menyatakan 3 cara menjaga kebersihan fizikal dan pengurusan diri apabila akil baligh (afektif) i. Bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. ii. Bertanggungjawab dan dapat membina keyakinan diri. PENGETAHUAN SEDIA ADA - Melihat perbezaan fizikal kedua ibu bapa antara diri sendiri - Murid pernahmengalami perubahan fizikaltubuh badan. BAHAN BANTU BELAJAR Tayangan slaid, laptop, speaker, gambar, Buku Teks, Lembaran Kerja PENGABUNGJALINAN Pendidikan Sivik, Hargai Diri KEMAHIRAN GENERIK Nilai Murni : Kerjasama, Menghormati, Menghargai Kemahiran Insaniah : Kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi
17 Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi 5 minit Menyusun “Puzzle” 1. Guru menyediakan 2. “Puzzle” perkataan 3. Akil Baligh dan Perubahan Fizikal. 4. Para murid diminta menyusun “Puzzle” tersebut. 5. Akhir sekali murid beramairamai menyebut hasil kerja mereka iaitu topik pelajaran pada hari ini Kemahiran : kerjasama Nilai : Hormat Abm: Puzzle Perkembangan 12 minit 1. Perkembangan akil baligh - Dengan berpandukan buku teks, guru merangsang murid untuk mengemukakan idea tentang perkembangan akil baligh. - Murid diberikan kebebasan memberikan idea dengan bantuan dan panduan guru Strategi: Perbincang an dan main peranan 2. aktiviti perbincangan tentang perubahan fizikal - Guru membincangkan bersama para murid berkenaan perubahan fizikal perempuan selepas akil baligh - Buku teks dan tayangan slaid haid digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada murid Strategi: perbincang an Nilai: Hormat 3. aktiviti perbincangan tentang perubahan fizikal lelaki - Guru membincangakn bersama murid berkenaan perubahan fizikal lelaki selepas akil baligh. - Buku teks dan tayangan slaid digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada murid Strategi: perbincang an Nilai: hormat Abm: laptop dan speaker
18 Kemuncak 8 minit Aktiviti perbandingan pertumbuhan fizikal lelaki dan wanita - Berpandukan isi pembelajaran yang telah disampaikan - Murid diarahkan membuat perbandingan pertumbuhan fizikal lelaki dan wanita - Kemudian guru akan bersama sama dengan murid berbincang tentang dapatan mereka Abm: laptop dan speaker KBKK: Menganalisi Strategi: perbincang an Penutup 5 minit - Soal jawab antara guru dan murid - kesimpulan - guru memberi peluang kepada murid bertanyakan soalan kemudian guru akan memberikan jawapan. - Guru menutup sesi pdp dengan membuat kesimpulan keseluruhan tentang isi pembelajaran Strartegi: perbincang an LEMBARAN KERJA Nama: Kelas: Tarikh: Jawab soalan di bawah: ARAS RENDAH 1. Apakah organ yang mengeluarkan sperma dalam sistem reproduktif lelaki? (mengingat) A. Ovari B. Testis C. Skrotum D. Uterus ARAS SEDERHANA 2) Kitaran Haid mempunyai empat fasa. Susun fasa-fasa berikut dengan betul. (menganalisis) i. Fasa Pembaikan ii. Fasa Prahaid
19 iii. Fasa Kedatangan haid iv. Fasa Subur A. I, II, III & IV B. II, III, IV & I C. III, I, IV & II D. IV, III, II & 3) Mengapa badan kita berubah semasa akil baligh, dan bagaimanakah cara terbaik untuk menjaga diri kita pada masa ini? _____________________________________________________________________________ ARAS TINGGI 4) Bagaimanakah interaksi antara perubahan biologi, pengaruh sosial dan pengalaman individu semasa akil baligh membentuk pemahaman seseorang tentang identiti jantina dan orientasi seksual? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ CATATAN SEMAKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN Bil. KOMEN / CATATAN TANDATANGAN
20 1. ( ) GURU PEMBIMBING Tarikh :___________________ 2. ( ) GURU BESAR Tarikh :___________________ 3. ( ) PENSYARAH PENYELIA Tarikh :___________________ ISU/ PERKARA YANG DIBERI BUKTI ANALISIS/ PENJELASAN CADANGAN TINDAKAN SUSULAN (PENCEGAHAN/ PENAMBAHBAIKAN) KEKUATAN/ KELEBIHAN
21 KEKURANGAN/ KELEMAHAN Disemak oleh guru pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh: Disemak oleh pensyarah pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh: