PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
PROJECT BASED LEARNING (PBL)
KELAS : 5 LILY
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
MASA BERMULA : 21/05/2020 – 08/06/2020
TAJUK : BUKU SKRAP KATA ADJEKTIF
Standard Kandungan
3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran :
3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada pelbagai sumber.
5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata bantu mengikut konteks dengan
betul
Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah :
Standard Standard Standard Prestasi Catatan
Kandungan Pembelajaran
Tahap Tafsiran Cadangan
penguasaan Aktiviti:
3.5 3.5.2 Mencatat Menulis jawapan, mencatat Cari bahan
Mencatat maklumat yang atau
maklumat betul mengikut 1 maklumat, membina kerangka maklumat
yang betul urutan daripada daripada
tentang pelbagai sumber. Sangat dan menulis jawapan yang buku teks
sesuatu tahun 4,5,6.
perkara terhad betul pada tahap sangat Selain itu
daripada dapatkan
pelbagai terhad. juga
sumber. maklumat
Menulis jawapan, mencatat daripada
internet.
2 maklumat, membina kerangka
Terhad dan menulis jawapan yang
betul pada tahap terhad.
Menulis jawapan, mencatat
3 maklumat, membina kerangka
Memuaskan dan menulis jawapan yang
betul pada tahap sesuai.
Menulis jawapan, mencatat
4 maklumat, membina kerangka,
Baik dan menulis jawapan yang
betul pada tahap kukuh.
Menulis jawapan, mencatat
5 maklumat, membina kerangka
Sangat Baik dan menulis jawapan yang
betul pada tahap terperinci.
Menulis jawapan , mencatat
maklumat, membina kerangka
6 dan menulis betul pada tahap
Cemerlang sangat terperinci, konsisten,
dan menjadi model teladan.
1
Arahan kepada murid :
1. Hasilkan sebuah Buku Skrap Kata Adjektif
2. Buku skrap tersebut hendaklah mengandungi 9 Jenis Kata Adjektif
3. Maklumat yang diperlukan bagi setiap kata adjektif yang dipilih ialah:
i. Jenis Kata Adjektif
ii. Gambar (lukisan, keratan majalah atau cetakan)
iii. Maksud kata adjektif yang dipilih
iv. Murid perlu membina ayat lengkap dan gramatis menggunakan kata adjektif
yang telah dipilih
4. Gunakan kreativiti anda untuk mempersembahkan pengisian buku skrap Kata
Adjektif yang menarik.
5. Buku Skrap yang dihasilkan mestilah lebih daripada 10 muka surat.
6. Murid juga boleh menghasilkan tugasan ini dalam bentuk lain seperti persembahan
digital menggunakan Ms Power Point dan lain-lain mengikut kreativiti murid.
Panduan kepada Ibu bapa dan murid
1. Tempoh pelaksanaan tugasan ini adalah 14 hari iaitu 20 Mei hingga 3 Jun 2020
2. Pelaporan dalam bentuk gambar hendaklah dihantar kepada guru mata pelajaran
melalui Whats App atau aplikasi Google Classrom.
3. Tugasan yang telah siap perlu dihantar apabila sekolah sudah mula dibuka.
4. Bimbingan dan pemantauan ibu bapa amatlah dihargai bagi memastikan anak
masing-masing menyiapkan tugasan yang diberi.
5. TUGASAN INI DIREKODKAN UNTUK PENILAIAN BILIK DARJAH (PBD) DAN
DICATATKAN DALAM REKOD PRESTASI MURID.
2
Contoh kandungan buku skrap
Jenis Kata Adjektif Kata Adjektif Pancaindera
Kata Adjektf sedap
Maksud enak rasanya; lazat
Ayat
Nasi lemak yang dijual oleh Mak Kiah sangat sedap
dan berpatutan pula harganya.
3