CERPEN
BAHASA MELAYU
3RTF
CIKGU SUHIRA
Nota : Boleh ‘google’ untuk mendapatkan maklumat tentang adik Syukur
SINOPSIS Beluntung murid darjah enam di Sekolah Rendah
Kerajaan Timbang Pasir. Beluntung tinggal di Kampung Layong
yang terletak berhampiran dengan Sungai Layong. Beluntung
mempunyai dua ekor haiwan yang amat disayanginya, iaitu
Bawod,seekor kambing dan Tuyog,seekor kerbau. Beluntung
mahu menjadi murid yang pandai dan dia berusaha gigih untuk
memperoleh ilmu. Beluntung terpaksa melalui enam batang
sungai untuk sampai ke sekolahnya. Beluntung ke sekolah
dengan menunggang Tuyog. Bawod sangat takut akan air,
namun lama-kelamaan Bawod dapat menyeberangi sungai
berkat kegigihannya. Peristiwa itu memberikan semangat
kepada Beluntung untuk berusaha dengan gigih demi mencapai
kejayaan. Di kelas, kawan-kawan Beluntung mengejeknya
kerana badannya berbau seperti kerbau. Beluntung tidak
mempedulikan ejekan kawannya kerana dia sememangnya
datang ke sekolah dengan menunggang kerbau.
SINOPSIS Pada masa rehat, Beluntung mencari Bawod dan
Tuyog. Tuyog seperti hilang arah apabila melihat Bawod tiada.
Beluntung mencari Bawod di padang, di kebun sekolah dan di
jalan raya, tetapi Bawod masih tiada. Apabila masuk ke kelas,
Beluntung terkejut apabila melihat Bawod berdiri di sebelah
Cikgu Rambuyat. Beluntung meminta maaf atas perbuatan
kambingnya itu. Beluntung membawa Bawod keluar sambiI
memarahi kambingnya itu. Beluntung terfikir untuk tidak
membawa Bawod ke sekolah lagi kerana Bawod telah
memalukannya. Bawod segera berlari ke arah Tuyog. Rupa-
rupanya, Bawod mahu memberitahu peristiwa Tuyog sukar
bernafas kerana tali telah melilit leher Tuyog. Beluntung berasa
kesal kerana telah memarahi Bawod.
SINOPSIS Semasa pesta lumba kerbau diadakan, Tuyog turut menyertainya.
Beluntung berasa agak hairan apabila ayahnya tidak pergi ke pesta itu dan
meminta Bawod ditambat. Ibu Beluntung juga tidak pergi ke pesta itu kerana
sakit. Tuyog telah menjuarai pertandingan itu. Beluntung yang memperoleh
wang RM 10.00 hasil kemenangan Tuyog mahu membeli seekor kambing
untuk menemani Bawod. Apabila pulang ke rumah Beluntung berasa pelik
apabila melihat ramai orang di rumahnya. Beluntung terus mencari ibunya.
Beluntung berasa lega apabila melihat ibunya sihat. Walau bagaimanapun,
Beluntung masih tertanya-tanya sebab rumahnya dikunjungi orang
kampung. Apabila menemui ayahnya, barulah Beluntung tahu bahawa
ayahnya mahu mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan
kejayaannya yang memperoleh 98 peratus markah dalam peperiksaan darjah
enam. Beluntung terkejut apabila mengetahui Bawod telah disembelih
untuk majlis meraikan kejayaannya itu. Beluntung melutut di hadapan
Bawod yang telah mati. Beluntung meraung sambil memeluk Bawod.
Beluntung memberitahu orang ramai bahawa Bawod ialah sahabatnya. Ayah
Beluntung memujuknya dengan mengatakan bahawa Bawod telah
berkorban untuknya.
TEMA Persahabatan yang
utuh antara manusia
dengan haiwan
peliharaannya
PERSOALAN
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK DAN PERWATAKAN
LATAR
TEMPAT MASA MASYARAKAT
1. Di rumah Beluntung 1. Pagi 1. Patuh dan taat
2. Kelas darjah 6 2. Awal pagi kepada ibu bapa
3. Sekolah rendah 3. Waktu rehat 2. penyayang, berani,
4. Bawah pohon kelapa 4. Waktu siang bertanggungjawab,
5. Halaman sekolah 5. Seminggu yang lalu amanah
6. Padang Kampung 6. Dalam tempoh 2 3. Berpendidikan
Layong bulan rendah
7. Tebing sungai 4. Tekun menuntut ilmu
GAYA BAHASA
SIMILE- Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah
kelihatan seperti tasik kecil.
SINKOPE- Hisyy…asyik tanya saja
REPETISI- kambing! Kambing! Kambing!
KATA GANDA- Murid-murid kembali ke kelas.
NILAI
LATIHAN SUSULAN:
Tuliskan NILAI dan
PENGAJARAN cerpen
dalam buku tulis komsas
dan jawab soalan latihan
dalam buku hijau.
MUKA SURAT :
84
(PRAKTIS 10)