RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RMT PENULIS : NUR ASYIQIN BINTI ABU KASIM NURUL FATIN BINTI MUSTAFA IFFAH SHAHDIRA BINTI HASSAN
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RMT PENULIS : NUR ASYIQIN BINTI ABU KASIM NURUL FATIN BINTI MUSTAFA IFFAH SHAHDIRA BINTI HASSAN 2023
PENAFIAN HAK CIPTA Sebarang pendapat dan pengalaman yang dikongsi adalah dari koleksi penulis sendiri. Sebarang pengulangan dalam apa jua bentuk samada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa sahaja dari mana-mana bahagian e-book ini adalah tidak dibenarkan tanpa izin penulis. Penulis tidak menjamin isi yang terkandung dalam e-book ini adalah sesuai atau tidak kepada pembaca kerana semua isi dan kandungan adalah melalui pemahaman dan pengetahuan penulis sendiri. P E N E R B I T A N P E R T A M A : M A C 2 0 2 3 © C O P Y R I G H T 2 0 2 3 E - B O O K I N I K A R Y A A S A L O L E H : N U R A S Y I Q I N B I N T I A B U K A S I M N U R U L F A T I N B I N T I M U S T A F A I F F A H S H A H D I R A B I N T I H A S S A N I | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
II | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Syukur alhamdulillah kerana saya berkesempatan untuk mengabdikan kata-kata aluan dalam ebook Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini. Saya mengucapkan sekalung taniah dan berasa amat kagum dengan semua unit PISMP Pendidikan Jasmani ambilan 2021, atas komitmen dalam menghasilkan ebook yang hebat ini. Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang menghasilkan ebook ini akan memberi banyak manfaat dan berjaya menjadikan siswi guru lebih cemerlang pada masa akan datang. Kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat maju kepada semua siswi PISMP Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2021. Semoga dengan penghasilan ebook ini menjadi titik mula bagi melonjakkan pradigma guru dalam membentuk insan bermoral di samping melahirkan bakal guru yang berkulaiti pada masa mendatang. (EN. AHMAD FITRI BIN LIAS) KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS PEREMPUAN MELAYU , MELAKA KATA-KATA ALUAN
III | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) PRAKATA Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada siswi guru dari unit PISMP Pendidikan Jasmani ambilan 2021, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu atas usaha dalam menghasilkan ebook Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Penghasilan ebook ini bertujuan untuk memberi panduan secara digital dan global kepada semua warga pendidik mahupun masyarakat dalam memahami dengan lebih mendalam terhadap Rancangan Makanan Tambhana (RMT). Hal ini bagi memastikan setiap masayarakt dapat diberikan kesedaran yang mendalam tentang program kesihatan yang dijalankan di sekolah. Saya merasa bangga dengan usaha para siswi dalam menghasilkan ebook ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada para siswi telah menjayakan pembelajaran bagi kursus PKES3072 Program Kesihatan Sekolah. Saya mendoakan semua siswi akan menjadi guru yang hebat dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang. Sekian, Terima Kasih. (DR FATIMAH BINTI MUSTAFFA) PENSYARAH, PKES3072 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH, INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS PEREMPUAN MELAYU , MELAKA.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Donec et urna ut nulla laoreet lobortis. Nunc tempor lectus mi, ac bibendum eros gravida quis. Aliquam ac erat at justo porta consequat a a nisi. Praesent urna metus, euismod et odio quis, dapibus pretium mi. Aliquam erat volutpat. Nunc eu urna quis lorem faucibus congue. Etiam eu dolor porta, euismod enim ut, ullamcorper metus. BIODATA PENULIS NURUL FATIN BINTI MUSTAFA 21 TAHUN PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2021 INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS PEREMPUAN MELAYU , MELAKA NUR ASYIQIN BINTI ABU KASIM 21 TAHUN PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2021 INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS PEREMPUAN MELAYU , MELAKA IFFAH SHADIRA BINTI HASSAN 21 TAHUN PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2021 INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS PEREMPUAN MELAYU , MELAKA IV | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
PENGHARGAAN V | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan E-Book ini sehingga berjaya diterbitkan. Dengan kesempatan yang ada ini, kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Dr. Fatimah Binti Mustaffa ,selaku Pensyarah kami kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih.
SINOPSIS VI | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) SINOPSIS E-Book ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman siswi bagi subjek PKES3072 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH khusunya dalam topik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) . Dalam masa yang sama, penghasilam ebook ini memberi pengalaman yang baru kepada siswi guru PISMP Pendidikan Jasmani ambilan Jun 2021 dalam menghasilkan bahan pengetahuan bagi mewujudkan pedagogi berkesan melalaui teknologi elektronik.
ISISIIKKAANNDDUUNNGAN GAN PENAFIAN DAN HAK CIPTA KATA-KATA ALUAN PRAKATA BIODATA PENULIS PENGHARGAAN SINOPSIS ISI KANDUNGAN PENGENALAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN RASIONAL DAN OBJEKTIF RMT KADAR PERUNTUKAN KRITERIA PEMILIHAN PELAKSANAAN RMT MENU RMT PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU BESAR PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HEM PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS RMT CARTA ALIR PERMOHONAN RMT CARTA ALIR PENGURUSAN PERJANJIAN RMT CARTA ALIR PENGURUSAN PROGRAM RMT SURAT PEKELILING PELAKSANAANPROGRAM RMT DI SEKOLAH PENUTUP VII | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) I I I I I I I V V V I V I I 1 2 4 5 6 7 14 15 16 17 18 19 20 21 22
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan bagi seseorang murid sekolah rendah yang memerlukan. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan harian seorang murid. RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini dan ia merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid sekolah di Malaysia. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usahausaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan sekolah dan masyarakat. 1 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
RASIONAL RMT Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa : Diantara 15-20 peratus daripada jumlah murid yang datang ke sekolah mengalami 'kelaparan tersembunyi' iaitu tidak bersarapan (sekolah pagi) atau makan tengah hari (sekolah petang). Lebih kurang 35 peratus murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan (malnutrition) Salah pemakanan dan kesan bersama-sama yang diakibatkan oleh salah pemakanan dan serangan penyakit (infection), menimbulkan pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan (growth), pencapaian dalam pelajaran (learning) serta kelakuan penyesuaian diri (adaptive behavior) 1. 2. 3. 2 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
RMT OBJEKTIF Am Khusus Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutaanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. Ini adalah sebagai suatu usaha KPM selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM). Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan tidak langsung. Untuk memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Untuk memperkasakan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat. Untuk menggalakkkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah, terutama Program RMT 3 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
KADAR PERUNTUKAN 1976 10 sen / seorang 1977 15 sen / seorang 1979-1980 20 sen / seorang 2001 RM1.20 / seorang (Semenanjung) RM1.35 / seorang (Sabah & Sarawak 2013 RM1.80 / seorang (Semenanjung) RM2.05 / seorang (Sabah & Sarawak) 2015 hingga kini RM2.50 / seorang (Semenanjung) RM3.00 / seorang (Sabah, Sarawak & Persekutuan Labuan) RMT KADAR PERUNTUKAN TAHUN Semenjak tahun 1976 sehingga 1978, peruntukan wang bagi RMT di sekolah rendah telah disampaikan kepada Kementerian Pendiidikan oleh Jabatan Perdana Menteri di bawah Rancangan Amalan Makan dan Pemakanan. Pada masa sekarang, peruntukan wang bagi RMT di sekolah rendah disediakan oleh KPM. Peruntukan ini diturunkan kepada JPN untuk diagihkan kepada pihak PPD seterusnya sekolah melalui bahagian kewangan 4 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan PEMILIHAN KRITERIA Kriteria kelayakan murid untuk menerima bantuan RMT adalah seperti berikut : Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional (kategori miskin tegar) Murid yang berada di Sekolah Orang Asli/Penan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT 5 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
PELAKSANAAN RMT Pelaksanaan RMT bermula pada hari pertama persekolahan (Tahun 2- Tahun 6), manakala murid Tahun 1 dan kes keciciran pemohonan akan bermula selewat-lewatnya pada hari pertama persekolahan bulan Februari tahun semasa. Tempoh pelaksanaan RMT ini adalah tidak melebihi 190 hari persekolahan (tertakluk kepada perubahan). Pada bulan Ramadan, pemberian akan dihentikan untuk sementara waktu tanpa mengurangkan tempoh pelaksanaan. Pemberian RMT untuk dibawa pulang adalah TIDAK DIBENARKAN. Cikgu, bagaimanakah pelaksanaan RMT ini dilaksanakan ? 6 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
MENU RMT Penyediaan RMT hendaklah mengikut 20 jenis menu yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Perjanjian Pembekalan Mananan. 7 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
8 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
9 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
1 0 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
1 1 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
1 2 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
1 3 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
GURU BESAR Naib pengerusi Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah. Mengedar dan menguruskan borang permohonan RMT. Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan bantuan RMT melalui senarai nama murid yang layak memohon melalui APDM, maklumbalas warga sekolah dan ibu bapa. Membantu Guru Besar dalam melaksanakan peranan dan tugas. Menyelaras pelaksanaan program RMT dan memantau prestasi kewangan bagi akaun KWK di sekolah (proses penerimaan peruntukan, pembayaran dan penyelarasan berkaitan peruntukan RMT). Menguruskan aduan berkaitan pelaksanaan RMT (mengikut SOP yang dibekalkan). Pemantauan terhadap pelaksanaan RMT (berdasarkan instrumen yang dibekalkan dalam buku log). Semakan dan pengesahan buku log program RMT. Melengkapkan borang pesanan bekalan makanan RMT. Menyelaras sudut RMT di kantin untuk memaparkan nama penerima RMT, senarai menu dan maklumat berkaitan program RMT (penyediaan folio yang mengandungi maklumat berkaitan bagi sekolah yang tidak mempunyai kantin). Memastikan pelaksanaan program RMT mengikut panduan pelaksanaan yang digariskan oleh KPM dari semasa ke semasa. 1 4 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) PERANAN & TANGGUGJAWAB
Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah. Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pelaksanaan Program RMT. Menandatangani borang permohnan RMT yang diputuskan oleh jawatankuasa bantuan murid. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Murid sekurang-kurangnya 3 tahuun sekali. Memantau pelaksanaan RMT setiap bulan. Melaporkan penerima peruntukan RMT yang diterima kepada JPN/PPD/PPW. Mengesahkan bayaran kepada pembekal makanan memasak. Pengerusan dokumen perjanjian RMT dengan pembekal yang dilantik dalam tempoh 2 bulan selepas SST ditandatangani. Mengesahkan Borang Pesanan kepada pembekal. Penghantaran Laporan Prestasi Perbelanjaan 4 kali setahun kepada JPN/PPD/PPW mengikut jadual yang ditetapkan. Melaksanakan verfikasi pembekal (sekolah tiada kantin). PENOLONG KANAN HEM 1 5 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) PERANAN & TANGGUGJAWAB
Ahli Jawatnkuasa Bantuan Murid. Menyediakan jadual bertugas AJK Bantuan Murid (Program RMT) Menentukan menu harian dan penggilirannya mengikut keputusan mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Murid (RMT) dan mematuhi dokumen perjanjian. Melakukan uji rasa makanan yang disediakan oleh pembekal. Mengisi dan melengkapkan borang prestasi murid RMT di awal dan akhir tahun semasa program (tinggi, berat dan prestasi akademik). Memastikan laporan harian dilengkapkan bagi setiap hari program RMT dilaksanakan. Membantu memastikan pelaksanaan program RMT mengikut panduan pelaksanaan yang digariskan oleh KPM dari semasa ke semasa. GURU PENYELARAS RMT 1 6 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) PERANAN & TANGGUGJAWAB
1 7 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
TAWARAN SECARA LANTIKAN TERUS PENGURUSAN PERJANJIAN RMT CARTA ALIR 1 8 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) SURAT SETUJU TERIMA MENYEDIAKAN PERJANJIAN PERBEKALAN MENANDATANGANI PERJANJIAN DAN SETEM HASIL SIMPANAN SALINAN PERJANJIAN & SURAT SETUJU TERIMA PEMATUHAN PERJANJIAN (PEMOTONGAN DAN DENDA) MELAKSANAKAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
MENGEMASKINI REKOD FIZIKAL DAN AKADEMIK AWAL TAHUN PENGURUSAN PROGRAM RMT CARTA ALIR 1 9 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) MENYEDIAKAN JADUAL GURU BERTUGAS MENYEDIAKAN SUDUT RMT DI KANTIN SEKOLAH MEMBUAT PESANAN MEMANTAU PENYEDIAAN MAKANAN OLEH PEMBEKAL MELAKSANAKAN UJI RASA DAN MEREKODKAN AKTIVITI RMT DI DALAM BUKU LOG SEMAKAN SEMULA MENU RMT (1 KALI SETAHUN) MENGEMASKINI REKOD FIZIKAL DAN AKADEMIK AKHIR TAHUN
2 0 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
Memperkenalkan program pemakanan sihat melalui pengambilan makanan mengikut piramid makanan dan mengamalkan pinggan suku-suku separuh. Pendedahan dibuat kepada golongan bukan penerima RMT 2 1 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
PENUTUP Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan. RMT juga dapat membantu masyarakat yang tidak berkemampuan untuk membeli makanan yang sihat dan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan murid-murid miskin 2 2 | RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
SEKIAN TERIMA KASIH