SEKOLAH KEBANGSAAN
RANCANGAN PERUMAHAN RAKYAT (RPR) JALAN ASTANA
PAMERAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2021
TAHUN 4
Dari Panitia PSV
Puji dan syukur kita panjangkan kepada Tuhan kerana dapat mengadakan pameran seni. Biasanya
pameran akan diadakan di tempat yang terbuka dan senang dikunjungi. Akan tetapi pada kali ini pameran dibuat
secara maya kerana sesi persekolahan bersemuka masih belum dapat dijalankan.
Pameran ini merupakan salah satu Standard Pembelajaran (SP) yang terdapat pada DSKP Pendidikan
Kesenian Tahun 4. Pada SP pula terdapat 3 Standard Kandungan (SK) iaitu Perancangan, Persediaan dan
Pameran.
Tujuan utama pameran ini dijalankan ialah untuk menyemai sikap menghargai hasil karya sendiri murid-
murid. Selain itu, pameran ini juga bertujuan untuk memberi pengalaman sebenar kepada murid seawal sekolah
rendah untuk melibatkan diri dalam pameran hasil karya seni.
Harapan kita melalui pameran ini dapat memupuk minat masyarakat dan ibu bapa amnya dan murid di
peringkat rendah khasnya untuk meminati seni. Di samping itu, kita berharap masyarakat dan ibu bapa sedar
bahawa setiap murid mempunyai bakat seni yang tidak ada batasannya.
Akhir sekali, terima kasih kepada Guru Besar, semua Penolong Kanan, rakan guru dan tidak lupa kepada
semua ibu bapa yang telah memberi motivasi kepada anak masing-masing bagi menyiapkan karya untuk
menjayakan pameran pada tahun ini
Terima kasih
#seni untuk semua
Guru PSV Tahun 4
CHANGAI ANAK NYAMBONG
Senarai kandungan
Hasil karya murid 4 Ibnu Sina
Hasil karya murid 4 Ibnu Khaldun
Hasil karya murid 4 Ibnu Rusydi
Hasil karya murid 4 Ibnu Qayyim
Hasil karya murid (Jemputan)
Hasil karya Guru PSV
SELAMAT DATANG KE
PAMERAN SENI
TAHUN 4
2021
Hasil karya murid
4 Ibnu Sina
Hasil karya murid
4 Ibnu Khaldun
Hasil karya murid
4 Ibnu Rusydi
Hasil karya murid
4 Ibnu Qayyim