The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nipah71, 2019-11-29 20:17:04

Buku Pengurusan & Pentadbiran 2020

6. Menyemak hasil penilaian dan menyerahkan kepada Guru
Data dan Guru ICT untuk dimasukkan (key-in) ke portal.
7. Key-in data ke portal dan kembalikan dokumen penilaian
(Salinan Aspek/TUMS) kepada PK untuk disimpan.
8. Menyemak dan membuat verifikasi hasil penilaian bagi semua Aspek/TUMS.

SETIAUSAHA MESYUARAT GURU DAN STAF

1. Mencatat Minit Mesyuarat setiap kali diadakan mesyuarat
2. Membantu Pengetua mengedarkan minit mesyuarat kepada guru-guru.
3. Menyimpan fail khas untuk semua minit Mesyuarat.
4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.


PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK)

a. Pegawai Aset

1. Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset di Bahagian /
Jabatan.
2. Mengurusetiakan aset alih Kerajaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.5
Tahun 2007 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) –(terkini 1 Pekeliling
Perbendaharaan,1PP) yang telah ditetapkan.
3. Menguruskan tindakan pelupusan, kehilangan, dan hapus kira mengikut TPA
yang telah ditetapkan.
4. Menguruskan Verifikasi Stor (bagi Stor Pusat / Utama) mengikut Jadual.
5. Menyediakan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih.

b. Pegawai Pemeriksa

1. Memeriksa harta modal dan aset alih bernilai rendah sekurang-kurangnya satu
(1) kali setahun.
2. Memeriksa setiap harta modal dan aset alih bernilai rendah berserta kad
daftar.
3. Menyediakan Laporan Pemeriksaan Harta Modal (KEW.PA-10) dan Laporan
Pemeriksaan Aset Alih Bernilai Rendah (KEW.PA-11) kepada Ketua Jabatan.

c. Lembaga Pemeriksa Pelupusan

1. Menyediakan Laporan Pemeriksaan dengan menggunakan borang Laporan
Lembaga Pemeriksa Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-17).
2. Mengemukakan Laporan Pemeriksaan kepada Urusetia Pelupusan Jabatan
dalam tempoh dua (2) minggu selepas pemeriksaan dijalankan.





95

PENGURUSAN STOR KERAJAAN

1. Menerima barang-barang yang dipesan dengan mengesah dan
memperakukan serahan barang-barang oleh pembekal
2. Menyimpan stok mengikut kaedah dan lokasi-lokasi yang ditetapkan dengan
menggunakan ruang stor secara optimum
3. Menjaga dan menyenggara stok supaya sentiasa dalam keadaan baik dan
boleh digunakan
4. Mengeluarkan stok mengikut keperluan pelanggan
5. Menyenggara rekod-rekod bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara
tepat, teratur dan kemas kini
6. Merancang dan mengurus penokokan stok bagi memastikan kedapatan stok
mengikut paras yang ditetapkan
7. Menjalankan pemeriksaan bagi mengesan dan mengenal pasti sebarang
kelemahan yang menyebabkan berlaku perselisihan stok, stok rosak, usang,
luput tempoh penggunaan dan tidak bergerak
8. Menyediakan sistem kawalan keselamatan dan kebakaran serta
penyelenggaraan kebersihan stor
9. Mengambil tindakan pelupusan ke atas stok yang usang/ obselete, rosak,
luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak
bergerak atau melebihi keperluan supaya prestasi stor tidak terjejas dan
mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan
10. Menguruskan tindakan hapus kira ke atas stok yang hilang

PENGURUSAN KEWANGAN

1. Melaksanakan pengurusan kewangan berdasarkan pekeliling / surat pekeliling
yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah
yang diedarkan dari semasa ke semasa.
2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada Penolong Kanan,
Penyelia Penyelaras Tingkatan, Guru Tingkatan dan Kerani.
3. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
4. Mengagihkan buku resit kepada guru tingkatan dan penyelaras tingkatan.
5. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank.
6. Memastikan semua pembelian/pembayaran di buat ikut peraturan
kewangan (pesanan tempahan, invois, bil, baucer dan cek).
7. Meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit.
8. Merancang latihan untuk staf yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan
9. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.











96

PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN

1. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber
Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah , guru
dan pelajar sekolah.
2. Merancangan dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah
bersama AJK Kurikulum sekolah.
3. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif dan
kemas kini.
4. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Makumat dan
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan
pembudayaan ilmu.
6. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan
program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
7. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
8. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan sumber.
9. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG /
Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat
Sumber Sekolah.
10. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
11. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat AJK Induk / Kerja Pusat Sumber
Sekolah.
12. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
13. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori pertalatan Pusat Sumber
Sekolah.
14. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber
Sekolah Negeri.
15. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
16. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan pengurusan
program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
17. Menghantar data dan laporan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah
khasnya laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG
dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.
18. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.











97

JAWATANKUASA PIBG


1. Mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan
murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.
2. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan.
3. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan
kokurikulum.
4. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan disiplin dan sahsiah pelajar
sekolah.
5. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan / kebersihan sekolah.
6. Membantu memperlengkapkan kemudahan-kemudahan fizikal dan
kelengkapan bagi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
7. Mempererat hubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
8. Menghadiri upacaa rasmi sekolah.
9. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan

JAWATANKUASA KELAB GURU & STAF

1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan
dan menetapkan yuran/sumbangan guru.
2. Menjadi orang perantaraan antara staf dengan Pengetua.
3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staf.
4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staf.
5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan
bertukar / pencen dan menyambut staf baru.
6. Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana kemalangan atau
melangsungkan perkahwinan dan waris staf yang meninggal dunia.
7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru-guru
Penolong Kanan dan Lembaga Pengawas.
8. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan / kegiatan sukan atau riadah
untuk ahli.
9. 10. Membantu pihak sekolah menguruskan Lawatan Terancang / Lawatan
sambil belajar untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan
kesejawatan.
10. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staf.
11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.












98

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KURIKULUM

1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
3. Mencadangkan, membina dan mengurus alat bantuan mengajar.
4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran.
6. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.
7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.
8. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi
prestasi pelajar.
9. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

PENGURUSAN MASA INSTRUKSIONAL

1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal
dan jadual waktu blok.
7. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu
ditentukan.
9. Membuat pindaan jika perlu.
10. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan
untuk makluman semua.
11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

PENGURUSAN PENILAIAN MURID

a. Setiausaha Peperiksaan Dalaman

1. Memaklumkan kepada semua pelajar tentang tarikh sebelum sesuatu
peperiksaan atau ujian dijalankan di peringkat sekolah.
2. Menyediakan jadual waktu dan jadual giliran guru pengawas dan
mengedarkan kepada semua pelajar dan guru.
3. Memastikan semua peperiksaan dalaman disediakan mengikut standard
peperiksaan awam.
4. Menyediakan kemudahan asas peperiksaan seperti kertas cetak, dakwat,
kertas lukisan dan lain-lain.
5. Menyelia proses cetakan soalan oleh guru penyedia soalan dengan
menyediakan takwim tempahan ( soalan disediakan dua minggu sebelum
pelajar menduduki peperiksaan atau ujian).



99

6. Bertanggungjawab untuk melengkapkan data dan menyediakan analisis
peperiksaan bersama dengan Penyelaras Tingkatan dan mempamerkan
keputusan di UPP.
7. Memberi taklimat dari semasa ke semasa berkaitan dengan sebarang input
berkaitan peperiksaan kepada semua pelajar yang terlibat.
8. Menyediakan data-data dan maklumat yang diperlukan berkaitan
peperiksaan dalaman dari semasa ke semasa apabila diperlukan oleh
Pengetua.
9. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

b. Setiausaha Peperiksaan Awam

1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan
kepada guru tingkatan.
2. Mengedarkan borang-borang pendaftaran peperiksaan (Borang Sekolah
/ Borang Sementara) untuk diisi oleh pelajar.
3. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan
oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan.
4. Mengumpulkan dan menyemak borang-borang pendaftaran (Borang
Sementara) mengikut kad pengenalan pelajar.
5. Membuat pendaftaran PT3 / SPM melalui sistem online Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS).
6. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk
JPN,Lembaga Peperiksaan dan sekolah.
7. Mengedarkan jadual peperiksaan kepada pelajar PT3 / SPM.
8. Mengedarkan slip kemasukan kepada pelajar
9. Memasukkan markah Ujian Lisan bagi subjek-subjek berkaitan.
10. Menentukan dewan / bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik
peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
11. Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan dalam 4
salinan.
12. Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja
13. Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan:
a) Almari berpalang
b) Jam dinding
c) Jadual Waktu
d) Marker Pen
14. Menyediakan data-data dan maklumat yang diperlukan berkaitan
peperiksaan dari semasa ke semasa apabila diperlukan oleh Pengetua.
15. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.








100

c. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

1. Menyediakan data-data dan maklumat yang diperlukan berkaitan PBS dari
semasa ke semasa apabila diperlukan oleh Pengetua.
2. Menetapkan kekerapan pelaporan formatif dan sumatif bagi PBS.
3. Memberikan pendedahan dan latihan peningkatan kefahaman kepada
stakeholders.
4. Menetapkan kaedah menyimpan dan mengakses fail
5. Menetapkan kaedah dan menyampaikan maklumat tentang pelaksanaan
PBS kepada ibu bapa.
6. Merancang aspek pementoran, penyelarasan, pemantauan
(kekerapan,personel yang terlibat, jadual)
7. Menyediakan pelaporan pelaksanaan PBS di sekolah.
8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.
.

































101

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah (Rancangan Jangka
Panjang/Pendek).
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Sukan Sekolah, Merentas Desa, Perkhemahan Perdana,
Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di
sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan
yang akan digunakan.
12. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
13. Tugas- tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa

PENGURUSAN KELAB/PESATUAN, BADAN BERUNIFORM, SUKAN/PERMAINAN

1. Membentuk jawatankuasa pasukan badan beruniform / kelab & persatuan /
sukan & permainan.
2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.
3. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatatkan dalam
perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya
kepada PK Kokurikulum untuk simpanan dan rekod.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan pasukan badan beruniform
/ kelab & persatuan / sukan & permainan.
8. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
9. Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan
pasukan badan beruniform / kelab & persatuan / sukan & permainan.
10. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti
Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain.
11. Menguruskan surat-menyurat dan keperluan untuk kegiatan luar sekolah
12. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.
13. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan
kepada Jawatankuasa Kokurikulum.
14. Tugas- tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa



102

JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN SEKOLAH

a. PENGETUA

1. Menetapkan dasar dan garis panduan / peraturan serta menyediakan
Rancangan Kemajuan Sukan Sekolah.
2. Mendapatkan maklumat daripada guru-guru berkaitan kebolehan,
kecenderungan dan pengalaman yang ada pada guru-guru.
3. Mengadakan mesyuarat sukan sekolah dan menggariskan perancangan dan
agenda sistem sukan di sekolah.
4. Mengenal pasti dan menyelia jenis sukan / permainan yang akan dijalankan.
5. Menyediakan kemudahan bagi membolehkan sesuatu sukan / permainan
dijalankan.

b. GPK KOKURIKULUM

1. Melantik dan menyusun tugas-tugas guru dalam bidang sukan.
2. Menyusun takwim tahunan aktiviti sukan.
3. Memberi taklimat tentang Dasar dan Perancangan Strategik Sukan Sekolah.
4. Menyediakan jadual dan panduan tugas kepada semua guru.
5. Memastikan pelaksanaan aktiviti.
6. Mengawal, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti.
7. Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti dan melaporkan kepada pihak
pengurusan lebih tinggi (Pengetua, PPD, JPN, KPM).
8. Membuat perancangan untuk tindakan susulan.
9. Menyimpan semua rekod dan data yang berkaitan.
10. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

c. SETIAUSAHA SUKAN / PENOLONG SETIAUSAHA SUKAN

1. Merancang program sukan secara keseluruhan.
2. Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan sukan
serta aktiviti dan program pembangunan sukan.
3. Membantu guru gesar / pengetua dalam urusan pembelian peralatan sukan
(sebaik-baiknya dibuat penyelarasan dengan Ketua Panitia Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan).
4. Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat sekolah,
daerah dan negeri.
5. Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan.
6. Berhubung dengan guru-guru lain dalam kegiatan kokurikulum sukan untuk
penyelarasan kemudahan dan pembahagian waktu kegiatan sukan.
7. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua
kegiatan sukan.
8. Menyediakan papan maklumat berkenaan dengan aktiviti sukan di sekolah.





103

9. Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat serta bantuan
yang diperlukan.
10. Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik.
11. Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan dan kemudahan sukan.
12. Mengadakan satu sistem “Quartermaster (Pengurusan dan Penjagaan)”
penggunaan peralatan sukan.
13. Mewakili pengetua bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkenaan sukan
mengikut keperluan dan arahan pengetua.
14. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan serta
memastikan peraturan dipatuhi.
15. Memastikan guru-guru berkaitan menyediakan laporan lengkap tentang
aktiviti sukan di sekolah dan luar sekolah seterusnya mengumpulkan dan
merekodkannya dalam satu sistem pelaporan.
16. Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah dalam satu
sistem rekod.
17. Sentiasa berbincang dengan Pengetua dan PK Kokurikulum hal-hal berkenaan
kepentingan dan kemajuan sukan sekolah.
18. Tugas- tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa

d. KETUA GURU RUMAH SUKAN

1. Memastikan senarai ahli rumah sukan yang lengkap
2. Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan.
3. Mejalankan mesyuarat agung rumah sukan.
4. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar.
5. Mengendalikan secara bersama dengan setiausaha sukan aktiviti sukan di
sekolah.
6. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
7. Merekodkan dan melaporkan pencapaian pelajar kepada setiausaha sukan.
8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

e. GURU RUMAH SUKAN

1. Mengurus dan menjalankan latihan rumah sukan pada hari-hari yang
ditetapkan.
2. Mencatat kehadiran pelajar dalam latihan rumah sukan dan mengambil
tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
3. Mengenal pasti, memilih dan melatih pelajar yang berpotensi untuk mewakili
rumah sukan dan sekolah.
4. Memaklumkan pelajar yang berpotensi kepada guru permainan atau
setiausaha sukan.
5. Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
6. Bersama-sama guru Ketua Rumah Sukan menjalankan hal-hal pengurusan
rumah sukan.
7. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.



104

f. GURU PENASIHAT PERMAINAN

1. Guru penasihat permainan ialah guru permainan bagi pasukan sekolah.
2. Bertanggungjawab dalam permainan bagi peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan (jika berkaitan).
3. Membentuk jawatankuasa pelajar bagi kelab dan pasukan sekolah.
4. Merancang bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar
dalam permainan.
5. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang lebih
berkemahiran.
6. Memastikan dan berusaha boleh dijadikan tempat rujukan pelajar bagi
peraturan-peraturan dan kemahiran asas permainan.
7. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim dan jadual yang
ditetapkan.
8. Menganjurkan perlawanan antara kelas atau rumah sukan.
9. Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan.
10. Menjaga kebajikan peserta-peserta ke pertandingan.
11. Menguruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa / penjaga untuk
semua aktiviti yang dijalankan.
12. Melaporkan dan merekodkan keputusan setiap pertandingan (perlawanan)
yang disertai.
13. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan semasa bagi pengurusan
pasukan.
14. Berbincang dengan setiausaha sukan berkenaan keperluan kemudahan dan
peralatan.
15. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan
baik, selamat dan mencukupi sebelum, semasa dan selepas digunakan.
16. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
17. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkat kualiti pasukan.
18. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

KOPERASI SEKOLAH

1. Merancang dan melaksana rancangan jangka panjang dan jangka pendek
2. Mengawasi perjalanan Koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-
Undang Kecil Koperasi.
3. Memastikan pengurusan jual beli mengikut peraturan yang ditetapkan.
4. Memastikan buku stok sentiasa kemas kini.
5. Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.
6. Memastikan Laporan Kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemas kini
dan disediakan untuk dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum
Mesyuarat Agung.
7. Mewujudkan hubungan dengan Jabatan Pembangunan “Koperasi
Kawasan”.



105

a. SETIAUSAHA KOPERASI SEKOLAH

1. Memanggil dan menghadiri semua jenis mesyuarat.
2. Menyediakan dan menyampaikan laporan serta dokumen untuk
pertimbangan mesyuarat.
3. Menyimpan Data Nama Ahli serta Buku Laporan Kegiatan dan surat menyurat
yang berkaitan.
4. Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dengan persetujuan
Pengerusi.
5. Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat sebelum mesyuarat
diadakan kepada ahli dan menyediakan bahan keperluan untuk mesyuarat.
6. Membantu pengerusi memberikan maklumat dan penerangan.
7. Memastikan daftar kehadiran ahli ketika mesyuarat dan menulis minit
mesyuarat untuk edaran seterusnya.
8. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang ditentukan oleh Ahli Lembaga
Pengarah atau Pengerusi dari masa ke masa.

b. BENDAHARI KOPERASI

1. Menerima dan menjaga kewangan koperasi serta membuat pembayaran
mengikut arahan Lembaga.
2. Memastikan wang tunai dalam tangan pada satu-satu masa tidak melebihi
RM200.00 (atau yang ditetapkan oleh Lembaga).
3. Menyediakan resit, baucar dan dokumen sokongan untuk bayaran serta
menyimpannya dengan baik.
4. Mengemas kini semua buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada bila-
bila masa dan menyimpannya dengan baik.
5. Menyediakan akaun tahunan dan laporan koperasi untuk dihantar kepada
pihak Pembangunan Koperasi dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.
6. Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemas kini dan direkodkan


















106

JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Merancang dan melaksanakan semua aktiviti-aktiviti HEM mengikut unit-unit.
2. Memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan mengikut unit masing-masing.
3. Memberikan laporan kepada pengetua atau penolong kanan HEM dari
semasa ke semasa.
4. Mengenalpasti potensi murid dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.
5. Memberikan khidmat bantuan kepada murid yang bermasalah.
6. Mengurus hal-hal berkaitan kebajikan murid.
7. Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.
8. Mengurus perkembangan disiplin dan sahsiah murid yang cemerlang.
9. Mengurus segala mesyuarat, mengemaskini sistem fail dan menyedia laporan
dari semasa ke semasa dengan cekap dan sistematik.
10. Menyertai sebarang pertandingan luar yang boleh meningkatkan prestasi dan
pencapaian sekolah selaras dengan konsep kemenjadian murid dan
kecemerlangan sekolah
11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

PENGURUSAN DISIPLIN MURID

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar displin dan peraturan sekolah
berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
2. Memastikan semua guru adalah guru displin dalam usaha menguatkuasakan
peraturan sekolah.
3. Membantu untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius
yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau
hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtusas Bil. 9/1975.
Lembaga Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat
tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
4. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan displin
dalam semua majlis sekolah.
5. Mewujudkan sistem rekod displin kelas dan sistem pemantauan yang
berkesan.
6. Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil
tindakan sewajarnya.
7. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
8. Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk
mengesan pelajar yang ponteng dan melanggar displin sekolah.
9. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada
Kementerian / Jabatan Pendidikan / PPD.
10. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran
dan penghayatan disiplin pelajar.
11. Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibubapa/penjaga dalam
menangani masalah disiplin.
12. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.



107

BADAN PENGAWAS SEKOLAH

1. Mengadakan pemilihan dan perlantikan pengawas sekolah.
2. Melantik Jawatankuasa Pengawas dan barisan kepimpinan pengawas.
3. Mengatur, menasihatkan dan membimbing pengawas dalam melaksanakan
tugas dari masa ke semasa.
4. Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan
kepimpinan pengawas sekolah dari semasa ke semasa.
5. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan
sekolah.
6. Menyediakan laporan tahunan Lembaga Pengawas.
7. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.
8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa

PENGURUSAN KESELAMATAN MURID

1. Membantu Pengetua memastikan keselamatan bangunan , harta benda dan
kelengkapan peralatan sekolah daripada:-
a. Kebakaran
b. Kecurian
c. Kerosakan
d. Kehilangan
e. Anasir-anasir jahat/subversive
2. Mengadakan latihan kebakaran (fire drill) minima dua kali setahun.
3. Membantu Pengetua menyediakan peraturan-peraturan berhubung dengan
keselamatan latihan kebakaran atau kecemasan-kecemasan lain berlaku
dan seterusnya mengambil langkah-langkah positif untuk memperbaiki
keadaan jika perlu.
4. Membantu Pengetua menentukan tempat-tempat untuk berlindung dan
jalan-jalan yang akan dilalui apabila latihan kebakaran diadakan. Satu peta
bagi maksud ini hendaklah disediakan dan dipamerkan.
5. Memastikan alat-alat pemadam api lengkap dan boleh digunakan.
6. Memastikan keadaan pagar dan tindakan lain bagi keselamatan sekolah
dalam keadaan yang sentiasa baik.
7. Melaporkan kepada Pengetua dan pihak-pihak tertentu dengan serta-merta
sekiranya berlaku/terdapat kebakaran, kecurian atau tanda-tanda unsur
subversif di kawasan sekolah.
8. Mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin keselamatan pelajar-
pelajar waktu pergi dan balik dari sekolah.
9. Bekerjasama dengan Guru Pengawas dan Disiplin untuk menentukan bahawa
pelajar-pelajar mematuhi peraturan dijalankan dan di kawasan sekolah.
10. Mendapatkan penceramah-penceramah jemputan dari Majlis Keselamatan
Jalan Raya untuk memberi ceramah keselamatan jalan raya kepada pelajar-
pelajar.
11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.



108

PENGURUSAN IKLIM SEKOLAH

1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan
keceriaan sekolah dari masa ke masa.
2. Menyediakan pelan induk landskap sekolah.
3. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan
sekolah seperti:-
a. Kempen Kebersihan
b. Pertandingan Kebersihan Kelas
c. Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan
d. Ceramah-Ceramah Kebersihan
e. Pertandingan Poster Kebersihan
f. Menanam pokok/bunga di kawasan sekolah.
g. Lawatan ke sekolah-sekolah lain.
4. Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar
(PIBG , Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan
mutu kebersihan sekolah.
5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai
kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh AJK
ini.
6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke
masa dan membuat laporan kemajuan kerja.
7. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa


PENGURUSAN KESIHATAN MURID

1. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan murid dengan kerjasama
guru tingkatan.
1. Menguruskan dan mengawal selia bilik khas (bilik kesihatan) sebagai Pusat
Operasi .
2. Menguruskan dan menyelaraskan program kesihatan yang diaturkan oleh
KKM.
3. Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan,
pejabat sekolah.
4. Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan dan pencegahan
Denggi serta penyakit bawaan.
5. Memaparkan info kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid
tentang kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek.
6. Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta dan pembasmian tempat
pembiakan nyamuk di kawasan sekolah.
7. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa






109

PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN MURID

a. BIASISWA & KWAPM

1. Meneliti pekeliling dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan
pihak penaja untuk memastikan syarat dipatuhi.
2. Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar tingkatan satu dan empat
mengikut masa tawaran.
3. Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran,
membuat penilaian dan perakuan.
4. Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa dan bantuan KWAPM
5. Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada
Penolong Kanan HEM.
6. Menghantar surat amaran kepada ibu bapa/penjaga bagi pemegang
biasiswa yang prestasinya merosot.
7. Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
8. Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat.
9. Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara menggunakan wang
biasiswa dan KWAPM .
1. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

b. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

1. Menyimpan stok SPBT dan membuat semakan di awal dan akhir tahun.
2. Mengedar buku-buku teks kepada murid yang layak dan mengutip kembali
buku teks pada akhir tahun daripada murid yang masuk atau bertukar sekolah.
3. Menerima buku teks daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan
merekodkan ke dalam buku stok.
4. Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang
berkaitan dengan SPBT.
5. Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan pelupusan serta
memaklumkan kepada semua guru dan murid.
6. Memastikan murid–murid menjaga fizikal buku pinjaman dan menggantikan
buku yang rosak.
7. Membuat pemantauan berkala kepada kekemasan dan kebersihan buku teks
dari masa ke semasa.
8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.


PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

1. Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama
guru-guru bimbingan dan kaunseling
2. Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan
menyediakan laporan yang diperlukan



110

3. Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar
4. Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
5. Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid
bermasalah disiplin yang dirujuk kepadanya.
6. Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang
memerukannya
7. Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun
dalam membantu sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan
disiplin murid
8. Melaksanakan arahan pengetua / PK HEM dari semasa ke
semasaMengadakan mesyuarat mengikut keperluan dan arahan Pengetua /
PK HEM

PENGURUSAN ASRAMA

1. Mengadakan mesyuarat setiap bulan mengikut keperluan dan arahan
Pengetua / PK HEM
2. Merangka dasar dan peraturan asrama
3. Merangka program / aktiviti harian dan tahunan asrama dan
melaksanakannya mengikut jadual dan takwim
4. Membuat laporan program dan aktiviti sebagai rujukan dan dokumentasi
5. Menguatkuasakan peraturan asrama dan menyelesaikan masalah/kes disiplin
6. Melaksanakan hukuman dan denda kepada pelajar yang melanggar
masalah disiplin
7. Tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa mengikut
keperluan.

BINA INSAN

1. Mengatur, menyelaras dan menjalankan program Bina Insan kepada semua
murid dari masa ke semasa.
2. Merancang dan melaksanakan Program Solat Hajat untuk calon PT3 dan SPM.
3. Menentukan pengisian program bina insan selaras dengan perkembangan
pembangunan potensi murid.
4. Mengadakan program berkaitan hari kebesaran.
5. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam untuk merangka dan
menjalankan program kerohanian dalam satu tahun akademik.
6. Merancang dan mengadakan aktiviti untuk mengimarahkan surau sekolah.
7. Menyediakan laporan SUMUR seperti yang ditetapkan oleh KPM.
8. Menceriakan surau berdasarkan instrumen yang ditetapkan oleh KPM.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan PK HEM dari
semasa ke semasa.






111


Click to View FlipBook Version