The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by terangiartworks, 2023-01-04 01:33:22

Buletin Fakta Edisi 1 2021

4. Buletin Fakta Edisi 1 2021

EDISI I DISEMBER 2021

Buletin Fakta
Buletin tahunan terbitan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
(IYRES) yang memaparkan isu-isu berkaitan belia di Malaysia dan berkongsi
tentang aktiviti-aktiviti kajian dan program yang dianjurkan

Menarik Edisi Ini

Teknologi Big Data

satukan IYRES dan
UMP

IYRES perkenal IYRES Sambut
Sistem Portal Kerjasama Dengan
MyJournal UMP

10 resolusi Identiti Perkembangan teknologi dengan pesat di seluruh dunia
Belia Pasca Covid- membuktikan bahawa peranan teknologi maklumat
19 dibentuk semakin penting. Pelbagai bidang memanfaatkan
teknologi yang membuktikan bahawa kehidupan era
Institut Penyelidikan zaman kini lebih ke arah digital dan mobil.
Pembangunan Belia Malaysia
(IYRES) Malaysia turut tidak ketinggalan dalam mengejar
perkembangan teknologi dan seiring dengan itu,
Tel: 03-8871 3417 teknologi maklumat dilihat sebagai salah satu 'kunci'
Faks: 03-8871 3342 kepada jalan penyelesaian untuk memperoleh data-data
E-mel: [email protected] penting dalam jangka masa yang singkat, berskala kecil
Laman sesawang: www.iyres.gov.my mahupun besar dan berstruktur.

01 ISSN 2180-4044

EDISI I DISEMBER 2021

Manfaat Teknologi Data Raya Terhadap
Pembangunan Belia

Dalam mendepani era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0),
IYRES yang berperanan sebagai “Focal Point” kepada
penyelidikan dan pengumpulan data-data berkaitan
belia di Malaysia telah mengambil langkah proaktif
dengan mewujudkan platform “Hub Data@IYRES” bagi
pemusatan dan pengurusan data-data belia secara atas
talian.

Oleh itu, Hub Data@IYRES dijadikan platform
penyaluran data kepada semua pemegang taruh
pembangunan belia bagi meningkatkan kecekapan
dalam membuat keputusan dan perancangan berkaitan
pelaksanaan program yang berasaskan data-data
empirikal, sah dan reliable.

Sebagai salah satu alternatif dalam memperkasakan
belia di Malaysia, IYRES telah menjalinkan kerjasama
strategik bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP)
yang dilihat mampu memanfaatkan pembangunan
model analitik data raya (Big Data) khusus dalam bidang
pembangunan belia.

Perancangan Kerjasama

Melalui kerjasama antara IYRES-UMP, beberapa
perancangan akan meliputi:

UMP sebagai pakar rujuk dalam pembentukan
cadangan penyelidikan dan cadangan polisi bersama
berkaitan teknologi Data Raya dalam pembangunan
belia;
Kerjasama penyelidikan yang merangkumi
perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam
bidang penyelidikan berkaitan teknologi Data Raya
dan pembangunan belia;
Kerjasama data analitik melalui kepakaran dalam
membimbing penganalisaan data-data hasil
penyelidikan dalam bidang pembangunan belia;
Kerjasama dalam penerbitan melalui usaha untuk
menerbitkan artikel bersama menggunakan data-data
yang dibekalkan oleh IYRES; dan juga
Penganjuran bersama forum, siri diskusi, seminar dan
latihan dalam bidang Data Raya serta pembangunan
belia.

02 ISSN 2180-4044

EDISI I DISEMBER 2021

PHOTO BY MARTIN R. SMITH Sistem yang dikenali sebagai
MyJournal menguruskan penerbitan
jurnal terbitan IYRES yang
menyediakan platform kepada para
penyelidik dari dalam dan luar negara
untuk menerbitkan artikel berasaskan
penyelidikan, dasar dan amalan
mengenai isu-isu berkaitan belia dan
dewasa muda. Jurnal terbitan IYRES
iaitu Malaysian Journal of Youth
Studies (MJYS) kini dikenali sebagai
Asia Pacific Journal of Youth Studies
(APJYS) merupakan jurnal ilmiah
antarabangsa dan akses terbuka (open
access). Portal tersebut boleh dilayari
di laman sesawang:
https://apjys.iyres.gov.my

MyJournal: Sistem
Pengurusan Jurnal Terbitan
IYRES Ke Arah Indeks
Antarabangsa

Salah satu bidang utama IYRES sebagai Focal Point
penyelidikan dan hub data belia adalah penerbitan yang
mana IYRES turut menerbitkan buku, artikel dan jurnal
yang memfokuskan kepada bidang pengajian belia atau
youth studies.

Sebagai satu-satunya institusi kerajaan yang
menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan
belia, IYRES telah menerbitkan jurnal ilmiah yang
berwasit bermula tahun 2008 yang dikenali sebagai
Malaysian Journal of Youth Studies (MJYS). Pada tahun
2021, IYRES telah mengambil inisiatif dengan
membangunkan sistem pengurusan jurnal sebagai usaha
memperkasakan kualiti penerbitan di peringkat
antarabangsa di samping mengangkat nama IYRES di
persada dunia.

EDITORIAL BOARD'S MESSAGE

"The journal has an interdisciplinary profile that aims to be of relevance to researchers, students, practitioners
and policy-makers. The journal encourages submission of papers from all countries and contexts, with a special
emphasis on youth residing in the Asia-Pacific region. All papers are subject to editorial screening and double-
blind peer review. For research-based manuscripts, we welcome articles from both quantitative and qualitative
traditions."

03 ISSN 2180-4044

EDISI I DISEMBER 2021

Resolusi Persidangan Ibarat air digenggam tiada tiris, begitulah
Meja Bulat: Membina situasi yang dapat digambarkan oleh
Identiti Belia Pasca sebilangan besar penduduk dunia apabila
Covid-19 letusan pandemik Covid-19 seakan tiada
kesudahan.
"Kehilangan punca pendapatan
dan dibebani komitmen Lebih memburukkan keadaan apabila
kewangan memberi impak sektor ekonomi dunia dilihat hampir
kepada keseluruhan rakyat lumpuh dengan menyaksikan kebanyakan
Malaysia terutamanya golongan syarikat mengambil langkah untuk gulung
belia. Mereka mempunyai tikar akibat daripada krisis dunia ini. Ia
pilihan yang terhad dan memberi impak dan kesan yang cukup
berusaha mencari pekerjaan besar apabila majoriti masyarakat
baharu. Antara pilihan untuk kehilangan punca pendapatan.
meneruskan kelangsungan hidup
adalah dengan mengurangkan Komitmen bulanan, pinjaman, hutang dan
perbelanjaan, menggunakan kos sara hidup yang semakin meningkat
simpanan, meminjam dan sudah semestinya memberi kesan yang
mungkin hingga terpaksa mendalam dan menyumbang kepada
menggadaikan aset tertentu" peningkatan statistik masalah kesihatan
mental, bankrupsi, pengangguran dan
lain-lain.

Belia Malaysia juga antara golongan yang
terkesan akibat penularan virus yang
bukan sahaja mengancam nyawa, tetapi
juga memberi ancaman terhadap ekonomi
dan kesejahteraan hidup masyarakat
dunia. Tanpa kita sedari, identiti
merupakan antara elemen penting dalam
mencapai kesejahteraan hidup belia yang
mana identiti dijadikan sebagai salah satu
domain dalam kajian Indeks Belia
Malaysia yang dibangunkan oleh Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
(IYRES).

Mereka yang terkesan lebih cenderung ISSN 2180-4044
untuk berfikir dan membuat keputusan
secara beremosi dan tidak rasional

04

EDISI I DISEMBER 2021

Identiti: Pengukur Kesejahteraan Hidup
Belia

Identiti merangkumi semangat, siri kepercayaan, pegangan, nilai diri dan kefahaman yang berupa pemikiran
dan tindakan seseorang individu dalam melakukan sesuatu aktiviti. Tidak hairanlah mengapa identiti seseorang
boleh 'tercemar' akibat daripada situasi pandemik yang melanda. Bagai air mencari jenisnya, usaha kerajaan
dan pelbagai pihak dilihat tidak mengenal erti jerih dan payah bagi membentuk dan memperkasakan semula
identiti untuk menjamin kesejahteraan hidup belia di Malaysia. Justeru, Kementerian Belia dan Sukan melalui
IYRES telah melaksanakan Perbincangan Meja Bulat atau Round Table Discussion dengan tema "Membina
Identiti Belia Pasca Covid-19".

Perbincangan tersebut telah menerima pelbagai idea dan cadangan daripada peserta program yang rata-rata
terdiri daripada golongan belia sehingga dewasa dan idea-idea tersebut telah dijadikan naskhah resolusi yang
akan diserahkan kepada peringkat tertinggi Kementerian Belia Dan Sukan untuk merangka dasar serta polisi
pembangunan belia di Malaysia.

Resolusi Perbincangan
Meja Bulat (RTD)

Saranan Kepada Kerajaan/ Pemegang Saranan Kepada Generasi Belia
Taruh Pembangunan Belia
1.Belia DISARANKAN untuk beradaptasi dengan
1.Belia MENGESYORKAN agar kerjasama senario semasa dan sentiasa mendapatkan
merentas kementerian, agensi dan badan bukan sokongan ekosistem untuk terus berfikiran
kerajaan (NGO) diperkukuhkan dalam usaha positif dalam mengharungi kehidupan dan
mempromosikan inisiatif membangunkan dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan
menyerlahkan identiti belia Malaysia ke arah semasa;
membudayakan keusahawanan dan daya
ketahanan mental; 2.Belia DISARANKAN untuk sentiasa mencari
peluang dan ruang bagi melonjakkan taraf
2.Belia MENYARANKAN agar pemegang taruh hidup dan meningkatkan keupayaan diri
menyerlahkan identiti belia Malaysia dengan dengan melibatkan diri dalam pelbagai inisiatif
budaya keusahawanan bagi menyediakan mereka yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan,
berhadapan dengan sebarang krisis ekonomi; korporat dan lain-lain;

3.Belia MENGESYORKAN agar hebahan dan 3.Belia DISARANKAN mendapatkan ilmu asas
penyebarluasan berkaitan pelbagai inisiatif serta meningkatkan literasi sebelum
berkaitan keusahawanan belia perlu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan;
diperkasakan secara optimum bagi memastikan
informasi dapat disampaikan kepada golongan 4.Belia DISARANKAN sentiasa berusaha untuk
belia sehingga ke peringkat akar umbi; meningkatkan kemahiran melalui Reskilling,
Upskilling dan Cross skilling dalam meningkatkan
4.Belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan, nilai tambah diri;

pkoekrpeorjraaatnddaanlainmduksatlrainmgaenniblealiisaedmiSupEleaElbpaeBglLuaiaOnGg 5.Belia DIGALAKKAN supaya meningkatkan
pengetahuan dan literasi berhubung kesihatan
sektor untuk memastikan graduan/ kepakaran mental bagi memastikan kesejahteraan diri
yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan sentiasa terpelihara dan bantuan atau rawatan
industri; awal dapat diambil.
5.Belia MENYARANKAN agar masyarakat sentiasa
memberi peluang dan ruang kepada golongan
belia rentan dan tiadanya stigma negatif kepada
mereka yang mengalami masalah kesihatan
mental.

05 ISSN 2180-4044

Sidang Redaksi "
Profil IYRES
Ketua Pengarang
Institut Penyelidikan
Dr. Vellapandian Ponnusamy Pembangunan Belia

Penolong Ketua Pengarang Malaysia (IYRES)
merupakan sebuah
Dr. Saripah Osman
agensi di bawah
Ketua Editor Kementerian Belia dan

Puan Shahhanim Yahya Sukan (KBS). IYRES
merupakan sebuah
Editor/ Penulis/ Pereka Grafik pusat penyelidikan
nasional yang mengkaji
Cik Siti Shazwani Md Yusoof pelbagai aspek aliran
dan pembangunan
generasi muda dan
kaitannya dengan

perubahan yang
berlaku di peringkat
nasional, serantau dan

antarabangsa

"

06 ISSN 2180-4044


Click to View FlipBook Version