The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhiraizan, 2021-10-14 22:15:23

NOTA ULASAN

NOTA ULASAN

PDPR Penulisan

ULASAN

BAHASA MELAYU

PN SUHIRA BINTI IZAN
SMK MANTIN

KEMAHIRAN MENULIS

 STANDARD KANDUNGAN

3.5 Menulis untuk meringkaskan dan merumuskan pelbagai bahan prosa.

 STANDARD PEMBELAJARAN

3.5.1 Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada
pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
wacana yang sesuai.

RINGKASAN RUMUSAN ULASAN

ULANGKAJI FORMAT

APAKAH PERBEZAAN FORMAT
PENULISAN RINGKASAN, ULASAN
DAN RUMUSAN?

ULANGKAJI FORMAT

Item RINGKASAN ULASAN RUMUSAN
Soalan
Markah 1 Kertas 1 (Bahagian C)
Masa dicadangkan
Jumlah perenggan • Tidak perlu 15 Markah
Jumlah perkataan pendahuluan dan
Komponen kesimpulan 15 minit

• 6 isi tersurat 1, 2 atau 3 3
• Penanda wacana
80 – 100 patah perkataan

• Ada perenggan • Ada perenggan
pendahuluan, isi
dan kesimpulan pendahuluan, isi

• Perenggan isi – 3 isi dan kesimpulan
yang terdiri • Perenggan isi – 6 isi
daripada isi tersurat
dan tersirat setiap tersurat
satunya • Penanda wacana

• Penanda wacana

ULASAN

1, 2 atau 3 perenggan
Ada perenggan pendahuluan, isi dan

kesimpulan
Perenggan isi – 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat
Penanda wacana

KEBAIKAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Soalan :
Lihat gambar di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis ULASAN yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

➢ Menanamkan semangat
Kerjasama dalam kalangan
penduduk

➢ Mengeratkan silaturahim
dalam kalangan penduduk

➢ Meningkatkan kebersihan
dalam kawasan tempat
tinggal

PERENGGAN PENDAHULUAN / PENGENALAN

❑ Terdiri daripada 2 ayat.
Ayat pertama – ayat yang berkaitan dengan tema.
Ayat kedua – ayat yang berkaitan dengan tema dan mengandungi kata kunci soalan.

Contoh :

Amalan gotong-royong sudah diamalkan oleh masyarakat
sejak dahulu lagi. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh
jika amalan ini menjadi budaya dalam kehidupan kita.

PERENGGAN ISI

❑ ISI 1 = 1 TERSURAT + 1 TERSIRAT
❑ ISI 2 = 1 TERSURAT + 1 TERSIRAT
❑ ISI 3 = 1 TERSURAT + 1 TERSIRAT
❑ Penanda Wacana (Selain itu, Seterusnya)

Contoh :
Satu daripada kebaikannya ialah kita dapat menanamkan semangat Kerjasama dalam kalangan

penduduk. Hal ini terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing.
Selain itu, kegiatan gotong-royong dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk. Apabila mereka
menjalankan aktiviti, mereka dapat berbual mesra dan bertanya khabar. Seterusnya, amalan gotong-royong
dapat meningkatkan kebersihan dalam kawasan tempat tinggal kita. Apabila Kawasan bersih, kita dapat
mengelakkan diri daripada pelbagai penyakit.

PERENGGAN PENUTUP/KESIMPULAN

❑ Cadangan (Kita mestilah bersenam)
❑ Kata Hubung (supaya/untuk/kerana/agar)
❑ Harapan (meningkatkan tahap kesihatan kita.)

Contoh :

Kesimpulannya, amalan gotong-royong perlu dihidupkan
supaya kerjasama dalam masyarakat terjalin.

JAWAPAN PENUH

Amalan gotong-royong sudah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Banyak kebaikan yang
akan kita peroleh jika amalan ini menjadi budaya dalam kehidupan kita.

Satu daripada kebaikannya ialah kita dapat menanamkan semangat Kerjasama dalam kalangan
penduduk. Hal ini terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu hidup sandar-menyandar bagai aur dengan
tebing. Selain itu, kegiatan gotong-royong dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk.
Apabila mereka menjalankan aktiviti, mereka dapat berbual mesra dan bertanya khabar. Seterusnya,
amalan gotong-royong dapat meningkatkan kebersihan dalam Kawasan tempat tinggal kita. Apabila
Kawasan bersih, kita dapat mengelakkan diri daripada pelbagai penyakit.

Kesimpulannya, amalan gotong royong perlu dihidupkan supaya kerjasama dalam masyarakat
terjalin.

(85 patah perkataan)


Click to View FlipBook Version