Seni Bahasa:
Perumpamaan
Tahun 2
Definisi
• Menurut Kamus Dewan,
perumpamaan ialah sejenis
peribahasa yang berupa
perbandingan dengan sesuatu yang
lain.
• Biasanya, perumpamaan bermula
dengan kata bagai, ibarat, laksana,
seperti dan umpama.
bagai isi dengan kuku
Maksud:
hubungan yang sangat rapat
Hubungan Fasya dan
Amira sangat erat bagai
isi dengan kuku.
seperti aur dengan
tebing
Maksud:
tolong-menolong di antara
satu sama lain
Izara dan Azdira saling tolong-
menolong ketika membuat kerja
sekolah seperti aur dengan
tebing.
seperti enau dalam
belukar, melepaskan pucuk
masing-masing
Maksud:
mementingkan diri sendiri
Sikap Sofia tidak seperti enau
dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing kerana dia selalu
membantu kawan-kawannya.
seperti kacang
lupakan kulit
Maksud:
tidak tahu mengenang budi
Haziq berazam untuk selalu
menolong orang kampungnya dan
tidak bersikap seperti kacang
lupakan kulit apabila dewasa nanti.
bagai itik pulang
petang
Maksud:
berjalan dengan sangat
lambat
Walaupun telah lewat sampai di
sekolah, Alif berjalan bagai itik
pulang petang ke kelasnya.
bagai melepaskan
batok di tangga
Maksud:
membuat kerja sambil lewa
Cikgu Aini menegur sikap
Syafik yang menyiapkan kerja
sekolah bagai melepaskan
batok di tangga.
bagai menatang
minyak yang penuh
Maksud:
mendidik anak dengan penuh
kasih sayang
Encik Rahman menjaga anak
tunggalnya, Anuar bagai
menatang minyak yang penuh.
seperti ayam berak
kapur
Maksud:
muka pucat dan tidak
bermaya
Wajah Dayana seperti ayam
berak kapur kerana sudah
demam beberapa hari.
seperti pahat
dengan penukul
Maksud:
orang yang hanya bekerja
apabila diperintah
Murid-murid 2 Ibnu Sina
membaca buku tanpa disuruh
oleh guru, tidak seperti pahat
dengan penukul.
seperti cincin dengan
permata
Maksud:
pasangan yang sama padan
dan sama cantik
Penduduk Kampung Contoh
terpegun apabila melihat pasangan
yang sama cantik dan sama padan
seperti cincin dengan permata itu.