INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2023 SEMESTER 1 TAHUN 1 TUGASAN 2 E-PORTFOLIO NAMA PELAJAR : MUHAMMAD FAIZAL HAFIS BIN ADNAN ANGKA GILIRAN : 2023092310011 NO. KAD PENGENALAN : 050720-11-0407 KUMPULAN/UNIT : BM KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 / SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2023 NO. TELEFON : 011-1633-5923 PAUTAN : Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah : Tandatangan Pemeriksa/Pensyarah: Tarikh: Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami Tandatangan Pelajar: Tarikh: 17 SEPTEMBER 2023
i PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan keizinan-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan 2 e-Portfolio bagi kod subjek BMMB 1074 iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dengan jayanya. Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Fadzil Bin Baharudin, selaku Pensyarah Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu kerana telah meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada saya dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan dorongan mereka, tugasan ini mungkin tidak akan dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan. Sekian,Terima Kasih. …………………………………… MUHAMMAD FAIZAL HAFIS BIN ADNAN Siswa Guru Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
ii ISI KANDUNGAN TUGASAN 2 BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 2.1 SISTEM EJAAN WILKINSON 1-2 2.2 SISTEM EJAAN ZA’BA 2 2.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA 3 2.4 SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM) 3 3.0 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) 4-5 4.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA(DBP) 5-6 5.0 CABARAN EJAAN RUMI MASA KINI 5-6 RUMUSAN 7 RUJUKAN LAMPIRAN
1 1.0 PENGENALAN Pada realitinya, bahasa Melayu telah lama berkembang berbanding bahasa asing yang lain. Namun begitu, sikap orang Melayu yang takut melawan para penjajah membuatkan keutuhan perkembangan bahasa Melayu diputar-belit sehinggalah generasi sekarang berfikir bahawa bahasa Melayu tidak berkembang begitu pesat. Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain (2006:27) dalam buku mereka yang bertajuk Sejarah Bahasa Melayu berpendapat bahawa bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Buktinya ialah penemuan batu bersurat di Dong Yen Chau, Teluk Tourane, Vietnam yang bertarikh abad ke-4 Masihi. Kesannya, adanya pengaruh bahasa Sanskrit dalam masyarakat Melayu. Penghijrahan orang dari India ke dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan masyarakat tempatan berabad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Namun begitu, sejarah perkembangan sistem ejaan rumi bukanlah satu permulaan yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu, Sebaliknya, perkembangan sistem ejaan ini bermula mengikut fasa kedatangan atau pengaruh asing dalam bahasa yang akhirnya diolah dan dikemas kini mengikut ketamadunan bangsa Melayu. 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 2.1 SISTEM EJAAN WILKINSON Sistem ejaan Wilkinson merupakan satu sistem ejaan rumi yang terawal di tanah melayu. Kerajaan Negeri-negeri Melayu pada tahun 1902 telah melakukan perancangan awal terhadap sistem ejaan rumi dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa dibawah pimpinan seorang pegawai pemerintah Inggeris iaitu RJ Wilkinson. Beliau telah menerbitkan sebuah kamus pada tahun 1895 yang bertajuk “Malay-English Dictionary”. Kamus yang dihasilkan mempunyai 1300 halaman yang berjaya beliau usahakan. Sebenarnya, kamus yang dihasilkan ini bertujuan untuk kegunaan sekolah-sekolah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
2 tetapi penyusunan ejaan dalam kamus yang dihasilkan oleh Wilkinson telah dikenali sebagai sistem ejaan Wilkinson, Mohd Naim (1991). Namun begitu, penyusunan ejaan ini sebenarnya merupakan penambahbaikan daripada sistem ejaan yang digunakan dalam kamus Marwell. Kamus Marwell sebelum ini merupakan sebuah kamus yang menerapkan sistem ejaan rumi Shellabar serta menggunakan cara penulisan rumi Melayu-Belanda.Hasil daripada itu, Wilkinson telah memperkenalkan cara penggunaan huruf vocal a, e (taling), e(pepet), i, o serta u. Seterusnya bagi huruf konsonan, ch merupakan hurufc manakala sh sebagai sy. 2.2 SISTEM EJAAN ZA’BA Sistem ejaan Za’ba merupakan sistem yang mula diiktiraf selepas sistem ejaan Wilkinson. Za’ba merupakan nama singkatan yang berasal daripada nama Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau telah membuat penambahbaikan terhadap sistem ejaan Wilkinson. Maktab Perguruan Sultan Idris (UPSI) merupakan tempat bermulanya sistem ejaan Za’ba. Sistem ejaan Za’ba telah digunakan secara meluas di sekolah- sekolah serta dalam urusan rasmi bermula pada tahun 1940. Pelbagai buku telah diterbitkan oleh beliau menggunakan sistem ejaan ini, antaranya dapat kita lihat Za’ba dalam bukunya yang bertajuk Pelita Bahasa Melayu I telah menjelaskan berkenaan cara mengguna kata-kata istilah yang lebih mendalam dalam usahanya untuk menjadikan bahasa Melayu tidak disalah guna. Dalam masa yang sama, Karya Za’baiaitu Pelita Bahasa Melayu II dan Pelita Bahasa Melayu III turut sama menekankan aspek sistem ejaan jawi dan rumi. Kesemua karyanya ini menggunakan sistem ejan Za’ba. Walaubagaimanapun, sistem ejaan Za’ba ini juga mempunyai kelemahan sehingga menyebabkan berlakunya kesukaran dalam memahaminya disebabkan cara pengejaan perkataan masih sama dengan sistem ejaan Wilkinson. Hal ini telah mewujudkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan disebabkan kaedah penggunaan aneka ragam lambang huruf serta beberapa sistem ejaan rumi lain turutditerapkan ke dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa. Oleh itu perkaraini telah menggerakkan usaha beberapa pihak untuk mewujudkan sistem
3 baru ejaan rumi bagi mengatasi segala kekurangan sistem ejaan Za’ba. 2.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA Pada sekitar tahun 1943, sistem ejaan rumi baharu iaitu sistem ejaan Fajar Asia telah diperkenalkan oleh pihak jepun melalui majalah yang mereka terbitkan yang diberi nama majalah Fajar Asia dimana Za’ba merupakan ketua pengarang majalah tersebut. Kaedah sistem ejaan Fajar Asia yang diterapkan merupakan satu kaedah yang berasaskan kepada sistem ejaan Wilkinson dan sistem ejaan Za’ba. Selain itu, sistem ejaan Fajar Asia juga merupakan satu percubaan yang bertujuan menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan rumi bahasa Indonesia melalui pelbagai aspek. Oleh itu pada Ogos 1950, Angkatan Sasterawan 50 telah ditubuhkan serta menyokong sistem ejaan Fajar Asia dijadikan sistem ejaan rasmi. Seterusnya, dalamsistem ini penggunaan konsonankonsonan Wilkinson dan Za’ba dikekalkan kecuali oe digantikan dengan u, (Ariff Ahmad, 1994). Seterusnya, sistem ejaan ini mempunyaiperbezaan antara sistem ejaan Wilkinson dan sistem ejaan Za’ba iaitu grafem yang didefinisikan sebagai unit terkecil dalam penulisan yang mewujudkan suku kata. 2.4 SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM) Sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) merupakan satu sistem ejaan rumi yang digunakan dalam Jurnal Bahasa serta telah diterbitkan oleh PBMUM yang telah dianggotai seramai 27 orang sekitar tahun 1959. Secara umumnya, tindakan ini sebenarnya merupakan satu inisiatif untuk PBMUM melakukan percubaan melanjutkan ke arah penyatuan ejaan rumi bahasa Melayu dengan Ejaan rumi bahasa Indonesia. Hal ini demikian kerana sistem ejaan ini hampersama dengan sistem ejaan Fajar Asia. Semasa kongres Persuratan dan Bahasa Melayu yang ke-III, sistem ejaan PBMUM telah diusulkan
4 oleh pihak PBMUM. Antaracadangan PBMUM adalah menghapuskan huruh-huruf kembar dan rangkap konsonanyang ada pada sistem ejaan sebelum ini. Hal ini sekaligus menyebabkan fonem ch digandikan dengan c. 3.0 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah banyak memberi impak yang positif terhadap bahasa Melayu. Pada asalnya, Dewan Bahasa dan Pustaka sebenarnya dikenali dengan nama Balai Pustaka yang ditubuhkan di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956. Tujuan penubuhan DBP sebenarnya bagi mengembangkan lagi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara. Pada mulanya, DBP telah mejalankan usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Kongres Bahasa dan persuratan Melayu III yang diadakan di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956 telah membuahkan hasil apabila kerajaan bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan kongres iaitu menamakan Balai Pustaka sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan itu, DBP telah dinaik taraf sebagai sebuah badan yang memiliki anggota Lembaga yang tersendiri. Seterusnya, pada tahun 1959 DBP sekali lagi dinaik taraf sebagai badan berkanun mengikut Ordinan Dewan Bahasa dan Pustakan 1959. Oleh hal demikian, DBP mempunyai hak autonomi untuk menggubal dasarnya yang tersendiri, melaksanakan program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, mengusahakan kegiatan penerbitan serta pernigaan buku secara persaingan yang berprinsip perusahaan dan profesion penerbitan. 4.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI Pertama sekali, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berperanan membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan
5 untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang seperti bidang sains dan teknologi. Selain itu, mereka mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamuskamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan bukubuku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri percetakan negara. Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya. Akhir sekali, pihak DBP juga membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah, dan hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP. 5.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI Pada era kini, kita dapat lihat bahawa keutuhan pegangan danpenggunaan sistem ejaan rumi dalam komunikasi harian kian luntur. Hal ini kerana, wujudnya pelbagai cabaran yang menghalang untuk mencapai matlamat tersebut, antaranya ialah persaingan hebat daripada bahasa asing iaitu bahasa inggeris. Umum mengetahui bahawa, bahasa inggeris merupakan bahasa dunia antarabangsa yang kian tersebar
6 meluas ( Mohd Ashraf , 2005 ). Pengaruh bahasa tersebut amatlah besar terutamanya dalam bidang kesihatan, pendidikan dan digital sehinggakan ramai masyarakat kita yang sering menyalahgunakan ejaan perkataan bahasa melayu kerana mereka menggabungkan elemen ejaan kedua bahasa tersebut. Perkara sebegini sepatutnya dibendung dari awal kerana dikhuatiri unsur ejaan dan penggunaan bahasa melayu ini tidak lagi dijadikan sebagai bahasa utama oleh masyarakat yang alpa ini. Misalnya, ibu bapa pada hari ini lebih gemar menyajikan anak anak mereka dengan bahan bacaan dan rangsangan pembelajaran dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu. Perkara ini menyebabkan anak mereka sudah terbiasa dengan ejaan dan bahasa inggeris sehingga kemahiran dan penguaasaan ejaan rumi bahasa melayu dipinggirkan dan lemah. Cabaran seterusnya ialah berkenaan sikap dan stigma masyarakat terhadap ejaan rumi bahasa Melayu . Sikap acuh tak acuh pengguna bahasa Melayu terhadap ejaan yang betul dalam penulisan dan komunikasi menyebabkan wujudnya pelbagai singkatan dan fenomena kesalahan bahasa dalam komunikasi. Misalnya kita dapat lihat di platform media masa, sayang dieja sebagai cyang manakala setuju dieja sebagai se7 dan sebagainya. Sikap masyarakat yang terlalu mengambil mudah berkenaan ejaan rumi ini telah banyak mempengaruhi minda kanak kanak sehinggakan ada yang terbawa sehingga ke dalam penulisan esei dalam peperiksaan rasmi di sekolah. Sepatutnya, setiap pengguna bahasa Melayu mestilah faham dan mempunyai ilmu serta kesedaran tinggi tentang betapa pentingnya bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa ilmu di media sosial bukannya hanya memejamkan mata dan memekakkan telingga sahaja membiarkan sistem ejaan rumi ini hanyut dibawa arus modenisme. Akhir sekali, sejak belakangan ini, bilangan penutur bahasa Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu terus berkurangan. Banyak dalam kalangan mereka lebih suka dan rela menggunakan bahasa Inggeris meskipun kurang fasih dalam bahasa tersebut. Perkembangan era globalisasi pada ketika ini memungkinkan penyaluran maklumat tanpa tapisan ke serata pelosok dunia. Jadi, wujud segelintir masyarakat yang sanggup belajar menggunakan bahasa inggeris malah meninggalkan bahasa ibunda sendiri kerana bagi mereka negara kita sudah moden, penggunaan bahasa melayu itu adalah komunikasi lapuk dan tidak releven seperti Bahasa Inggeris.
7 6.0 RUMUSAN Kesimpulannya, sebagai warganegara Malaysia, kita hendaklah mempertahankan dan memelihara bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan agar generasi akan datang dapat mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Seterusnya, masyarakat juga memainkan peranan yang cukup penting dalam menormalisasikan bahasa kebangsaan dalam melakukan apa jua aktiviti harian.Namun begitu, pelbagai cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi dalam menjayakan misi ini. Oleh hal demikian, kerajaan sewajarnya sentiasa bertindak pantas dalam menangani isu terkini berkaitan bahasa Melayu agar penggunaan bahasa Melayu menjadi lebih baik dan teratur. Contohnya, melakukan penambahbaikan dalam pentadbiran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) supaya mengikut arus perkembangan teknologi yang semakin pesat dari hari ke hari.
RUJUKAN Yati Karim. (n.d.). Asal-usul bangsa Melayu. Membaca Nadi Ilmu.... Diakses pada September 4, 2023, dari https://norhayatikarim.blogspot.com/p/asal-usul-bangsa-melayu.html Cik Sue. (2013, December 4). PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Perkongsian nota-nota PISMP. Muat turun pada September 8, 2023,dari https://nota-budakipg.blogspot.com/2013/12/peranan-dewan-bahasa-danpustaka.html Mohd Naim Daipi. (n.d.). Title Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu Author(s) Mohd Naim Daipi sumber Sekata, 8(2), 23- 51 Published by The Malay Language. NIE Digital Repository. Muat turun pada September 8, 2023,dari https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18302/1/Sekata -8-2-23.pdf Norsuhaila Ibrahim. (2021, August 16). Sistem Ejaan yang Bermanfaat. Dewan Bahasa.dari https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/08/16/1279/ Shamsul Aizuwani Nawi. (n.d.). Buku Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Global MediaStreet Sdn Bhd. Sufia Zahid. (n.d.). SufiaZaid - CABARAN SISTEM EJAAN RUMI. Google Sites. Muat turun pada September 8, 2023, dari https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/sufiazaid/cab aran-sistem-ejaan-rumi
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran Pemerkasaan Bahasa MelayuDalam Usaha Mencapai Negara Bangsa Di Malaysia. Asian People Journal, 3(2), 181-191. https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/1 52/150 LAMPIRAN