BUKU SKRAP HOKI
NAMA:BATRISYIA DAMIA BINTI
SALIM
KELAS:5 ES
NAMA GURU:ENCIK ROSLAN SARIP
TAJUK:PERMAINAN HOKI
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat
ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi
menyiapkan folio yang bertajuk permainan hoki.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Farrah Binti Zambri dan
guru-guru penasihat puteri islam , kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini
terutamanya kepada ibu saya iaitu Puan Rosliza Binti Mohamed Nordin atas
budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini
dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama
bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung .
Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.
KAWASAN PERMAINAN
Padang
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini.
Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak
dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta
memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan
kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan
padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini
mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana
kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang
hoki hendaklah berbentuk segiempat yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter.
Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang
diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang
tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan
di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput
biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa
gangguan.
Pintu gol
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak
mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu
gol masing-masing.
BILANGAN PEMAIN DAN CARA BERMAIN
Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki
juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan.
Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola
hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak
dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian
badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.
JANGKA MASA PERMAINAN
Jangka masa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh
masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan
tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau
pemain mengalami kecederaan.
PERALATAN UNTUK PERMAINAN HOKI
Kayu hoki
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki
telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai
permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud
dalam permainan hoki. Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana
serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk
menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak
digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.
PERALATAN UNTUK PERMAINAN HOKI
Kayu hoki
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada kayu jenis ash atau mulberry. Undang-
undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang
mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal
tidak wujud dalam permainan hoki. Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa
sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan
minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana
bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.
Bola
Ciri-ciri bola adalah seperti berikut:
Bola hoki adalah berbentuk sfera dan keras, pejal atau kosong. Permukaannya licin tetapi
pelipat(seam) atau lekuk-lekuk kecl (indentations) adalah dibenarkan. Kebanyakannya adalah
berwarna putih tetapi jika mahu menggunakan warna lain perlulah dengan persetujuan
kedua-dua belah pihak. Berat bola adalah antara 156 g (minimum) – 163 g (maksimum). Ukur
lilit pula adalah antara 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum)
PAKAIAN PEMAIN HOKI
Pakaian
Semua pemain diwajib memakai ‘shinguard’ sepanjang perlawanan. Semua pemain
diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt (wanita) / seluar (lelaki) sepanjang perlawanan.
Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama. Setiap pasukan
dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi hendaklah
bernombor dari nombor 1 hingga 16. Jersi Penjaga Gol hendaklah bernombor di belakang
dan di hadapan. Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama, maka satu
daripada pasukan hendaklah menukar jersinya dengan cara pengundian. Pengurus-pengurus
pasukan diminta menentukan jersi lawannya terlebih awal bagi mengelakkan jersi yang sama
warna.
Alatan penjaga gol
Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang
sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped
mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol
diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi
keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah
pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berpad, pelindung
mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi
tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk
melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol
kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong.
Kasut
Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun,
kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang
(spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai
tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di
atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pem
Teknik-teknik Permainan Hoki
Teknik-teknik bermain hoki
Terdapat beberapa kemahiran dalam asas dalam permainan hoki. Antaranya
ialah:-
a) Memukul bola
b) Mengelecek bola
c) Menguis bola
d) Merebut bola
Memukul bola
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada rakannya pada jarak yang
agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang
perlu dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola
ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kederasan bola ditentukan
dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat
badan.
• Pegang kayu dengan kuat. Tangan kiri di
atas tangan kanan.Bahu kiri menghadap
sasaran. Bola berada selari dengan kaki kiri.
Mulakan aksi dengan hayunan ke belakang
• Hayun kayu ke arah bola dan pindahkan berat badan ke kaki depan.
Bengkokkan lutut semasa melakukannya. Mata memandang bola. Kontak
bahagian belakang bola.
• Ikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran. Berat badan dipindahkan ke
hadapan.
Mengelecek bola
Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil melepasi
pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini
ialah kepantasan dan kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan
badan dan kayu. Bola sentiasa berada di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke
sisi. Terdapat 3 cara dalam menggelecek bola iaitu:-
a) Menggelecek longgar
b) Menggelecek rapat
c) Mengelecek Indian
Mengelecek longgar
Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan
bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.
Cara untuk mengelecek longgar
• Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke
luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
• Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
• Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
• Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
• Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah.
Menggelecek rapat
Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola
dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang
selamat untuk menghantar bola kepada rakan.
Cara untuk menggelecek rapat
• Pegangan seperti menggelecek longgar.
• Badan juga seperti menggelecek longgar
• Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang
akan bergerak sambil mengkaji situasi padang.
• Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa
menyentuh kayu hoki.
Menggelecek Indian
Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam
permainan hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di
hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti
menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu
manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan
bola.
Cara untuk menggelecek indian
• Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di
dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu
sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan
kanan memegang dengan longgar.
• Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang
saiz bahu.
• Mata seperti menggelecek rapat.
• Badan mengikut pergerakan bola.
• Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan
ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.
Menguis bola
Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak lawan
ke rakan atau untuk menjaringkan gol.
• Bola berada di sebelah kaki kanan. Kedudukan kayu rapat dan berada di
bawah bola. Bengkokkan lutut dan bahu kiri menghadap sasaran. Berat
badan berada di kaki kanan.
• Alihkan berat badan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan dengan melejang
bola ke hadapan dan ke atas. Bongkokkan badan semasa lakuan.
• Ikut lajak ke arah atas.
Merebut bola
Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan.
Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan
kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada
saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara merebut dalam permainan hoki ialah:
a) Merebut secara menghadang (flat tackle)
b) Merebut secara kilas (reverse tackle)
c) Merebut secara melonjak (jab tackle)
• Merebut secara menghadang (flat tackle) Digunakan untuk menghadang
kemaraan penyerang dari sebelah kanan pemain pertahanan dengan
meletakkan kayu mendatar dengan permukaan padang. Kayu diletakkan
depan kaki kiri
• Merebut secara kilas (reverse tackle) Digunakan di sebelah kiri pemain
pertahanan. Tangan rapat dengan padang. Lonjak dan cuba kait bola.
• Merebut secara melonjak (jab tackle) Pegang kayu kuat di tangan kiri. Lonjak
dan cuba kait bola.
PERATURAN PERMAINANBilangan pemain sebanyak 11 orang setiap
pasukan. Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35 – 5 – 35.
v Memulakan permainan:
o di awal permainan dan separuh masa kedua
o permainan dihentikan atas kesalahan yang dilakukan oleh satu pihak
o kesalahan serentak oleh kedua-dua pihak (bully) selepas gol dijaringkan
v Pemain tidak dibenarkan:
o menggunakan bahagian belakang kayu
o bermain tanpa kayu sendiri
o menggunakan kayu untuk menakutkan pemain lain
o mengangkat kayu melepasi kepala lawan
o menaikkan bola dan membahayakan pemain lawan
o bermain dengan cara yang bahaya
v Penjaga Gol (dalam kawasan “D”) boleh :
o Menendang bola
o Menahan bola dengan mana-mana bahagian badan
o menghentikan bola dengan kayu melepasi bahu
v Menghadang
o menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk menghalang pihak
lawan dari merampas bola tanpa memainkan bola
o berlari di antara rakan pembawa bola dengan pihak lawan (third party
obstruction).
v Penalti
o Pukulan percuma
o Kesalahan yang tidak disengajakan di luar kawasan “D”
o Kesalahan yang dilakukan antara kedua-dua garisan 23m.
v Pukulan sudut penalti
o Kesalahan yang tidak disengajakan dalam kawasan “D”
o Kesalahan yang disengajakan di antara garisan “D” dan garisan 23m
v Strok Penalti
o Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan “D”
o Kesalahan yang tidak disengajakan tapi boleh menghasilkan gol jika tidak
berlaku kesalahan.
v Amaran
o hijau (penggantungan sementara 2 minit masa diambil kira apabila pemain duduk
di kerusi yang disediakan khas di tempat teknikal.
o kuning (penggantungan sementara- minima 5 minit )
o merah (Penggantungan tetap)
Penting : Sediakan First Aid Kit dan pastikan kandungan di dalamnya lengkap
dan masih boleh digunakan.