a
SIMPULAN DAN
IKATAN
SIMPULAN
BUKU SILA
Ø Digunakan untuk menyambung
dua hujung tali yang sama besar.
Ø Simpulan ini tegap dan tidak
boleh terlucut.
Ø Biasanya digunakan untuk
menyambung tali
khemah/bungkusan hadiah/ikatan
anduh.
Ø Mudah dibuka.
SIMPULAN
BUNGA KETI
Ø Biasanya digunakan untuk
menyambung dua hujung tali
yang tidak sama besar.
Ø Contohnya bagi menyambungkan
tali perahu dan tali kapal.
Ø Turut digunakan untuk mengikat
tali ke suatu tunjul.
SIMPULAN MANUK
Ø Digunakan untuk mengikat tali
pada tiang atau balak.
Ø Simpulan ini tidak mudah
terburai dan kayu dapat ditarik
atau diangkat ke tempat yang
dikehendaki dengan selamat.
Ø Turut digunakan semasa
memulakan dan mematikan ikatan
seraya, ikatan silang gunting dan
ikatan lilit kacang.
SIMPULAN PENGAIL
Ø Sesuai digunakan untuk
menyambungkan dua tali yang
halus/ licin seperti tali tangsi.
SIMPULAN
TINDIH KASIH
Ø Untuk membuat ikatan yang
pantas dan tidak boleh menjerut
benda/binatang dan sebagainya.
Ø Sesuai digunakan untuk
menyelamat, mengikat leher
binatang dan sebagainya.
SIMPUL BELIT
Ø Satu simpulan yang mudah tetapi
kemas untuk mengikat hujung tali
pada mata kail, pancang, pokok
dan sebagainya.
IKATAN BALAK
Ø Ikatan balak adalah ikatan
sementara untuk menurunkan
atau menarik beban seperti
tongkol kayu dan sebagainya.
IKATAN SERAYA
Ø Digunakan untuk mengikat dua
batang kayu/ buluh yang
bersilang.